Thursday, December 31, 2009

ADA APA DENGAN NEW YEAR?

happy new year!!!

malam ni telefon bimbit model terbaru gua bertalu-talu menerima sms yang mempunyai ayat seperti diatas. ada apa dengan new year? gua terpikir gak apa tujuan member-member ajak gua gi sambut taun baru. ade nasi impit kuah kacang ke? ke ketupat rendang ayam? atau ade orang kasi duit kaler merah dalam sampul gambar masjid? tengok bunga api? fakkk!! gua kenal lu mat. lu nak gi tengok kereta goyang yang berderet tepi jalan kan? fakkk u faking pervert!!

lagi 40 minit ke taun baru. gua ngan housemate gua kat ruang tamu dok tekan papan kekunci tup tap tup tap. kat luar belum pape lagi dah dam dim dum bunyi mercun, mintak mak kuih sepotong. nak kate diorang nampak anak bulan, sepatutnya gerhana. gosh!!!

gua bukak blog bukak friendster semua pakat buat azam taun baru. gile tak indie kalu gua tak buat azam taun baru. gua sandar kat sofa lengan taruk atas dahi kaki silang goyang-goyang pikir azam taun baru. dia dah mai dah!!! gua dah dapat azam taun baru. start pukul12 kang gua nak mencari cinta!! yes sempena lagu where's my love yang caroline dok jerit kat telinga gua ni. ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak bilang aku...

ada apa dengan new year? *sigh*

seksyen 7
31.12.2009
11.55 p.m

Tuesday, December 22, 2009

PENGALAMAN SAYA MENJADI OTROMEN

pagi itu gua bangun awal. gosok gigi guna ubat gigi kodomo lion. mandi pakai sabun lux. hati gua berbunga-bunga nak gi piknik. nak gi main ombak di batu feringhi. gua mandi kejap takut nanti dah sampai feringhi tak syok nak main air. cilake! gua dah siap mandi tapi yang lain masih berlingkar dalam selimut. gua gegar sekor-sekor suruh gi siap. sempat gua pijak belakang boy sebab pura-pura tidur. gua selongkar bakul gua cari seluar bunga-bunga. gile tak hawaii gi pantai pakai seluar tak de bunga.

berejam tunggu sekor-sekor siap. sampai nak melimpah asbak gelas gambar bunga raya rumah gua. gua batalkan niat nak buat sandwich selepas teringat yang harga sardin melambung ketika itu. disebabkan kenderaan empat roda ada satu manakala penumpang ada lapan maka kami memutuskan untuk menggunakan pacuan dua roda meskipun pais ngan sam pandai teknik mengecilkan badan. masing-masing tak sanggup mengambil risiko terhidu gas beracun amir yang mungkin meletus bila-bila masa. naik moto baru azroy.

selepas abis sebatang rokok berbincang tentang laluan yang akan kami tempuhi, maka tepat pukul12 tengahari yang membakar ubun-ubun kami bertolak dari permatang pauh. kami menggunakan sistem transit feri untuk ke seberang. amir sempat bergambar ala-ala titanic kat depan feri. mak cik jual kacang rebus tunjuk muka tak puas hati sambil tunjuk gaya nak baling selipar.

sampai seberang kami meneruskan perjalanan kerumah mamu untuk sesi makan tengahari. kasi tambah power sebelum kuak lentang. kami dihidangkan nasi tomato ngan laksa penang hasil air tangan mak mamu. sambil makan tengok diari akedemi fantasia. bai makan sampai jilat pinggan ari. lepas sesi tambah power kami ke aktiviti outdoor kat buai rumah mamu. fogging pung pang pung pang. pukul4.30 kami meneruskan perjalanan. pau air sirap mamu dua botol buat isi tank di feringhi.

sampai feringhi kami bergerak mencari port. dah macam ada satu ikatan yang kukuh antara kami. tanpa disuruh semua bergerak ke bawah pokok dekat amoi pakai bikini. bai sempat kena sedas kat dahi ngan gua sebab cuba kencing kat batu konon-konon nak tanda kawasan. amoi-amoi berbikini mula bergerak tukar port selepas tindakan kurang bijak dari bai. cilake lu bai.

tanpa membuang masa gua terus bukak baju dan menuju kepantai. gua perasan awek-awek keliling gua dok usha muscle gua. gua buat rilek macam rosyam nor. gua jogging tepi pantai sambil rambut gua berterbangan ditiup bayu. terasa hensem. tanpa gua sedar ada sekor anjing ikut berlari tepi gua. cilake punya anjing. melompat-lompat manja macam cite baywatch. gua dah la malas nak samak-samak.

"nyah kau anjing liar!!",bentak gua keras.

gua dapatkan step yang sesuai. berlari menuju pantai lalu lompat pusing-pusing dan jatuh ke air dengan percikan minima. kuak lentang, gaya kupu-kupu sekali dengan renang berirama semua keluar. gua keluarkan skill mandi sungai gua. panjat bahu dan melipat kebelakang tiga kali. tengah syok kuak lentang datang mat salleh dekat gua suruh panjat bahu dia dan melipat ke belakang tiga kali.

"foot on shoulder",dia berbahasa inggeris ngan gua.

gua speaking jap ngan dia borak pasal perkembangan dunia bisnes. orang macam gua memang kena ramai contact. lagi-lagi dari luar negara. lepas borak gua tunjuk skill lipatan dari timur gua dibantu skill angkatan bahu dari barat nya. hasil dari kekuatan bahunya dan kehebatan gua melonjak, gua meluncur bagaikan roket keudara.

"macam roket sial!",gua dengar ari jerit time gua kat udara.

awek-awek histeria jerit sambil tepuk tangan. member-member gua gigit bibir sambil komplot nak tanam gua dalam pasir.


beberapa minit sebelum tindakan kurang bijak dari bai.


bergambar dengan pahlawan pantai.


gambar bajet.

Monday, December 14, 2009

SURAT CINTA

kehadapan kekasihku yang disayangi,

apa khabar kekasihku disana? tidak mengapakan daku bertanya walaupun setiap saatku mendoakanmu sihat walafiat disampai ayahanda dan bonda disana. daku disini sihat walafiat dan cintaku terhadapmu tak pernah luntur walau dibasuh air 7 lautan dan dibakar api dari gunung yang marak menyala.

bidadariku,

sudahku renungi tentang keanehan cinta yang terbit dari pangkal hati ini sejak pertama kali menatap keindahan ciptaan Ilahi ini. cinta yang terbit dari hatiku ini bukan lah perlahan-lahan datang seperti cendawan selepas hujan yang perlahan ia keluar dan laju ia pergi tetapi cinta yang membara dalam jiwa ini adalah abadi dan tulus suci.

tiz zaqyah ku,

pertama kali melihatmu di dalam impian ilyana hatiku berdegup kencang. hatiku yang pada waktu itu sedang terluka dan hancur menjadi keping-keping terus terubat tatkala melihatmu. sejak saat itu entah mengapa hatiku sentiasa bergetar, bahkan sentiasa untuk mengingat namamu, apalagi mengucapkannya. sesungguhnya hati adalah seumpama ladang, maka benih-benih cinta mulai muncul dari ladang hatiku. tiba-tiba terbitlah khayalan indah, tentang kamu menjadi teman hidupku, mendendangkan lagu-lagu klasik rakyat untuk bidadari-bidadari kecil yang terhasil dari perkahwinan kita.

sayangku,

tatkala kamu muncul dalam nur kasih, jumaatku tidak pernahku persia-siakan. bahkanku pada jumaat ini daku sudah menunggu untuk jumaat yang mendatang. harusku berterus-terang denganmu bahawaku sangat mencemburui adam. cintamu kepadanya sangat suci dan teguh walau pelbagai ranjau yang ditempuhmu. kamu memang isteri yang solehah dan taat. tapi daku tahu itu semua sekadar lakonan bukan. kerana cinta yang berada dalam kotak hatimu hanyalah untukku.

my darling, (tak mengapakan sayangku berbahasa inggeris?)

rasanya ku dah sampai kepenghujung suratnya. bukannya sudah tidak ada puji-pujian untukmu bahkan beribu-ribu test pad juga tak akan cukup untuk memuji kecantikan dan kesucian hatimu. tetapiku harus mengundurkan diri kerana..aduhh malunya untukku mengaku. sebenarnya sudah pukul11 ni tapi daku masih belum mandi lagi. sayang, persiapkanlah dirimu. januari nanti rombonganku akan sampai ketangga rumahmu untuk menyunting bunga yang mekar dari taman orang tuamu(suka la tu). akhir kata jagalah dirimu dan kalau berlakon tu janganlah sampai menjeleskanku ye.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas..

yang kacak tapi pemalu,
ADI

Saturday, December 12, 2009

QUOTE DARI UMAR HASSAN

"cinta itu ibarat rama2...
jikalau kite kalut..
die akan pergi..
kalau kite diam2 je..
die akn dtg.."

nota kaki : macam gampang!!

Monday, December 7, 2009

Sunday, December 6, 2009

PUISI JEJAKA SEPI

kau datang belai rambutku,
dengan jemari mu yang mulus,
tapi sayang,
jemari mulus itu,
bukan milik seorang gadis,
tapi milik angin..

wakk de fakkk!!!! mende gua mengarut ni!!!

Wednesday, December 2, 2009

GUA NAK KAWEN!!!

dari tadi adi tenung siling bilik yang bersawang dan bertampal-tampal itu. ada manik-manik putih yang jatuh dari celah-celah tampalan terus kedalam besen hijau kepala itik yang disediakannya.adi mengeluh. bukan kerana tiap kali hujan biliknya akan turut hujan. tetapi ada hal lain yang adi pikirkan. adi nak kawen!

dah lama adi memendam rasa terhadap sally. nama glamer untuk seorang gadis bernama salimah. cinta adi suci. cinta adi cinta sejati. sejati macam lagu wings. adi takut sally jatuh kat tangan orang lain. jatuh kat tangan umar hassan. jatuh kat tangan rahmat ekamatra. jatuh kat tangan mana-mana lelaki. sebab tu adi nak terus kawen ngan sally. adi nak ada ikatan yang sah. lagi satu adi nak jadi orang pertama yang kawen dalam kalangan kawan-kawannya. baru boleh eksen. baru orang panggil taiko.

tapi adi ada masalah kewangan. adi tak ada duit sebab adi tak ada keje. nak kawen duit kena riban-riban. nak buat kenduri hantaran semua pakai duit. adi mintak duit kat akak kesayangannya. akak adi tak de duit. sebab laki dia yang sara keluarga. dia dah ada anak sorang. taun depan masuk darjah satu. bulan depan anak dia bertambah lagi 2 orang. sekarang dia tengah mengandung. anak kembar. nanti banyak nak pakai duit.

adi bagaitau bapak keinginannya. adi nak kawen. tapi adi tak de duit. adi nak pinjam duit bapak. adi suruh bapak jual tanah kebun pisang belakang rumah. bapak cakap ok. esok pagi kita gi bank. hati adi melonjak riang. adi gembira sebab dapat restu dan support dari orang tua nya. adi cium tangan bapak. adi cium tangan mak.

pagi esoknya adi ikut bapak gi bank. naik proton saga kaler merah bapak. tak lama lagi kita akan disatukan sally. adi cakap kat hatinya. adi senyum sorang-sorang. adi pelik. asal bapak adi singgah klinik ramli? adi tak sakit. bapak adi pun sihat walafiat.

bapak adi cakap cuti sekolah dah nak abis. taun depan adi dah nak masuk darjah 6. adi kena khatan cuti sekolah taun ni. tak khatan tak boleh kawen. adi pasrah. adi sedar yang dia baru darjah 5. adi belum berkhatan. tak pe sally abis upsr nanti kita kawen. jerit adi dalam hati. pagi tu adi balik mengangkang.

nota kaki : tahniah kepada boy ngan milly yang selamat bertunang aritu(cilakak!!) nanti nak kawen jangan lupa ajak gua. nanti gua kasi hadiah kentaki. dapat anak laki gua cadang taruk nama adrie. insyaallah nanti besar jadi kacak macam gua.


milly paksa gua taruk gambar gedik ni. cilakak!!!

Wednesday, November 11, 2009

BUNTU

tadi lampu bilik air umah gua tak idop...
gua tak pasti samada gua berak dalam mangkuk tandas atau dalam sinki...
*sigh*

Monday, November 9, 2009

KISAH CHENTA YANG GUA RAHSIAKAN SEHINGGA KINI

peringatan : cerita ini diselitkan unsur-unsur komedi bagi menyembunyikan air mata gua yang gugur ketika menekan papan kekunci.

sesungguhnya pertemuan gua dengan dia adalah sesuatu yang tidak dirancang. mungkin suatu ketetapan oleh Yang Maha Esa. yang inginkan gua merasai sebuah perasaan yang tidak dapat dinilai dengan kata-kata. bahagia.

musim cuti yang lalu dia datang untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga abang nya. sebetulnya abang tiri. pertemuan kami pula secara tidak sengaja di hospital pada suatu pagi yang cerah lagi mendamaikan hati yang ingin disayangi. dia duduk sebelah gua waktu itu. perkenalan kami sangat singkat. hanya sempat melafazkan beberapa baris dialog. dalam pada itu sempat juga kami bertukar nombor telefon. dia terlalu inesen untuk menanggung penyakit yang tidak tertanggung itu. sakit jantung. untuk seketika gua sedar gua berdosa kerana menyalahkan Ilahi.

mulanya kami hanya berkawan. seperti mana dia seperti rakan-rakan gua yang lain begitu jugak dengan dia. lama kelamaan satu perasaan aneh yang bernama cinta perlahan-lahan terbit dari ufuk kejauhan hati kami. untuk seketika kami begitu bahagia. tapi langit tak selalunya cerah. bak kata member gua, hidup macam tayar bespa, kadang pijak lumpur, kadang pijak taik. abang dan doktor yang merawatnya cuba menghalang hubungan kami. kerana takut hatinya terluka lalu memberi kesan pada penyakitnya.

dia menangis. gua terguris. tapi cinta kami bukan sesuatu yang boleh dipadam begitu saja. bagi gua dia lah segala-galanya nya. walau apa pun yang berlaku gua akan tetap disamping dia. mulanya dia ingin menjaga hati abang nya. tetapi gua tetap tak melepaskannya. lama kelamaan semua orang mula menerima perhubungan kami. pada waktu itu gua berjanji pada diri gua yang gua takkan pernah melukakan hati dia.

hari tu dia akan berangkat ke UK untuk pembedahannya. pembedahan yang memperjudikan nyawanya. 50-50. gua ikut ke airport hantarnya menaiki kapal yang bisa terbang. dia pandang gua. gua cuba senyum. air mata nya mula bergenang dikelopak. mata gua terasa berkaca. tiba-tiba dia memeluk gua seerat-eratnya sambil menangis teresak-esak. tak ingin tinggalkan gua. gua cuba tenangkannya. gua kucup dahi nya. air mata gua mula
gugur membasahi pipi. mengalir perlahan lalu gugur diatas dahinya...

cilake!!! asal gua tulis sebijik cam cite first kiss plak ni!!! demmit!!!

Saturday, November 7, 2009

PENCINTA WANITA THE RETURN

salam satu malaysia...

dah lama rasanya gua tak update ini belog. rindu membuak-buak untuk gua menaip dan bereksperimentasi dengan kata-kata. sejujurnya gua agak busy 4 5 menjak ni plus kadar kemalasan gua untuk menaip meningkat secara mendadak menyebabkan pengupdatan belog ini menjadi teramat perlahan seperti skuter besi umar hassan. banyak benda yang berlaku dalam masa yang singkat ni telah mematangkan lagi gua yang sememangnya matang dan mantap lagi mengiurkan ni. nanti kalau ada sumur diladang boleh la gua cerita kat sini. buat sementara waktu gua tinggalkan kalian dengan lagu ni. gua tujukan lagu ni khas buat wanita-wanita yang berambut tutup dahi panjang paras bahu, mata sepet-sepet sikit, bibir mungil kaler pink, ade lesung pipit dan berkulit gebu macam gua yang berada di luar sana...

Monday, October 19, 2009

AKHIRNYA

akhirnya gua bergelar graduan..

nota kaki : semakin malas menaip

Friday, October 16, 2009

TIADA LAGI KIDUNGMU

kasih sayang dia kat gua sekarang dah makin berkurang. perlahan-lahan dia tinggalkan gua. gua dapat rasakannya. sangatttttttt. walaupun gua cuba berlagak sekul mungkin tapi gua tahu gua takkan dapat hidup tanpa dia. gua tak dapat bayangkan macam mana hidup gua tanpa dia.

gua dah janji ngan member gua. malam ni menjolok lagi. snuker. beria-ria member gua ajak menebuskan maruahnya yang gua pijak-pijak haritu. gua pasti dia tak mungkin benarkan gua pergi malam ni. sangat pasti. tapi semestinya macam biasa gua akan tipu dia. memang sukar bagi gua menjaga hati kedua-dua belah pihak. menjaga hati akhirnya gua yang terluka.

dulu dia sangat menyayangi gua. hidup gua sangat bahagia. semua keinginan gua dia penuhi. gua nak makan dia kasi. gua nak tshirt jenama mahal dia kasi. gua nak enset model terbaru dia kasi. pendek kata time tu hidup gua macam anak ikan. serba mewah. tapi tu dulu. sekarang kasih sayang dia terhadap gua semakin berkurang. mungkin silap gua yang tidak menyayangi dia seperti mana dia menyayangi gua. sehingga dia meninggalkan gua. sudah terlambat untuk gua menyayangi dia sekarang.

tadi gua bukak dompet. tinggal 2 keping not merah dan beberapa keping not biru. gua mesti jumpa dia. mesti. gua perah skuter besi gua. gua jumpa dia. gua senyum. dia buat dono. gua usap dia. dia diam seribu bahasa. gua memicit ghairah dadanya. dia merengek manja.

Account Balance
RM31.85


fakkkkkkkkk!!!!


gambar hiasan kasi korang stim

Sunday, October 11, 2009

BILA KU JATUH CHENTA

semalam lepas makan tengahari gua bakar-bakar member gua pekena snooker seperem dua. member gua yang mudah terbakar bagai jerami usang diterik panas terus menyetat pacuan 2 roda nya. sampai sana kitorang pekena 3 perem. gua yang menunjukkan aksi cemerlang seperti o'sullivan memenangi 2 dari 3 perem tanpa lenguh kaki. member gua tarik muka tak puas hati. lepas jolok menjolok kitorang lepak mamak hakim pulak pekena teh o ais kasi ganti balik tenaga yang hilang tadi.

member gua ajak gi carik penyejuk ngan tetikus kat bukit raja. memandangkan time tu gua tak de meeting ngan klien maka gua terus memberi persetujuan. bosan-bosan nanti boleh usha gadis. sampai sana kitorang terus mencari barang-barang yang dikehendaki.disebabkan harga yang ditawarkan melebihi harga pasaran semasa maka member gua yang bertindak sebagai pengguna yang bijak mematikan niat untuk membeli. time nak balik hati gua berdebar-debar bagai menolak-nolak gua supaya masuk mengusha-usha dalam pakdini sedangkan sebelumnya gua begitu malas nak berjalan apatah lagi ke supemaket.

gua tarik member gua masuk pakdini. hati gua makin berdegup kencang. sampai jatuh bertenggek diatas usus besar gua. tiba-tiba gua terpaku. lidah gua kelu. gua rasakan masa seakan terhenti. semua manusia dan objek berhenti bergerak dan keadaan sekeliling gelap. hanya gua dan gadis itu memandang sesama sendiri dengan bertemankan lampu sepotlait yang menyuluh kami berdua. gua yakin gadis itu Dia ciptakan untuk gua. 99% perfect gurl gua. rambut paras bahu sikat tepi tutup dahi, hidung mancung macam anak mat salleh, bibir pink bak jambu air, mata sepet sikit berhias celak nipis dan berkulit putih gebu macam gua. jantung gua berdegup kencang. kepala otak gua berputar ligat pikir ayat memulakan langkah. gua gagahkan diri. tekadkan hati. senyum semanis kurma.

"err..seluar yang ni ada kaler itam tak?", tanya gua sambil tersenyum manja.

*****

malam tu gua tak dapat tidur. senyum sentiasa terukir dibibir mungil gua. bayangan gadis yang berambut paras bahu sikat tepi tutup dahi, hidung mancung macam anak mat salleh, bibir pink bak jambu air, mata sepet sikit berhias celak nipis dan berkulit putih gebu macam gua terbayang-bayang dimata gua. dialog perbualan kitorang bermain berulang-ulang kali didalam radio otak gua. tiba-tiba gua dapat ilham untuk cipta lagu untuk si dia. gua amik gitar. duduk tepi tingkap. sambil mengira bintang yang memagari bulan gua petik gitar.

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

Thursday, October 8, 2009

KELAJUAN MEMBUNUH

tadi gua kuar gi makan tengah hari kat seksyen 2. bukan ade hape pun kat situ tapi sebab member gua dok situ maka gua gagah kan jugak otot-otot kaki gua kesana. dari seksyen 7 ke seksyen 2 gua lalu ikut dalam uitm. saje nak megelak panas sambil mengusha gadis-gadis seksi tunggu bas. uihhhh!!!

perjalanan gua dihiasi lambaian gadis-gadis comel yang berkeliaran dan melekit-lekit di bawah sinaran mentari yang seakan menunggu kedatangan gua. ikut ati nak je gua berenti tepi angkut sorang. elmet lebih pun da ade. tapi gua wat rilek bakar-bakar bagi dorang makan asap. lepas makan ngan member gua, isap okok pun pang pung pang pastu gua terus balik. gua lalu dalam uitm lagi. takut terbakar kulit gebu gua.

gua cilok-cilok sket. nampak mat rempit gua bakar-bakar sket. nampak gadis gua wat rilek. parjalanan pulang tak semenarik tadi. gadis da kurang. gua syak semua ngah bersidai kat katil. gua usha gak tingkap-tingkap hostel mana tau ade rezeki nampak gadis yang kepanasan bersidai kat tingkap. walaupun begitu gua tetap memberi tumpuan penuh terhadap corak permaduan gua. biasa la penunggang berhemah macam gua memang camtu. walaupun usha gadis tapi fokus tak hilang.

time kat area perindu jalan agak sibuk walaupun sempit. semua mengejar waktu memandangkan masa sudah menunjukkan jam 2. gua press moto gua sesedap rasa. asap itam keluar dari bontot moto gua sepoi-sepoi bahasa. time silisih ngah bas ade hanjeng mana plak main cilok-cilok. gua tersepit!! antara bas dan divider. cilakak!! keadaan bertambah genting. gua kawal cuak gua. kuar kan skill-skill rempit gua. da la jalan berlubang-lubang. melompat-lompat kura-kura gua. selamat. nasib baik gua dah tak gengster cam dulu. kalau tak mau gua parang kepala mamat tadi. hanjeng tol!!!


kalu kena tadi kompem kura-kura gua lagi teruk dari kura-kura brader ni. hanjeng!!!

Monday, October 5, 2009

DIA DAH MAI DAH

salam satu malaysia...
pilihan raya kecil datang lagi!!!! kali ni dun bagan pinang negeri sembilan pada 11 oktober 2009. cam biasa time ni stesen tibi-tibi seronok dok jilat bontot. rasa nak baling je tibi kat muka owner satria neo aritu. tengok berita tibi satu tadi gua rasa cam nak berpuisi. dok amik pen ngan kertas. dok tepi tingkap. tengok bintang. gua tulis. ni puisi yang gua karang.

fakkk tibi satu,
fakkk tibi dua,
fakkk rtm,
fakkk offfff!!!

salam satu malaysia...


Saturday, October 3, 2009

KAKI PUKUL PESBUK (20SG)

masalah kaki pukul kian berleluasa dalam masyarakat hari ini(baca macam mazidul 999). tadi gua bukak fb. komen member tu. maki mangkuk ni. ayat awek tu. kutuk mamat ni. tengah syok gua susun ayat tiba-tiba ade kaki pukul mesej gua kat fb chat. dia ingat gua takut. haktuihhhh!!! ni adrie la. ajk persatuan bulan sabit merah. mana takut ngan sape-sape. silap orang la mat lu nak ajak gadoh. ikuti perbualan gua dengan beliau. jangan baca kalo muka tak bengis cam gua..

Teng
mat..lu gua pukul lu mat
2:22am

Adrie
awat
lu igt lu da kuat
2:23am

Teng
gua lipat lu bpusing nt
2:24am

Adrie
kita tgk sapa lipat sape
tgk sape lg cpt
2:24am

Teng
wokay..tarak hal..petang sok..kat padang blakang hotel concorde..aq tunggu
2:25am

Adrie
ok no hal
1 by 1
2:25am

Teng
datng lu baru cte
2:25am

Adrie
lu bwk je ape yg lu ade
2:25am

Teng
kue raya pon aq bawak nanti
datang je dlu
2:26am

Adrie
ok set
gua bwk air sirap
2:26am

Teng
set
lu x datang gua g carik
2:27am

Adrie
tade hal
jgn pulak yg cari lu nnt
2:28am

Teng
banyak cte xd gna..sok tnggu je makan muscle gua
2:29am

Adrie
gua lutut dada lu sminggu xisap okok
2:31am

Teng
winston 18 merah ttap dhati
xya isap pn xpe
2:31am

Adrie
mlm sok jgn arap lu dpt isap okok lg
da la gua nk tdo
sok nk jogin agkt besi sume
2:32am

Teng
gua pn
jangan x datang lak
2:32am

Adrie
ok
2:32am

Teng
ok
2:32am

Adrie
tatatititututetek
2:33am

Teng
tetekpungkuk ang!

nota kaki : badan gua berketul-ketul, ada sixpack...

Friday, October 2, 2009

SEBUAH KISAH CINTA SEMPENA HARI RAYA

dah sebulan adi tak jumpa lisa. sepanjang cuti semester. rindu adi membuak-buak. rindu membara jiwa merana. sepanjang itu hanya enset yang memjadi penghubung antara mereka. pengubat hati dikala lara. adi sms lisa. lisa sms adi. adi call lisa. lisa call adi. adi rindu lisa. lisa rindu adi. adi cinta lisa. lisa cinta adi.

bukak semester baru masing-masing sibuk. sibuk dengan pelajaran. sibuk dengan hidup masing-masing. tapi walaupun jauh dari pandangan mata namun hati mereka tetap satu. rindu tetap rindu. cinta tetap cinta. sms tetap sms. adi tetap adi yang dulu. lisa tetap lisa yang dulu. masih setia. namun kesibukan dalam pelajaran sedikit menjarakkan mereka.

setelah sebulan bukak semester baru akhirnya mereka punya ruang. punya ruang waktu untuk berjumpa. malam tu adi tolak ajakan teman-teman untuk makan malam. adi nak makan dengan lisa. berdua. pukul 10 nanti. tak pe lambat sikit. biar adi ikat perut. janji dapat makan sama-sama dengan lisa.

pukul 10 adi jumpa lisa. adi bawak bunga. lisa tunggu depan rumah. adi sampai. adi cakap hai. lisa cakap hai. adi senyum. lisa tersipu. rindu terubat. cinta bertaut. adi bawak lisa pergi makan. makan mee goreng dengan teh o ais kedai lampu banyak kat hujung jalan. mereka borak. mereka gelak. mereka senyum. mereka bahagia. pukul 12 adi hantar lisa balik. rindu kembali mencengkam. mereka sedih. mereka sayu. mereka janji jumpa lagi.

"i sayang u,"

"i pun sayang u,"

"kenapa i tak jumpa u dulu, i cemburu...dengan bf u,"

"jangan cemburu. memang dia miliki i, tapi hanya miliki title sebagai bf i, tapi u miliki hati i,"

"tapi kenapa...i hanya skandal," (lagu gua skandal dari band ujang tiba-tiba terngiang-ngiang kat telinga adi)

sebelum pulang adi bagi lisa bunga. bunga yang adi petik dari taman hatinya. yang tiap-tiap hari adi siram dengan air mata.

Wednesday, September 30, 2009

WHAT WRONG WITH ME?

semalam eksiden...
arini eksiden lagi...
wut wrong with me?
*sigh*


the padangs - what wrong with you?

Monday, September 28, 2009

ANTARA 33 KEPING HATI KAU MEMILIH AKU

malam tadi gua bertolak dari kampung halaman ke shah alam. gua naik bas cap perdana. hentah pape tah gua pun tak pernah dengar nama bas tu. dalam tiket tulis gerak 9p.m. tapi disebabkan syarikat tersebut dimiliki oleh melayu maka 9.30p.m. bas baru sampai. tak pe boleh dimaafkan. tempat duduk gua bernombor 10B. dalam hati gua mengharapkan dapat duduk sebelah awek. nanti boleh la gua menumpangkan bahu gua yang empuk dan selesa ni.

naik bas gua mencarut sepam dua dalam ati. cilakak! ade ke patut seat belakang sekali. dah la tinggi dari orang lain. kalu nak tengok wayang tak pe gak. faking syet tol!! sebelah gua lelaki yang amat gua kenali. da beli tiket sekali mesti la member gua dok tepi. gua kecewa lagi. dang!!!

gua tido tak lena. seat tinggi sangat. kaki gua lenguh-lenguh. tido kejap gua terjaga. tido kejap gua terjaga.

**********************************************************

skip

**********************************************************

4a.m sampai bentong. gua baru nak lena. ada brader suluh muka gua. mintak ic. gua bagi ic. dia kejut member gua. mintak ic gak. brader tu ajak gua ngan member gua turun. ati gua berdebar-debar. dari jauh gua dah nampak botol berderet-deret atas meja lipat. sah kena urine test!!! gua ngan member gua wat rilek isap okok kat tepi sambil tunggu giliran. pung pang pung pang. gua dengar dorang cakap botol abes. lega. tapi akak tu nak wat jugak. kiwak tol!!

"kak saya kencing dalam mulut akak bley??!!", gua cakap dalam ati.

gua dapat botol lain dari orang lain. gua dapat yang dah siap ada alat ukur. rasa riak kejap. macam vip. giliran sampai adik gua tak nak nangis plak. syial!! gua paksa jugak. gua bayangkan yang best-best. dah keluar melebih-lebih plak.

"bang botol lagi lima!!!", jerit gua dalam ati.

sambil tunggu keputusan test jantung gua berdebar-debar cam tunggu nak bukak puasa. dup dap dup dap. mana la tau barua ni nak sabotaj gua taruk dadah dalam air kencing gua. brader tu senyum kat gua. hulur ic. gua sambut dengan senyuman dan tangan terbuka macam rumah terbuka isteri rosmah. gua ngan member gua blah. pak cik drebar bas maki-maki polis tu. wat lambat orang. naik bas semua mata memandang. gua jalan dengan penuh ensem. rasa macam ada angin yang membelai rambut gua sambil sweater yang gua pakai berkibar-kibar. macam baywatch.

yang gua tak puas ati asal ramai-ramai manusia dalam bas tu gua ngan member gua yang dia pilih. nak kata gua selekeh, ensem bergaya je gua pakai malam tadi. nasib baik dorang bagi layanan A. gua siap bergurau senda lagi ngan brader tu. kalau tak mesti gua akhiri entri ni dengan ALL POLIS ARE BLADISYET!!!!!


tak tau nape gua rasa nak taruk gambar pisang *sigh*

nota kaki : setiap satu bas dorang amik 2 orang untuk urine test. haram jaddah!!!!

Friday, September 25, 2009

ENTRI PERTAMA SEMPENA RAYA

da dekat 2 minggu gua tak hapdate belog nih. nak kata bizi beraya tak jugak sebab gua beraya dengan selebriti astro. dengan selebriti media prima. kalu member gua tak datang ajak melepak satu ari la gua beraya ngan artis. disebabkan gua balik kampung jadi secara otomatiknya kerja-kerja penghapdetan belog menjadi sangat perlahan atau tak ada langsung. bukan sebab perut sebu kena sumbat dengan biskut raya, wajik dan dodol jangan dilupa tinggalan nenek zaman berzaman tapi sebab umah gua mana ada intenet. sterika ada la. sempena raya ni gua sajikan uols dengan papan tanda baru belog gua. amacam ada rasa gelora jiwa uols??? kalu tak jiwa mesti nafsu bergelora. kiwak raya-raya pun mau stim ke!!! da la gua nak gi makan wajik dan dodol jangan dilupa tinggalan nenek zaman berzaman pulak. selamat ari jumaat. da la tak dapat duit raya. faking syet tol!!!

Saturday, September 19, 2009

ENTRI HARI RAYA

gua bukak belog orang tu ada entri selamat hari raya. bukak belog orang ni ada entri selamat hari raya. giler tak cool kalu gua tak tulis entri selamat hari raya. di sebabkan nak mengikut trend, gua pun nak tulis gak la. dikesempatan ni gua ingin mengucapkan selamat ari raya kepada saudara serta saudari setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini. tanpa kusedari air mataku mengalir. oooo balik kampung. selamat ari sabtu...


nota kaki : sapa punya kad raya ntah..

Tuesday, September 15, 2009

MAAFKAN KU SEANDAINYA AKU MELUKAI MU

sejak beberapa hari ni teman-teman gua bersikap dingin ngan gua. ntah la mugkin silap gua atau mereka yang terlalu sensitip. cilakak!!! luar rock kangkang tapi dalam hati ada taman. macam faking syet. tak tau la sama ada gua dah melampaui batas-batas dalam persahabatan atau tidak. selama ni gua berkawan dengan hati yang tulus iklas maaf zahir batin. tak pernah terdetik dalam hati suci gua yang gua akan mengkhianati teman-teman sendiri. apa jaddah nye nak tikam belakang member.

sebenarnya benda ni da lama berlaku. kalu nak diingat-ingat beberapa hari sebelum puasa lagi. tapi gua tak sure waktu tepat kejadian tersebut. time tu dorang tak de nak tacing-tacing. rilek lagi sambil bahan-bahan gua. tapi makin lama makin tegang. dan gua rasa kemuncak ketegangang isu ni adalah hari ni. klimaknya adalah hari ni(klimak bukan orgasm). panasssss. tadi gua nak tido pun gua ada terdengar dorang nak lauk gua malam ni. nasib baik time tu gua tak tido lagi. gua pasang telinga r. faking syet tol!!! tak puas ati cakap r dol. syial!!!

malam tadi pun gua ada perasan gak reaksi tak puas ati dorang kat gua. time tu gua baru balik dari rumah member gua. disebabkan gua ni jenis yang hepi go laki so gua nyanyi-nyanyi la time masuk rumah tu. gua nyanyi lagu raya. balik kampung dari sudirman. baru ikut trend skang. tak sempat chorous dorang sound gua suh diam. syial!!! tak puas hati tol gua. takkan la sebab tu nak dendam gua sampai skang. time gua ajak beli tiket balik raya aritu semua taknak. awal la malas la. degil. macam faking je. pastu jeles ngan gua. kalau tak, boleh balik kampung sama-sama ngan gua esok. padan muke hang!!! duduk la sini lama-lama. orang dok makan ketupat baru hang sampai rumah. fakkkk offf!!!!

Monday, September 14, 2009

KOSONG DAN GELAP, SEPI AKU SENDIRI

gua tau senyum gua tak seghairah dorang. mata gua pun tak seayu dorang. tapi tak seharus nya gua di perlaku sebegini rupa. gua banyak berkorban untuk semalam, hari ini dan esok. banyak keringat yang gua curahkan. banyak wang ringgit yang gua laburkan. kadang-kadang gua terfikir, tak mengapa susah sedikit asalkan pengorbanan yang gua lakukan bakal menggembirakan hati orang lain. tak perlu ramai, sorang dah cukup.

pagi tadi...

tau tak pagi tadi betapa besar nya pengobanan gua. bermula dari bangun tido. tak tau cilaka mana taruk gam cap gajah kat mata gua sampai tak boleh bukak. sedang teman-teman gua yang lain diselimuti bayu pagi yang menghembus syahdu dan lena diulit intan gua menggagahkan diri kebilik air dengan mata tertutup. air paip mbsa menggigit ubun-ubun gua. terasa ngilu dan pilu. setelah mengenakan pakaian sehensem mungkin gua bergegas ke parking skuter besi gua. nasib baik pagi ni tak buat hal. selamat. dalam perjalan itu enjin skuter besi gua membakar not-not biru, hijau dan merah sebagai balasan kepada khidmadnya.

sesampai dilokasi kejadian gua kaget. gua buntu. lidah gua kelu. hati gua sayu.

"halo!! ada mana? mana semua orang?"

"arini tak de kelas r bro, tak de orang inform ke?"

"cilakak!!!!"

tak de sekor pun mesej gua cakap tak de kelas. cilakak!!! 8.30a.m tuuuu. ingat senang-senang ke gua boleh bangun. seribu pengorbana dol!!! macam faking je!!!

Saturday, September 12, 2009

PERHATIAN!!! MINTAK PANDANGAN!!!

kalu jumpa orang tua perangai cam faking syet nak buat apa???

a. maki hamun "babi ko anak aram!!!"

b. tunduk hormat sambil lontarkan senyuman paksa.

c. tunjuk jari tengah sambil cakap "fakkkk yuuu!!!"

d. ajak sparring.

e. belanja kopi sambil isap shisha.

f. sula dengan kayu hoki kerel.

Thursday, September 10, 2009

DESTINASI TERAKHIR

atas paksaan member-member tadi gua gagahkan tulang pat kerat gua menonton final destination. gila hape tengok wayang ngan batang. kalu ngan gadis takpe gak. syok r tengok cite camtu. boleh gua tumpangkan bahu disaat si dia menjerit ketakutan. ohhh i luv gadis. tapi apakan daya gua hanya layak hidup sendiri tanpa yang tersayang. mula-mula gua menunjukkan keengganan. tapi selepas dihambur beberapa baris ayat yang menusuk jiwa, gua akur. gua pasrah.

movie pukul 11.30p.m. kitorang sampai ngam-ngam sui. cilakak!!! tak sempat tengok iklan. gua dapat port tepi tangga yang tak berapa nak ketengah. sebelum gerak lagi gua dah mengimpikan sebelah gua adalah seorang gadis yang cantik mulus, bermata sepet, bibir kaler pink, rambut paras bahu dan berkulit gebu cam gua. tapi tak kesampaian. sebelah kanan gua jantan. depan gua sepasang kapel. kejap-kejap nak menyendeng. dorang makan popcorn gua makan hati. dorang minum coke gua minum air mata. cilakak!!! serta-merta hati gua terasa ngilu.

cerita start. gua tarik zip hooded. gua buang hati. gua buang air mata.

****

****

****

****

****

****

****

****

kimak tol dari start sambil abes gua nak kena dengar lu cerita hape kes!!! nak cite masuk melodi r john. lu review puas-puas. hilang saspen gua. macam faking je. bladifullllll!!!!!

Monday, September 7, 2009

SHORT STORIES WITH TRAGIC ENDING

pukul 6.30 petang adi siap-siap nak ke bazar ramadhan. adi sarung jeans levis lusuh ngan tshirt f.o.s raya taun lepas. adi spray perfume sikit kasi hilang bau hapak baju tak basuh. capai kunci ngan helmet. adi turun tangga menuju ke kenderaan pacuan dua roda nya. adi nampak kapel bergurau senda kat parking. adi buat-buat tak nampak. adi start kenderaan pacuan dua roda. pecut terus kebazar.

sampai bazar adi parking kenderaan pacuan dua roda. ada orang datang parking sebelah adi. kapel. adi sebak. adi jalan usha-usha kuih. usha-usha air. usha-usha nasik. adi tak nampak kuih. adi tak nampak air. adi tak nampak nasik. adi nampak semua orang berpasangan. adi nampak semua orang berpegangan tangan. semua orang tersenyum. semua orang bahagia. tapi adi sorang-sorang. adi sedih. adi tak bahagia. kelopak mata air mula bertakung manik-manik putih. hati adi yang selama ni retak mula terasa terkopek. adi dongak ke langit tak nak kasi manik-manik putih itu melimpah. ada nampak burung-burung terbang. berkicau. ada dua. nampak bahagia. adi sebak. adi teresak. adi balik. berbuka petang tu adi minum sebungkus air mata dan makan sekeping hati.

Sunday, September 6, 2009

Thursday, September 3, 2009

BAZAR RAMADHAN

tak tau la asal semenjak dua menjak gua malas sangat nak menaip. tak cukup nikotina kot. letihhhh. dahaga lenchikang. hari tu gua gi bazar ramadhan kat seksyen 7. yela standard la orang puasa cam gua gi bazar waktu petang di bulan ramadhan. bukan tengahari. nasi plastik hitam. gua pun segera la dapatkan awek tercinta takut terlambat. gua pecut sesedap rasa. selamba je gua tapau 2 3 bijik keta time kat traffic light. sampai bazar gua carik port baiknye nak parking awek gua.



gua memulakan langkah depan gerai jual air tebu. berair jap mulut gua. gua ajak member gua pusing-pusing dulu baru beli. biasa la kita sebagai pembeli harus membuat pilihan yang tepat. baru la hidup aman senantiasa. awek ramai. tergoda sat. kurus pahala puasa. pusing-pusing gua nampak nasi tomato ayam percik. rasa stim plak. selamba gua keluar wallet bayar macam tak de pape. lepas tu gua terus bergerak laju carik air yang gua dambakan sepanjang ramadhan. lenchikang. rasa cam nak mandi je ngan air lenchikang tu kat situ. baru cam baywatch. ada lagi baki 2hengget menyemak dalam wallet gua. nak buang takut orang cakap pe plak. gua beli kuih.





dah habis beli semua juadah yang membangkitkan nafsu serakah gua, gua jalan-jalan tengok kuih sat.

"emmm best gak kuih kat sini, besar-besar..", hati gua cakap kat gua.

jalan punya jalan gua hampir sampai ke penghujung perjalanan. bijik mata gua tiba-tiba membesar. darah keluar membuak-buak dari hidung gua. cilakak!!! gila hape pakai baju nak gi klabing datang bazar. tak pasal-pasal gua nampak nasi lemak free. karipap tol!!!!

Monday, August 31, 2009

SHAH ALAM - KERAMAT - GENTING SEMPAH

5p.m 30.08.09
member gua call gua.

"follow tak?".
"moto tak sihat r. kalu bley naik ngan lu gua on".
"ok siap. jap agi aku amik".

5.30p.m 30.08.09
kitorang gerak shell depan uitm shah alam. ada 5 motor tengah tunggu. lepak-lepak jap tunggu kaum.

6p.m 30.08.09
tunggu punya tunggu yang sampai 7 bijik je wakil shah alam. cilakak!! dalam forum orang tu nak pegi orang ni nak pegi. last-last cam aram. perjalanan dimulakan dengan bacaan al-fatihah dalam hati rider-rider. semua keje nak merembat je sampai ayeen tertinggal jauh dibelakang. kitorang terpaksa memperlahankan skuter besi takut ayeen merajuk. bagi ayeen jadi marshal plak sebab dia sorang je tau jalan. cilakak!!!

6.30p.m 30.08.09
kitorang sampai keramat. lepak esso ke menda ntah. sebatang rokok kemudian abang nwa sampai. terus bawak kitorang ke lokasi berkumpul dan berbuka puasa. sampai lokasi salam-salam ngan para hadirin. lepak tepi sedut asap moto. jalan-jalan usha skuter besi para hadirin. beramah mesra dengan para hadirin.

"kepada para hadirin yang tak bayar lagi sila kedepan dan bayar sekarang yee".



kelihatan penulis sedang usha skuter besi sambil cekak pinggang.

7.15p.m 30.08.09
setelah berbincang dengan rider-rider shah alam yang lain kitorang mengambil kata putus untuk berbuka dekat kedai depan tu je memandangkan bayaran yang dikenakan agak mahal bagi manusia spesis macam kitorang ni.

8p.m 30.08.09
lepas makan kitorang bergerak kesurau berhampiran untuk menunaikan solat maghrib. ada makan-makan plak. aduyai. nyesal berbuka kat kedai tadi. lepas semayang, minum teh o ngan kuih 2 3 bijik kitorang terus bergerak kelokasi kejadian. lepak-lepak. usha skuter besi orang. tengok orang setting-setting. beramah mesra bersama hadirin. isap okok sampai lebam.



sesi cabutan bertuah.

11.30p.m 30.08.09
setelah puas berbincang, abis sejag teh o, sekotak rokok kuputusan untuk lokasi lepak dicapai. kitorang akan ride dari keramat terus kegenting sempah. lepak rnr.

11.59p.m 30.08.09
berenti petronas jap isi minyak. tengah syok tuang minyak bunga api meletup-letup diangkasa raya. perjalanan diteruskan. masing-masing nak tunjuk skuter besi sape lagi kuat. cilakak!! asal gua tak bawak skuter besi gua.

1.00 a.m 31.08.09
sampai rnr genting sempah. amik port. order teh o. lepak tengok mat rempit main kejar-kejar ngan polis. beramah mesra dengan para hadirin. sampai mata gua layu.

4.00 a.m 31.08.09
line da clear. polis da blah. mat rempit da balik. kitorang turun bawah parking rnr untuk sesi bergambar. posing-posing sikit.



4.30 a.m 31.08.09
memulakan perjalanan ke sentul untuk sesi singgah sahur. layan lap turun bukit. sampai jamm piston skuter besi shah sebab merembat dengan tzm. cilakak!! lepak tepi highway jap untuk sesi merepair.

5.00 a.m 31.08.09
sampai kedai terus beli air ngan cedok nasik. isap okok pung pang pung pang.

6.00 a.m 31.08.09
sesi bertukar-tukar nombor tepon dengan para hadirin. salam-salam tanda perpisahan. berpecah kedestinasi masing-masing. atas skuter besi tak tau bape kali gua terlelap. cilakak!!! nasib baik tak jatuh.

6.45 a.m 31.08.09
sampai umah terus hanyut kedunia yang lagi satu. abesssss.....

nota kaki : nanti gua post gambar lagi.

Thursday, August 27, 2009

BELOG GUA BUKAN BELOG LUCAH GILER!!!!

tadi gua bukak gua punya nuffnang. saje nak tengok kalau-kalau earning gua dah cecah 10k ke belum. lepas tu gua tekan keywords nak tengok belog gua sinonim ngan isu apa. gile memalukan karangan lucah merima hits paling banyak sempena ramadhan ni. gua try la google untuk kesahihan. menduduki tempat pertama siot dalam google search untuk kategori karangan lucah. cilakak!!!!

Tuesday, August 25, 2009

MERIAM PT.3 (FINALE)

pagi esok nya kitorang gi usha port. cilaka!!! abes pecah meriam mega kitorang. tanpa gua sedari air mata gua mengalir kat pipi gebu gua. cepat-cepat gua lap takut pais nampak.

"syial nye orang kampung, lu tunggu la gua buat come back!!!!", jerit gua dalam hati.

tengah malam tu gua ngan lazim merayap lagi. merayap cari bahan untuk meriam baru. kali ni kitorang merayap kat perumahan baru depan taman sutera plak. pusing-pusing sambil mata melilau-lilau macam anjing lapar. hah tu dia!!! lazim tiba-tiba jerit kat telinga gua. cilakak!!! tergolek sebatang paip pvc hitam yang berketebalan 3cm dan sepanjang sedepa gua. takde nak cover line lagi dah kitorang terus pikul pecut bawak balik rumah. paip ni kecik sikit berbanding dengan meriam mega sebelum ni. diameter dia ada dalam kira-kira 15cm. malam tu jugak kitorang bertukang ketung ketang setting sampai sahur.



lepas berbuka malam esoknya kitorang terus siap-siap. tak sabar nak memeriahkan malam ramadhan. bawak meriam baru, kayu cucuh, petrol, karbaid, air, lilin, lighter ngan sekotak rokok. lazim siap bawak air tebu. syial. sampai port pais gali-gali tanah. nak tanam bontot meriam untuk mengurangkan risiko mati ditempat kejadian. taruk karbaid seketul dalam dalam dapur. bancuh air sikit. jolok masuk dalam pastu tutup mulut meriam ngan paper. lazim pula menjalankan tugasnya selaku tukang cucuh. sementara yang lain mencicit cari tempat perlindungan. dammmm!!!!! puas hati gua. malam tu tak tahu berapa puluh tembakan dan berapa kali kitorang tukar port tak nak kasi kantoi. berterusan main sampai cuti raya. sampai naik pekak lubang telinga.


gambar hiasan sebab gua tak dapat menghubungi pais untuk gambar sebenar.

nota kaki : gua pernah main kejar-kejar ngan penduduk dan pernah nyorok dalam longkang sebab lari dari polis time main meriam tu. selamat hari raya penang!!!

PRK PERMATANG PASIR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah umum dah tadi keputusan prk permatang pasir. calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. majoriti yang diraih Salleh ialah 4,551.

hape cerita rtm???
hape cerita tv1???
hape cerita tv2???
asal cerita sikit je pasal prk permatang pasir???
wakakakakakaka!!!!
fakkkkkk yuuuu!!!!


try la usha kat pasaran. mana tau tak abis rampas lagi.

Monday, August 24, 2009

FAKKKKK OFF!!!!!!

fakkk rtm!!!
fakkk tv1!!!
fakkk tv2!!!
berita macam haram!!!
fakkk prk permatang pasir!!!
fakkkkkkk offff!!!!

Saturday, August 22, 2009

MERIAM PT.2

pak cik umum puasa ngan raya cakap esok start puasa. bermakna malam nanti upacara pecah dara meriam mega kitorang. petang tu gua, pais ngan kerel gi usha port. lazim takde sebab balik kampung untuk menunaikan satu ramadhan bersama yang tersayang. kitorang pilih port yang sedikit berbukit dan bersemak tepi perumahan baru siap belakang uitm. senang sikit nak nyorok kalau kena rush. kitorang sengaja hala meriam mega kearah uitm kasi gegar sikit pak guard yang selalu saman gua. cilakak!!!!

malam tu gua dapat undangan bbq dari member gua. bakar ayam bukan babi. bermakna gua takde dalam upacara pecah dara tu nanti. syial. ni citer member gua.

*********************************************************

malam tu pais, kerel ngan beberapa lagi rakan gi port bawak meriam mega ngan bahan-bahan pengeboman. setting-setting tempat. tanam dalam tanah sikit taknak kasi meletup, pecah, terpelanting kena muka lalu mati ditempat kejadian. letupan pertama tak memecahkan dara. bunyi cam kentut. karbaid sikit air banyak. punya la syok diorang setting melarat main sampai tengah malam. bunyi takyah cakap r. bergegar satu permatang pauh. bangga kejap gua ngan meriam mega yang gua hasilkan. tengah syok-syok main diorang pulak kena gegar ngan penduduk. mencicit lari. bodoh!!! sape suruh main sampai tengah malam. baru satu malam main dah kena gegar. syial. dalam kejadian tu kerugian dianggarkan melebihi harga stok rokok untuk sebulan. meriam mega kitorang terkorban. hancur berkecai kena pelangkung ngan penduduk. pelita ayam oldskool dua bijik terkorban, selipar gua yang kerel pakai pun terkorban jugak. tenaga kitorang terbuang sia-sia. nasib baik karbaid sempat bawak lari. malam tu jugak alip balik rumah naik kereta polis sebab time lari terserempak polis. ic pulak tak bawak. alasan alip macam celaka. keluar jalan-jalan sebab tension study.
cilakak!!!! gua tak de waktu kejadian!!!

tu bi kontiniu....

nota kaki : projek kedua menyusul selepas ini. mana boleh tahan gua ngan lazim tak main lagi. meriam the return!!!!!!!!

Friday, August 21, 2009

MERIAM PT.1

lagi seminggu nak puasa gua, pais ngan lazim dah sibuk. sibuk cari bahan-bahan untuk projek meriam mega kitorang. habis kelas petang tu jugak gua ngan pais runner gi cari karbaid. cilakak!!! gila susah nak carik karbaid kat penang. dari seberang jaya sampai permatang pauh kitorang carik. akhirnya jumpa gak kat kedai apek pekan permatang pauh. apek tanya nak buat apa. selamba gua jawab nenek gua nak buat peram pisang.

karbaid dah ada tapi meriam tak dak. aisey tak leh main lagi. gua bincang ngan pais dan lazim berkenaan meterial untuk menghasilkan meriam mega kitorang. setelah habis sejag kopi, sekotak rokok ngan seepisod rancangan masak-masak kitorang capai kata sepakat. kitorang tak nak pakai buluh sebab bahaya lagipun mana nak dapat buluh kat sini. kitorang nak pakai paip pvc tebal. petang tu kitorang round-round perumahan yang tengah buat kat carefour. sah!!! ni projek mega. kitorang jumpa paip konkrit yang berdiameter 20cm tergolek kat tepi rumah tak siap. gua sengih. lazim hembus asap rokok buat o. pais gosok perut. tengah malam tu kitorang bergerak kesana sekali lagi untuk upacara pikul bawak balik.

esok nya pagi-pagi lagi kitorang bangun. semua bersemangat nak setting meriam. potong bontot paip konkrit cantik nye pastu sarung tin. gila susah nak dapat tin besar tu. merayap kitorang kebelakang kedai-kedai orang. mengikut kajian gua pakai paip konkrit ni risio nak pecah adalah sangat tinggi. oleh itu kitorang balut meriam mega kitorang dengan kain tebal-tebal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. tarraaa!!! dah siap meriam mega. sekarang tunggu malam satu ramadhan je untuk dirasmikan.

to be kontiniu....



nota kaki : kisah benar main meriam time gua puasa kat penang dulu. pais kalu lu ada lagi gambar meriam mega kita nanti kasi gua. asap!

-selamat berpuasa-

UNTITLED PT.2

adi sayang lisa. lisa sayang adi. lisa ada fahmi. lisa ada dua hati untuk dijaga. adi buat keputusan. adi mau berkorban. adi mau undur diri. adi terpaksa. adi berdosa. biar lisa jaga satu hati. biar adi sedih. asal lisa bahagia. biar lisa sedih sekarang. asal bahagia kemudian. bibir adi berat. suara adi tersekat. adi bagitahu lisa. adi mintak putus. lisa sedih. lisa menangis. bibir adi senyum. hati adi terguris. mata adi bersinar. jiwa adi menangis. adi pegang tangan lisa. adi bagi lisa nota. adi balik. lisa balik. adi ingat lisa. adi rindu lisa. adi sayang lisa. mata adi berkaca. hati adi ngilu. adi sedih. adi sesak. adi teresak. lisa rindu adi. lisa menangis. lisa ambil hadiah adi. hadiah dalam kotak. kotak atas meja. dalam kotak ada hati. hati adi. lisa bukak. lisa tengok. hati adi pecah. merah dan berdarah. lisa teringat nota. nota adi bagi. lisa seluk poket. lisa keluar nota. lisa baca. lisa sesak. lisa teresak.

"tak kan mati cinta ini..."

Tuesday, August 18, 2009

UNTITLED

adi sayang lisa. lisa sayang adi. adi cinta lisa. lisa cinta adi. cinta mereka cinta it. cinta mereka cinta telefon. mula-mula kau aku. lama-lama sayang sayang. rindu membara. cinta berkembang. adi nak jumpa lisa. lisa nak jumpa adi. tapi adi takut. tapi adi bimbang. lisa ada fahmi. lisa ada cinta lain. adi tahu. lisa pun tahu. tapi cinta mereka suci. cinta mereka satu. satu hari adi jumpa lisa. lisa suka. adi gembira. mereka sama-sama bahagia. adi bagi lisa hadiah. hadiah dalam kotak. atas kotak ada kad. untuk lisa. adi balik. lisa balik. adi rindu. lisa rindu. lisa ambik hadiah. hadiah dalam kotak. lisa bukak. lisa tengok. lisa sebak. dalam kotak ada hati. ada hati adi. lisa ambik kad. kad atas kotak. lisa baca kad. lisa sesak. lisa teresak.

"cinta tak semestinya harus bersatu..."

Monday, August 17, 2009

Friday, August 14, 2009

HAPE CERITA KEPALA KUSUT

awek gua buat hal lagi. cilakak!!!



sampai-sampai je rabu aritu awek gua tak bernyawa. tapi nadi ada lagik. kepala gua start kusut. adoyai duit lagik. gua calling-calling member gua yang reti nak operate awek gua. kang tak dela gua sampai jual body nak bayar kos operate kat spital. member gua datang. check-check nadi, check-check jantung, check-check dalam baju!! cilakak!!

awek gua cedera parah. kiwak kena bawak gi spital gak. kopak gua camni. makan pasir r jawabnya lepas ni. gua bawak gi spital. doktor amik kapak. belah dada. isi terburai. tu kena tukar. ni kena buang. tu da longgar. ni da tak jalan. ahhh sudah. sah makan pasir lepas ni. babi!!!



nota kaki : gua ngah cari sape-sape nak beli gua ni. janji bayar cash. gua sanggup wat pape untuk awek gua. apa saje untuk mu....

Thursday, August 13, 2009

LINK BARU KE BLOG MAT AMIN

sape-sape yang mengikuti perkembangan blog kampung perdamaian sukhirin mesti dah tak dapat masuk link dia (http://matamin.blogspot.com/) sejak 9 ogos 2009. ini berkemungkinan blog mat amin telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. pihak-pihak yang tak de telur mungkin. gua pun baru tau je. patut da tak leh nak masuk. cilakak!!! tapi jangan risau. mat amin dah buat come back bagi meneruskan pendedahan sejarah tanah melayu. sila ke link baru ini untuk ke blog beliau. (http://matamin02.blogspot.com/)

nota kaki : sila sebar kan!!!!!!!

Monday, August 10, 2009

BOLA

pagi tadi gua belajar benda baru. berdenyut-denyut ubun-ubun gua perah otak. sampai mata pun terkulai layu. nasib baik tenaga pengajarnya boleh tahan orangnya. kalau tak memang gua dah sampai kat bulan dah.

pengajar : benda ni senang je sebenarnya. what u have to do is imagine. ok sekarang u imagine sebijik bola. ok?? emmm u tengah imagine tak ni???!!!

gua : ye! ye! imagine...

pengajar : ok sekarang u imagine kat tengah-tengah bola tu ada satu titik. yang tu di nama kan observation point...

gua : oooo....

pengajar : dalam bola tu ada air. lepas tu i cucuk bola tu dengan jarum. direction air yang keluar tu u imagine kan sebagai flux. dapat imagine tak???

gua : (cilakak!! asal gua imagine ada dua bijik bola ni!!! syiallll!!!!)

Sunday, August 9, 2009

NAMUN KU PUNYA HATI

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

nota kaki : penat gua jadi cacat sejak semalam. terhincut-hincut. nak ke toilet pun tak larat. nyesal gua main futsal semalam. danggggggg!!!!

Monday, August 3, 2009

I HATE YOU

u tau tak sejak malam semalam perasaan i kat u da lain. selama ni orang kutuk u i backup u. orang cakap u ketinggalan zaman. tapi i tak kisah. i tak kisah kalau u cam orang tua janji i sayang u. biar ape orang nak kata yang penting kita bahagia hidup bersama. tapi kejadian malam semalam betul-betul menggugat cinta i pada u.

malam semalam...

kita keluar ngan abang i lepak ngan member-member dia. i suruh abang i berenti kat pasar malam sebab i nak beli selipar. sebab tak de parking abang i drop kita kat tepi jalan sementara dia gi cari parking. kita pun pergi la cari selipar i. tangan i genggam erat tangan u sebab takut u tertinggal kat belakang. abes beli barang-barang yang i nak abang i call i. tapi asal u tak cakap??? u diam je. i pun tak tau nape. tiba-tiba u wat perangai. berangin jugak kepala i. geram je nak hempuk u kat situ. tapi i takut ape pulak orang kata.

u tau tak penat i pusing-pusing jalan kaki cari abang i??? sebab u la. dan dan nak abes bateri pulak malam tu. da la i tak ingat nombor tepon abang i. tak leh nak pakai public. kena la i cari abang i cam orang gila. letih tawww. tengok la nanti i da kaya i tinggal u. i beli enset lain yang boleh men internet, boleh amik gambar, boleh segala-galanya. yang up to date. bukan cam u. oldskool. cilakak nye enset. i hate yuuuu!!!!!

Thursday, July 30, 2009

REVIEW MARYAMAH KARPOV

ahirnya abis gak gua baca buku last tetralogi laskar pelangi, maryamah karpov. time baca buku ni gua asik teringat kat member-member gua yang tergelak sakan time tengok scene mahar nyanyi lagu seroja dalam cite laskar pelangi. sebenarnya buku ni da kuar beberapa bulan lepas tapi gua baru je dapat baca buku ni. takpe lambat sikit yang penting persoalan gua dah terjawab.

dalam buku ni ikal dah habis belajar kat paris pastu balik ke belitong. banyak cerita berlaku dalam buku ni. antaranya zakiah yang tak pernah nak layan arai sejak sekolah tiba-tiba hantar surat kat arai suruh jemput dia kat airport. penantian bertahun-tahun arai akhirnya berakhir dijinjang pelamin dengan zakiah. heppy ending untuk arai.

selain tu belitong turut mengalami beberapa perubahan. antaranya penubuhan klinik gigi yang didoktori oleh dr diaz. selama setahun dr diaz tak dikunjungi pesakit kerana mentaliti penduduk kampung yang lebih mempercayai a put, dukun gigi. akhirnya arai mencetus revolusi apabila menjadi pesakit pertama. itu pun kerana kuasa cinta a ling. selapas tu penduduk kampung mula mempercayai dan menerima dr diaz.

klimak (nota : klimak bukan orgasm) buku ini adalah apabila ikal membina sebuah perahu semata-mata untuk mencari a ling di batuan. semua nya bermula ada mayat hanyut di belitong mempunyai tatu kupu-kupu, tatu keluarga a ling. ikal nekad membina perahu dengan tulang empat kerat nya demi mencari a ling. pelayarannya bersama mahar, kalimut dan chung fa bermula dengan masing-masing punya objektif sendiri. dalam pelayaran banyak halangan yang mereka tempuh dan ramai manusia mereka jumpa. antaranya tuk bayan tula, dayang kaw dan tambok.

adventure gila syial. lu baca la sendiri buku andrea hirata ni. yang tak tahu kena baca dulu laskar pelangi, edensor ngan sang pemimpi kerana ini adalah tetralogi. abes dah....




Tuesday, July 28, 2009

CINTA INI MEMBUNUH KU

entah da bape hari dia buat perangai ngan gua. gua pun tak tau nape. selalu ok je. selalu senang je gua ajak dia. dia pun tak de la banyak kerenah sebelum ni. ikut je cakap gua. senang cite always on je ngan gua. tapi 2 3 hari ni entah setan ape plak rasuk dia sampai jadi liat sangat. kengkadang rasa ringan gak tangan ni. tapi nasib baik gua tergolong dalam golongan insan yang sabar dan di berkati.

sebenarnya kalau nak diikutkan silap gua jugak. sebab sebelum ni gua layan dia acuh tak acuh je. gua asik tinggalkan dia. kengkadang dia depan gua pun gua boleh buat-buat tak nampak. mau dia tak kecik hati ngan gua. situasi gua skarang sbijik macam lagu sudirman.

" pernah dulu...ku fikirkan...tanpa cinta...tak mengapa...bila kau pergi...ku rasakan...sunyinya..tanpa mu...ku harap...dikau pun...begitu jua...".

bila dah jadi macam ni baru gua terasa betapa penting nya dia dalam hidup gua.

gua try ajak dia lagi. tapi jawapan dia tetap sama. gua try berkali-kali. tapi hampa. air mata gua bergenang. darah gua mula naik sampai kepala. gua menggigit hujung bibir. jari-jemari mulus gua mula merengkok membentuk penumbuk padu. badan gua menggigil menahan nafsu amarah. peluh jantan betina mula merembes dipermukaan kulit gebu gua.

dammmmm!!!!!!!!!! penumbuk besi gua hinggap di meja.

"cilaka nye poker!!! dari tadi tak leh nak masuk!!!"

nota : da 3 hari gua tak leh main poker kat ms ngan fb.

Sunday, July 26, 2009

KASABIAN LIVE IN MALAYSIA

jom tengok kasabian kat sunway lagoon 15 ogos ni. ayuhhhhh!!!!!!! jangan lupa pakai bikini!!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

KO HOT GILA BABI SYIALLLLL




4 a.m, restoran barra seksyen 7, beberapa hari yang lalu,

rutin. mengadap kopi panas bersama teman-teman. sembang sampai lebam. usha gadis sampai mata naik keranjang. pulang kadang-kadang sampai minah kilang dah keluar nak gi kerja.

malam tu pun sama. errr pagi maksud gua. malam tu lepak gua lepak ngan 3 orang lagi teman. tak payah sambung meja. satu meja da cukup. tepi table kitorang ade geng mat rempit. sambung sampai 4 meja. sembang huhahuha. sembang pasal ekzos, pasal willy, pasal roadblock, sembang pasal istilah-istilah mat moto. meleleh taik telinga gua. table depan gua plak di huni sepasang kapel. lepak kejap terus blah. serabut ngan mat-mat rempit tu kot. kitorang buat-buat pekak. sembang-sembang. gelak-gelak sampai meleleh air mata. sambil sembang mata gua meraba-raba paha gadis-gadis melayu yang tak reti sejuk pakai hot pant malam-malam buta.

tengah syok bersembang sebijik myvi park depan kedai. mata gua mengharapkan sesuatu. yeahhhh tu dia segerombolan gadis hot sudah sampai. mata ngantuk gua menjadi segar bugar. gua celik besar-besar(nota: gua rabun jauh). ada 4 orang. semua macam artis gua tengok. artis dangdut. gila vogue. tube ngan mini skirt. gila babeng wa cakap lu!!!!

tak semena-mena sekor dari dorang wat tiger show. terlentok-lentok kat parking. gila rare. mat-mat rempit bangun swit-swit. gua terpaku. belum sempat gua lap darah kat hidung tiba-tiba minah tu selak baju tunjuk TETEKKKKKKK!!!!! babi!!! skrotum gua mengecut. lubang dubur gua bernafas kencang.

********************************************************************************

patut r rare gila babi anu dalam botol rupa nya. dalam kain ade KOTEKKKKK!!!!!! syial!!! menyesal makkkkkkkkk!!!!!!!

Monday, July 20, 2009

RAMLI DAN ROKOK

suatu petang yang damai sambil pepohon melambai manusia yang lalai. berdiri 2 hamba Allah didalam sebuah kedai runcit jawa yang beroperasi 24 jam sehari.

ramli : tokey kasi okok cap helang pat belas sekotak.

tokey kedai : (hulur rokok berjenama winston yang bergambar tekak berlubang)

ramli : tak mo yang ni tokey. tuka-tuka. kasi yang gambar janin berdarah tu ha.

tokey kedai : apasal?

ramli : kalu isap yang ni gua boleh kena kanser tekak. kalu isap yang gambar janin berdarah takpe. gua jantan. mana boleh beranak maa..

tokey kedai : brengsek!!!(sambil tnjuk jari tengah)

Tuesday, July 14, 2009

REVIEW ENVY LIVE IN MALAYSIA






gua sampai-sampai je manusia dah memenuhi ruang. gua cari port nak lompat-lompat jerit-jerit. awek ramai. best. lompat sama-sama. jerit sama-sama. bapak screamo gila. naik je band ni ke pentas manusia terus terjerit-jerit histeria macam munyit. gua layan je. goyang-goyang kaki sikit. tak panas lagi. envy kat atas pentas jerit, manusia kat bawah pun jerit. tak tau sape yang dengar. bila sampai turn lagu further ahead of warp lubang dubur gua kembang kempis. lagu favourite gua syial!!! gua bergerak laju kedepan pentas. habis manusia gua langgar. habis awek gua buat-buat tereksiden. time kat depan stage gua layan kepala jap ngan manusia lain. jerit-jerit sama-sama. gua tak puas hati. gua panjat pentas. salam ngan vocalist dia. belum sempat kena halau gua terjun ke lautan manusia. gila best. macam faizal tahir gua rasa.

pastu lagu further ahead of warp abis. potong stim tol. gua play balik. sambung berangan. best giler kalau gi tengok envy aritu. kalau gi mesti jadi sebijik macam angan-angan gua. kiwak!!! gua mana minat envy!!! betullll!!!

Monday, July 13, 2009

MUET

ari sic: muet dah kuar

politic_suck: gi mam r
gua da amik lama da pon
wakakaka

ari sic: ahhah

politic_suck: ko dapat band bape

ari sic: dia macam mana band apa bagus?

politic_suck: band cam explosion bagus r

ari sic: aku ckp serious ko memain
mam ko ah

nota kaki : sesi ym gua ngan member gua(politic_suck adalah gua)

Friday, July 10, 2009

I LOOK SHITTY TODAY

entri ni patut gua post aritu. bukan sebab putus cinta tapi sebab gua potong rambut. macam tak ensem je. gila tak rock kapak potong rambut. nah gua bagi lagu shitty day dari soko ni khas untuk kamu. tak kena mengena pun. saje je ekekekeeke



I hate myself today.
I don’t know what’s happening to me.
I hate my face today.
I think I look so shitty.

I have some sweat everywhere.
I’m not even shaved.
My hair all greasy.
I look disgusting.

My eyes are glued.
My lips are chaffed.
My legs are prickling.
And plus I’m stinky today.

How can I date someone with a face like that?
I know you’re gunna dump me again,
And I am gunna cry.

Cuz you want a perfect girl,
And I’m not what you expected.
You want a perfect girl,
And I look shitty today.

Maybe I should put some makeup,
And find some crazy outfits.
But I am very tired today
And I don’t care if I’m not pretty.

Should be like these girls,
Skinny and great all the time.
I’m still wearing my slippers
And eat all the candies alone.

I should sleep more,
And stop going out everyday.
I should focus more,
And stop complaining today.

Tell me, How can I date someone with a face like that?
I know you’re gunna dump me again,
And I am gunna cry.

Cuz you want a perfect girl,
And I’m not so perfect.
You want a perfect girl,
And I look shitty today.

Yea, how can I date someone with a face like that?
I know you’re gunna dump me,
And I am gunna cry.

Wednesday, July 8, 2009

GAM CAP GAJAH

mata gua melilau-lilau ke segenap ruang. atas meja, bawah meja, dalam almari, belakang almari semua gua dah geledah. demi pencarian objek yang berkelebaran ibu jari dan sepanjang 2 inci. mata gua tiba-tiba terhenti diantara timbunan kasut yang menusuk kalbu. wajah inesen gua terukir seribu harapan. tangan gua pantas bergerak mengikut arahan otak gua. tapi hampa. melainkan tiub yang separa penyek berisi gam keras.

gua terus bergegas kekedai runcit berhampiran. gua tawaf beberapa kali. tak ada gam cap gajah melainkan bawang, perencah nasik goreng adabi, gula prai dan segala bahan masakan lain. wajah inesen gua berambah sugul. gua melangkah longlai ke kedai runcit kedua dan terakhir yang terletak berhampiran rumah gua. seribu pengharapan gua tawaf lagi barang sepam dua. ada. tapi gam kertas. gua ke kaunter. habis. ringkas dan padat jawapan untuk pertanyaan gua.

kelopak mata gua mula ditakungi manik-manik putih. untuk seketika gua merasakan susuk-susuk di sekeliling gua sedang mencemuh dan mentertawakan gua. kerana berjaya membentuk komplot untuk menghalang gua dari mendapatkan gam cap gajah. yang sangat gua perlukan. untuk melekatkan keping-keping hati gua yang hancur berderai....


Monday, July 6, 2009

HARI MENCARUT SEDUNIA

hari ni gua nak mencarut puas-puas. jangan tanya pasai apa. serabut. letihhhhhh. babi anak aram barua lancau sial jahanam pantek babi gila aram anjing kurap kimak fuck shit huh pelagi??? dammittttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 30, 2009

KISAH CINTA DI MESIN ATM




"lonely syial", rungut hati kecil gua di satu sore itu.

gua tak kaya. tapi setakat hari ni gua tak penah kebulur sampai tak larat nak makan. member-member ramai. boleh gua ajak pekena kopi petang dan malam. tapi hati gua je problem. gua tak de teman yang bergelar wanita yang boleh gua berkongsi hati dan perasaan gua.

gua cuma nak sorang gadis yang tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit. tu je yang gua nak. biasa la memilih sikit nanti muka dia jugak gua nak ngadap sampai monopos nanti.

petang semalam gua pegi cucuk duit kat atm. nasib baik orang tak ramai sangat. gua pun beratur. depan gua ada 3 orang tengah tunggu turn. gua pun buat rilek je sambil main game kat enset kaler pink gua. tut tat tut tat gua tekan tiba-tiba bulu ketiak gua meremang. mesti gadis idaman gua sedang menghampiri lokasi kejadian. bisik hati gua. dammit!!! gadis tu tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit. siap ada bonus lagi. buah dada besar. eh tak subang besar. jiwa gua mula berdebar-debar. tanda jatuh cinta. gua tarik nafas ikut hidung hembus ikut bontot. gua susun ayat.

"u cucuk la dulu", kata gua tersenyum sambil bagi laluan persis lelaki maskulin yang gentleman lagi mengiurkan.

"owh yeke? thanks", dia tersipu-sipu sambil membelai rambutnya yang panjang paras bahu macam ratu rock ella.

*************************************************

ciri-ciri gadis idaman yang tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit sebenarnya masih belum cukup. gua tertinggal lagi satu ciri yang cukup penting perlu ada. tak berbulu ketiak!!!

nota kaki : bulu ketiak bukan aset bagi seorang gadis.

Sunday, June 28, 2009

RAGUT


iklan semata-mata untuk cari sape nak sponsor gua.


petang semalam gua lepak-lepak minum ngan member-member gua. pekena kopi ais ngan roti kosong 2 batang. sambil sedut kopi mata gua melilau-lilau usha gadis-gadis yang cantik menarik kau memang da bomb yang dok lalu lalang. nasib baik petang tu jantung gua tak berdebar-debar. kalau tak entri ni mesti dah jadi entri jatuh cinta lagi. tengah lepak-lepak member gua yang sorang lagi sampai. muka pucat. berpeluh-peluh.

"gua kena ragut doe", dia cakap dengan bersungguh-sungguh.

"lu bia betik john", tanya gua yang terkejut plus tak berapa nak percaya.

"sumpah! aku tak tipu! kat depan burger tu hah!", jelas nya lagi sambil menjuih bibir kearah gerai burger yang tak jauh dari tempat kitorang lepak.

"aisey pe yang dia sempat sauk? wallet? enset? jom r kita gi buat report", bibit-bibit simpati mula terukir. jauh dilubuk hati gua carut marut sumpah seranah berbunga-bunga memaki peragut tersebut. member-member gua yang lain mula berkira-kira nak gi kejar.

"tak payah la buat report. bukan wallet atau enset tapi hati gua yang dia ragut", jawabnya sambil tersenyum manja. kiwak!!! siak!!!

Saturday, June 20, 2009

TAIP DAN PELUH

jari jemari mulus gua semakin laju menari-nari diatas papan kekunci itu. pantas. kekadang perkataan yang gua taip terlebih huruf dan kekadang terkurang huruf. so gua kena beksepes dan tambah mana yang kurang buang mana yang lebih. gua akui kursus networking yang gua join hari tu banyak mengimprove kadar kelajuan taipan gua.

gua semakin laju menaip. peluh jantan betina mula berjejeran didahi licin dan lurah sixpack gua lalu gugur keatas papan kekunci seperti gugurnya bunga cinta. sesekali mata gua melirik ke arah jam yang terletak disebelah bawah penjuru kanan skrin. peluh dan kadar menaip gua mula bergerak pada kelajuan yang sama. laju. basah. lekit.

gua bukan mengejar masa. bahkan gua punya cukup masa. gua bukan dikejar atau diburu. gua juga bukan sedang mengejar atau memburu. jauh sekali ingin melepaskan hajat. gua cuma...gua cuma panasssssss!!! syial punya cc kipas tak rasa apa pon!!! berpeluh-peluh ketiak gua!!! jangan harap gua nak datang sini lagi!!! babi!!! haktuihhh!!!!

RAMLI DAN BELOGNYA

ramli suka baca belog. tapi ramli tak ada belog. tiap kali on9 ramli mesti belog kesukaannya dulu. lepas tu baru usha mesepes, prenster disusuli waiem. demikian tingginya martabat belog dalam hidup ramli.

kini ramli dah ada belog. nama belog ramli hatikudibawalarimu.blogspot.com. ramli dah taknak jadi pembaca. ramli nak jadi penulis dan pembaca. ramli nak berkongsi kisah suka duka nya dengan orang lain. tapi yang masalah nya ramli liat untuk mengupdate belognya.

"rumah gua mana ada internet. kalu ada internet 5 kali sehari gua update", jelas ramli memberi alasan.

nota kaki : kamu ada yang species ramli?? gua bukan. kan? kan?

Thursday, June 18, 2009

RAMLI DAN LIN

ramli. 25 tahun. berkerjaya. sudah berpunya. ramli tak senang duduk. baring kejap dia terpacak. tengok tv. tak sampai 10minit tv yang tengok dia. teronggeng-tonggeng macam orang gila. kejap-kejap dia mengeluh. melilau-lialu dalam rumah sendiri macam anjing lapar. lidah terjelir-jelir air liur menitis dari celah gigi runcing.

selalunya hari minggu ramli terisi. hari sabtu dengan teman-teman. hari ahad dengan yang tersayang. tapi sabtu ini tak seperti sabtu yang sebelum-sebelumnya. member-membernya semua ada hal. ada yang keluar ngan awek, ade yang balik kampung. macam-macam. letih.

lin. 24 tahun. baru abis belajar. buah hati ramli. lin tak bosan macam ramli. tak keluar satu hari pun tak pe. lin ade blog. tiap-tiap hari post entri. adae banyak gambar dia ngan ramli. dia tulis pasal hidup dia macam cerita impian ilyana.

ramli dah pikir masak-masak. jadual harus dirombak. hari ni dengan awek. esok dengan teman-teman. ramli tak nak jadi orang pertama yang mati kebosanan. ramli tak nak masuk melodi. tak nak keluarga nya kena terjah ngan abang nas.

armli call lin. ramli cari nama sayang kat phone book kemudian tekan butang hijau kat enset berkamera model terbarunya.

"hye sayang. bosan la. u watpe?", tanya ramli lesu macam orang kebulur 3 hari tak makan.

"hye baby. tak watpe pon. ngah taip entri baru ni", jawab lin tergedik-gedik manja.

"u free tak petang ni? keluar jom. lepak-lepak. rindu la", suara ramli lesu tapi penuh pengharapan.

"apa free-free? nak jumpa bayar la. tak kan free kot hehehe", lin tergedik-gedik lagi sambil bergurau manja.

"sejak bila nak jumpa kena bayar ni??!! u jadi pelacur eh??!!!!", sound ramli keras macam cik gu disiplin sound anak murid isap okok dalam toilet.

tut......tut......tut......