Thursday, May 20, 2010

KERJA

seperti yang sedia maklum, gua sekarang dah jadi lelaki bekerjaya. gua bukan lagi kutu yang suka membuang masa tak semena-mena. cuti kali ni gua kerja brader. bukan balik rumah bela telur. gua sekarang bertindak sebagai taiko. gua boleh dikatakan antara tulang belakang kepada syarikat dan hotel di negara satu malaysia ni secara am nya. secara spesifiknya pula di kuala lumpur dan selangor.

bidang kerja gua juga mencabar hati dan sanubari. tapi yang paling penting muscle mesti berdiameter sekurang-kurangnya 15cm macam gua. part ni ramai yang fail dan mengambil enteng. manager pun tak kisah sangat. tapi semua silap. padahal ni keperluan utama dalam bidang ni. tapi gua malas nak tegur budak-budak yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni. walaupun mereka tidak memenuhi kriteria yang diperlukan, gua tetap support. gua selalu bisik kat telinga mereka,

"brader lu kena selalu pergi gym, kalau mampu beli appeton weight gain".

gua bukan apa. gua bukan bukan nak berlagak macam brader-brader ke ape. cuma gua serabut mata tengok mereka buat kerja. slow. lambat. buat kerja sikit lepak tepi. kibas-kibas kolar baju. nafas tercungap-cungap macam ikan mas. macam mana kita nak mencapai wawasan 2020 kalau lemah dan tak berdaya saing. gua tak nak anak bangsa gua makan gaji buta. tapi dalam hati gua rasa sedikit bangga kerana masih ada rasa hormat kepada brader macam gua. gua jeling je terus mereka buat kerja cepat-cepat.

***

hari ini khidmat gua diperlukan lagi. kali ni kat klcc. macam biasa gua akan bangun awal. sebelum mandi gua akan pumping dulu 100 kali. lepas mandi gua layan air milo dengan biskut tiger untuk memastikan stamina gua sekuat harimau.

***

"ok hari ni western set!! sorang pickup 5 kali!! lepas tu standby clearence!!!"

Wednesday, May 19, 2010

GUA

gua sekarang bizi tak ingat. gua sekarang lelaki berkerjaya. gua sekarang lelaki berwawasan 2020. ok gua nak tidur.

Monday, May 10, 2010

Wednesday, May 5, 2010

RACIST

dia : wassup!

gua : yaa aaa aawww~

dia : lu belajar kat mana mat?

gua : uitm..

dia : fakkk racist!!

gua : ...