Monday, May 23, 2011

PENGALAMAN SAYA MEMANCING LAUT DALAM

Enjin bot buatan Jepun menderu laju membelah lautan. Capik yang merangkap pengemudi sekejap-sekejap berhenti bakar Surya. Gua yang duduk di bahagian tengah bot dengan tenang memerhati langit senja yang indah sambil sekali sekala melirik ke arah Bob di bahagian depan yang mendepangkan tangan ala-ala Kate Winslet dalam filem Titanic. Cilake!

"Ok Bob lu buang sauh, kita try lubuk ni sekejap", tegas Capik tanpa basa basi.

Bob membuka tirai dengan semilang sebesar muscle gua. Kalau dah muscle gua tu kecil sedikit lah dari batang kelapa. Hampir-hampir dia melonjak kegembiraan, nasib baik gua sempat berdehem. Kalau tak sia-sia sahaja dilahirkan untuk menjadi sauh.

Sambil menunggu umpan gua dijamah ikan saiz XXL, gua pekena dulu pisang emas yang selalu orang bawa belayar sambil menyelit Winston merah dipiggir bibir.

"Ptuihhhh!", gua ludah Winston merah yang masih tinggal separuh kelaut yang membiru saraya mencapai batang pancing.

Batang pancing yang tadi nya tenang meliuk kencang. Berkat kekuatan muscle gua dan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang perikanan masa gua bertarung dapat disingkatkan. Marlin sebesar awek Satria Neo sebelah rumah gua berjaya gua tewaskan dalam masa 15minit. Kalau orang lain, gua syak sekarang ni dah jadi tukun dekat situ.

"Jom tukar lubuk!".

***

Gedegang!

"Cilake! gua langgar boya", jerit Capik dari tempat pemandu.

Bob yang tadi seceria ombak pantai mula pucat lesi. Air membuak-buak masuk dari rekahan didepan bot akibat pelanggaran boya ala-ala Titanic tadi. Capik pura-pura tenang sambil membakar Surya ori. Tapi gua tahu dia sebenarnya sedang cuba buat isyarat udara.

"Burrrrrr!"

Capik dan Bob terkesima. Gua pantas menyelam mencari rekahan didepan bot. Air berterusan masuk memandangkan lubang yang terhasil dari pelanggaran adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Sementara di atas bot, Bob tanpa henti mengeluarkan air menggunakan tapak tangan, manakala Capik masih cuba membuat isyarat udara. Berbekalkan gergaji, tukul, pahat dan apit G gua berterusan membaiki kerosakan dari dalam laut.

***

2 hari selepas itu.

Bob, masih trauma dan mula menceburkan diri dalam bidang multilvel marketing.

Capik, terpaksa menjual bot selepas bisnes Surya ori dan kretek nya disabotaj oleh pekerja kontrak dari Indonesia.

Gua, sedang bela misai, baru lah macam senior engineer sikit.

Sunday, May 15, 2011

DUNIA KORPORAT

"Liza, tolong bawakan fail projek yang dekat Kokdiang ke bilik I sekejap".

Beberapa minit kemudian seorang gadis montok berkulit gebu, berlesung pipit, ber-skirt paras lutut gaya feminin gadis bekerjaya melangkah masuk ke bilik gua. Elegen dan seksi. Tangan kirinya mendakap erat sebuah fail hitam ke sepasang buah dadanya. Manakala tangan kanan mulus nya membawa secangkir kopi kapal api yang masih berasap halus.

"Ini fail yang bos minta tadi, dan macam biasa kopi kapal api yang betul-betul kaw dan kurang manis untuk lelaki perkasa macam bos", Liza merengek manja sambil membetulkan tali leher gua.

"Ah you ni ada-ada je tau. By the way thanks for the coffee", jawab gua sambil menepuk pundak Liza.

"No biggie! Ada apa-apa lagi yang boleh I bantu bos?", tanya Liza.

"Oh ya satu lagi, meeting I dengan Dato' Eskay petang nanti tolong cancel ye, I kena pergi main golf dengan Datin Rosmah. Sejak menjanda ni dia selalu ajak I pergi main golf, serabut I tau", keluh gua sambil membelai rambut Liza.

"He he he agak nya dia dah sangkut dekat bos kot he he he", usik Liza lucu.

"Hish you ni ada-ada je tau. Mintak simpang bidadari 88. Orang tua tu bukan setakat Botox, susuk pun dia main tau!".

"He he he emm boleh I pergi sekarang?", tanya Liza sambil mengigit hujung jari telunjuk nya.

"Ok, you may go now. By the way kalau ada sesiapa call cakap I tak ada ok. I nak usha fail ni sekejap".

***

Tak sabar gua nak start praktikal esok ni.

Kah kah kah.

Friday, May 6, 2011

FINAL EXAM

Gua ni ambil kos engineering ke kos menghafal?




Bangang!