Monday, December 14, 2009

SURAT CINTA

kehadapan kekasihku yang disayangi,

apa khabar kekasihku disana? tidak mengapakan daku bertanya walaupun setiap saatku mendoakanmu sihat walafiat disampai ayahanda dan bonda disana. daku disini sihat walafiat dan cintaku terhadapmu tak pernah luntur walau dibasuh air 7 lautan dan dibakar api dari gunung yang marak menyala.

bidadariku,

sudahku renungi tentang keanehan cinta yang terbit dari pangkal hati ini sejak pertama kali menatap keindahan ciptaan Ilahi ini. cinta yang terbit dari hatiku ini bukan lah perlahan-lahan datang seperti cendawan selepas hujan yang perlahan ia keluar dan laju ia pergi tetapi cinta yang membara dalam jiwa ini adalah abadi dan tulus suci.

tiz zaqyah ku,

pertama kali melihatmu di dalam impian ilyana hatiku berdegup kencang. hatiku yang pada waktu itu sedang terluka dan hancur menjadi keping-keping terus terubat tatkala melihatmu. sejak saat itu entah mengapa hatiku sentiasa bergetar, bahkan sentiasa untuk mengingat namamu, apalagi mengucapkannya. sesungguhnya hati adalah seumpama ladang, maka benih-benih cinta mulai muncul dari ladang hatiku. tiba-tiba terbitlah khayalan indah, tentang kamu menjadi teman hidupku, mendendangkan lagu-lagu klasik rakyat untuk bidadari-bidadari kecil yang terhasil dari perkahwinan kita.

sayangku,

tatkala kamu muncul dalam nur kasih, jumaatku tidak pernahku persia-siakan. bahkanku pada jumaat ini daku sudah menunggu untuk jumaat yang mendatang. harusku berterus-terang denganmu bahawaku sangat mencemburui adam. cintamu kepadanya sangat suci dan teguh walau pelbagai ranjau yang ditempuhmu. kamu memang isteri yang solehah dan taat. tapi daku tahu itu semua sekadar lakonan bukan. kerana cinta yang berada dalam kotak hatimu hanyalah untukku.

my darling, (tak mengapakan sayangku berbahasa inggeris?)

rasanya ku dah sampai kepenghujung suratnya. bukannya sudah tidak ada puji-pujian untukmu bahkan beribu-ribu test pad juga tak akan cukup untuk memuji kecantikan dan kesucian hatimu. tetapiku harus mengundurkan diri kerana..aduhh malunya untukku mengaku. sebenarnya sudah pukul11 ni tapi daku masih belum mandi lagi. sayang, persiapkanlah dirimu. januari nanti rombonganku akan sampai ketangga rumahmu untuk menyunting bunga yang mekar dari taman orang tuamu(suka la tu). akhir kata jagalah dirimu dan kalau berlakon tu janganlah sampai menjeleskanku ye.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas..

yang kacak tapi pemalu,
ADI

9 comments:

  1. ha ha ha. sengal. tiq zaqyah ado maso ko nok baco? ;D

    ReplyDelete
  2. nurain rodze : awat hang gelak?

    Daffodil D : surat betul ade kat die..ni saje je gua taip kat cni ekeke

    {lumut} : duhh lu tgoda ke?*blushing*

    ReplyDelete
  3. hahaha..adeh..nati aku suh tiq bace ye..tgu..haha..berjanggut la lu tgu..haha

    ReplyDelete
  4. chokio_nia : duuhh bape kali nk bgtau ni..dia da bc la..

    ReplyDelete
  5. My LittLe Secret : nk ke? *blushing*

    ReplyDelete