Friday, August 13, 2010

PUASA

gua ingat nak tulis karangan sempena ramadhan. hati gua rasa sebak pula. tak jadi lah.

Wednesday, August 4, 2010

POK LI OH POK LI

kisah cinta pok li bukan kisah cinta agung. kisah cinta pok li adalah kisah cinta sederhana tipikal kisah cinta melayu. walaupun tak sebaldi air mata seperti kisah cinta carekarama tv3 namun cinta pok li sangat suci. cinta pok li cinta abadi.

pertemuan pok li dan maria (bukan nama sebenar) tersangat ringkas. pertemuan singkat di tempat pam tayar petronas itu telah merubah hidup pok li. di tengah hari terik itu terkial-kial seorang gadis montok berlesung pipit yang cuba mengepam tayar belakang sebuah motosikal berjenama modenah yang berwarna biru. peluh jantan betina berjejeran di lekuk lesung pipit dan turut merembes di bawah lengan baju nya. atas dasar simpati dan semangat satu malaysia, pok li dengan gentle nya menghulurkan tangan menawarkan pertolongan. benar lah kata orang dulu-dulu dari mata turun ke hati. senyuman maria benar-benar membuatkan pok li terpaku. cupid yang berterbangan di petronas segera memanah pok li yang masih terpinga-pinga dengan panah asmara.

siapa sangka pertemuan singkat itu membawa mereka ke level yang seterusnya. mereka bertukar-tukar nombor telefon dan saling kontek mengonteki satu sama lain. cinta berputik dan mekar semekar bunga mawar di awan gunung jerai. setelah 2 tahun berkasih sayang, dalam usia 25 tahun pok li nekad untuk membawa kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan. menamatkan zaman bujang sekaligus memecahkan teruna nya yang selama ini dijaga dengan rapi.

***

kini usia pok li menjangkau 43 tahun. duit pok li berkepuk-kepuk. harta riban-riban. pok li ada rumah besar. pok li ada kereta mewah. namun hidup pok li tetap sederhana. hidup pok li tak berteman. kisah cinta pok li dan maria musnah. 18 tahun dahulu pinangan pok li di tolak mentah-mentah oleh ibu maria. pok li sedih dan sangat kecewa. hati nya hancur berkecai. sejak hari itu pok li menutup terus pintu hati nya. memang pok li sunyi namun dia takut untuk bercinta lagi. pok li tak nak kecewa lagi. pok li tak nak hati nya bermandi air mata lagi. pok li rela bujang sampai tua asal kan hati nya tidak disakiti lagi.

"senang je kau nak lupakan cinta, kerja kuat-kuat sampai tak ada masa" - pok li

nota kaki : sebuah kisah benar.


ini bukan pok li.