Wednesday, September 21, 2011

RAKYAT YANG TERTINDAS

Dewasa ini kita dapat lihat didada akhbar arus perdana, alternatif, internet malah didada baju t anak muda yang memperjuangkan itu, menegakkan ini, menyokong sana dan mempertahankan sini. Orang dulu-dulu cakap bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kerana bersatu jugalah itu hari isteri Rosmah akur dengan kehendak rakyat supaya memansuhkan Ikut Suka Aku bak kata Meor.

Tapi entri pada tengahari dingin di simbahi hujan renyai-renyai ini bukanlah untuk aku suarakan tentang isu ISA jauh sekali isu pejuang-pejuang kiri yang dinafikan. Biarkan dahulu isu itu.

Aku tak mahu hurai panjang-panjang, biar aku teruskan pada isi penting sahaja. Tidak pernahkah saudara-saudari terfikir untuk kita sama-sama berganding bahu, berpadu tenaga membantah kenaikan harga rokok yang semakin membebankan kita sebagai pengguna?

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

REVIEW: GERAKAN DAN TOKOH KIRI (KAMARULZAMAN TEH DALAM KANCAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN)

Buku tulisan Mohamed Salleh Lamry ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pads peranannya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia jugs pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamurulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini. Buku ini sesuai buat mereka yang ingin mengetahui sejarah yang dinafikan oleh pejuang kiri dalam menuntut kemerdekaan.



"kita tahu dalam perhimpunan kita ini ada penjilat-penjilat sepatu British yang mengintai-intai rahsia kita, tetapi kita tidak takut semua itu, kita sedia berjuang dengan darah" - Kamarulzaman Teh (Mei 1946)

Monday, September 12, 2011

REVIEW: SHAMSIAH FAKEH (PEJUANG, PEMIMPIN DAN PEREMPUAN)

Novel hasil karya Azzah AR ini menceritakan tentang sejarah hidup perempuan besi yang bergelar Shamsiah Fakeh dari awal kelahiran beliau sehingga menghembuskan nafas terakhir. Penceritaan kisah hidup beliau ditulis dalam bentuk novel membuatkannya ia sedikit berbeza dari memoir beliau. Buku ini juga hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang penting sahaja sesuai dengan ketebalannya.

Ketokohan Shamsiah Fakeh dalam memperjuangkan kemerdekaan serta menaikkan semangat Nasionalisma mulai terserlah ketika dia mula melibatkan diri bersama-sama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menjalankan kempen untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah. Menjadi pemimpin bagi sayap parti tersebut dengan mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sehinggalah menganggotai PKM. Seterusnya, beliau menjadi pejuang kemerdekaan melalui PKM, yang mana kita semua telah maklum mengenainya. Ini salah satu naskhah yang saya kira patut dibaca, terutamanya bagi golongan yang mahu mengetahui sejarah yang dinafikan.



"Aku akan tulis kisah ini nanti, ku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku" - Shamsiah Fakeh

Sunday, September 4, 2011

SEJARAH YANG DINAFIKAN



Penjajah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dibunuh. Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Kerana takutkan pengaruh Mat Indera dan kebangkitan massa rakyat, penjajah British membatalkan mahkamah terbuka tersebut. Mat Indera kemudiannya digantung sampai mati di penjara Kamunting, Perak. Ketika terkorban beliau baru berusia 33 tahun.

( halaman 117-118, Bab 40. Buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua)

Thursday, September 1, 2011

SEJARAH ATAU HARAM JADAH?

Kadangkala sesuatu perkara kita dapat terima dengan lebih mudah jika berfikir dengan lebih ringkas. Dengan logik akal. Tapi bukan bermaksud mengabaikan keseluruhan cerita. Bermula dengan logik akal untuk kau terima dan mencari lalu memahami. Bukannya kau tunggu disuap sahaja tanpa kau fikir apa benar ia ayam hanya kerana kepaknya. Kau harus cari sendiri. Biar kau tahu apa yang kau hadam.

Siapa yang menjajah kau dulu? Siapa yang memenggal kepala kau dulu? Apa pula hubungan kau dan mereka sekarang? Politik? Ekonomi? Kenapa tidak ada dendam? Mana melayu yang gemar menyalak?

Siapa pula yang mengangkat senjata melawan mereka yang menjajah kau dulu? Apa mereka ini menjajah kau juga? Apa layanan kau pada mereka sekarang? Kenapa mereka dihina melebihi yang menjajah?

Terserah kau mahu percaya sejarah atau haram jadah.