Wednesday, December 21, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Dukacita dimaklumkan Efek Rumah Kaca Malaysia Tour 2011 telah ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kepada yang telah membuat tempahan dan pembayaran, kami akan hubungi semula melalui email anda.

Monday, December 19, 2011

SEMBANG RAKYAT

Situasi: Waktu petang yang redup di tepi highway.

dulu muda2 bole la aku ke buluh inn...skang ni si komeng pon da kener tangkap..kes nak kawin ngan nora la tu..nasib aku sempat lari..
kes rompak kedai emas kt ampang aritu pon aku x tido mlm..
abis styer aku tertinggal..

KEJE BUDAK2 REMPIT LETTEW
ITU LER DEME
ORANG SURUH MASUK BELIA 4B XNAK
LPS TU JADI KUTU
SAMPAH MASYARAKAT

sampah bole recycle..

SAMPAH KENA BUANG KATA NYE

mahal jugak...harga diri je yg x de harga skang...menyundal belakang lorong..ciss

DEME BUKAN SAJE2 NAK MENYUNDAL
AWOK KENE PAHAM
KALAH MAIN MOTOR GAMAK NYE

banyok keroje lain lg deme bole buat..race pon haley juge...bukan nye mencurik getoh orang..

HALAHH
RACE HALEY SUSOH!
MASUK KENA BAYAR YURAN
DEME ANOK PENEROKA JE PON
MANE MAMPU BELI RACE SUIT
BAIK BELI TV LCD

dah tu, deme nok benor race haley nye..yg haram x hendok..dose katenye...

BKN XHENDOK
DEME TKUT
OTEK RAMEI KATENYE
DI BALING NYE DGAN COTAR
TAK KE ARWOH

tu ler budok2 sekarang..penakut benor..dulu jaman aku nu..sape x kenai si kasim penghulu tu..aku nagn dier je bertengek atas vespa di ladang sawit sudin..elok je elak2 lembu maniam main situ...
saper kalah blanjer kopi di kedey piah jande..

HALAH
KASIM TU PUN KLU BKN AYAH LEH YG SETTING XKEMANE MOTOR NYE
DULU NAK MASUK SPRINT TEST
TAPI DEME PEGI PAKEI BAJU HUJAN
MAU XKENE REJECT

teman da kabor ke dier..x payah pakey baju ujan tu..pakey je jaket marlboro teman..x hendok kater dier..kalau pakey baju ujan yg dier beli di kedai limah tu, ader luck..

AWOK NI GILE KE HAPE
BINI KASIM TU MANE BULEH TGK ROKOK
LEMEH KATE NYE
BULEH KENE SAKIT TIBI
SAPE NGAJOR PN IDOK TAU LER

ehh..aritu bole je bini kasim paipon same dol di dusun si hamzah...x kan rokok pon ngeletor..blakon depan kasim je tu...
tu mesti kes jeles pasey kasim dok ngorat piah jande tu..

MAIN BALUT JUGE BINI SI KASIM YE
PATUT LA TEMAN NENGOK STONE JE TIME BELI IKAN ARITU
TEMAN IGT DEME KERACUNAN LEPAT UBI GERAI TEPI BUS STAND NUU

jgn x tahu..di kedey ikan ah seng tu le deme membeli nye...ah seng le yg juey..budok2 di simpang nu yg khabor...anak si bidin said tu..bekas banduan kemunting..

ANOK SI BIDIN TU MMG ROSOK DLM TELOR LAGI
KEMUNTING TU DOH JD RUMOH NO 2 DIA
RMH NO 1 NUUU DLM DUSUN MANIAM
ORANG BUAT PONDOK TNGGU DROYAN
DEME PEGI ISAP DADOH
BEBEI MACAM BAPAK DIE LER
DULU BAPAK DIA ISAP GAM
NAK JADI TUKANG PAIP KATE NYE

patut le...kulu kilir bawak gam aje..ate..teman tanye...nok bela paip di surau ujung nu...imam sujak yg kabor kt teman...dier tu rosak da zaman skolah dulu..
satu kelas same kasim le...

BAPAK BOREK ANOK RINTIK LETTEW

udoh le..teman nak sambung ngaji ni..karang nok tido awey..menoreh...

OKEY LAH YER
JGN LUPE
UJUNG MINGGU ADE MSYUARAT TINGKAP DEKAT BALAI RAYE
AWOK KENE BUAT AIR SIRAP
JGN LMBAT

ye ler..kalau teman x sampay, kome bbm je teman....

OK
TIDO2 JUGEK
JGN LUPE BASUH KAKI
KANG MENGIGO SEBUT NAME TEMAN
TAK KE BISING BINI DEME

teman mandi wajib skali..lepas isyak td buat projek awey...

UNTUNG LA DEMEH

Sunday, December 18, 2011

AKU

Aku, mayat yang tersasar; di dunia kehidupan.

Monday, December 5, 2011

SURAT UNTUK TUHAN

Ya Tuhan,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I'm dying.

Wednesday, November 30, 2011

PENGORBANAN



Apa itu PENGORBANAN? Berkorban apa sahaja untuk orang yang kita sayangi dan cintai... Biar di mata DIA, tidak pernah dia melihat tangisan dan kesedihan... Biar di jiwanya, tenang dan aman... Biar di hatinya, penuh kegembiraan... Biar dia tahu, CINTA aku selamanya untuk nya... Biar pon dia jauh dimata ku,biar dia jauh dr jasadku, tp CINTA,SAYANG dan RINDU ku selamanya abadi buat DIA...

Friday, November 18, 2011

HOPE

Hati kecil itu sudah tidak kuat. Dia menyeka hujung rambut hitam lurus yang menggeletek kantung mata yang bunting menakung air mata. Sepanjang malam matanya membentuk lopak kecil menakung sedih. Matanya merah. Bengkak. Pedih. Hatinya remuk. Rangka rusuknya menyempit. Nafasnya rasa tercekik.



"Ya Tuhan, berikan aku kekuatan".

Thursday, October 20, 2011

IBRAHIM DAN 10 EKOR KATAK PISANG

Alkisah telah diriwayatkan oleh orang-orang tua dahulu kala akan cerita seorang laki-laki berperut buncit, berhidung pesek bernama Ibrahim yang hidup merana dipinggir Kampung Antah Berantah. Diperanakkan dalam keluarga yang kaya raya, wang emas memenuhi kebuk padi, dan tanah ladang, padi dan kebun salak beratus ekar. Adapun begitu kerana kekayaan inilah menjadikan Ibrahim merana sepi sentiasa ditinggalkan Umi dan Abi untuk berdagang ke luar kota.

Kawan-kawan pula tidak lah dia ada kerana tidak pernah menjejak kaki ke tempat mengaji lantaran kerisauan Umi akan penculikan budak laki-laki yang kian menjadi-jadi. Tambahan pula rupa Ibrahim yang berhidung pesek, berperut buncit dan berkaki pendek pasti akan akan menjadi bahan caci di tempat mengaji. Maka tinggallah Ibrahim dalam rumah sebesar istana tanpa teman berbual bicara.

Pada suatu petang saat Umi dan Abi keluar berdagang diluar kota, langit yang cerah tiba-tiba diselimut awan hitam. Hujan lebat memukul bumi dengan deras saat Ibrahim bermain pepatung yang diliwat duburnya dengan batang kemuncup di belakang teratak. Kaki pendeknya terkedek-kedek mencari perlindungan dibawah pohon ketapang ditepi kolam ikan.

Ong! Ong! Ong!

Hatta telah diceritakan orang banyak selepas hujan lebat tersebut Ibrahim tidak lah lagi dijumpa penduduk Kampung Antah Berantah. Umi menangis bertempayan-tempayan air mata. Abi risau sampai demam panas. Bomoh demi bomoh, dukun demi dukun tidaklah juga berjaya mengesan Ibrahim. Diriwayatkan lagi oleh orang banyak setiap kali hujan akan melompat-lompat dan bersahut-menyahutlah 11 ekor katak pisang memanggil hujan yang mana seekor darinya sebesar budak laki-laki 8 tahun yang dipercayai mereka jelmaan Ibrahim. Wallahualam.

Saturday, October 15, 2011

RINDU

Lebih baik lahir tanpa hati dari hidup menderita rindu.

Wednesday, September 21, 2011

RAKYAT YANG TERTINDAS

Dewasa ini kita dapat lihat didada akhbar arus perdana, alternatif, internet malah didada baju t anak muda yang memperjuangkan itu, menegakkan ini, menyokong sana dan mempertahankan sini. Orang dulu-dulu cakap bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kerana bersatu jugalah itu hari isteri Rosmah akur dengan kehendak rakyat supaya memansuhkan Ikut Suka Aku bak kata Meor.

Tapi entri pada tengahari dingin di simbahi hujan renyai-renyai ini bukanlah untuk aku suarakan tentang isu ISA jauh sekali isu pejuang-pejuang kiri yang dinafikan. Biarkan dahulu isu itu.

Aku tak mahu hurai panjang-panjang, biar aku teruskan pada isi penting sahaja. Tidak pernahkah saudara-saudari terfikir untuk kita sama-sama berganding bahu, berpadu tenaga membantah kenaikan harga rokok yang semakin membebankan kita sebagai pengguna?

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

REVIEW: GERAKAN DAN TOKOH KIRI (KAMARULZAMAN TEH DALAM KANCAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN)

Buku tulisan Mohamed Salleh Lamry ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pads peranannya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia jugs pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamurulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini. Buku ini sesuai buat mereka yang ingin mengetahui sejarah yang dinafikan oleh pejuang kiri dalam menuntut kemerdekaan.



"kita tahu dalam perhimpunan kita ini ada penjilat-penjilat sepatu British yang mengintai-intai rahsia kita, tetapi kita tidak takut semua itu, kita sedia berjuang dengan darah" - Kamarulzaman Teh (Mei 1946)

Monday, September 12, 2011

REVIEW: SHAMSIAH FAKEH (PEJUANG, PEMIMPIN DAN PEREMPUAN)

Novel hasil karya Azzah AR ini menceritakan tentang sejarah hidup perempuan besi yang bergelar Shamsiah Fakeh dari awal kelahiran beliau sehingga menghembuskan nafas terakhir. Penceritaan kisah hidup beliau ditulis dalam bentuk novel membuatkannya ia sedikit berbeza dari memoir beliau. Buku ini juga hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang penting sahaja sesuai dengan ketebalannya.

Ketokohan Shamsiah Fakeh dalam memperjuangkan kemerdekaan serta menaikkan semangat Nasionalisma mulai terserlah ketika dia mula melibatkan diri bersama-sama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menjalankan kempen untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah. Menjadi pemimpin bagi sayap parti tersebut dengan mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sehinggalah menganggotai PKM. Seterusnya, beliau menjadi pejuang kemerdekaan melalui PKM, yang mana kita semua telah maklum mengenainya. Ini salah satu naskhah yang saya kira patut dibaca, terutamanya bagi golongan yang mahu mengetahui sejarah yang dinafikan.



"Aku akan tulis kisah ini nanti, ku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku" - Shamsiah Fakeh

Sunday, September 4, 2011

SEJARAH YANG DINAFIKAN



Penjajah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dibunuh. Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Kerana takutkan pengaruh Mat Indera dan kebangkitan massa rakyat, penjajah British membatalkan mahkamah terbuka tersebut. Mat Indera kemudiannya digantung sampai mati di penjara Kamunting, Perak. Ketika terkorban beliau baru berusia 33 tahun.

( halaman 117-118, Bab 40. Buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua)

Thursday, September 1, 2011

SEJARAH ATAU HARAM JADAH?

Kadangkala sesuatu perkara kita dapat terima dengan lebih mudah jika berfikir dengan lebih ringkas. Dengan logik akal. Tapi bukan bermaksud mengabaikan keseluruhan cerita. Bermula dengan logik akal untuk kau terima dan mencari lalu memahami. Bukannya kau tunggu disuap sahaja tanpa kau fikir apa benar ia ayam hanya kerana kepaknya. Kau harus cari sendiri. Biar kau tahu apa yang kau hadam.

Siapa yang menjajah kau dulu? Siapa yang memenggal kepala kau dulu? Apa pula hubungan kau dan mereka sekarang? Politik? Ekonomi? Kenapa tidak ada dendam? Mana melayu yang gemar menyalak?

Siapa pula yang mengangkat senjata melawan mereka yang menjajah kau dulu? Apa mereka ini menjajah kau juga? Apa layanan kau pada mereka sekarang? Kenapa mereka dihina melebihi yang menjajah?

Terserah kau mahu percaya sejarah atau haram jadah.

Saturday, August 27, 2011

MAYAT-MAYAT CINTA

Apa kau baca akhbar arus perdana?

Muka utama pemula berita.

Gegak gempita macam si gila.

Ada mayat di ibu kota.

Jasad tanpa nyawa.

Darahnya tak ada.

Mangsa korban cinta.

Mati tanpa hati.

Celaka!

Thursday, August 25, 2011

AKU, MARYAM MAH

Aku Maryam Mah. Siti Maryam Binti Mahfuz. 24 tahun. Wanita. Ya wanita tulen.

Aku mungkin jalang, tapi masih punya selaput dara.

Memegang ijazah sarjana muda perakaunan dari sebuah universiti awam di ibu kota.

Pasti kau tertanya-tanya siapa aku bukan?
Aku adalah pemangku merangkap pemilik baru blog ini.

Kenapa?
Lelaki gagal itu, ya dia yang pemilik asal sudah mandul kata-kata.

Maka biar aku yang teruskan saja atas dasar rampasan kuasa.
Atau sebenarnya dia yang menitipkannya(?); ah biarkan saja.

Selama ini aku hanya pembaca tulisan kau, kau dan kau.

Sekarang biar aku yang menyusun kata.

Kau tunggu saja. Biar aku yang bercerita.

Salam 1 Malaysia.
Maryam Mah

SELAMAT TINGGAL BELOG

Gua dah penat. Serabut gua tengok belog yang hidup segan mati tak mahu ni. Kalau dulu gua boleh post 4 5 entri dalam 1 minggu, sekarang 4 5 entri dalam 1 bulan pun belum tentu. Dengan sempena bulan baik hari baik ini gua mengumumkan persaraan dalam bidang pembelogan dan akan menyerahkan belog ini berserta password dan segala-gala isinya pada seorang teman yang merangkap pemilik baru. Terima kasih. Maaf sekiranya tulisan gua sebelum ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Peduli apa gua. Puihhh. Sekiranya ada rezeki anak-anak pasti gua buat come back lagi dengan belog yang baru, idea baru dan tulisan yang serba baru.

Oh ya, dikesempatan ini juga gua, isteri dan anak-anak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Eid Mubarak buat muslimin dan muslimat diluar sana.

Selamat tinggal.

Saturday, July 30, 2011

MERCUN DAN KITA

Bagi anak kampung macam gua bahan letupan berasaskan karbaid sama ada buatan China atau buatan sendiri adalah perkara wajib tiap kali menjelang Ramadhan Al-Mubarak. Seminggu sebelum puasa, fasa pertama dalam misi gua adalah membeli kelengkapan berupa bahan-bahan untuk menghasilkan letupan, lighter dan lampu suluh. Selain digunakan untuk menyuluh laluan ke surau bagai menunaikan moreh, ia juga digunakan untuk menyuluh laluan ke lokasi peperangan.

Yang paling top dan menjadi pilihan ketika bulan puasa sudah semestinya mercun made in China atau lebih dikenali sebagai mercun sedia bakar. Mercun made in China ni ada stage-stage dia pula. Kalau peringkat umur yang belum tumbuh gigi kapak kena layan jenis mercun tarik dengan marcun bawang atau orang bandar panggil mercun pop pop sahaja. Bila gigi kapak dah tumbuh maka bolehlah beralih kepada mercun jenis roket, mancis dan papan. Untuk beralih ke stage yang seterusnya kenalah khatam dahulu bakar mercun papan bagi letup dekat tangan. Bila dah kebal barulah boleh beralih ke mercun jenis ketupat, bola, telur, botol dan lain-lain yang berrisiko memutuskan jari.

Jenis ni pula gua rasa tak ramai yang tahu kerana tidak dikomersilkan. Gua agak dua tiga tempat sahaja di Malaysia yang main bahan letupan jenis ini. Bedil plug. Plug motor memang paling up time ni. Tapi kalau sesiapa yang pakai plug kereta memang king. Dia punya ekor kalau tak kain pelikat mesti pakai plastik bendera. Nak main pun kena ada skill juga kalau tak nak beraya dengan kepala berlubang. Dari pemerhatian gua, bahan letupan jenis ni sudah pupus sama sekali. Kalau tanya budak-budak sekarang sama la macam tanya mereka siapa presiden Perkasa.

Adapun begitu raja segala bahan letupan adalah milik meriam bukan Mariam. Meriam ni pun ada jenis-jenis dia. Ada jenis buluh, paip, tin, tanah dan macam-macam lagi hasil kreativiti anak Melayu jati. Teringat pula zaman gua berpuasa di Penang dahulu. Menyorok dalam longkang dan semak tatkala diserang polis dan penduduk kampung gara-gara letupan dari meriam bersaiz mega. Walaupun memjadi buruan setiap malam, tetapi alhamdulillah sampai muak juga kami gegar satu Penang tanpa ada insiden yang ditakut-takutkan oleh orang surat khabar. Tak ada pula Paiz makan lemang pagi raya dengan sebelah tangan atau Lazim kipas sate tak cukup jari.

Sebenarnya bahan ketupan tidaklah sebahaya mana seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Cuma ia memerlukan pengalaman dan skill untuk menghadapi situasi-situasi runcing dan mendebarkan. Oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia agar tidak membunuh tetapi menyemai tradisi yang dibawa nenek moyang kita sejak berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu ini. Majulah bahan letupan untuk negara.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, June 30, 2011

SAKIT

"Macam mana hari ni? Dah elok sikit?", tanya seorang gadis berlesung pipit, mata sepet-sepet sikit, bibir mungil kaler pink, rambut hitam kilat paras bahu sambil megupas sebiji epal hijau.

Gua hanya tersenyum kecil sambil mengangguk mengikut irama tangan mulus nya yang mengupas epal. Gua telah berjanji dengan diri sendiri, cukuplah sekadar dia kepenatan saban hari menemani gua. Gua tak akan sesekali membuat dia risau. Jauh sekali membuat dia sedih dan merasakan kesakitan yang gua rasa. Biarlah tatkala orang lain tidur dihiasi mimpi indah, sedangkan gua sedang bergelut menyabung nyawa diatas katil melawan kesakitan yang maha dahsyat. Dia tidak perlu tahu itu. Dia tidak perlu risau itu.

Seperti selalu-selalu petang itu dia menyorong gua di atas kerusi roda untuk bersiar-siar di taman hospital. Setiap petang taman itu dikunjungi pesakit-pesakit yang ingin lari dari bau hospital yang kadang kala menyesakkan dada. Taman nya biasa-biasa sahaja. Tidak terlalu besar. Ia sentiasa terjaga rapi oleh seorang tukang kebun yang gua syak bernama Pak Mat. Namun bukan keharuman bunga atau nyamannya udara yang gua cari. Bersama dia membuatkan gua lupa kesakitan dan penderitaan yang sering sahaja hampir menumpahkan air mata.

"Haaa abang hisap rokok eh", tiba-tiba muncul suara kecil entah dari mana.

Taman hospital lesap lalu menukar lamannya menjadi halaman rumah. Manakala kerusi roda hancur berkecai menjadi sebuah kerusi rotan. Dan dia, perlahan-lahan hilang bersama kuntum-kuntum mawar yang mekar.

Saturday, June 25, 2011

ACCIDENT



Once broken considered sold! Sigh.

Saturday, June 18, 2011

ENVY LIVE IN KLPAC [JUNE 17TH 2011]

Gua malas nak cakap banyak. Badan gua sakit-sakit lagi mosh semalam.


Sesi jual beli.


Time ni Peja Deepset datang dekat gua cakap gua macam drummer band X. Cilaka!






Tak sia-sia gua melabur RM88.


Tetsuya sempat pesan dekat gua, "lu pergi mad kemudian mark!".

Wednesday, June 15, 2011

ROKOK NAN SEBATANG

Melihat kepada rokok berjenama SAAT yang disedut oleh rakan gua itu hari membuatkan gua mengimbau kenangan lalu.

Dulu time dekat Penang, hidup gua susah. Nasib baik nasi protein RM1.50 sahaja. Dapat jugalah gua meneruskan kehidupan. Sekali-sekala dapat juga pekena char kuey teow pokok besaq dengan rojak pasemboq. Kalau air pula, kopi ais Abang Din menjadi pilihan gua. Kopi Penang betul-betul ho liao!

Entri kali ni bukan tentang sajian makanan best yang boleh anda dapati di negeri Pulau Pinang. Itu cuma intro.

Seingat gua, diawal kemunculan rokok berjenama SAAT dahulu, bukan dahulu sangatlah, dalam 5 tahun yang lalu, tatkala ia masih suci dari dunia kapitalis, sekotak 14 cumalah berharga RM2.50. Manakala Dunhill pula boleh dibeli secara batang by batang dengan harga RM0.40.

Berbalik kepada cerita SAAT, dahulu hidup gua susah kerana PTPTN cuba mensabotaj gua dan berkomplot dengan UiTM untuk menggagalkan gua. Celaka juga hidup tanpa pinjaman, jauh sekali biasiswa. Tapi mujurlah ada biasiswa FaMa yang tak jemu sponsor gua. Selain itu ada juga kadang-kadang gua pergi jadi kuli.

Kalau beli SAAT 14, gua pancung 3. Gua, Lazim dengan Kerel. Seorang dapat 4 batang. Ada lagi belen 2 batang. Part 2 batang ni yang paling mencabar sebenarnya. Tersilap sedikit dalam upacara pembahagian, pertumpahan darahlah jawabnya. Dekat dinding sudah ada ukuran pembahagian mengikut piawaian. Ukuran ini dibuat oleh Kerel dengan pembaris bersaksikan gua dengan Lazim. Kalau Surya dia pakai ukuran lain pula. Selepas diukur kepada 3 bahagian, pensel akan digunakan untuk menanda sempadan masing-masing. Pen tidak dibenarkan sama sekali kerana bimbang membawa implikasi kepada otak.

Sekarang ni harga nikotina melambung tinggi dipasaran dunia. Itu hari kaum perokok dekat Trinadad and Tobago buat mogok lapar membantah kenaikan harga rokok. Gua dengar minggu depan Solodariti Perokok Malaysia (sePAM) nak berarak dari Johor Bahru ke Pasir Mas untuk menghantar memorandum kepada Ibrahim Ali tentang bantahan kenaikan harga rokok dan membantah rasuah dalam rampasan rokok kapal. Berdebar-debar juga gua tunggu minggu depan.

"kami mendesak kerajaan Melesia mengembalikan royalti rokok kepada rakyat!" - sePAM


Gambar hiasan.

Sunday, June 12, 2011

ANTARA SEKOTAK NIKOTINA DAN SEKEPING TIKET ENVY

Celaka betul! Dalam seminggu dua ni banyak pula tiket yang gua kena beli. Semalam beli tiket bola. Permainan gua tak nak cerita. Yang penting selepas sesi pemanjatan yang menggadai nyawa gua dapat duduk kat tempat lebih tinggi dari orang lain kah kah kah Gampang betul! Terpaksa gua ketepikan nasik dan kurangkan nikotina dalam badan untuk tiket Envy pula. Kapitalis betul harga RM88!

Sunday, June 5, 2011

PENETAPAN MEREK INDIVIDUALITI DAN ACUAN BUDAYA MORALISASI

Peh gempak juga tajuk gua.

Gua sebenarnya baru pulang dari sebuah pesta muda-mudi disebuah ibu kota terkemuka di Selangor Indera Kayangan. Tatkala memandu sebuah pacuan dua roda berjenama Ekali5, hati gua seraya berkobar-kobar mahu segera sampai rumah dan terus menggentel papan kekunci komputer lipat jenama Sony Vaio gua.

Trendy atau kebetulan?

Nah tak mungkin kebetulan apabila satu kelompok manusia yang agak ramai melakukan perkara yang sama. Setidak-tidaknya hampir sama. Bukan semua. Tapi lebih separuh mengikut pemerhatian gua. (Nota: Bukan semua)

Ok begini. Mengikut pemerhatian gua dari pesta muda-mudi tadi, budaya indie amatlah bermaharajalela di negara satu Melesia sekarang. Sehinggakan Ibrahim Ali pun tidak dapat mengawal budaya yang semakin menular didalam bangsa ketuanan Melayu ini khususnya meskipun beliau mempunyai keris taming sari.

Lihat saja cara pemakaian mereka. Bagi yang bergender wanita boleh dibahagikan kepada 2 spesis. Spesis pertama adalah jenis berdarah panas dan bertudung. Manakala spesis kedua juga berdarah panas tetapi tidak bertudung. Jangan berahi. Jangan orgasm. Semacam ada satu acuan yang perlu mereka ikuti bukan. Cuma beza antara 2 spesis ini, spesis pertama mempunya aksesori tambahan dengan lilitan dan simpulan tudung yang mengelirukan orang banyak hatta pengakap sekalipun. Acuan yang gua maksudkan ini adalah apabila terpacul dari mulut longkang kamu "wah sungguh indie penampilan gadis itu". Hal ini terjadi kerana budaya ikutan. Bila yang mengikutnya zero maka tergolonglah dia didalam golongan trendy dan direjam. Walaupun kadangkalanya agak menyemakkan tapi harus gua akui, faktor kedua gua kepesta muda-mudi seperti ini adalah untuk menjamu mata gua dengan gadis-gadis seperti ini. Kah kah kah.

Kamu tahu apa itu zine? Kalau dulu zine-zine adalah wadah segelintir anak muda untuk bertukar informasi dan pendapat tentang muzik, sosial dan politik. Bilangannya juga agak rare. Sekarang apa yang gua lihat ramai juga yang mula menceburi bidang penulisan melebihi bidang program realiti tv. Sempat juga belek-belek di stall menjual buku-buku tadi. Kalau dulu Huzaiba Maximum Thinking tulis tangan tersusun molek macam ditaip, sekarang mereka ini tulis tangan berserta lenggok-lenggok macam kain batik. Ayat pula macam lirik Hujan. Seni campur indie. Sendie katanya. Kah kah kah. Ok gua bukan mahu mengkritik tulisan orang lain kerana tulisan itu hak masing-masing. Pandangan dan idea masing-masing. Cuma agak membebalkan apabila ia mengikut acuan yang sama.

Perihal kamera tak perlulah rasanya gua nak panjangkan disini. Kawan gua yang berkelulusan ijazah fotografi pernah mengatakan bahawa beliau malas menyedeng kamera kerana takut dilabel sebagai trendy meskipun beliau pernah menerima segulung ijazah dalam bidang berkenaan.

Risau juga kalau-kalau gua di ban oleh gadis-gadis hot dan mengiurkan ni. Maka dengan ini gua tamatkan dulu disini memandangkan hari pun sudah larut malam. Esok sebelum ayam berkokok gua harus persiapkan diri mengadap Raja Ibrahim Ali menyerahkan hati katak pisang 2 tempayan, lidah sesumpah kuning 44 helai, dan satu tempurung susu anak dara sunti berlesung pipit. Maka moleklah sungguh sekiranya gua beradu dulu dikamar yang nak kata empuk, macam kulit biawak, nak kata tebal, macam guni beras.

Salam satu Melesia.

Thursday, June 2, 2011

AKU, DIA DAN SEGELAS MINUMAN BERALKOHOL PART 2

Sayang,

Rupa-rupanya pertentangan mata ketika kau bersama segelas minuman beralkohol itu merupakan pertentangan mata kali terakhir buat kita. Tadi dari mulut rakan sekerja, aku dapat tahu kau berhenti kerja. Aku tahu, kau pasti berhenti kerana rasa bersalah terhadap aku bukan? Lupakan saja.

Perginya kau dari syarikat itu umpama perginya kupu-kupu bersayap pelangi dari sekuntum mawar merah. Peh!

Selamat tinggal sayang.



Perginya kau membuat tidurku tanpa mimpi lagi.

Wednesday, June 1, 2011

AKU, DIA DAN SEGELAS MINUMAN BERALKOHOL

Kehadapan Appleku yang diingati selalu,

Tidak pernahku impikan untuk bertemu bidadari sejak pertama kali menjejakkan kaki ke syarikat OCK Setia. Minggu pertama aku langsung tidak menyedari adanya bidadari yang berlegar di ruang lingkup syarikat telekomunikasi itu. Minggu kedua aku ditukarkan ke department lain, ya tingkat yang sama dengan kau.

Hari itu Selasa, hari kedua aku di department baru. Tiba-tiba dari celah fail-fail yang menimbun di atas mejaku, tumbuh bunga-bunga kecil. Banyak. Dinding-dinding pula menjalar orkid-orkid pelbagai jenis dan warna. Ruang pejabat bertukar merah jambu. Disatu sudut aku lihat bidadari bersayap kupu-kupu terbang lincah kesana kemari. Dan aku, orgasm dalam cinta.

Sayang,

Masih ku ingat lagi pertama kali kita berbicara. Kau minta tolong letakkan fail ditempat yang tak dapat kau capai. Hatta Caroline Lufkin sekalipun tidak dapat menandingi suara yang mencairkan itu. Gadis yang berambut pendek, persis watak wanita muda yang berjaya seperti yang selalu ditayangkan didalam slot Samarinda TV3, bibir yang mungil, mata lincah yang seringkali menangkap mata aku yang selalu curi-curi pandang kau, dan oh ya aku suka lesung pipit itu. Kau punya pekej lengkap sayang. Lebih dari cukup untuk menyertai program realiti tv.

Tapi tadi semuanya berubah. Kau tak masuk kerja. Dari cakap-cakap mereka aku tahu kau ada mesyuarat ditempat lain. Petang itu sepulang dari kerja aku nampak kau direstoran sebelah pejabat. Bersama teman-teman sekerja mengikut perkiraan aku. Didepan kau ada segelas air. Dari warnanya aku tahu itu minuman beralkohol yang entah apa jenamanya. Kau nampak terkejut melihat aku. Mata kau sayu. Dari mata kau, aku tahu ia cuba mengatakan "maafkan aku sayang". Aku mempercepatkan langkah. Mata hatiku mula bergenang manik-manik putih.

Kini aku sedar. Sepatutnya aku terima sejak pertama kali mengenali kau. Bahawa nama kau Apple Ong bukan Apple Binti Sulaiman atau Apple Binti Munawer.

Selamat tinggal sayang.

Monday, May 23, 2011

PENGALAMAN SAYA MEMANCING LAUT DALAM

Enjin bot buatan Jepun menderu laju membelah lautan. Capik yang merangkap pengemudi sekejap-sekejap berhenti bakar Surya. Gua yang duduk di bahagian tengah bot dengan tenang memerhati langit senja yang indah sambil sekali sekala melirik ke arah Bob di bahagian depan yang mendepangkan tangan ala-ala Kate Winslet dalam filem Titanic. Cilake!

"Ok Bob lu buang sauh, kita try lubuk ni sekejap", tegas Capik tanpa basa basi.

Bob membuka tirai dengan semilang sebesar muscle gua. Kalau dah muscle gua tu kecil sedikit lah dari batang kelapa. Hampir-hampir dia melonjak kegembiraan, nasib baik gua sempat berdehem. Kalau tak sia-sia sahaja dilahirkan untuk menjadi sauh.

Sambil menunggu umpan gua dijamah ikan saiz XXL, gua pekena dulu pisang emas yang selalu orang bawa belayar sambil menyelit Winston merah dipiggir bibir.

"Ptuihhhh!", gua ludah Winston merah yang masih tinggal separuh kelaut yang membiru saraya mencapai batang pancing.

Batang pancing yang tadi nya tenang meliuk kencang. Berkat kekuatan muscle gua dan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang perikanan masa gua bertarung dapat disingkatkan. Marlin sebesar awek Satria Neo sebelah rumah gua berjaya gua tewaskan dalam masa 15minit. Kalau orang lain, gua syak sekarang ni dah jadi tukun dekat situ.

"Jom tukar lubuk!".

***

Gedegang!

"Cilake! gua langgar boya", jerit Capik dari tempat pemandu.

Bob yang tadi seceria ombak pantai mula pucat lesi. Air membuak-buak masuk dari rekahan didepan bot akibat pelanggaran boya ala-ala Titanic tadi. Capik pura-pura tenang sambil membakar Surya ori. Tapi gua tahu dia sebenarnya sedang cuba buat isyarat udara.

"Burrrrrr!"

Capik dan Bob terkesima. Gua pantas menyelam mencari rekahan didepan bot. Air berterusan masuk memandangkan lubang yang terhasil dari pelanggaran adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Sementara di atas bot, Bob tanpa henti mengeluarkan air menggunakan tapak tangan, manakala Capik masih cuba membuat isyarat udara. Berbekalkan gergaji, tukul, pahat dan apit G gua berterusan membaiki kerosakan dari dalam laut.

***

2 hari selepas itu.

Bob, masih trauma dan mula menceburkan diri dalam bidang multilvel marketing.

Capik, terpaksa menjual bot selepas bisnes Surya ori dan kretek nya disabotaj oleh pekerja kontrak dari Indonesia.

Gua, sedang bela misai, baru lah macam senior engineer sikit.

Sunday, May 15, 2011

DUNIA KORPORAT

"Liza, tolong bawakan fail projek yang dekat Kokdiang ke bilik I sekejap".

Beberapa minit kemudian seorang gadis montok berkulit gebu, berlesung pipit, ber-skirt paras lutut gaya feminin gadis bekerjaya melangkah masuk ke bilik gua. Elegen dan seksi. Tangan kirinya mendakap erat sebuah fail hitam ke sepasang buah dadanya. Manakala tangan kanan mulus nya membawa secangkir kopi kapal api yang masih berasap halus.

"Ini fail yang bos minta tadi, dan macam biasa kopi kapal api yang betul-betul kaw dan kurang manis untuk lelaki perkasa macam bos", Liza merengek manja sambil membetulkan tali leher gua.

"Ah you ni ada-ada je tau. By the way thanks for the coffee", jawab gua sambil menepuk pundak Liza.

"No biggie! Ada apa-apa lagi yang boleh I bantu bos?", tanya Liza.

"Oh ya satu lagi, meeting I dengan Dato' Eskay petang nanti tolong cancel ye, I kena pergi main golf dengan Datin Rosmah. Sejak menjanda ni dia selalu ajak I pergi main golf, serabut I tau", keluh gua sambil membelai rambut Liza.

"He he he agak nya dia dah sangkut dekat bos kot he he he", usik Liza lucu.

"Hish you ni ada-ada je tau. Mintak simpang bidadari 88. Orang tua tu bukan setakat Botox, susuk pun dia main tau!".

"He he he emm boleh I pergi sekarang?", tanya Liza sambil mengigit hujung jari telunjuk nya.

"Ok, you may go now. By the way kalau ada sesiapa call cakap I tak ada ok. I nak usha fail ni sekejap".

***

Tak sabar gua nak start praktikal esok ni.

Kah kah kah.

Friday, May 6, 2011

FINAL EXAM

Gua ni ambil kos engineering ke kos menghafal?




Bangang!

Thursday, April 21, 2011

HORMON

Tahukah kamu bahawasanya tidak pernah wujud perkataan 'cinta' dalam kamus hidup manusia.

***

Perasaan seorang insan terhadap Sang Pencipta itu bukan cinta; melainkan pengabdian.

Perasaan seorang ibu terhadap seorang anak itu bukan cinta; melainkan kasih.

Perasaan antara 2 susuk yang berlainan jantina yang masih dibangku sekolah itu bukannya cinta monyet; melainkan monyet semata-mata.

Perasaan antara 2 susuk yang berlainan jantina yang bertujuan seks itu bukannya cinta; melainkan nafsu semata-mata.

Perasaan antara 2 susuk yang berlainan jantina yang kononnya ikhlas dan tulus suci itu bukannya cinta; melainkan hormon semata-mata.

***

Saya 'hormon' kamu.

Monday, March 21, 2011

ORGASM

Nah kotor betul otak kamu kalau mahu baca karangan ini semata-mata kerana tajuknya. Tajuknya gua rasa sesuai jika gua gua kasi 'Tahun Ong Saya'.

Gua rasa dalam banyak-banyak tahun, tahun ini paling ong bagi gua. Ong dalam aspek keperluan hidup. Perbelanjaan gua pun sudah tak perlu nak risau sangat. Tapi ini bukan bererti mengubah gua kepada seorang yang boros dan kaki perempuan.

Aspek utama yang perlu dilihat jika ingin tahu sekiranya gua sedang dalam keadaan ong: Nikotina. Tahun ini menyaksikan penambahan stok baru tatkala kotak lama menyusut, bukan selepas kotak kosong. Itu pencapaian luar biasa tuan-tuan.

Perbelanjaan lain pula menyaksikan pertambahan lipatan di rak pakaian gua. Itu belum ditambah lagi dengan kelengkapan-kelengkapan hidup yang lain. Dan gua tidak rasa penambahan ini satu pembaziran kerana ia adalah keperluan. Keperluan yang gua impikan sewaktu zaman kemelesetan ekonomi. Oh ya, gua juga sudah tukar gitar gua ke jenama yang bagus.

Rak buku juga sudah melimpah. Mahu rak baru gua kira. Beli kalau suka, baca belakang kira. Tunggu waktu gua betul-betul sedang senang baru baca. Oleh sebab itu Negeri 5 Menara baru gua baca selepas 3 bulan lesu di rak. Dan kerana itu juga masih ada 6 buah yang belum mendapat belaian kasih sayang dari gua. Terbiar tanpa orgasm.

Sunday, March 13, 2011

KAWAN-KAWAN SAYA

Disebabkan rupa dan penampilan gua agak menawan, maka gua dikurniakan ramai kawan. Ramai betul kawan gua. Ramai juga la perangai mereka. Ada yang mantap. Ada juga perangai yang jenis mintak lutut dekat dada. Tapi gua tak ambil port sangat dengan perangai mereka sebab gua bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kalau gua tak pernah ngeteh dengan mereka bermakna antara kami hanya kawan biasa. Walaupun begitu, antara kawan yang gua tak pernah ngeteh ni ramai juga sebenarnya yang membanggakan gua.

Kawan 1.
Kawan yang ini tergolong dalam golongan manusia bengis. Badan kena ada parut. Lagi tinggi tahap dia kalau parut dekat muka. Kalau parut kena parang lagi pailang. Kalau lepak hisap rokok mesti cerita kabel-kabel yang beliau miliki diseluruh Malaysia. Cerita pukul orang. Cerita asah parang pakai batu akik. Pendek cerita jenis yang tak gentar berhadapan dengan musuh. Rugi gua tak kenal dia lagi waktu FRU cari gua itu hari.

Kawan 2.
Yang ini berkenaan kabel juga. Tapi kabel dia belah-belah 'anti rasuah' punya. Ada kabel besar maka beliau tak gentar di jalan raya. Naik kereta buatan Malaysia ikut jalan wrong way pun tak ada hal. Pernah kena saman sampai RM1k++. Tapi apa ada hal kalau pak menakan pegawai 'anti rasuah'. Gua ingat nanti nak mintak tolong settle gua punya saman yang dah dekat setahun tak bayar.

Kawan 3.
Yang ini pula jenis jiwa gila-gila remaja. Azroy versi motosikal buatan Malaysia. Lap cecah telinga. Willy dari Puchong sampai Subang. Berkenaan speed, Waja dan kuda putih pegawai 'anti rasuah' tak dapat nak kejar superbike 125cc beliau. Paling gua teruja, beliau pencetus revolusi dalam sistem road block sekarang.

Cukup la dulu cerita tentang kawan-kawan gua. Gua tak nak orang teruja sangat pula.

Tuesday, March 8, 2011

TRANSFORMASI

Pagi tadi gua bangun sebagai seorang yang baru. Seorang yang satu lagi. Setelah transformasi. Terasa ada mantap sedikit. Nak memacu kenderaan dua roda pun rasa lebih berkeyakinan. Selitan sebatang nikotina diantara dua bibir mulus sudah cukup untuk melengkapkan imej gua selaku pria terhebat bak kata gadis yang namanya tidak mahu disiarkan.

Dari tempat parking gua dah perasan gua sedang diperhatikan oleh segerombolan gadis. Disebabkan situasi ni sudah menjadi rutin yang gua tempuh setiap hari, maka gua tak ambil port sangat. Ada juga beberapa orang gadis yang agak berani cuba bermain mata dengan gua. Demi tak ingin menghampakan perasaan mereka, gua lontarkan sekuntum senyuman. Ahhhhhhh. Serentak mereka semua bersuara seakan orgasm lalu menjerit histeria.

Selepas itu gua meneruskan perjalanan sambil menyeka rambut fesyen terbaru gua.


Iklan membaca amalan kita (model :pipit)

Monday, February 28, 2011

EPIC

"tadi gua nampak perkara paling epic untuk hari ni beb"

"permudahkan ceritamu agar aku bisa memahami"

"gua nampak penunggang motosikal dikejar anjing"

"itu perkara normal bagi anjing jalanan dikawasan kita, mengejar apa sahaja yang bergerak hatta ekornya sekalipun"

"tapi bukan itu menjadikannya epic beb"

"teruskan ceritamu saudaraku"

"selesai sessi kejar mengejar, gua nampak anjing tersebut men-doggy seekor anjing perempuan! threesome beb!"

"hmmm.."

"epic bukan?"

*pap*

Thursday, February 24, 2011

LELAKI

status fesbuk gua semalam:

‎"hidup sebagai seorang lelaki itu adalah untuk memperjudikan nilai sepasang buah zakar"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
klau berat sbelah mcamana???

faking hell! tak ada jiwa art langsung komen status gua macam tu.

Wednesday, February 16, 2011

Sunday, February 6, 2011

SEORANG LELAKI DAN SEBUAH IMPIAN

"celaka!"

bentak mat jan keras sambil menghempas akhbar utusan melayau ke lantai. apa kurangnya dia. apa lebihnya wanita itu. mat jan sudah penat dengan cemuhan orang ramai terhadapnya. telinganya sudah bernanah dengan kritikan masyarakat sekitarnya. mat jan bukan loser. cuma dia disalah ertikan apabila mengatakan dia sekarang sedang menyediakan tapak untuk dia berjaya. berjaya dan bahagia seperti wanita itu.

mat jan tahu dia tidak sekaya wanita itu. tapi setidak-tidaknya kemancungan hidungnya adalah asli kacukan melayu-arab. bukannya hasil suntikan hormon yang entah apa-apa. wanita itu dulu pun sama seperti dia sekarang. datang dari keluarga orang kebanyakan. tup tup sekarang hidupnya senang lenang. perbelanjaannya tidak lagi perlu merisaukan baki diakaun simpanan. belanjanya sesuka hati. malah ramai yang mengagumi wanita itu. cuma mat jan seorang yang sakit hati dengannya. mat jan cemburu. mat jan juga ingin disanjungi.

setiap hari mat jan mengunjungi cyber cafe dihujung pekan. mat jan bukak fesbuk dan blog wanita itu. semua perkembangannya mat jan ikut. semua status fesbuknya mat jan like. sekali sekala ada juga mat jan bagi komen membina untuk status yang menarik hatinya. semua gambar wanita itu dia salin lalu disimpannya didalam pemacu keras. jika mat jan sakit hati dengan wanita itu, ibunya pula sakit hati dengannya. ini kerana sejam di cyber cafe bermakna Rm2.50 lah orang tua itu akan dipau. tetapi selalunya campur duit sebatang surya dan segelas teh o abang din maka RM5 lah melayang duit dapurnya pada hari itu.

mat jan sudah nekad. dia ingin menulis surat kepada wanita itu. walaupun sekarang zaman siber, tapi mat jan pilih cara lama kerana baginya surat mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri malah sesuai dengannya yang berjiwa romantis. persetan dengan cakap-cakap orang. baginya orang-orang bermulut longkang itulah yang akan melutut mengemis subsidi darinya satu hari nanti. biarlah orang mengatakan dia terkena penyakit gila nombor 18. baginya orang yang dianggap gila itulah yang selalunya menjadi penggoncang dunia, sepertimana idolanya aristotle.

***

mat jan berdoa sambil memejamkan matanya tatkala memasukkan surat itu kedalam peti surat. dia berharap agar suratnya selamat sampai kepada wanita itu. malah mat jan menggunakan khidmad pos laju kerana terpengaruh dengan dakyahnya di tv2; dijamin sampai esok. sampulnya berwarna biru dihiasi motif bunga raya. setemnya lambang satu malaysia. isi penting surat itu mat jan tulis dengan huruf besar. digarisnya dengan pen warna merah jambu.

'SAYA INGIN MENJADI LELAKI PERTAMA MALAYSIA'

Wednesday, January 26, 2011

HATI

hari sudah lewat malam. terlampau lewat sehingga menghampiri subuh. yang bergelar bilal mula bersiap-siap untuk melaungkan assalatu khairum minannaum. yang bekerja di kilang-kilang elektronik lekas-lekas menghabiskan suapan terakhir sarapan nasi lemak. yang temannya subuh pula; ayam, mula bertenggek di dahan jambu air sambil menyisir bulu-bulu emas dan hitamnya. di suatu sudut bilik; di atas tilam usang dengan bantal beralaskan lengan, kelihatan satu susuk manusia masih keras biji matanya melawan malam.

sudah beberapa malam dia begitu. malamnya tidak terisi lagi. seawal manapun dia merebahkan badannya ke tilam usang itu, perjalanan malamnya tetap sama. hatinya akan menghantar impuls ke otak lalu mengarahkan matanya supaya setia menemani malam. matanya sudah merah dan berair seperti ditabur garam halus. jiwanya kacau. fikirannya melayang entah kemana. sekejap ke pusat membeli belah terkemuka. sekejap ke taman yang air pancutnya sudah kering saban hari. sekejap ke neraka yang di ciptanya sendiri.

walaupun sedang diuji hebat, namun dia tidak pernah memusuhi Tuhan nya. selesai solat subuh, dia mengangkat dua tangannya memohon diberi kekuatan untuk menerima ujian dari Nya. hatinya terasa ngilu seperti sekotak peniti ditabur keatasnya. tanpa disedari ekor matanya menerbitkan manik-manik putih.

dahulu hidupnya bukan begitu. sekembalinya ke rumah malam itu; entah dari mana, dia berubah menjadi orang lain. orang yang tidak pernah wujud dalam dirinya. jika dulu malamnya bertemankan buku, sekarang dia lebih selesa malamnya bertemankan bintang. jika dulu handfone adalah pengubat rindunya, sekarang handfonenya entah ke mana. mungkin di celah lipatan kain yang saban hari menimbum atau mungkin tertiarap tanpa tenaga di pantat almari.

pagi itu dia bersiap awal. bangun dari tidur yang tak pernah. dia nekad. dia mahu hari itu hari terakhir hidupnya sengsara begitu. sepedanya di kayuh lesu. destinasinya sampai. pagi masih terlalu awal. dia adalah pesakit pertama pusat kesihatan yang di tengah pekan pada hari itu.

"saya sudah tidak kuat hidup dengan hati yang berdarah, saya mahu hidup tanpa hati".

Wednesday, January 19, 2011

SAKIT

sakit
selagi udara
menerjah segenap rongga

sakit
ubatnya
tidak ada.

Thursday, January 6, 2011

SEMOGA TUGAS AKU SEBAGAI ANAK TERLAKSANA

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:1-2)

"aunty meninggal".

demikian panggilan telefon yang aku dapat dari osman pada 1.15 pagi tadi.

innalillah.

berita sedih yang secara tiba-tiba itu pasti mengejutkan semua orang yang mengenali arwah termasuk aku. ini memandangkan arwah bekerja seperti biasa pada hari sebelumnya tanpa ada tanda-tanda dia akan meninggalkan semua. aku terus menghubungi faiz dan bersiap untuk ke rumah arwah di usj 2. faiz yang ketika itu berada di kuala lumpur terus memecut pulang ke shah alam. menghampiri jam 2 pagi faiz sampai dan kami terus bertolak ke rumah arwah memandangkan rakan-rakan kami telah sedia berada disana.

suasana sedih dan pilu menyelubungi rumah arwah diiringi bacaan yasin dari rakan-rakan. arwah yang berketurunan india merupakan seorang mualaf setelah berkahwin dengan suaminya lebih kurang 10 tahun lepas. namun begitu tidak pula 3 orang anaknya mengikuti jejak langkah arwah. ini menyebabkan kami terpaksa menguruskan segala persiapan ketika itu memandangkan anak-anak arwah yang tidak mengetahui pengurusan mengikut cara islam. ketika itu hanya kami warga scream park dan suaminya, yang tampak sedih dan terkejut yang berada disitu. menakala anak menantunya sibuk membuat segala report polis dan menghubungi saudara mara. kami hanya mampu menyedekahkan al-fatihah dan yasin berulang kali untuk arwah ketika itu.

bagi kami warga scream park, arwah yang mesra dengan panggilan aunty merupakan seorang rakan sekerja, sahabat dan ibu memandangkan umur arwah yang sudah melebihi setengah abad. walaupun baru sebulan aku mengenalinya namun arwah sangat baik dan rapat denganku. arwah pernah mengatakan padaku yang dia menganggapku seperti anaknya sendiri. malah pada hari terakhir aku di sana dia mengatakan kami adalah anak angkatnya. arwah seorang yang berfikiran terbuka, suka bergurau, tegas pada tempatnya, kelakar dan malah tidak berlebihan jika aku menganggap diri nya adalah seorang remaja. rakan-rakan pernah menyakat bahawa aku sayangkan dia kerana menggunakan gambarnya sebagai gambar profile facebook. pada waktu itu arwah hanya tergelak, menepuk bahuku dan mengatakan aku adalah anaknya.

menghampiri jam 7 pagi van jenazah sampai untuk membawa jenazah ke surau al-mukminin usj 2. ketika itu warga scream park yang masih setia menunggu adalah aku, faiz, ahrizan dan 3 orang rakan. rakan-rakan yang lain terpaksa pulang awal kerana terpaksa bekerja pada paginya. ahrizan menyusuli rakan-rakan yang lain selepas jenazah di hantar. ketika itu hujan turun agak lebat seolah-olah arwah tidak mahu kami menyusuli ahrizan. sesampai disurau jenazah dimandi dan dikafankan. ketika menunggu itu sempat juga aku melelapkan mata selama 10 minit. keluarga dan rakan-rakan terdekat mulai sampai pada ketika itu termasuk beberapa orang warga scream park yang datang semula.

lebih kurang pukul 10.30 pagi jenazah dibawa ke tanah perkuburan usj 23 untuk urusan pengkebumian. pada ketika itu hujan mulai reda dan memudahkan urusan pengkebumian. aku bersyukur kerana menjadi salah seorang dari 3 orang yang menyambut jenazah dari bawah untuk di bawa ke liang lahad. aku pernah dahulu membantu memandikan jenazah arwah datukku, namun ini kali pertama aku berdiri di dalam kubur untuk membawa jenazah ke liang lahad. alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan pengkebumian malah aku merasakan jenazah menjadi lebih ringan ketika menyambutnya dari bawah. wallahuallam.

selesai semua urusan pengkebumian kami kembali ke surau al-mukminin untuk mengisi perut yang ketika itu sudah mula bernyanyi-nyanyi. menghampiri jam 12 tengahari aku dan faiz bertolak pulang ke shah alam meninggalkan arwah aunty dengan al-fatihah dan iringan doa. jauh di sudut hatiku, arwah yang sentiasa menganggap aku adalah anaknya dan mengatakan aku adalah anak angkatnya, aku berdoa semoga tugasku sebagai seorang anak telah terlaksana. amin.


al-fatihah buat aunty nadiya binti abdullah.

Monday, January 3, 2011

PENDEDAHAN KONTROVERSI

ramai member gua dok tanya tak ada gambar ke sepanjang gua memilih karier untuk menjadi hantu. tanpa menginggung perasaan mana-mana pihak maka entri kali ni gua buat pendedahan kontroversi dalam alam mistik dan penuh misteri ini.


sebelum memulakan tugas hantu-hantu berperang dulu seprem dua.


ni pula hantu perlawan bertopeng yang memerlukan spek 3d untuk menikmati beliau.


yang tengah tu ibu segala hantu. pesan terakhir dia sebelum gua blah "you are my son".


yang ni pontianak. arwah sangat rajin membaca sewaktu hidup.


para hantu sememangnya agak rapat.


pocong ni memang king dalam bab menakutkan manusia yang alpa dengan duniawi.


last sekali ni apa yang boleh cakap dia memang hantu yang paling disegani.

cukup dulu. kalau rajin gua upload lagi. banyak-banyak nanti ada pula yang meracau malam ni.

Saturday, January 1, 2011

NEW YEAR KEPALA BANA KAU!

lepas ni jangan cari gua lagi dekat scream park. gua dah resign dari menjadi seorang hantu yang berjaya. bermandi bedak sekejap sebelum balik. untung bukan darah ataupun telur. tak apa. hari last gua kira settle. babak-babak sebak pun ada terselit sekejap. mesti hantu-hantu lain bakal merindui sepeninggalan gua.

sempena hari terakhir, gua lepak lama sedikit lepas kerja tadi dengan beberapa orang hantu. lepak tengok manusia sambut new year kononnya. bunga api dekat atas, kau dekat bawah. macam pungguk rindukan bulan bak kata hang tuah. semua picit-picit leher setelah 10 minit mendongak. terjerit-jerit macam manusia paleolitik tengok kereta proton waja. itu belum lagi pancar memancar arak berbau bak kata kugiran ujang. kereta dan motosikal turut memainkan peranan meriuhkan suasana dengan deruan enjin berkapasiti besar dan hon mereka. tipikal rakyat satu malaysia.

terasa dungu juga gua disekitar itu. tapi apakan daya hari terakhir bersama hantu kena lah lepak lama sedikit. gua tak faham apa yang mereka raya kan sebenarnya. ada apa dengan tarikh bak kata melly goeslow. gua tak rasa mereka sambut 2011 kerana hujan pada 2011 adalah syiling emas bukan nya air. atau pun mereka sambut 2011 kerana pada 2011 mereka tidak perlu bekerja membanting tulang kerana rosmah mansur akan memberi elaun bulanan kepada semua warga satu malaysia. dan tentu sekali mereka bukan menyambut 2011 kerana pada 2011 harga barang turun sebanyak 50%. maka untuk apa?

NEW YEAR KEPALA BANA KAU!!!