Saturday, January 28, 2012

REVIEW: KASINO



Ok novel Fixi lagi. Jangan jemu jangan segan kerana 7 lagi entri akan datang juga gua akan review novel Fixi. Pada bab pertama gua sudah melebelkan novel ini sebagai slot Samarinda TV3 versi buku. Jalan cerita yang berkisarkan wang, pangkat, golf, rasuah, seks dan ya semua elemen yang selalunya ada pada orang-orang kaya. Novel yang menceritakan kisah hidup Dato Narcissus sebagai seorang usahawan Bumiputera yang berpengaruh. Mempunyai pakej yang lengkap; wang, rupa dan kote(?). Kisah bermula apabila beliau terpaksa melangsaikan hutang RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada kerajaan negeri, yang akhirnya membawa beliau ke Kasino. Ada 1 persoalan yang gua rasa gagal di jawab dengan sempurna. Pegangan agamanya. Hubungan beliau dengan Mageedah juga sedikit tergantung. Apa-apa pun masih lagi worth-to-read bagi gua. Oh ya, selesai menghabiskan muka surat terakhir novel ini membuatkan gua mahu menonton porno. Serius.

Next!

Thursday, January 26, 2012

HEAVEN IN HER ARMS LIVE IN MALAYSIA



Flyer sudah keluar. Jaga-jaga!

REVIEW: PECAH



Novel Fixi kedua yang gua nodai. Secara jujur gua tak berapa gemar novel aksi dan thriller. Namun novel ini berjaya manarik perhatian gua untuk menanti penghujungnya. Ada cinta, nafsu, skandal, strategi, dendam dan banyak elemen lagi. Bermain dengan masa. Terkadang ke masa lampau dan terkadang ke waktu semasa. Jenayah rompakan yang sangat terancang. Modus operandi yang samar-samar dimata penguasa. Penamat yang tidak disangka-sangka. Walaupun agak tergantung sedikit, namun agak menarik gua kira. Berselang-selikan dengan adegan seks terlampau, novel ini agak hollywood di mata gua. Membuktikan perompak Malaysia setaraf dengan perompak antarabangsa. Dan polis, kekal polis Malaysia. Kah kah kah. Gua tunggu filem yang bakal diterbitkan. Semoga sehebat novelnya.

Tuesday, January 24, 2012

NEGERI 5 MENARA THE MOVIE



Coming soon! Tapi di Indonesia lah. Malaysia tak tahu bila masuk. Atau seperti biasa tunggu sahaja muat turun percuma. Buat mereka yang belum membaca novelnya, baca dulu baru tonton. Ayuh nonton ke Bandung yuk!

REVIEW: KOUGAR



Kesemua RM200 voucher buku gua dihabiskan untuk 10 buku keluaran Fixi. Buku ini yang pertama dibaca daripada 10 judulnya. Kisah hidup seorang wanita (MILF)terlampau yang bernama Kisha. Jalan cerita yang agak menyampah dan membosankan (maaf). Dengan umur yang selayaknya di gelar andartu Kisha masih mencari cinta. Digambarkan sebagai wanita yang kenal tikar sembahyang, namun gaya hidup agak sosial gua kira. Orang yang dicintainya meninggalkan dia kerana seorang lelaki. Kembali selepas beberapa tahun. Namun meninggalkannya buat kali kedua kerana seorang lelaki yang lain pula. Entah lah, buku ini mungkin menarik bagi orang lain, namun tidak untuk gua. Semoga 9 buah judul lagi yang bakal gua baca lebih baik daripada judul ini. Gua mohon, jangan bazirkan voucher sumbangan Rosmah kepada gua.