Tuesday, November 30, 2010

MASIH ADA YANG SAYANG

2 hari gua terlantar tenat kat dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. tidur, bangun dan tidur lagi. gua rasa ini demam paling teruk sepanjang 23 tahun gua hidup di dunia. sempat juga gua berkira-kira kalau ini bukannya demam, tapi sakit kronik yang memberi gua tempoh selama sebulan sahaja lagi untuk menghirup udara segar. sepanjang 2 hari ini juga gua tak pekena nasi melainkan sekeping roti yang gua makan sebelum pekena panadol. kemuncak penderitaan gua pada malam hari ke 2 apabila muntah air 100 plus yang gua hadap sepanjang 2 hari tersebut. energi gua 0% waktu itu.

sepanjang penderitaan ini rupa-rupanya masih ada lagi rakan-rakan yang mengambil berat dan bertanya jika gua perlukan pertolongan atau apa-apa. bangga dan terharu menyelubungi gua dari balik selimut.

Tuesday, November 23, 2010

DAN LANGIT JUGA MENANGIS SEPERTI AKU

gua bangun awal pagi. ya pagi. pukul 11.30 pagi. masih pagi. rutin waktu pagi menuntut gua menyalakan sebatang nikotina sebelum berbuat apa-apa. memandangkan tidak mempunyai apa-apa program atau temu janji, gua tetapkan dalam diri gua untuk ke meru menemui seorang pomen tua yang masih segak bergaya. bukan ada sesi perpomeman sepemergian gua kesana. cuma sekadar bertanya khabar dan menghiburkan hati gua yang sunyi.

selesai berdandan dan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat yang bakal gua lawati, gua memacu jentera gua dengan mantap sekali. gua memecut dijalan raya sesuai dengan tuntutan gua sebagai seorang remaja yang tidak gemar membuang masa.

ketika membelok ke sebuah simpang, dua buah lori yang berkapasiti besar mengenyit cahaya dari mata lampunya kepada gua beberapa kali. ternyata kira-kira 100 meter dihadapan berlangsung sebuah sekatan jalan raya. dalam hati gua berterima kasih kepada sang lori. ternyata masih ada yang sayang. gua mengambil keputusan untuk patah balik dan menggunakan jalan alternatif yang lain. bukan kerana gua seorang pesalah jalan raya, cuma kerana gua tidak suka berhadapan dengan rasuah.

langit yang agak mendung, mencurahkan isinya dengan tiba-tiba. lebat. selebat tangisan hati gua. gua berhenti disebuah stesen minyak untuk berteduh. 5 minit kemudian langit berhenti menangis. gua teruskan perjalanan. ternyata langit masih lagi bersedih. memaksa gua untuk berhenti di stesen minyak seterusnya.

gua berhenti dengan mantap diantara 2 buah pam minyak. dengan sayu gua memandang titis-titis air mata langit yang gugur. mungkin dia juga tidak bahagia dan sedih seperti gua, getus hati kecil gua. air mata gua hampir gugur memikirkan hidup kami yang sentiasa sedih dan tidak bahagia. hati gua terasa ngilu. perlahan-lahan gua sua sebatang nikotina ke bibir. gua bakar hujungnya dengan mantap.

"dilarang merokok di stesen minyak!", kedengaran satu suara yang gua pasti bukan dari langit tapi dari sebuah pembesar suara.

Monday, November 22, 2010

PERGI

jantung gua berdegup kencang. tubuh terasa longlai. lutut bergemertak. gua nekad. apa nak jadi pun jadi lah. gua dah tak sanggup tunggu lagi. biarlah masyarakat nak pandang serong. yang penting gua tau apa yang gua buat. ok gua pergi sekarang.

beli burger.

cilaka!

hampir kebulur gua dibuatnya!

Monday, November 15, 2010

PERUTUSAN HARI RAYA

dengan ini saya menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

salam iduladha dari saya dan isteri.

Tuesday, November 9, 2010

543 HARI TANPA CINTA

zasss!

lengan gua yang sasa menghayun berus dengan mantap diatas baju putih itu. buih-buih halus dari sabun berjenama daia memutih bak salju diatas lantai jamban yang bebas dari lumut dan kotoran. gua ulang berkali-kali keatas hampir 10 helai baju yang berkaler lembut.

isi almari berjenama ikea gua semakin susut. hampir sebulan skill membasuh baju gua tak diasah. sepatutnya gua asah skill 2 minggu sekali. disebabkan 2 minggu lepas gua agak sibuk menguruskan hal-hal berkenaan kehidupan maka dengan bergayanya gua hantar dobi. nasib baik tengahari tadi skill gua masih mantap lagi.

***

selesai berfesbuk barang seprem dua, gua dengan pantas menekan papan kekunci henset yang berjenama agak bagus gua.

makan jom!

sebuah sistem pesanan ringkas yang padat dan tegas dihantar kepada seorang lelaki. (nota : lelaki.bermakna...) selesai makan malam yang tak seberapa yang berupa siakap 3 rasa, tom yam campur, kailan ikan masin dan air tembikai laici gua tewas disebuah kerusi dengan bibir terselit sebatang nikotina. memandangkan malam masih muda dan memenuhi kehendak gua sebagai seorang lelaki muda yang dahagakan hiburan, gua usulkan pendapat untuk bersuka ria dipusat nyanyian.

ternyata suara gua masih evergreen.

***

selepas sesi membasahkan tekak selesai berlibur gua pulang kerumah bagi menunaikan kewajiban gua sebagai seorang pengguna laman sosial yang tetap. celaka! air tembikai laici pula meronta-ronta dari dalam pundi kencing meminta untuk dimerdekakan. gua menuju ke bilik air dengan langkah yang mampan. mata gua melirik ke suatu sudut.

hampir 10 helai baju berkaler lembut dari dalam baldi seolah-olah memandang gua dengan pandangan yang sayu, meminta agar disidaikan.celaka!

Friday, November 5, 2010

SANG PEMIMPI

dah dekat setahun sang pemimpi versi filem keluar, baru hari ni gua berkesempatan tengok. cilake! tak true langsung. jalan cerita mesti dah tahu kalau sape-sape pernah pekena tetralogi laskar pelangi. cerita memang A campur. versi filem pun tak memalukan andrea hirata. tangkap juga ulu hati kalau menonton berseorangan di bilik gelap.

penampilan ariel peterporn sebagai arai versi dewasa juga tak mengewakan. tak sangka pengalaman berlakon dengan luna maya berguna juga. tak sia-sia luna maya ajar.

gua malas nak review panjang-panjang. satu saja pesan gua, siapa tak pekena sang pemimpi memang tak layak tinggal dekat negara bik mama. haktuih!



"bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"

Tuesday, November 2, 2010

UNTITLE

tubuhku boleh menjadi debu,
tapi aku akan tetap hidup.