Thursday, April 30, 2009

MAKKKKKKKK REMY NAK KAWEN!!!!!!!!!

Hujung bulan ni umur remy genap 30 tahun. Remy seorang yang hensem dan berbudi pekerti. Ramai awek suka remy tapi remy buat-buat tak nampak. Remy bukan kaki perempuan. Remy bukan kaki joli. Remy menetap di sebuah rumah sewa di tengah bandaraya KL. Dia seorang engineer disebuah syarikat swasta. Gaji nya tiap-tiap bulan cecah 5K. Hidup nya mewah. Perabot mahal-mahal. Sofa kulit gajah. Permaidani bulu beruang. Makan pulak tak payah ikut bajet. Makan kat hotel. Minum kat coffee house. Remy anak yang baik. Tiap-tiap bulan remy mesti hantar duit kat mak bapak nya dikampung.
Disebalik kemewahan ni remy sebenarnya sangat sunyi. Dia tak ada teman hidup. Pagi tak ada orang tolong gosok baju. Petang tak ada anak dia nak bawak jalan-jalan. Malam tak ada orang teman tengok drama kat tv. Dia sunyi. Ibu nya tiap-tiap kali tepon mesti suruh bawak balik bakal menantu. Remy dah fedup. Bukan dia tak nak kawen tapi dia tak jumpa lagi 99% perfect girl dia(macam citer salon). Dia sangat memilih. Kalau boleh dia nak bakal isteri dia berambut hitam panjang paras bahu, ada lesung pipit, tinggi paras telinga dia, kulit kuning langsat, mata sepet sedikit, bibir kaler pink dan paling penting bersopan santun dan pandai ambik hati dia. Ada seorang yang menarik hati dia selama ini. Suzy namanya. Satu tempat keje dengan dia. Mereka berkawan. Tapi remy penakut. Dia takut meluahkan isi hatinya.
Mak remy telefon lagi. Mak remy dah jumpa calon bini untuk anak bujang terlajaknya. Mak remy cakap budak tu lawa. Anak kawan dia. Keje kat KL. Tapi remy tak nak. Dia dah ada pilihannya sendiri. Dia nak suzy. 99% perfect girl dia. Remy tolak mentah-mentah. Mak remy marah-marah.
Hujung minggu remy balik kampung. Jumpa mak bapak dia. Mak remy marah sebab tolak calon bini yang dia cari. Remy buat keras. Cinta remy tulus. Dalam hati dia ada suzy sorang je. Dia nak suzy. Tak nak orang lain. Mak remy bagi remy gambar budak perempuan tu. Remy terkedu. Dadanya terasa sebak. Air matanya mengalir laju. Suzy. Rupa-rupanya mak remy mahu jodohkan dia dengan suzy. Tapi remy dah terlambat. Suzy dah kawen dengan orang lain lepas remy cakap tak nak aritu. Remy menyesal. Hati remy berdarah. Bujangnya terlajak-lajak lagi. Dia lupakan 99% perfect girl. Dia serahkan hal jodohnya kepada bondanya yang tersayang.
Makkkkkkk remy nak kawen!!!!!!

AKU SEORANG LOSER

Aku pelik walaupun sitemeter aku menunjukkan lebih 50 orang sehari usha blog aku tapi komen ciput je. Hari ni aku rasakan keloseran yang teramat. Namun begitu aku tetap rasa gembira dengan feedback yang aku dapat. Seorang pengkritik yang tak dikenali telah mengkritik salah satu karangan aku. Jangan salah paham. Bukan semua. Satu je ok. Beliau mengatakan salah satu karangan aku punya sedikit kesamaan dengan karangan blog anak mat nor. Ye aku mengaku ada sikit persamaan dalam karangan tu. Terima kasih. Aku betul-betul perlukan dan hargai komen membina seperti ini. Terima kasih daun keladi.

Terus terang aku katakan yang aku banyak dipengaruhi blog-blog best seperti blog anak mat nor, sepi itu indah dan hilang punca. Aku pembaca tetap blog ini. Mungkin kadang-kadang aku ingin hebat seperti mereka dan terciplak idea mereka. Sorry(cakap macam amir raja lawak). Aku masih baru lagi dalam bidang penulisan ni. Aku masih belajar dan tercari-cari identity aku. Ceh. Jiwa rasa gelora ni pun tak sampai 2 bulan pun lagi. Kalau anak ayam masih dalam telor lagi. Aku yang loser berikrar akan lebih berhati-hati dalam menulis karangan selepas ini. Aku tak nak dikenali pembelog kontroversi. Aku tak nak masuk melodi. Aku tak hingin. Aku mintak maap kepada semua. Terima kasih lagi sekali kepada pengkritik yang tak dikenali. Akhir sekali terimalah serangkap pantun dari aku yang loser sebagai penutup kata…

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolok kan,
Gua si loser baru nak belajar,
Kalau salah tolong komen kan.

Sunday, April 26, 2009

SUPERHERO!!!!!!!!




Sejak akhir-akhir ni gua dapat rasakan kekuatan diri gua semakin bertambah. Badan gua terasa ringan seperti kapas. Penumbuk dan penerajang gua terasa berat dan padu seperti tukul besi. Pergerakan gua pula semakin pantas dan lincah seperti ikan dikali. Pandangan mata gua yang dulu sedikit rabun jauh kini tajam bak mata pedang. Badan gua sekarang lagi kebal dari kereta kebal. Yea gua kini bergelar orang kuat aka superhero!!!

Segala kekuatan yang gua dapat ni semua berpunca dari kejadian yang berlaku minggu lepas. Malam tu gua baru balik dari rumah member gua sorang-sorang. Pukul 3 pagi. Tengah jalan kaki nak balik gua nampak sorang pak cik tua ni jalan bawak beg besar. Tiba-tiba tali beg pak cik ni putus. Abis terburai isi beg dia. Gua pun apa lagi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tolong r kutip barang-barang dia. Masukkan dalam beg balik. Gua ingat nak tolong pikul beg pak cik tu sampai rumah dia. Tapi pak cik tu cakap tak payah susah-susah sebab rumah dia depan tu je. Nak sampai dah. Gua pun ok je la. Nak blah pak cik tu cakap terima kasih pastu bagi gua sebijik limau. Dia suruh gua makan sebelum tidur. Salam-salam pastu gua blah.

Time nak tido gua teringat buah limau yang pak cik tu kasi. Gua yang inesen ni pun makan r. Ikut je ape yang pak cik tu suruh. Sedap gak. Pastu gua tidur nyenyak gile.

Gua bangun tidur tengok member gua tengah isap rokok. Gua tanya dia dah pukul berapa. Dia cakap dah pukul5 petang. Pergh gua tak sedar langsung siot. Syok gile tidur. Tak tau r member gua ni Parkinson ke ape, syok-syok isap rokok boleh puntung rokok tu jatuh atas riba gua. Terkejut gak tapi yang peliknya gua tak rasa pape. Tak panas langsung. Rilek je gua bagi balik kat dia. Lepas mandi semua gua turun bawah nak beli nasik. Lapar. Sampai bawah orang bodoh mana ntah buang sampah dari atas. Satu plastic hitam besar. Sikit lagi nak jatuh atas kepala gua. Nasib baik gua sempat elak. Laju gile gua elak tau-tau da sampai kedai. Padahal kedai tu dalam 100 meter lagi. Sempai kedai pak cik tu tengah gaduh ngan bini dia. Terbang semua pinggan mangkuk. Tiba-tiba sebilah pisau terbang menuju tepat kedada gua. Tak lut syiall. Bengkok pisau tu. Gua pun blah r. Tengah jalan nak balik gua terpikir yang gua dah jadi power. Nak tahu betul ke tak gua try r test power gua. Rumah gua tingkat2. Gua try lompat dari bawah. Sampai siot!!!

Balik rumah gua pikir pasal kejadian yang berlaku kat gua. Sah gua dah jadi superhero. Mesti pak cik tua tu yang bagi gua power ni. Best giler syial jadi superhero. Jangan jeles. Tolong r gua tengah pikir custom pe yang gua nak pakai ni…

Friday, April 24, 2009

LAGENDA MAEL PISANG (BACA DENGAN SEPARA BERBISIK)

Pagi tadi penduduk Kampung Telor Sebutir gempar lagi. Kecoh satu kampung kambing Che Mat mati 2 ekor. Tak ade angin tak ade ribut, Che Mat bangun pagi nak bagi makan tengok-tengok dah terlentang mulut berbuih. Pagi tu jugak Che Mat mengamuk macam orang gila. Mata merah, rambut belah tepinya berserabai, kain pelikat jawa digulung sampai ke lutut. Parang panjangnya dilibas-libas membabi buta sambil mulutnya tak henti-henti menghambur kata-kata kesat. Mak Cik Munah hanya mampu memandang dengan sayu dari tingkap rumah melihat Che Mat menebas pokok-pokok bunganya. Nak ditegur, orang tengah naik angin. Kang tak pasal-pasal parang panjang berkilat itu terbang atas kepalanya.
Berita tentang kambing Che Mat tersebar dengan pantas. Gayah Tahu Semua pagi-pagi lagi dah bergerak dari rumah kerumah menyebarkan berita paling sensasi pagi tu. Kat kampung tu Gayah memang terkenal sebagai penyebar berita dan penjaga tepi kain orang. Tapi orang kampung buat tak port je sebab Gayah janda cun. Mak Cik Munah sorang je yang anti sangat kat Gayah sebab lakinya suka kat Gayah. Sepantas berita tersebar sepantas tu jugak orang kampung datang berkerumun dihalaman rumah Che Mat. Kecoh depan rumah Che Mat. Ada yang siap bawak anak lagi. Macam nak gi tengok konsert AF pulak. Beberapa orang cuba menenangkan Che Mat. Tapi dari jauh je sebab takut kena libas ngan parang panjang Che Mat. Che Mat dah masuk hantu. Tak ada sebaris ayat pun masuk kepala nya. Mahu dia tak marah. Sebulan Che Mat bagi makan kambing tu sedap-sedap sebab lagi seminggu orang nak datang beli buat kenduri. Orang kampung dah tak tahu nak buat apa dah. Masing-masing dah start menyampah pujuk Che Mat.
Tok Ketua sampai dengan vespa birunya. Misainya tersikat rapi, songkok tinggi senget kekiri sikit, buku 555 dan pen biru sentiasa terselit dipoket baju untuk mencatit sebarang aduan penduduk. Melambangkan dia seorang ketua kampung yang komited dan berdedikasi. Disebalik perwatakannya yang tenang itu sebenarnya jauh disudut hati dia sangat gelisah. Tiap-tiap hari ada je kekacauan yang berlaku dikampung itu. Aritu kebun pisang Pok Dek abis lunyai. Semua pokok pisangnya tunduk menyembah bumi. Minggu lepas Abang Kamal masuk hospital lepas kena tumbuk tang anunya. Terus mandul. Pagi ni satu lagi kekacauan. Tok Ketua dah fedup. Panggg!!!!!!! Satu penampar hinggap dipipi Che Mat memecah keheningan pagi itu. Che Mat terpinga-pinga. “Bawak mengucap” Tok Ketua marah-marah. Penduduk kampung semua dah sedia tahu semua kekacauan yang salama ni berlaku dikampung ni angkara siapa. The one and only. Mael Pisang…
Sejak balik dari Indon hujung tahun lepas Mael dah berubah habis. Ada orang cakap dia pergi belajar ilmu batin kat sana. Ada jugak yang cakap dia belajar ilmu hitam. Dia jadi pendiam. Perangai dia makin hari jadi semakin pelik. Dulu dia pernah kerjakan kebun pisang Pok Dek. Anak pokok, pokok yang tengah berbuah, abeh semua. Katanya pokok pisang tu comel macam punch bag. Dia pun apa lagi. Sebabkan peristiwa tu lah sampai ssekarang lekat nama Mael Pisang. Tu baru sikit. Penah sekali Mael ajak anak Cik Mia sparring. Budak tu dah la baru masuk darjah dua, kena ngan Mael sampai sekarang tengkuk jadi lembik macam agar-agar. Cakap pun dah tak betul dah. Rumah dia pulak sekarang ni dah macam rumah hantu. Depan belakang kiri kanan semak dah sampai paras pinggang dah. Rumah pulak sentiasa gelap. Tak kira siang malam. Suram. Mengerikan. Macam rumah Bok Miah dalam Puaka Niyang Rapik. Takut syiall. Orang kampung tak berani nak lalu depan rumah Mael sebab dia selalunya nyorok kat dalam semak menunggu mangsa. Sape lalu je mesti kena tahan dengan dia. Kena sparring dulu baru boleh lalu. Sehingga cerita ni ditulis tak ada sorang pun lagi yang berjaya mengalahkan Mael. Mael kebal. Tikam tak lut. Tembak tak tembus.
Disebalik sifat Mael yang kejam dan bengis itu Mael juga punya hobi sepertimana orang lain. Gusti. Setiap hari Khamis pukul11 malam Mael mesti lepak kedai Pak Munawer tengok gusti. Dia tak order teh tarik atau apa-apa air. Dia datang tengok gusti je sebab kat rumah dia tak ada TV. Pak Munawer tak berani nak sound sebab takut nanti makan penerajang free.
Orang kampung dah tak tau macam mana lagi cara nak halau Mael. Penah Tok Ketua sound. Tapi buang karen. Siap makan pelempang adalah. Diorang penah hantar Pak Hitam Anak Rimau. Tok guru silat kampung sebelah lawan Mael. Tapi kalah jugak. Mael tepuk kepala sekali je terus KO. Sampai sekarang tak leh ajar silat dah. Pada satu malam diorang bermesyuarat. Cari penyelesaian untuk usir Mael dengan efektif tanpa mencederakan sesiapa. Setelah berkotak-kotak rokok, berjag-jag teh o akhir nya mereka dapat satu jalan penyelesaian. Pulau kan Mael, jangan bagi dia tengok gusti. Tok Ketua tersenyum dengan penuh pengharapan.
Start minggu tu jugak kedai kopi Pak Munawer serta merta tutup pukul10 malam tiap-tiap hari khamis. Pak Munawer mula-mula membantah jugak sebab kacau bisnes dia. Tapi terus diam lepas kena sound ngan Che Mat. “ko nak suruh kambing aku mampus lagi!!!” bentak Che Mat. Pak Munawer terpaksa. Orang kampung tahu Mael dah mula gelisah. Dia dah tak leh tengok gusti lagi. Dah tak leh tengok Triple H kesayangan dia lagi. Padan muka Mael. Masuk minggu keempat orang kampung dah tak nampak Mael lagi. Dah tak ada kekacauan lagi. Tangga rumah Mael pun dah roboh. Kena makan anai-anai. Sah Mael dah pindah. Dah lari. Orang kampung gembira. Tok Ketua puas. Sekor lembu tumbang sempena kemerdekaan dari cengkaman Mael. Kampung Telor Sebutir kembali aman.
Sekarang ni orang kampung dah mula lupakan peristiwa Mael. Mereka pun takut nak sebut nama Mael Pisang. Takut dia datang lagi. Rumah Mael sekarang dah jadi port mat pet lepas gian. Port hantu niyang rapik lepak. Sekali sekala ketika bulan mengambang ada orang kampung penah nampak ada orang dok jalan-jalan dekat rumah Mael. Orang cakap tu Mael. Mungkin menunggu masa menuntu bela. Eeeee takut...


Saturday, April 18, 2009

CERITA TENTANG CENDAWAN




gua ada cerita pasal cendawan ni beb...

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

lu sial la ari. tengok gua nak citer da tak leh da ni

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

kah...kah...kah...

Sunday, April 12, 2009

TELINGA AKU ATAU MULUT DIA?




Semalam aku mengalami pengalaman salah paham yang cukup mendebarkan hati dan mengecutkan telur. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku rasa lebih hensem kalau aku mulakan carutan ni dengan sedikit teori tentang salah paham. Lebih specific nya adalah salah info. Sebab salah paham ni banyak pulak cabang-cabang dia. Selama beberapa hari aku memerhati susuk-susuk disekeliling aku untuk mencari punca salah info yang sering berlaku. Tak mudah beb. Sepanjang research ni gua banyak termenung dan tersenyum. Terima kasih kepada mereka yang telah melakukan salah info didepan aku kerana dengan adanya mereka aku dapat menyiapkan thesis aku ni.

Mengikut pemerhatian aku terdapat dua punca salah info yang sering berlaku dikalangan manusia normal. Yang tak normal tak tau r pulak sebab gua normal. Yang pertama ialah salah mulut yang memberi info. Aku tak tau la ni jenis mulut longkang ke apa sebab nanti suka nak cakap belit-belit dan tambah-tambah cerita. Punca kedua pulak salah telinga yang menerima info. Yang ni pun satu hal jugak memang dilahirkan pekak ke saja buat-buat tak dengar aku pun tak tau la. Nanti gua siasat lagi.
Ok jom kita baca pengalaman yang gua alami semalam pulak.

Aku bangun tidur tengahari semalam nampak r member aku dok main enset dengan muka tensen. Untuk pengetahuan kalian wahai para pembaca budiman member aku ni baru lepas putus cinta. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Amir(bukan nama sebenar). Amir dulu seorang playboy yang berjaya. Semua awek dia nak sapu. Ditakdirkan bulan lepas dia jumpa seorang awek yang betul-betul membuatkan api cinta dalam jiwa nya membara dan membuatkan hati nya berdegup kencang tatkala merenung kedalam mata gadis ini. Cinta Amir sungguh sejati lagi suci dan awek tu berjaya mengubah Amir. Kuasa cinta. Dua tiga hari lepas aku dapat tahu Amir kena tipu. Gadis itu ternyata seorang playgirl. Nah buku bertemu ruas. Amir merana. Jiwanya bergelora. Cukup info tentang Amir.

“Mir, ko nak tensen-tensen ni nape?rilek r. bunga bukan bukan sekuntum” gua berfalsafah.

“bukan la. Aku tengah bengang ni. Dari semalam aku tak leh konek”

Aku tersentap. Hati aku berdebar. Telur aku menggeletar. Tak mungkin. Tak mungkin secepat ni Amir berubah. Aku ketakutan. Kat rumah tak ada orang. Hanya aku dan dia. Aku tak redha teruna aku hilang kepada seorang lelaki. Tidak. Aku tak sanggup tinggal dengan seorang lelaki yang suka KONEK. Tidakkkkkkkk!!!!!!!!

“woi ko pehal?” Amir mematikan monolog aku.

“errr aku tau r ko tengah frust tapi tak kan r sampai jadi camni” aku menjawab dalam ketakutan.

“ko cakap ape ni sial?” Amir bertanya sambil menggaru telurnya. Aku menggelabah.

“errr tadi ko cakap dari semalam ko tak leh konek. Ko biar betik. Tak kan r ko main ngan jantan pulak skang. Ko jangan…” aku memberanikan diri memberi nasihat.

“babi ko!!! Ni ha henset aku tak tau r dari semalam tak leh konek ngan internet bodoh!!!” Amir marah-marah.

“Tu CONNECT bukan KONEK. Syial. Lain cakap biar terang” hati aku berbunga dengan kata-kata kesat.

Namun jauh disudut hati dan sanubari aku merasakan kelegaan yang teramat sangat. Bukan kerana dia tak beralih arah tapi kerana teruna aku tak hilang kepad aseorang lelaki. Yang paling penting gua masih teruna yang suci lagi murni.
Siapa yang salah? Telinga aku atau mulut dia?

Saturday, April 11, 2009

GEMPAR!!!!PENGAKUAN BERANI MATI GUA!!!


Gambar Cuci Mata

Entah mengapa sejak kebelakangan ni nafsu aku seolah-olah dah takde. Dulu aku selalu main ngan mereka. Ramai. Selalu tukar-tukar. Dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang aku main. Stim je main. Stim je main. Di tepi balai raya itulah yang menjadi saksi kesucian cinta kami. Tempat tu port baekkk punyee. Tak de orang kacau. Aku pun pelik jugak sebab keliling port tu semua rumah orang. Erm dah line clear ape lagi jadi port aku r. Memang kadang-kadang ada mata yang memerhati, tapi dah diorang tak kacau kami buat projek, kami pun nak takut ape. Ala diorang pun nak cuci mata gak ape. Aku pun mana ade kacau diorang, sebab tu lah diorang tak kacau kami kot. Lagipun aku bukan main ngan anak diorang. Diorang pun mana kenal kami. Suka hati aku r. Tapi kalau petang-petang kami main ringan-ringan je. Tak de lah nak rakus-rakus sangat. Dekat nak maghrib kami blah r. Jahat-jahat aku pun ade baik nya jugak kawan. Lagipun tak boleh lama-lama sangat kang kena serbu ngan orang masjid mampus aku.

Malam pulak lagi best. Walaupun tak selalu sangat tapi paling kurang seminggu sekali kami akan jumpa dan melepaskan rindu nafsu kami. Sangap time petang tu semua kami lepas time ni. Syok ooo. Selalu nya kami main dalam sejam je. Tapi kalau ade duit lebih boleh r tambah lagi sejam. Mana boleh main lama-lama kawan. Nak makan pun sakit. Kalau aku anak dato’ tak pe la. Tak kan la nak main kat port yang petang-petang tu. Tak best r. Bosan plak kang. Malam-malam mesti r nak cari port best nye. Pastu kalau port best mesti r kena bayar kawan. Sejam pun sejam la janji kami dapat melepaskan nafsu. Lepas main ada orang tolong picit-picit manja. Abes hilang sakit pinggang aku. Stim ooo. Memang aku sedar aku dah hanyut. Aku sedar aku tak harus habis kan duit mak bapak aku untuk jalan ni. Tapi aku nak buat macam mana. Nafsu dah kuasai diri aku. Mintak maaf abah, mama…

Tapi tu dulu. Sekarang ni aku dah berubah. Lain sangat. Petang aku dah tak macam dulu. Sekarang ni waktu petang kalau tak hirup kopi dekat kedai abang din aku mesti dok layan game depan pc. Tak pun aku ke ranjang. Errr maksud aku tidur. Aku pun tak tau macam mana aku boleh berubah. Aku rasa sebab duit kot. Aku mula menghargai wang. Aku mula merasai betapa susahnya bapak aku berkerja hanya untuk dapatkan sekeping not rm50. Perlahan-lahan aku tinggal kan rutin aku. Awalnya memang susah. Setiap kali mereka ajak aku dengan berat hati terpaksa mengatakan “tak nak”. Padahal hati aku meronta-ronta nak main. Aku terpaksa tahan je nafsu aku. Lama-lama mereka pun bosan kerana aku selalu menolak ajakan mereka main. Cuma sekali-sekala mereka ada ajak aku tapi jawapan aku tetap tak nak. Please jangan kacau aku lagi . Aku dah tak bernafsu untuk ini semua. Kini dah tak ada lagi ajakan berahi mereka. Mereka pun dah ada orang lain yang boleh melayan nafsu buas mereka. Aku tahu mereka kini semakin hanyut. Tapi sape aku nak nasihat mereka. Silap-silap aku makan pelempang free. Hampir tiap malam nak main. Nafsu mereka ni dah mengalahkan nafsu kuda. Gila. Kadang-kadang aku memang punya rasa cemburu tapi kini aku dah dapat terima semua perubahan ni.

Malam tadi tanpa disangka mereka ajak aku main lagi. Kaget. Aku pura-pura main solitaire kat depan pc. Aku serba salah. Hati aku berdebar-debar. Jari aku menggeletar. Lubang dubur aku kembang kempis. Siallllll. Otak aku ligat berpusing mencari alasan agar tak melukakan hati mereka. Walaupun mereka memilih jalan ni tapi mereka tetap teman-teman aku. Hati mereka harus aku jaga dan tak harus aku lukai.

“bro, futsal jom malam ni pukul 12.nak main tak?”

Ye aku dah dapat alasan. Yang aku rasa tak kan lukakan hati mereka walupun aku tahu mereka dah muak dengar alasan aku.
“errr tak de duit la kawan.lain kali r”

Futsal. Nafsu aku dah tak ada lagi untuk mu. Tanggu lah nafsu aku bangkit kembali. Dan kita akan kembali bersama. Tunggu aku…

KARI SEMALAM BEB!!

Malam semalam aku ada misi penting. Champion league Liverpool lawan Chelsea. Pukul 2.15a.m aku dah keluar dari rumah bersama teman-teman. Kena keluar awal sebab nanti takde tempat. Maple tu kitorang panggil Old Trafford sebab kat situ memang tempat terbaik untuk tengok bola. Heaven beb. Nasib kami baik sebab sampai-sampai orang tak ramai lagi. Mata kami liar mencari port terbaik. Yeah aku dah nampak. Ade VIP seat. Table paling depan. Kami mengatur langkah kesana.

Order diambil. Teh tarik. Roti canai. Crowd semakin memenuhi setiap ceruk kedai. Hingar bingar. Ade yang pakai baju merah. Ade yang pakai baju biru. Aku pakai baju hijau. Aku terasa asing dan aneh. Dua orang pak cik duduk sebelah table kami. Seorang berperut boroi, berkumis tebal dan berambut pendek. Seorang lagi berambut sikat belakang dan berbadan tegap. Bekas askar agaknya. Mereka seperti aku. Asing dan aneh. Berbaju putih. Aku melontar senyuman tanda hormat. Mereka mengangguk.

Order kami sampai. Roti kosong aku rasa seperti pizza. Lazat. Lagi 5minit sepak mula. Pemain ditengah padang. Aku kekenyangan. Crowd semakin ramai. Menggila. Macha jaga kaunter tersenyum lebar. Macha ambik order semakin lincah. Macha buat air semakin pantas. Macha tebar roti berpeluh kencang. Syialll. Roti canai pak cik table sebelah sampai.

“ ane kasi kari semalam arr” pak cik berkumis menyusun kata dalam kebisingan.

“itu kari semalam punya la bos” ane ambik order berkata sambil kepalanya menari kekiri dan kekanan. Senyum kambing.

“bagi aku megi goreng!!” roti canai ditolak pak cik berkumis ketepi.

Aku berdebar-debar. Kari dalam usus aku meronta-ronta ingin keluar. Peluh jantan membasahi kulit gebu aku. Dada aku sesak. Usus aku menggelegak. Lubang dubur aku kembang kempis. Syialll.

“balik jom.aku nak berak r”

Prittttttt!!!!! Pengadil meniup wisel tanda sepak mula.

Sunday, April 5, 2009

OI! OI! OI!

malam tadi balik dari kedai aku nampak segroup manusia yang menarik perhatian aku.SKINHEAD BEB!!golongan pelapis.baju fred perry,kasut doc.mart,brace,jaket kulit sume.depa dok lpk depan cc.buat haruk sambil men simbah2 air kat lopak yang baru lps ujan tadi.budak2 tu aku agak dalam form3 kot.perasaan aku bercampur baur.ntah la.malu ade kagum pun ade.herm....
oi! oi! oi!

Saturday, April 4, 2009

IPOD NANO KU DIAMBIL ORANG


Sedang asyik aku melayan lagu-lagu dari kumpulan rock kapak May yang memekik dari ipod nano aku tiba-tiba aku teringatkan nenek. Petang itu tak tahu kenapa aku teringin sangat nak makan buah rambutan dari pokok yang rendang di depan rumah nenek aku. Kemanisan buahnya membuatkan air liur tiba-tiba bergenang dikelopak bibir aku. Lantas aku menyeka air liur yang mula membanjiri tebing mulutku.
“ ni tak boleh jadi” getus hati suciku.
Lantas aku gapai t-shirt hitam yang tersangkut dikepala katil itu. Masam. Tak pe. Lagipun kejap lagi aku nak panjat pokok. Tak ensem pun tak pe. Ipod putih ber’headphone’ hitam itu masih lagi setia memeluk telinga aku dan menghiburkan hati aku. Yang ni mana boleh tinggal. Ni la satu-satunya girlfriend aku yang setia dan paling istimewa. Aku tak kan mampu hidup tanpanya. Dia special sangat-sangat. Aku sayang kamu baby. Nama ipod aku baby.
Dari kejauhan aku dah nampak kelibat nenek yang sedang membakar sampah. Rokok daun terselit dicelah bibir merahnya. Dah memang rutin nenek petang-petang begini kalau tak kekebun kecilnya dia akan pastikan tak ada sehelai daun kering pun dihalaman rumahnya. Aku terus kepokok rendang itu sambil mengukir sebuah senyuman untuk wanita yang cekal itu. Aku memanjat kedahan yang paling berkilau kemerahan. Jari jemari aku laju memetik beberapa tangkai buah yang mengiurkan.
“dah cukup ni, kang terberak plak aku makan banyak-banyak” hati aku berbisik.
Aku melompat turun dari dahan itu.(ed-don’t try this at home) Aku terus ketangga kuning didepan rumah nenek. Aku makan buah rambutan itu dengan nenek sambil berbicara tentang keluarga dan isu semasa kampung aku. Ala borak anak beranak. Petang tu best sangat. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai rambut hitam aku. Terasa hensem. Macam dalam cerita Baywatch. Sedar-sedar petang mula mengundur diri dan senja mula menunjukkan rupa. Aku meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang macam biasa la cucu mithali kena salam cium tangan nenek.
Lepas mandi dan solat maghrib berjemaah aku join bapak aku tengok berita terkini TV3. Ada cerita pasal Najib angkat sumpah. Tapi aku tak berminat. Aku nak tengok pengacara dia je. Azwaliza Azman. Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang teramat penting. Penting gile dalam hidup aku. Macam mana boleh lupa. FUCK. Kata-kata kesat itu tiba-tiba terpacul dari bibir aku. Mata bapa aku melirik tajam. Aku tersengih kambing. Hati aku bergelora. Ipod aku!!! Tertinggal kat rumah nenek.
Aku berlari laju kerumah nenek. Sangat laju walaupun bukan kerana dikejar atau mengejar. Dikejauhan aku nampak orang ramai berkumpul didepan tangga kuning itu. Ramai. Bising. Hati aku mula gelisah. Air jernih mula bergenang dikelopak mata aku. Motosikal sepupuku yang tinggal bersama nenek dicuri maghrib tadi. Ipod aku!!! Aku letak atas motor tu semasa berborak dengan nenek tadi. Jiwa kacau. Aku menjerit. Kuat. Tapi entah mengapa suara aku seperti terlekat dikerongkong. Tiba-tiba semuanya gelap.
Gelap pekat. Aku menoleh ketepi. Aku lihat rakan aku sedang enak dibuai mimpi. Ahhh shit mimpi rupanya. Aku lega. Ipod aku tak hilang. Tanpa aku sedar sebuah senyuman terukir dibibir aku. Nasib baik mimpi je. Aku meraba-raba dalam kepekatan malam mencari ipod nano kesayangan aku. Tak ada.
“ish mangkuk mana pulak pimjam tak bagitau ni” aku mengomel dalam gelap.
Zass. Aku teringat sesuatu. Sangat penting. Jeng jeng jeng. Aku mana ade ipod. DVD player ade la. Tu pun bapak aku punye. Cis mimpi ini permainkan hati suci aku. Tapi ada sesuatu yang penting. Aku akan memiliki ipod suatu hari nanti. Dialam realiti.
Mimpi…

SAYA BENCI TENGOK TV

aku tengah tgk tv semasa menulis lembaran kali ini.jari jemari aku rasa terpanggil untuk menekan papan kekunci bagi meluah kan apa yang terbuku dihati suci aku selama ni.

pilihan raya

hati aku meronta setiap kali melihat lakonan ahli politik dikaca tv.time ni lah ko nak tampal atap bocor rumah orang,time ni lah ko nak korek longkang tersumbat rumah orang,time ni lah ko nak arghhh fuck.hipokrit.plastik.

aku benci tengok tv time pilihan raya!

Thursday, April 2, 2009

DARI MULUT AZAD JAMALUDIN

Sebuah kisah rumit dan penuh kekeliruan,kisah yang penuh dengan lakonan drama penipuan,kebenaran sukar dibuktikan kesahihannya..manusia pemegang watak utama,watak yang sering terleka dan mudah alpha, tugas sebagai khalifah disalah guna..limpahan nikmat tidak pernah cukup untuk keperluan sehari..akal yang diberi,mengapa nafsu yang menguasai diri..dimana iman kamu si khalifah pemakmur bumi?..pentas ini bukan kekal,perlukah menunggu ianya runtuh baru engkau ingin sedar..yang manis itu racun,yang pahit itu penawar,tada jalan singkat dalam kehidupan,,kesenangan tanpa usah tidak kekal lama,takdir bukan alasan untuk berubah..kita manusia berakal,islam yang diberi harus kita hayati,sunnah dan suruhan harus kita ikuti,petunjuk jika dipinta,pasti akan diberi,sabar dan istiqamah tanamkan dihati,,sama-samalah kita hayati si khalifah pentadbir bumi..

p/s - idola ku dalam penulisan

APRIL FOOL 2

naemah : (muka serius) yah baju buah dada ko kene curi!!tadi aku nampak ade orang bawak lari!

gayah    : wei ko biar betik???baju buah dada aku da la mahal!!cap LV tu doe!!

naemah : apri l fool!!!hahaa aku tipu je.kan da kene april fool ngan aku.padan muke ko hahaah 

gayah    : april fool kat ko balik!!!hahah aku tipu je caye kat ko tadi.aku mana ade baju buah dada cap LV.aku punye sume cap buah cherry hahah

naemah : aku yang kene r ni??camtu pon bley ke????

APRIL FOOL

naemah : hye bi.happy april fool!!!

chombi  : asal ko ni tb2 je?

naemah : arini kan 1 april...

chombi  : so what ketupat

naemah : so arini kite kene sambut april fool la dungu..

cnombi  : salah tu..ko kene tipu aku dulu baru bleh cakap april fool.bodoh tol ko ni..

naemah : so aku kene tipu ko dulu r ni eyk??

chombi : tak leh da..sebab aku da tau ko nak tipu aku..

naemah : oooo....mana aku tau.aku tengok orang cakap aku ikut r..


 

Wednesday, April 1, 2009

PRK BUKIT SELAMBAU

pilihan raya kecil bukit selambau mencipta sejarah dalam politik negara apabila 15 calon bertanding.1BN, 1PR dan 13bebas.

PR kata : bagus la ramai da berani bersuara...

BN kata : ni menunjuk kan ada yang xkena dalam pemerintahan PR..

aku kata : mereka gila kuasa hahahah