Saturday, August 27, 2011

MAYAT-MAYAT CINTA

Apa kau baca akhbar arus perdana?

Muka utama pemula berita.

Gegak gempita macam si gila.

Ada mayat di ibu kota.

Jasad tanpa nyawa.

Darahnya tak ada.

Mangsa korban cinta.

Mati tanpa hati.

Celaka!

Thursday, August 25, 2011

AKU, MARYAM MAH

Aku Maryam Mah. Siti Maryam Binti Mahfuz. 24 tahun. Wanita. Ya wanita tulen.

Aku mungkin jalang, tapi masih punya selaput dara.

Memegang ijazah sarjana muda perakaunan dari sebuah universiti awam di ibu kota.

Pasti kau tertanya-tanya siapa aku bukan?
Aku adalah pemangku merangkap pemilik baru blog ini.

Kenapa?
Lelaki gagal itu, ya dia yang pemilik asal sudah mandul kata-kata.

Maka biar aku yang teruskan saja atas dasar rampasan kuasa.
Atau sebenarnya dia yang menitipkannya(?); ah biarkan saja.

Selama ini aku hanya pembaca tulisan kau, kau dan kau.

Sekarang biar aku yang menyusun kata.

Kau tunggu saja. Biar aku yang bercerita.

Salam 1 Malaysia.
Maryam Mah

SELAMAT TINGGAL BELOG

Gua dah penat. Serabut gua tengok belog yang hidup segan mati tak mahu ni. Kalau dulu gua boleh post 4 5 entri dalam 1 minggu, sekarang 4 5 entri dalam 1 bulan pun belum tentu. Dengan sempena bulan baik hari baik ini gua mengumumkan persaraan dalam bidang pembelogan dan akan menyerahkan belog ini berserta password dan segala-gala isinya pada seorang teman yang merangkap pemilik baru. Terima kasih. Maaf sekiranya tulisan gua sebelum ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Peduli apa gua. Puihhh. Sekiranya ada rezeki anak-anak pasti gua buat come back lagi dengan belog yang baru, idea baru dan tulisan yang serba baru.

Oh ya, dikesempatan ini juga gua, isteri dan anak-anak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Eid Mubarak buat muslimin dan muslimat diluar sana.

Selamat tinggal.