Wednesday, September 30, 2009

WHAT WRONG WITH ME?

semalam eksiden...
arini eksiden lagi...
wut wrong with me?
*sigh*


the padangs - what wrong with you?

Monday, September 28, 2009

ANTARA 33 KEPING HATI KAU MEMILIH AKU

malam tadi gua bertolak dari kampung halaman ke shah alam. gua naik bas cap perdana. hentah pape tah gua pun tak pernah dengar nama bas tu. dalam tiket tulis gerak 9p.m. tapi disebabkan syarikat tersebut dimiliki oleh melayu maka 9.30p.m. bas baru sampai. tak pe boleh dimaafkan. tempat duduk gua bernombor 10B. dalam hati gua mengharapkan dapat duduk sebelah awek. nanti boleh la gua menumpangkan bahu gua yang empuk dan selesa ni.

naik bas gua mencarut sepam dua dalam ati. cilakak! ade ke patut seat belakang sekali. dah la tinggi dari orang lain. kalu nak tengok wayang tak pe gak. faking syet tol!! sebelah gua lelaki yang amat gua kenali. da beli tiket sekali mesti la member gua dok tepi. gua kecewa lagi. dang!!!

gua tido tak lena. seat tinggi sangat. kaki gua lenguh-lenguh. tido kejap gua terjaga. tido kejap gua terjaga.

**********************************************************

skip

**********************************************************

4a.m sampai bentong. gua baru nak lena. ada brader suluh muka gua. mintak ic. gua bagi ic. dia kejut member gua. mintak ic gak. brader tu ajak gua ngan member gua turun. ati gua berdebar-debar. dari jauh gua dah nampak botol berderet-deret atas meja lipat. sah kena urine test!!! gua ngan member gua wat rilek isap okok kat tepi sambil tunggu giliran. pung pang pung pang. gua dengar dorang cakap botol abes. lega. tapi akak tu nak wat jugak. kiwak tol!!

"kak saya kencing dalam mulut akak bley??!!", gua cakap dalam ati.

gua dapat botol lain dari orang lain. gua dapat yang dah siap ada alat ukur. rasa riak kejap. macam vip. giliran sampai adik gua tak nak nangis plak. syial!! gua paksa jugak. gua bayangkan yang best-best. dah keluar melebih-lebih plak.

"bang botol lagi lima!!!", jerit gua dalam ati.

sambil tunggu keputusan test jantung gua berdebar-debar cam tunggu nak bukak puasa. dup dap dup dap. mana la tau barua ni nak sabotaj gua taruk dadah dalam air kencing gua. brader tu senyum kat gua. hulur ic. gua sambut dengan senyuman dan tangan terbuka macam rumah terbuka isteri rosmah. gua ngan member gua blah. pak cik drebar bas maki-maki polis tu. wat lambat orang. naik bas semua mata memandang. gua jalan dengan penuh ensem. rasa macam ada angin yang membelai rambut gua sambil sweater yang gua pakai berkibar-kibar. macam baywatch.

yang gua tak puas ati asal ramai-ramai manusia dalam bas tu gua ngan member gua yang dia pilih. nak kata gua selekeh, ensem bergaya je gua pakai malam tadi. nasib baik dorang bagi layanan A. gua siap bergurau senda lagi ngan brader tu. kalau tak mesti gua akhiri entri ni dengan ALL POLIS ARE BLADISYET!!!!!


tak tau nape gua rasa nak taruk gambar pisang *sigh*

nota kaki : setiap satu bas dorang amik 2 orang untuk urine test. haram jaddah!!!!

Friday, September 25, 2009

ENTRI PERTAMA SEMPENA RAYA

da dekat 2 minggu gua tak hapdate belog nih. nak kata bizi beraya tak jugak sebab gua beraya dengan selebriti astro. dengan selebriti media prima. kalu member gua tak datang ajak melepak satu ari la gua beraya ngan artis. disebabkan gua balik kampung jadi secara otomatiknya kerja-kerja penghapdetan belog menjadi sangat perlahan atau tak ada langsung. bukan sebab perut sebu kena sumbat dengan biskut raya, wajik dan dodol jangan dilupa tinggalan nenek zaman berzaman tapi sebab umah gua mana ada intenet. sterika ada la. sempena raya ni gua sajikan uols dengan papan tanda baru belog gua. amacam ada rasa gelora jiwa uols??? kalu tak jiwa mesti nafsu bergelora. kiwak raya-raya pun mau stim ke!!! da la gua nak gi makan wajik dan dodol jangan dilupa tinggalan nenek zaman berzaman pulak. selamat ari jumaat. da la tak dapat duit raya. faking syet tol!!!

Saturday, September 19, 2009

ENTRI HARI RAYA

gua bukak belog orang tu ada entri selamat hari raya. bukak belog orang ni ada entri selamat hari raya. giler tak cool kalu gua tak tulis entri selamat hari raya. di sebabkan nak mengikut trend, gua pun nak tulis gak la. dikesempatan ni gua ingin mengucapkan selamat ari raya kepada saudara serta saudari setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini. tanpa kusedari air mataku mengalir. oooo balik kampung. selamat ari sabtu...


nota kaki : sapa punya kad raya ntah..

Tuesday, September 15, 2009

MAAFKAN KU SEANDAINYA AKU MELUKAI MU

sejak beberapa hari ni teman-teman gua bersikap dingin ngan gua. ntah la mugkin silap gua atau mereka yang terlalu sensitip. cilakak!!! luar rock kangkang tapi dalam hati ada taman. macam faking syet. tak tau la sama ada gua dah melampaui batas-batas dalam persahabatan atau tidak. selama ni gua berkawan dengan hati yang tulus iklas maaf zahir batin. tak pernah terdetik dalam hati suci gua yang gua akan mengkhianati teman-teman sendiri. apa jaddah nye nak tikam belakang member.

sebenarnya benda ni da lama berlaku. kalu nak diingat-ingat beberapa hari sebelum puasa lagi. tapi gua tak sure waktu tepat kejadian tersebut. time tu dorang tak de nak tacing-tacing. rilek lagi sambil bahan-bahan gua. tapi makin lama makin tegang. dan gua rasa kemuncak ketegangang isu ni adalah hari ni. klimaknya adalah hari ni(klimak bukan orgasm). panasssss. tadi gua nak tido pun gua ada terdengar dorang nak lauk gua malam ni. nasib baik time tu gua tak tido lagi. gua pasang telinga r. faking syet tol!!! tak puas ati cakap r dol. syial!!!

malam tadi pun gua ada perasan gak reaksi tak puas ati dorang kat gua. time tu gua baru balik dari rumah member gua. disebabkan gua ni jenis yang hepi go laki so gua nyanyi-nyanyi la time masuk rumah tu. gua nyanyi lagu raya. balik kampung dari sudirman. baru ikut trend skang. tak sempat chorous dorang sound gua suh diam. syial!!! tak puas hati tol gua. takkan la sebab tu nak dendam gua sampai skang. time gua ajak beli tiket balik raya aritu semua taknak. awal la malas la. degil. macam faking je. pastu jeles ngan gua. kalau tak, boleh balik kampung sama-sama ngan gua esok. padan muke hang!!! duduk la sini lama-lama. orang dok makan ketupat baru hang sampai rumah. fakkkk offf!!!!

Monday, September 14, 2009

KOSONG DAN GELAP, SEPI AKU SENDIRI

gua tau senyum gua tak seghairah dorang. mata gua pun tak seayu dorang. tapi tak seharus nya gua di perlaku sebegini rupa. gua banyak berkorban untuk semalam, hari ini dan esok. banyak keringat yang gua curahkan. banyak wang ringgit yang gua laburkan. kadang-kadang gua terfikir, tak mengapa susah sedikit asalkan pengorbanan yang gua lakukan bakal menggembirakan hati orang lain. tak perlu ramai, sorang dah cukup.

pagi tadi...

tau tak pagi tadi betapa besar nya pengobanan gua. bermula dari bangun tido. tak tau cilaka mana taruk gam cap gajah kat mata gua sampai tak boleh bukak. sedang teman-teman gua yang lain diselimuti bayu pagi yang menghembus syahdu dan lena diulit intan gua menggagahkan diri kebilik air dengan mata tertutup. air paip mbsa menggigit ubun-ubun gua. terasa ngilu dan pilu. setelah mengenakan pakaian sehensem mungkin gua bergegas ke parking skuter besi gua. nasib baik pagi ni tak buat hal. selamat. dalam perjalan itu enjin skuter besi gua membakar not-not biru, hijau dan merah sebagai balasan kepada khidmadnya.

sesampai dilokasi kejadian gua kaget. gua buntu. lidah gua kelu. hati gua sayu.

"halo!! ada mana? mana semua orang?"

"arini tak de kelas r bro, tak de orang inform ke?"

"cilakak!!!!"

tak de sekor pun mesej gua cakap tak de kelas. cilakak!!! 8.30a.m tuuuu. ingat senang-senang ke gua boleh bangun. seribu pengorbana dol!!! macam faking je!!!

Saturday, September 12, 2009

PERHATIAN!!! MINTAK PANDANGAN!!!

kalu jumpa orang tua perangai cam faking syet nak buat apa???

a. maki hamun "babi ko anak aram!!!"

b. tunduk hormat sambil lontarkan senyuman paksa.

c. tunjuk jari tengah sambil cakap "fakkkk yuuu!!!"

d. ajak sparring.

e. belanja kopi sambil isap shisha.

f. sula dengan kayu hoki kerel.

Thursday, September 10, 2009

DESTINASI TERAKHIR

atas paksaan member-member tadi gua gagahkan tulang pat kerat gua menonton final destination. gila hape tengok wayang ngan batang. kalu ngan gadis takpe gak. syok r tengok cite camtu. boleh gua tumpangkan bahu disaat si dia menjerit ketakutan. ohhh i luv gadis. tapi apakan daya gua hanya layak hidup sendiri tanpa yang tersayang. mula-mula gua menunjukkan keengganan. tapi selepas dihambur beberapa baris ayat yang menusuk jiwa, gua akur. gua pasrah.

movie pukul 11.30p.m. kitorang sampai ngam-ngam sui. cilakak!!! tak sempat tengok iklan. gua dapat port tepi tangga yang tak berapa nak ketengah. sebelum gerak lagi gua dah mengimpikan sebelah gua adalah seorang gadis yang cantik mulus, bermata sepet, bibir kaler pink, rambut paras bahu dan berkulit gebu cam gua. tapi tak kesampaian. sebelah kanan gua jantan. depan gua sepasang kapel. kejap-kejap nak menyendeng. dorang makan popcorn gua makan hati. dorang minum coke gua minum air mata. cilakak!!! serta-merta hati gua terasa ngilu.

cerita start. gua tarik zip hooded. gua buang hati. gua buang air mata.

****

****

****

****

****

****

****

****

kimak tol dari start sambil abes gua nak kena dengar lu cerita hape kes!!! nak cite masuk melodi r john. lu review puas-puas. hilang saspen gua. macam faking je. bladifullllll!!!!!

Monday, September 7, 2009

SHORT STORIES WITH TRAGIC ENDING

pukul 6.30 petang adi siap-siap nak ke bazar ramadhan. adi sarung jeans levis lusuh ngan tshirt f.o.s raya taun lepas. adi spray perfume sikit kasi hilang bau hapak baju tak basuh. capai kunci ngan helmet. adi turun tangga menuju ke kenderaan pacuan dua roda nya. adi nampak kapel bergurau senda kat parking. adi buat-buat tak nampak. adi start kenderaan pacuan dua roda. pecut terus kebazar.

sampai bazar adi parking kenderaan pacuan dua roda. ada orang datang parking sebelah adi. kapel. adi sebak. adi jalan usha-usha kuih. usha-usha air. usha-usha nasik. adi tak nampak kuih. adi tak nampak air. adi tak nampak nasik. adi nampak semua orang berpasangan. adi nampak semua orang berpegangan tangan. semua orang tersenyum. semua orang bahagia. tapi adi sorang-sorang. adi sedih. adi tak bahagia. kelopak mata air mula bertakung manik-manik putih. hati adi yang selama ni retak mula terasa terkopek. adi dongak ke langit tak nak kasi manik-manik putih itu melimpah. ada nampak burung-burung terbang. berkicau. ada dua. nampak bahagia. adi sebak. adi teresak. adi balik. berbuka petang tu adi minum sebungkus air mata dan makan sekeping hati.

Sunday, September 6, 2009

Thursday, September 3, 2009

BAZAR RAMADHAN

tak tau la asal semenjak dua menjak gua malas sangat nak menaip. tak cukup nikotina kot. letihhhh. dahaga lenchikang. hari tu gua gi bazar ramadhan kat seksyen 7. yela standard la orang puasa cam gua gi bazar waktu petang di bulan ramadhan. bukan tengahari. nasi plastik hitam. gua pun segera la dapatkan awek tercinta takut terlambat. gua pecut sesedap rasa. selamba je gua tapau 2 3 bijik keta time kat traffic light. sampai bazar gua carik port baiknye nak parking awek gua.



gua memulakan langkah depan gerai jual air tebu. berair jap mulut gua. gua ajak member gua pusing-pusing dulu baru beli. biasa la kita sebagai pembeli harus membuat pilihan yang tepat. baru la hidup aman senantiasa. awek ramai. tergoda sat. kurus pahala puasa. pusing-pusing gua nampak nasi tomato ayam percik. rasa stim plak. selamba gua keluar wallet bayar macam tak de pape. lepas tu gua terus bergerak laju carik air yang gua dambakan sepanjang ramadhan. lenchikang. rasa cam nak mandi je ngan air lenchikang tu kat situ. baru cam baywatch. ada lagi baki 2hengget menyemak dalam wallet gua. nak buang takut orang cakap pe plak. gua beli kuih.





dah habis beli semua juadah yang membangkitkan nafsu serakah gua, gua jalan-jalan tengok kuih sat.

"emmm best gak kuih kat sini, besar-besar..", hati gua cakap kat gua.

jalan punya jalan gua hampir sampai ke penghujung perjalanan. bijik mata gua tiba-tiba membesar. darah keluar membuak-buak dari hidung gua. cilakak!!! gila hape pakai baju nak gi klabing datang bazar. tak pasal-pasal gua nampak nasi lemak free. karipap tol!!!!