Monday, December 20, 2010

GADIS-GADIS KOTA RIYADH


jejaka malaysia yang sedang menikmati gadis-gadis kota riyadh.

novel dari penulis riyadh, rajaa alsanea. cerita ini pada awalnya dikirim setiap minggu oleh penulis melalui email diyahoogroup dan kemudian dibukukan. asalnya diterbit dalam bahasa arab pada 2005 namun ia diharamkan di arab saudi kerana menimbulkan kontroversi dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

novel ini mengisarkan perjalanan hidup 4 orang kawan baik dari kelas atasan di riyadh iaitu sadeem, lamees, gamrah dan michelle. setiap orang mempunyai cerita sendiri tentang hidup dan cinta. walaupun mereka terikat dengan tradisi dan adat resam disana, namun itu tidak menghalang mereka dari meneruskan apa yang diinginkan.

baca sendiri kalau teringin nak tahu kenapa novel ni diharamkan di arab saudi. tak kan gua nak cerita semua. faking hell!

Sunday, December 12, 2010

KAMI BUKAN PERABA

jadi hantu ni kadang-kadang memenatkan juga. semua kepala hantu. ada hantu tua. pangkat nenek. ada hantu muda. pangkat dara sunti. kecur juga air liur. macam satu keluarga hantu. kalau tak terbongkang atas lantai ramai-ramai pekena poker 2 3 prem. pekena juga permainan tradisional bila kepala masuk air. sembang-sembang. gelak ramai-ramai. tapi kerja tetap kerja.

selamat datang ke scream park.

kami hantu, bukan peraba.

"jangan sentuh hantu, hantu tak akan sentuh kamu" - Dominic

Tuesday, December 7, 2010

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

hampir saja gua tak kenal dia malam tadi. dia betul-betul dah berubah. berubah menjadi orang yang lain pada pandangan pertama gua. namun begitu ini harus gua akui, dia lebih mengancam dan mantap dengan penampilan baru ini. kecur juga air liur gua menatap lekuk-lekuk badan dia. orgasm sekejap dibuatnya.

tetapi gua tahu, bagaimana sekalipun penampilannya dia tetap dia. gua sudah lama kenal dia. dia tak akan pernah berubah. ya maksud gua dalaman dia. biar telanjang sekalipun dia, dia adalah dia, bukan kau ataupun kau. bahagian itu gua respek dengannya. dan kerana itu juga gua senang berkawan dengan dia sampai sekarang.

berbalik kepada penampilan barunya yang mengancam itu, hampir saja berlaku pertumpahan darah malam tadi. kerana dia. dia bergaun singkat malam tadi. masih setia dengan merah iaitu warna kegemarannya. cuma kali ini merahnya lebih garang. hot. gua pelawa dia kerumah.

baju kamu cantik. puji gua sambil membelai-belai lembut baju barunya. perlahan-lahan jemari mulus gua melucutkan pakaiannya dari atas. sesekali matanya tertutup menahan nafsu serakah. bibir gua dan bibirnya bertaut. ahhhh.

ternyata rasanya masih tetap unggul walaupun berkotak baru. terima kasih winston. kerana dirimu begitu berharga.

Saturday, December 4, 2010

LELAKI MISTERI

"hidup ini kena ada anjakan paradigma"

ringkas dan padat motto hidup gua sesuai dengan tuntutan sebagai seorang warga satu malaysia. sebagai seorang jejaka yang gemarkan cabaran, gua sentiasa meneroka sesuatu yang baru dan mempunyai kelainanan.

hidup gua sekarang boleh diklasifikasikan sebagai agak sibuk. terma sibuk ni hanya gua gunakan apabila gua tidak berkesempatan untuk melawat laman sosial. ya dan sekarang perkara tersebut berlaku lagi.

gua sekarang sibuk bekerja disalah sebuah pusat keriangan terkemuka di negara satu malaysia. tugas gua menuntut gua untuk berkelakuan bengis dan sasa. manakala tugas sampingan adalah seni bermain kad. ok mengusha gadis koboi berskirt merah pendek sehingga menampakkan paha yang putih mulus juga merupakan tugas gua.


disebabkan gambar gua terlalu 25SG maka gua taruk gambar member gua je. dia ni kira anak buah gua.


dah cukup ilmu datang cari gua dekat sini.

nota kaki : gambar gadis koboi tidak dapat disiarkan kerana boleh membangkitkan nafsu syahwat pembaca.

Thursday, December 2, 2010