Friday, August 21, 2009

MERIAM PT.1

lagi seminggu nak puasa gua, pais ngan lazim dah sibuk. sibuk cari bahan-bahan untuk projek meriam mega kitorang. habis kelas petang tu jugak gua ngan pais runner gi cari karbaid. cilakak!!! gila susah nak carik karbaid kat penang. dari seberang jaya sampai permatang pauh kitorang carik. akhirnya jumpa gak kat kedai apek pekan permatang pauh. apek tanya nak buat apa. selamba gua jawab nenek gua nak buat peram pisang.

karbaid dah ada tapi meriam tak dak. aisey tak leh main lagi. gua bincang ngan pais dan lazim berkenaan meterial untuk menghasilkan meriam mega kitorang. setelah habis sejag kopi, sekotak rokok ngan seepisod rancangan masak-masak kitorang capai kata sepakat. kitorang tak nak pakai buluh sebab bahaya lagipun mana nak dapat buluh kat sini. kitorang nak pakai paip pvc tebal. petang tu kitorang round-round perumahan yang tengah buat kat carefour. sah!!! ni projek mega. kitorang jumpa paip konkrit yang berdiameter 20cm tergolek kat tepi rumah tak siap. gua sengih. lazim hembus asap rokok buat o. pais gosok perut. tengah malam tu kitorang bergerak kesana sekali lagi untuk upacara pikul bawak balik.

esok nya pagi-pagi lagi kitorang bangun. semua bersemangat nak setting meriam. potong bontot paip konkrit cantik nye pastu sarung tin. gila susah nak dapat tin besar tu. merayap kitorang kebelakang kedai-kedai orang. mengikut kajian gua pakai paip konkrit ni risio nak pecah adalah sangat tinggi. oleh itu kitorang balut meriam mega kitorang dengan kain tebal-tebal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. tarraaa!!! dah siap meriam mega. sekarang tunggu malam satu ramadhan je untuk dirasmikan.

to be kontiniu....



nota kaki : kisah benar main meriam time gua puasa kat penang dulu. pais kalu lu ada lagi gambar meriam mega kita nanti kasi gua. asap!

-selamat berpuasa-

5 comments:

  1. gila dowh...

    aku paling dasat pon men mercun bawang je...
    lalala~~~

    ReplyDelete
  2. sila tunggu meriam pt2 hahaha

    ReplyDelete
  3. xbley blah!!!
    blom stat poser dah citer psl meriam segaler..!!
    bagos2....!
    baru anak jantan sejati!!
    lalala~

    ReplyDelete
  4. nk men meriam jgn lupa bgtau k!!

    ReplyDelete
  5. sayangilah nyawa anda ingatlah org yang menyayangi anda... =p

    ReplyDelete