Monday, January 30, 2012

REVIEW: NGERI (FIXI)



Sebuah lagi buku keluaran Fixi yang berjaya gua nodai. Buku ini berjaya gua habiskan dalam masa 3 jam. Mungkin kerana muka suratnya yang tidak terlalu banyak atau gua yang sedang 'rindu'. Gua rasa mungkin kedua-duanya. Jujur ya. Kalau dari awal gua tahu buku ini tentang kisah pembunuhan, gua rasa tak mungkin gua gunakan voucher gua untuk buku ini. Tapi mungkin juga tidak, kerana semua keluaran Fixi gua borong sekaligus. Kah kah kah. Gua rasa ini kali pertama buku dalam genre ini yang gua berjaya habiskan dalam masa sesingkat ini.

Ceritanya yang berkisarkan Sam, Jo dan Rehan, penuntut universiti jurusan perfileman yang sedang menyiapkan tugasan kuliahnya. Semua skrip yang dihantar mereka sebagai tugasan kumpulan di'reject' oleh pensyarah mereka. Satu persatu skrip yang di'reject' ini menjadi kenyataan. Pembunuhan kejam yang mana jalan cerita bulat-bulat dari skrip yang dihasilkan. Penyudah yang gua rasa ramai pembaca dapat teka siapa dalang sebenar. Penulis cuba bermain dengan jalan cerita apabila menunjukkan seolah-olah Sam adalah dalang semua pembunuhan memandangkan beliau yang bertanggungjawab menghasilkannya. Penulis juga cuba memberi teka-teki kepada pembaca dengan sikap pensyarahnya yang me'reject' setiap skrip yang dihantar kumpulan Sam. Pembunuhan Harta Karun Mayat agak tergantung akan hubungan mangsa dengan Sam memandang mangsa-mangsa sebelumnya ada hubungan secara tidak langsung dengan Sam. Penulis memberi sedikit kejutan apabila dihujung muka surat dia bercerita akan keterlibatan Rehan. Tidak terlalu ngeri sepertimana tajuknya memandangkan cara pembunuhan tidak ditelitikan. Bagi gua, buku ini akan lebih ngeri kalau cara pembunuhan diceritakan dengan lebih 'deep'. Baru ngilu buah zakar yang membacanya. Kah kah kah. Apa-apa pun masih bagus-untuk-dibaca. Ok lah gua nak makan nasik sekejap. Next!

Saturday, January 28, 2012

REVIEW: KASINO (FIXI)



Ok novel Fixi lagi. Jangan jemu jangan segan kerana 7 lagi entri akan datang juga gua akan review novel Fixi. Pada bab pertama gua sudah melebelkan novel ini sebagai slot Samarinda TV3 versi buku. Jalan cerita yang berkisarkan wang, pangkat, golf, rasuah, seks dan ya semua elemen yang selalunya ada pada orang-orang kaya. Novel yang menceritakan kisah hidup Dato Narcissus sebagai seorang usahawan Bumiputera yang berpengaruh. Mempunyai pakej yang lengkap; wang, rupa dan kote(?). Kisah bermula apabila beliau terpaksa melangsaikan hutang RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada kerajaan negeri, yang akhirnya membawa beliau ke Kasino. Ada 1 persoalan yang gua rasa gagal di jawab dengan sempurna. Pegangan agamanya. Hubungan beliau dengan Mageedah juga sedikit tergantung. Apa-apa pun masih lagi worth-to-read bagi gua. Oh ya, selesai menghabiskan muka surat terakhir novel ini membuatkan gua mahu menonton porno. Serius.

Next!

Thursday, January 26, 2012

HEAVEN IN HER ARMS LIVE IN MALAYSIA



Flyer sudah keluar. Jaga-jaga!

REVIEW: PECAH (FIXI)



Novel Fixi kedua yang gua nodai. Secara jujur gua tak berapa gemar novel aksi dan thriller. Namun novel ini berjaya manarik perhatian gua untuk menanti penghujungnya. Ada cinta, nafsu, skandal, strategi, dendam dan banyak elemen lagi. Bermain dengan masa. Terkadang ke masa lampau dan terkadang ke waktu semasa. Jenayah rompakan yang sangat terancang. Modus operandi yang samar-samar dimata penguasa. Penamat yang tidak disangka-sangka. Walaupun agak tergantung sedikit, namun agak menarik gua kira. Berselang-selikan dengan adegan seks terlampau, novel ini agak hollywood di mata gua. Membuktikan perompak Malaysia setaraf dengan perompak antarabangsa. Dan polis, kekal polis Malaysia. Kah kah kah. Gua tunggu filem yang bakal diterbitkan. Semoga sehebat novelnya.

Tuesday, January 24, 2012

NEGERI 5 MENARA THE MOVIE



Coming soon! Tapi di Indonesia lah. Malaysia tak tahu bila masuk. Atau seperti biasa tunggu sahaja muat turun percuma. Buat mereka yang belum membaca novelnya, baca dulu baru tonton. Ayuh nonton ke Bandung yuk!

REVIEW: KOUGAR (FIXI)



Kesemua RM200 voucher buku gua dihabiskan untuk 10 buku keluaran Fixi. Buku ini yang pertama dibaca daripada 10 judulnya. Kisah hidup seorang wanita (MILF)terlampau yang bernama Kisha. Jalan cerita yang agak menyampah dan membosankan (maaf). Dengan umur yang selayaknya di gelar andartu Kisha masih mencari cinta. Digambarkan sebagai wanita yang kenal tikar sembahyang, namun gaya hidup agak sosial gua kira. Orang yang dicintainya meninggalkan dia kerana seorang lelaki. Kembali selepas beberapa tahun. Namun meninggalkannya buat kali kedua kerana seorang lelaki yang lain pula. Entah lah, buku ini mungkin menarik bagi orang lain, namun tidak untuk gua. Semoga 9 buah judul lagi yang bakal gua baca lebih baik daripada judul ini. Gua mohon, jangan bazirkan voucher sumbangan Rosmah kepada gua.

Monday, January 23, 2012

REVIEW: PERAHU KERTAS



Sejujurnya novel ini adalah sebagai pencukup voucher buku tempoh hari. Kisah tentang Keenan si pelukis dan Kugy si penulis dongeng. Perahu Kertas itu membawa pada besarnya kuasa sebuah impian, kenangan, menenggelamkan akan dongeng yang menguatkan, menghadapkan pada nyatanya satu realiti, satu-satunya pilihan yang harus tetap dijalani, menjadi diri sendiri, hingga penerimaan akan kemurnian cinta yang mengantarkan pada kejujuran kata hati. Watak-watak seperti Wanda, Ojos, Remy dan Luhde pada mulanya dilihat sebagai penghalang untuk mereka bersama. Namun sepertimana novel-novel yang kebanyakan, sebanyak mana pun halang, bab terakhir seharusnya happy ending. Seperti novel-novel berjaya yang lain; Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Negeri 5 Menara, novel ini juga akan turut difilemkan.

"Hati tak perlu memilih karena ia tahu ke mana dirinya kan berlabuh"

Thursday, January 12, 2012

MENUNGGU MAC

TOE In Kuala Lumpur
Wednesday, 14 March 2012
Time 20:00 until 23:00
Bentley Music Auditorium

***

Heaven In Her Arms Malaysia / Singapore Tour 2012
‎Saturday, 17 March 2012
Time 15:00 until finish
MY EVO CLUB HOUSE

Wednesday, January 11, 2012

MENUNGGU SIANG

Malam sering sahaja menyeksa hati dia. Kadang resah. Kadang sedih. Yang pasti, rindu. Kadang menyerah. Kadang melawan. Yang pasti, tak pernah goyah. Malam itu sekali lagi dia merasakan bulan menggigit hatinya. Bintang menghempas mukanya. Malam yang gelap pekat buat dia sepi. Sesekali salakan Johnny memecah sunyi. Mahu rasanya dia merisik Johnny sebagai anjing angkat. Dapat juga dijadikan teman merokok dan berbicara soal hati.

Malam masih malam. Belum ada tanda datangnya siang. Seperti mayat hidup. Menunggu di celah lahad yang gelap dan sempit. Akan datangnya Sang Peniup Sangkakala. Tilam nipis itu terus renyuk dikerjakan bosan. Kesejukan lantai konkrit padu terasa ke sangkar dada. Bantal empuk cuma dijadikannya penghangat buah pelir. Dari sebalik selimut tipis dia bermonolog perlahan,

Kalau malam untuk terseksa merindu; aku mahu selamanya siang!

Wednesday, January 4, 2012

V FOR MERDEKA



"People should not be afraid of their governments, governments should be afraid of their people"