Monday, December 20, 2010

GADIS-GADIS KOTA RIYADH


jejaka malaysia yang sedang menikmati gadis-gadis kota riyadh.

novel dari penulis riyadh, rajaa alsanea. cerita ini pada awalnya dikirim setiap minggu oleh penulis melalui email diyahoogroup dan kemudian dibukukan. asalnya diterbit dalam bahasa arab pada 2005 namun ia diharamkan di arab saudi kerana menimbulkan kontroversi dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

novel ini mengisarkan perjalanan hidup 4 orang kawan baik dari kelas atasan di riyadh iaitu sadeem, lamees, gamrah dan michelle. setiap orang mempunyai cerita sendiri tentang hidup dan cinta. walaupun mereka terikat dengan tradisi dan adat resam disana, namun itu tidak menghalang mereka dari meneruskan apa yang diinginkan.

baca sendiri kalau teringin nak tahu kenapa novel ni diharamkan di arab saudi. tak kan gua nak cerita semua. faking hell!

Sunday, December 12, 2010

KAMI BUKAN PERABA

jadi hantu ni kadang-kadang memenatkan juga. semua kepala hantu. ada hantu tua. pangkat nenek. ada hantu muda. pangkat dara sunti. kecur juga air liur. macam satu keluarga hantu. kalau tak terbongkang atas lantai ramai-ramai pekena poker 2 3 prem. pekena juga permainan tradisional bila kepala masuk air. sembang-sembang. gelak ramai-ramai. tapi kerja tetap kerja.

selamat datang ke scream park.

kami hantu, bukan peraba.

"jangan sentuh hantu, hantu tak akan sentuh kamu" - Dominic

Tuesday, December 7, 2010

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

hampir saja gua tak kenal dia malam tadi. dia betul-betul dah berubah. berubah menjadi orang yang lain pada pandangan pertama gua. namun begitu ini harus gua akui, dia lebih mengancam dan mantap dengan penampilan baru ini. kecur juga air liur gua menatap lekuk-lekuk badan dia. orgasm sekejap dibuatnya.

tetapi gua tahu, bagaimana sekalipun penampilannya dia tetap dia. gua sudah lama kenal dia. dia tak akan pernah berubah. ya maksud gua dalaman dia. biar telanjang sekalipun dia, dia adalah dia, bukan kau ataupun kau. bahagian itu gua respek dengannya. dan kerana itu juga gua senang berkawan dengan dia sampai sekarang.

berbalik kepada penampilan barunya yang mengancam itu, hampir saja berlaku pertumpahan darah malam tadi. kerana dia. dia bergaun singkat malam tadi. masih setia dengan merah iaitu warna kegemarannya. cuma kali ini merahnya lebih garang. hot. gua pelawa dia kerumah.

baju kamu cantik. puji gua sambil membelai-belai lembut baju barunya. perlahan-lahan jemari mulus gua melucutkan pakaiannya dari atas. sesekali matanya tertutup menahan nafsu serakah. bibir gua dan bibirnya bertaut. ahhhh.

ternyata rasanya masih tetap unggul walaupun berkotak baru. terima kasih winston. kerana dirimu begitu berharga.

Saturday, December 4, 2010

LELAKI MISTERI

"hidup ini kena ada anjakan paradigma"

ringkas dan padat motto hidup gua sesuai dengan tuntutan sebagai seorang warga satu malaysia. sebagai seorang jejaka yang gemarkan cabaran, gua sentiasa meneroka sesuatu yang baru dan mempunyai kelainanan.

hidup gua sekarang boleh diklasifikasikan sebagai agak sibuk. terma sibuk ni hanya gua gunakan apabila gua tidak berkesempatan untuk melawat laman sosial. ya dan sekarang perkara tersebut berlaku lagi.

gua sekarang sibuk bekerja disalah sebuah pusat keriangan terkemuka di negara satu malaysia. tugas gua menuntut gua untuk berkelakuan bengis dan sasa. manakala tugas sampingan adalah seni bermain kad. ok mengusha gadis koboi berskirt merah pendek sehingga menampakkan paha yang putih mulus juga merupakan tugas gua.


disebabkan gambar gua terlalu 25SG maka gua taruk gambar member gua je. dia ni kira anak buah gua.


dah cukup ilmu datang cari gua dekat sini.

nota kaki : gambar gadis koboi tidak dapat disiarkan kerana boleh membangkitkan nafsu syahwat pembaca.

Thursday, December 2, 2010

Tuesday, November 30, 2010

MASIH ADA YANG SAYANG

2 hari gua terlantar tenat kat dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. tidur, bangun dan tidur lagi. gua rasa ini demam paling teruk sepanjang 23 tahun gua hidup di dunia. sempat juga gua berkira-kira kalau ini bukannya demam, tapi sakit kronik yang memberi gua tempoh selama sebulan sahaja lagi untuk menghirup udara segar. sepanjang 2 hari ini juga gua tak pekena nasi melainkan sekeping roti yang gua makan sebelum pekena panadol. kemuncak penderitaan gua pada malam hari ke 2 apabila muntah air 100 plus yang gua hadap sepanjang 2 hari tersebut. energi gua 0% waktu itu.

sepanjang penderitaan ini rupa-rupanya masih ada lagi rakan-rakan yang mengambil berat dan bertanya jika gua perlukan pertolongan atau apa-apa. bangga dan terharu menyelubungi gua dari balik selimut.

Tuesday, November 23, 2010

DAN LANGIT JUGA MENANGIS SEPERTI AKU

gua bangun awal pagi. ya pagi. pukul 11.30 pagi. masih pagi. rutin waktu pagi menuntut gua menyalakan sebatang nikotina sebelum berbuat apa-apa. memandangkan tidak mempunyai apa-apa program atau temu janji, gua tetapkan dalam diri gua untuk ke meru menemui seorang pomen tua yang masih segak bergaya. bukan ada sesi perpomeman sepemergian gua kesana. cuma sekadar bertanya khabar dan menghiburkan hati gua yang sunyi.

selesai berdandan dan mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat yang bakal gua lawati, gua memacu jentera gua dengan mantap sekali. gua memecut dijalan raya sesuai dengan tuntutan gua sebagai seorang remaja yang tidak gemar membuang masa.

ketika membelok ke sebuah simpang, dua buah lori yang berkapasiti besar mengenyit cahaya dari mata lampunya kepada gua beberapa kali. ternyata kira-kira 100 meter dihadapan berlangsung sebuah sekatan jalan raya. dalam hati gua berterima kasih kepada sang lori. ternyata masih ada yang sayang. gua mengambil keputusan untuk patah balik dan menggunakan jalan alternatif yang lain. bukan kerana gua seorang pesalah jalan raya, cuma kerana gua tidak suka berhadapan dengan rasuah.

langit yang agak mendung, mencurahkan isinya dengan tiba-tiba. lebat. selebat tangisan hati gua. gua berhenti disebuah stesen minyak untuk berteduh. 5 minit kemudian langit berhenti menangis. gua teruskan perjalanan. ternyata langit masih lagi bersedih. memaksa gua untuk berhenti di stesen minyak seterusnya.

gua berhenti dengan mantap diantara 2 buah pam minyak. dengan sayu gua memandang titis-titis air mata langit yang gugur. mungkin dia juga tidak bahagia dan sedih seperti gua, getus hati kecil gua. air mata gua hampir gugur memikirkan hidup kami yang sentiasa sedih dan tidak bahagia. hati gua terasa ngilu. perlahan-lahan gua sua sebatang nikotina ke bibir. gua bakar hujungnya dengan mantap.

"dilarang merokok di stesen minyak!", kedengaran satu suara yang gua pasti bukan dari langit tapi dari sebuah pembesar suara.

Monday, November 22, 2010

PERGI

jantung gua berdegup kencang. tubuh terasa longlai. lutut bergemertak. gua nekad. apa nak jadi pun jadi lah. gua dah tak sanggup tunggu lagi. biarlah masyarakat nak pandang serong. yang penting gua tau apa yang gua buat. ok gua pergi sekarang.

beli burger.

cilaka!

hampir kebulur gua dibuatnya!

Monday, November 15, 2010

PERUTUSAN HARI RAYA

dengan ini saya menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

salam iduladha dari saya dan isteri.

Tuesday, November 9, 2010

543 HARI TANPA CINTA

zasss!

lengan gua yang sasa menghayun berus dengan mantap diatas baju putih itu. buih-buih halus dari sabun berjenama daia memutih bak salju diatas lantai jamban yang bebas dari lumut dan kotoran. gua ulang berkali-kali keatas hampir 10 helai baju yang berkaler lembut.

isi almari berjenama ikea gua semakin susut. hampir sebulan skill membasuh baju gua tak diasah. sepatutnya gua asah skill 2 minggu sekali. disebabkan 2 minggu lepas gua agak sibuk menguruskan hal-hal berkenaan kehidupan maka dengan bergayanya gua hantar dobi. nasib baik tengahari tadi skill gua masih mantap lagi.

***

selesai berfesbuk barang seprem dua, gua dengan pantas menekan papan kekunci henset yang berjenama agak bagus gua.

makan jom!

sebuah sistem pesanan ringkas yang padat dan tegas dihantar kepada seorang lelaki. (nota : lelaki.bermakna...) selesai makan malam yang tak seberapa yang berupa siakap 3 rasa, tom yam campur, kailan ikan masin dan air tembikai laici gua tewas disebuah kerusi dengan bibir terselit sebatang nikotina. memandangkan malam masih muda dan memenuhi kehendak gua sebagai seorang lelaki muda yang dahagakan hiburan, gua usulkan pendapat untuk bersuka ria dipusat nyanyian.

ternyata suara gua masih evergreen.

***

selepas sesi membasahkan tekak selesai berlibur gua pulang kerumah bagi menunaikan kewajiban gua sebagai seorang pengguna laman sosial yang tetap. celaka! air tembikai laici pula meronta-ronta dari dalam pundi kencing meminta untuk dimerdekakan. gua menuju ke bilik air dengan langkah yang mampan. mata gua melirik ke suatu sudut.

hampir 10 helai baju berkaler lembut dari dalam baldi seolah-olah memandang gua dengan pandangan yang sayu, meminta agar disidaikan.celaka!

Friday, November 5, 2010

SANG PEMIMPI

dah dekat setahun sang pemimpi versi filem keluar, baru hari ni gua berkesempatan tengok. cilake! tak true langsung. jalan cerita mesti dah tahu kalau sape-sape pernah pekena tetralogi laskar pelangi. cerita memang A campur. versi filem pun tak memalukan andrea hirata. tangkap juga ulu hati kalau menonton berseorangan di bilik gelap.

penampilan ariel peterporn sebagai arai versi dewasa juga tak mengewakan. tak sangka pengalaman berlakon dengan luna maya berguna juga. tak sia-sia luna maya ajar.

gua malas nak review panjang-panjang. satu saja pesan gua, siapa tak pekena sang pemimpi memang tak layak tinggal dekat negara bik mama. haktuih!



"bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"

Tuesday, November 2, 2010

UNTITLE

tubuhku boleh menjadi debu,
tapi aku akan tetap hidup.

Monday, October 18, 2010

KAU

datang kau tak diundang,
perangai kau macam setan,
rengek kau macam gampang,
rajuk kau macam anak haram,
kau,
nyah kau sekarang,
anjing!

Friday, October 8, 2010

LAGENDA ROSLAN CONGEK EP.1

dummmm!

roslan menendang kencang pintu bilik air. dua engsel pintu tercabut dan sarang anai-anai tampak berguguran dari celah dinding bilik air seperti salji pada malam krismas. mak piah yang sedang menggoreng ikan melatah perkataan baik-baik yang ternyata terkejut dengan tindakan roslan.

"mak! lan nak makan nasik!".

roslan menjerit dengan tegas dari dalam bilik air.

roslan. 23 tahun. anak tunggal kepada seorang ibu tunggal yang bernama mak piah. roslan tinggal berdua dengan mak piah selepas ayah nya dilarikan gadis lombok sejak usianya 3 tahun. roslan seorang kutu sepenuh masa. tapi mak piah tak pernah memarahi roslan. roslan anak emas mak piah. roslan mintak gula-gula, mak piah belikan cokelat cadbury yang tengah naik ketika itu. bila dah besar, roslan mintak ex5, mak piah belikan rxjek.

tapi mak piah silap. roslan yang ditatangnya sejak kecil semakin hari semakin hilang kawalan. kecik-kecik dulu roslan pakai seluar kiko, kaki lipat 2 kali. sekarang roslan dah mengenali seluar levis kaki kecik. jika dulu roslan hanya merajuk jika tidak mendapat apa yang diminta, sekarang roslan dah pandai menengking dan menendang pintu sekali sekala. sejak memiliki rxjek, roslan mula berjinak-jinak dengan profesion rempit. berkat ketekunan dan kepailangan roslan, roslan sekarang menjadi ketua kepada sebuah kumpulan yang tidak berdaftar di bawah akta pertubuhan malaysia.

geng tangan hitam.

bersambung...

Thursday, September 30, 2010

LUPA

"fuh bosan juga hari ni".

kata gua dalam hati sambil memuncungkan mulut membakar sebatang sebatang rokok di dapur gas. bentuk-bentuk abstrak seperti bintang, kapal, epal dan susuk wanita keluar tatkala gua menghembus asap rokok. gua on laptop apple gua. sambil menunggu loading, gua berjalan menuju tingkap dengan langkah yang mampan. gua buat bentuk abstrak lagi sambil menikmati pemandangan senja di tepi highway.

baru gua nak login laman sosial fesbuk tiba-tiba usus gua menarik-narik meminta dikosongkan. tanpa membuang masa, gua bergegas ke bilik berak belakang berdekatan dapur. sebelum masuk, gua bukak baju dan kain sarung yang gua pakai semasa solat maghrib lalu sidai di ampaian sebelah bilik berak.

zasss!

gua tarik boxer gua ke paras peha. 2 saat kemudian gua tarik balik boxer gua keatas lalu masuk ke bilik berak sambil mata gua melilau-lilau mengusha line.

cilaka! lupa pula yang gua masih kat luar bilik berak.

Wednesday, September 29, 2010

SURAT CINTA KALER PINK

masuk kali ini dah 4 kali gua dapat nota kecil yang boleh juga di klasifikasikan sebagai surat cinta dari dia. modus operandi nya sama. apabila gua nak keluar pekena teh pagi, akan ada terselit sehelai kertas berwarna merah jambu yang berbau harum bedak follow me pada superbike gua. tetapi anehnya tidak pernah pula terserempak dengan gua.

setiap malam sebelum gua melelapkan mata dan menuju kedunia fantasi gua akan mengukir susuk dia dalam benak fikiran gua. muka bujur sireh, mata galak yang mungkin setiap hari memerhatikan gua dari jauh, bibir mungil kaler pink yang tercoret gincu cap silky girl, pipi berlekuk lesung pipit seperti meminta-minta di kucup, rambut hitam pekat panjang paras bahu, ukuran badan mirip rozita che wan dan tangan yang mulus lagi lembut bak taufu yang mengarang butir-butir perkataan kepada gua. ah! dia memang sudah menggangu ketenteraman hati gua.

***

pagi tadi gua bangun awal dari biasa. siapkan kerja-kerja gua selaku orang penting. gua turun ke tempat parking superbike gua.

"kacak juga moto gua",kata gua dalam hati.

ada satu susuk mundar-mandir dalam keadaan mencurigakan dekat superbike gua. seraya jantung gua terus berdegup 3 kali lebih kencang dari biasa. tangan itu. menyelit sekeping kertas merah jambu yang berbau bedak follow me yang dapat gua hidu dari jauh. gua terpaku dengan mulut gua terkunci rapat. dia pergi sambil melontarkan sebuah senyuman, meninggalkan gua yang masih terpinga-pinga.

"cilakak! selagi mbsa tak hentikan aktiviti saman parking, selagi tu gua tak kan mengundi! faking!".

Thursday, September 23, 2010

GAMBAR LAMA

balik raya itu hari gua selongkar gua punya almari, gua punya bawah katil. mana tau kalau-kalau terjumpa peta harta karun. tup tup gua jumpa satu album gambar lama. gambar gua muda-muda dulu.


time ni gua ada kat belakang tunku.


ni pulak time gua kena khidmad negara kat german.


time ni jeffry din baru kenal pop yeh yeh.

Saturday, September 18, 2010

RAYA DI ERA SIBER

seawal 6.30 pagi lagi gua dah cerah bijik mata. bangun pagi itu tidak sesukar bangun ashur. tidak perlu abah gua kejutkan. tidak perlu mak gua umpan dengan air ho ho horlick. gua capai tuala yang tersidai kemas dipenjuru katil. abah gua kelihatan sedang memotong nasi himpit menjadi kubus-kubus kecil mengikut piawaian saiz yang ditetapkan majlis hari raya. mak gua pula sibuk mengacau kuah kacang yang sedang menggelegak kecil dari atas dapur.

selesai mandi dengan tangkasnya gua mengenakan baju malayu cekak musang kaler hijau daun pisang yang digosok rapi oleh mak gua subuh tadi. gua pekena juga sampin dan songkok tinggi bagi tampak bergaya seperti awie yang tengah naik ketika itu. gua tersenyum puas sambil berbisik kepada diri sendiri "kita ada misi,". gua pekena dulu nasi himpit dengan teh o hasil air tangan mak gua. fuh ternyata masih kick. sebelum semayang raya gua bermaafan dengan abah dan mak gua dulu. cium tangan lama-lama sikit dapat duit raya pertama.

selesai semayang raya gua terus kerumah nenek gua. kutip angpau gambar masjid, ketupat dan kartun yang tengah jadi trend ketika itu dari pakcik makcik gua. duit gua masuk wallet, angpau gua sedekah dekat adik gua. gua mula bergerak dengan tangkas kerumah pak hamid sebelum kanak-kanak lain mendahului gua. basikal handle tinggi gua bergerak lincah dijalan merah. gua tetamu pertama. dapat angpau merah dalam ada singgit gua chow. tanpa melengahkan masa gua kerumah tok penggawa. sebelum dapat angpau gua pekena sate dulu. bukan selalu pekena sate time tu. gua sambung misi gua kerumah kak nik, pak su car, jali rumah kuning, cikgu semail, mek yah, pok nik dan sekitarnya. menjelang zuhur gua balik rest dulu. sambung balik pukul 2.

***

tapi itu cerita 15 tahun lepas. raya tahun ni gua bangun pukul 11.30. terlepas semayang raya lagi macam tahun lepas. lepas mandi gua pekena nasi himpit dengan air berkabonat. sarung baju melayu kaler biru, gua pekena muzika aidilfitri dekat tv.

Thursday, September 2, 2010

APA BENDA YANG MERDEKA?

dua hari lepas. selasa. 31 ogos 2010. merdeka.

...

hari ini. khamis. 2 september 2010. kembali tidak merdeka.

Friday, August 13, 2010

PUASA

gua ingat nak tulis karangan sempena ramadhan. hati gua rasa sebak pula. tak jadi lah.

Wednesday, August 4, 2010

POK LI OH POK LI

kisah cinta pok li bukan kisah cinta agung. kisah cinta pok li adalah kisah cinta sederhana tipikal kisah cinta melayu. walaupun tak sebaldi air mata seperti kisah cinta carekarama tv3 namun cinta pok li sangat suci. cinta pok li cinta abadi.

pertemuan pok li dan maria (bukan nama sebenar) tersangat ringkas. pertemuan singkat di tempat pam tayar petronas itu telah merubah hidup pok li. di tengah hari terik itu terkial-kial seorang gadis montok berlesung pipit yang cuba mengepam tayar belakang sebuah motosikal berjenama modenah yang berwarna biru. peluh jantan betina berjejeran di lekuk lesung pipit dan turut merembes di bawah lengan baju nya. atas dasar simpati dan semangat satu malaysia, pok li dengan gentle nya menghulurkan tangan menawarkan pertolongan. benar lah kata orang dulu-dulu dari mata turun ke hati. senyuman maria benar-benar membuatkan pok li terpaku. cupid yang berterbangan di petronas segera memanah pok li yang masih terpinga-pinga dengan panah asmara.

siapa sangka pertemuan singkat itu membawa mereka ke level yang seterusnya. mereka bertukar-tukar nombor telefon dan saling kontek mengonteki satu sama lain. cinta berputik dan mekar semekar bunga mawar di awan gunung jerai. setelah 2 tahun berkasih sayang, dalam usia 25 tahun pok li nekad untuk membawa kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan. menamatkan zaman bujang sekaligus memecahkan teruna nya yang selama ini dijaga dengan rapi.

***

kini usia pok li menjangkau 43 tahun. duit pok li berkepuk-kepuk. harta riban-riban. pok li ada rumah besar. pok li ada kereta mewah. namun hidup pok li tetap sederhana. hidup pok li tak berteman. kisah cinta pok li dan maria musnah. 18 tahun dahulu pinangan pok li di tolak mentah-mentah oleh ibu maria. pok li sedih dan sangat kecewa. hati nya hancur berkecai. sejak hari itu pok li menutup terus pintu hati nya. memang pok li sunyi namun dia takut untuk bercinta lagi. pok li tak nak kecewa lagi. pok li tak nak hati nya bermandi air mata lagi. pok li rela bujang sampai tua asal kan hati nya tidak disakiti lagi.

"senang je kau nak lupakan cinta, kerja kuat-kuat sampai tak ada masa" - pok li

nota kaki : sebuah kisah benar.


ini bukan pok li.

Saturday, July 24, 2010

PENANG 16-18 JULAI 2010

pada hujung minggu lepas kami dari shah alam telah mengadaka n satu trip ke pulau mutiara. mengikut perancang an ramai yang mengikuti trip ini. tapi disaat2 akhir kami bertolak kepulau mutiara hanya sebanyak 5 biji bespa dan 3 biji moto jepun. ini berikutan ramai yang menghadap i masalah dengan jentera masing2. namun trip tetap diterus dengan menggalas doa restu kawan2 yang lain.

kami bertolak dari shah alam pada 16 julai lebih kurang pukul 10.30 malam. sedikit lewat dari perancang an awal yg ingin bertolak selepas asar. ini kerana bespa a.j dan bob menghadap i masalah dengan sistem clutch mereka.(nota : sila kira berapa kali clutch bob barai). repair punya repair + tarik bil maka tepat jam 10.30 malam dengan bacaan bismillah kami memulakan perjalana n. perjalana n berjalan dengan lancar. sampai rawang kami berhenti sebentar untuk menghilan g kan lelah dan menjamu selera memandang kan perut masing2 sudah mula mengerang bagaikan ekzos bocor.

perjalana n diteruska n lagi sampai sungai perak untuk berhenti pekena winston barang sepam dua. mengikut perancang an check point kami yang seterusny a adalah taiping. tapi memandang kan bob yang sangat teruja untuk sampai ke penang maka beliau meneruska n perjalana n tanpa menyedari yang kami berhenti di check point tersebut. belum habis sebatang winston kami menerima panggilan dari bob yang mengataka n ekzos nya pecah. jeng jeng jeng...

kami terus bergegas mendapatk an bob ditepi highway yang hanya ditemani kelapa sawit dikiri dan kanan nya. ekzos teknologi bob sungguh cantik patahnya di bahagian tengkuk. taida pilihan lain lagi bagi kami selain terpaksa men'oing' moto bob sampai ke tempat yg lebih selamat. kami tiba di semanggol lebih kurang pukul 5 pagi waktu tempatan. masing2 menggaru kepala memandang kan pagi masih terlalu awal untuk kerja mewelding . kes 2. disaat kami sedang pening2 lalat bespa peja pula api kacau. kejap ada kejap xda. bila dibuka kipas rupa2 nya magnet key telah hilang dari kedudukan asal nya. satu kesilapan besar bagi kami apabila tiada sorg pn yg membawa magnet key spare.

muka masing2 mula berkedut seribu. encot2 todur lena dipangkua n abah masing2. pukul6.30 pagi kami bertolak dari semanggol dengan harapan kedai welding dan spare part dah bukak setibanya kami disana. sampai di juru,saya yg bertindak sebagai operator menghubun gi atiq@budak nakal penang dan pok jad skuad besi buruk. kami menetapka n untuk berjumpa dengan makhluk berdua ini di kedai roti terbang di permatang pauh untuk bersarapa n pagi. sesampai nya disana lebih kurang pukul 8 pagi, kami pekena dulu teh tarik dan roti terbang sambil menunggu ketibaan atiq dan pok jad. terima kasi kepada abg roti terbang kerana buat show terbang2 khas buat kami. abang memang sempoi na.

selesai menjamu selera peja dan bob keluar mencari kedai welding yg terdekat untuk menyambun g kembali nadi teknologi bob. beberapa ketika kemudian pok jad tiba dengan sekuntum senyuman manakala atiq tiba dengan magnet key. dipendekk an cerita, maka selesai proses membaik pulih kami menerus kan perjalana n ke kedai spare part bagan untuk aktiviti menyelam. ekzos itok crack!!! silencer tercicir ditepi highway!!

di bagan, en.capik sip bershopin g sakan manakala yg lain hanya mampu melihat. selesai shoping atiq membawa kami ke kedai welding berhampir an utk menyetelk an ekzos itok pula. settle ekzos itok clutch bob barai lagi(nota : kali ke dua). kami memutus kan utk men'oing' sahaja sampai ke batu fringhi memandang kan masing2 sudah kehabisan energi dan semangat utk merepair.

sampai di feringhi kami kami terus pekena makan tengahari memandang jam sudah menunjuk kan pukul 2 petang. habis makan kami bergegas ke apartment yg SANGAT SELESA DAN BERBALOI2 untuk bersiram dan melepaska n penat. menjelang petang kami turun ke bawah untuk menyetel kan bespa bob yang sedang demam. cluth barai + ribet gear mati barai!!! (nota : lagi!!!) semua mati akal sekejap. tiba2 pok jad menjadi penyelama t keadaan apabila mencadang kan untuk mendapatk an bantuan dari abang lan alma@langat. muka masing2 terpancar seribu harapan.

malam nya cik lan alma datang bersama anak2 buah nya untuk menolong menyelesa ikan masalah. gear mati kena rivet balik. clutch tuka lain memandang kan kami hanya membawa spare clutch 150 sahaja. cik lan bawak balik apa yang patut dan berjanji akan datang keesokan pagi. selepas kepulanga n cik lan kami keluar bersiar2 mengambil angin malam di batu feringhi. pok jad pulang untuk memberi nafkah. (nota : jad i know what u did last week)

keesokan nya masing2 lebur. pukul10 pagi baru bangun. hajat untuk kepasar karat terpaksa di batalkan. plan ditukar dengan bermain ombak di teluk bahang memandang kan masing2 berkobar2 utk mandi pantai. selesai mandi kami makan tengahari di kedai berhampir an dan seterusny a bergambar disekitar pulau.

selesai sesi bergamaba r kami bergegas pulang ke apartment memandang kan cik lan alma dan anak nya telah sampai untuk proses membaik pulih bespa bob. ribuan terima kasih buat cik lan dan anak nya yang sanggup datang dari alma ke batu feringhi untuk menghulur kan bantuan.

selesai cik lan alma menyetelk an bespa bob kami bergerak perlahan2 ke seberang bersama2 cik lan. waktu menunjukk an jam 5 petang lebih. sampai di butterwor th kami berpecah dengan cik lan kerana singgah membeli jeruk sebagai ole2. kami meneruska n perjalana n ke permatang pauh untuk sesi mengisi perut sebelum bertolak pulang. tepat jam 8 malam setelah sesi jejak kasih dengan pok jad n the gang, dengan lafaz bismillah kami memulakan perjalana n pulang. dalam perjalana n kami terseremp ak dengan geng ipoh yang turut sama bercuti. perjalana n pulang mengambil masa yg agak lama kerana terlalu lama berhenti dan tidur memandang kan masing2 tersangat penat dan mengantuk . kami selamat sampai si shah alam lebih kurang pukul 5 pagi. alhamdulillah..

akhir kata ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pok jad, atiq dan kawan2 yg sanggup melayan kerenah kami sepanjang kami disana. angpa memang sempoi dok ada na. kepada cik lan alma and the crew terima kasih yg tak terhingga juga kerana sanggup ulang alik dari alma ke fringhi untuk menyetelk an masalah kami. two thumbs up untuk cik lan. terima kasih.





















nota kaki : karangan diatas gua copy paste balik dari apa yang gua tulis kat forum. gambar yang gua post kat sini gua main letak sahaja. untuk yang original version yang susunan gambarnya mengikut jalan cerita sila klik sini.
(gua tak tahu kenapa ejaan ada yang jadi jarak2. mungkin masalah time copy. malas gua nak betulkan. pandai2 lah uols baca)

Wednesday, July 21, 2010

SIRI ENTRI SEPARA SERIUS

ok gua mengaku sekarang kerja-kerja peng-update-an belog ini agak slow sekarang. gua sekarang banyak tanggungjawab. 90% hidup gua sekarang hanya untuk pelajaran. serius! ok gua tipu. gua sekarang banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. gua baru balik berjemur dari feringhi. penat, letih masih menyengat sendi-sendi gua. sepanjang susah senang bersama gua banyak belajar tentang siapa kawan-kawan gua. bak kata orang tua-tua "bila susah baru kenal siapa kawan kita". ok da cukup!

nota kaki : tunggu gambar ala-ala baywatch dari feringhi gua.

Monday, June 14, 2010

SIRI DRAMA MENYENTUH PERASAAN

itu hari, sehari suntuk gua ngadap screen laptop apple gua. diulangi : apple. layan facebook tak kena, bukak belog bergelora. tak senang duduk gua dibuatnya. gua sebenarnya dah lama tak merasa feeling tak senang duduk ni. last gua rasa time gua nak kena potong dulu. berdebar la sial.

gua try-try tak dapat. gua try-try tak dapat. meyirap pun ada. dulu gua pakai laptop cap hp. tapi disebabkan sikap panas baran gua, laptop tu sekarang gua syak dah jadi tukun dekat tasik shah alam. sebab tu sekarang gua layan apple pula. gua memang tak berkira kalau pasal harga. yang penting gua puas hati. gua syak apple gua pun nak jadi tukun juga. tapi nasib baik sekarang gua dah pandai sedikit kawal panas baran gua. kalau tak, kalau bukan barang-barang, mesti orang sekeliling gua yang menjadi mangsa.

esok nya gua kerja. pagi. macam biasa gua kerja dengan disiplin yang A tanpa aktiviti-aktiviti mengular layan cap helang. gua berdisiplin bukan apa, gua cuma tak nak menghampakan harapan kerjaan satu malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

balik kerja gua layan teh tarik the serai dulu. kasi pung pang pung dulu. badan yang rajin bekerja harus diberi ganjaran. balik rumah gua kasi on gua punya apple. macam biasa kasi facebook dulu satu kali. gua set kepada mode offline. malas nak melayan stalker-stalker dan secret admire gua. gua bukak lagi satu tab. jari jemari mulus gua tangkas menekan keypad bagaikan kerani uitm yang suka makan gaji buta. peh!

gua hantar khidmad pesanan ringkas kat abah gua di kampung halaman. padat dan ringkas. lulus semua. macam biasa. dekan. send. sebatang cap helang kemudian blackberry gua memekak. gua ingat nak baling saja keluar tingkap. tapi gua batalkan hasrat gua memandangkan gua tengah tunggu abah gua reply. like abah like gua. abah gua kasi khidmad pesanan ringkas yang ringkas dan padat juga. tahniah. peh! terharu la gua sial. tangkap dalam brader. bukan selalu gua nak dapat tahniah dari abah gua. dalam hati, gua menangis keriangan.


gambar hiasan. sakit mata juga layan huruf.

Friday, June 11, 2010

SIRI ENTRI ALA-ALA STATUS FACEBOOK

kalau ada pertandingan refresh paling banyak dalam masa 24 jam, gua rasa gua dah jadi pemenang dah. macam faking la website uitm! haktuih!

Wednesday, June 9, 2010

ENTRI PUKUL 3 PAGI LEBIH KURANG

gua dah penat la brader n sista. gua ingat nak berenti dah. tapi bila gua pikir dengan jiwa yang tenang sambil sedut tar gua rasa sayang pula. perjalanan gua dah boleh dikatakan dah separuh dah. ada masa gua rasa suka gila babi la sial. ada masa gua rasa malas. menyampah pun ada. part ni yang gua tak berapa gemar. part ni juga la yang buat gua rasa nak berenti. bila dah sampai part ni, gua tarik keluar tar yang berbentuk silinder, gua bakar. sambil tu gua motivasi diri gua.

"sabar brader, perjalanan kita tinggal separuh lagi.."

tengok la seminggu dua lagi. kalau macam ni jugak gaya nya, gua ingat nak berenti dah. kali ni betul-betul. tak ada seken can dah. gua tak nak seksa jasad dan jiwa sanubari gua lagi. letihhhhhhh!!!!

Wednesday, June 2, 2010

gua sedang mengejar..

ya macam kat tajuk..gua sedang mengejar..

Thursday, May 20, 2010

KERJA

seperti yang sedia maklum, gua sekarang dah jadi lelaki bekerjaya. gua bukan lagi kutu yang suka membuang masa tak semena-mena. cuti kali ni gua kerja brader. bukan balik rumah bela telur. gua sekarang bertindak sebagai taiko. gua boleh dikatakan antara tulang belakang kepada syarikat dan hotel di negara satu malaysia ni secara am nya. secara spesifiknya pula di kuala lumpur dan selangor.

bidang kerja gua juga mencabar hati dan sanubari. tapi yang paling penting muscle mesti berdiameter sekurang-kurangnya 15cm macam gua. part ni ramai yang fail dan mengambil enteng. manager pun tak kisah sangat. tapi semua silap. padahal ni keperluan utama dalam bidang ni. tapi gua malas nak tegur budak-budak yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni. walaupun mereka tidak memenuhi kriteria yang diperlukan, gua tetap support. gua selalu bisik kat telinga mereka,

"brader lu kena selalu pergi gym, kalau mampu beli appeton weight gain".

gua bukan apa. gua bukan bukan nak berlagak macam brader-brader ke ape. cuma gua serabut mata tengok mereka buat kerja. slow. lambat. buat kerja sikit lepak tepi. kibas-kibas kolar baju. nafas tercungap-cungap macam ikan mas. macam mana kita nak mencapai wawasan 2020 kalau lemah dan tak berdaya saing. gua tak nak anak bangsa gua makan gaji buta. tapi dalam hati gua rasa sedikit bangga kerana masih ada rasa hormat kepada brader macam gua. gua jeling je terus mereka buat kerja cepat-cepat.

***

hari ini khidmat gua diperlukan lagi. kali ni kat klcc. macam biasa gua akan bangun awal. sebelum mandi gua akan pumping dulu 100 kali. lepas mandi gua layan air milo dengan biskut tiger untuk memastikan stamina gua sekuat harimau.

***

"ok hari ni western set!! sorang pickup 5 kali!! lepas tu standby clearence!!!"

Wednesday, May 19, 2010

GUA

gua sekarang bizi tak ingat. gua sekarang lelaki berkerjaya. gua sekarang lelaki berwawasan 2020. ok gua nak tidur.

Monday, May 10, 2010

Wednesday, May 5, 2010

RACIST

dia : wassup!

gua : yaa aaa aawww~

dia : lu belajar kat mana mat?

gua : uitm..

dia : fakkk racist!!

gua : ...

Saturday, April 10, 2010

HEADER SPONSOR

gua sekarang di sponsor penuh oleh mono. airbrush (bukan spray tin) mono sponsor. sebab dorang sponsor, gua taruk header yang airbrush dorang sponsor tu. adebran???

Sunday, April 4, 2010

SIRI ENTRI GENGSTER : DARAH!!

pagi tu (baca : pagi) gua bangun dikejutkan hembusan bayu pagi yang membelai manja kulit gebu gua. di sebabkan gua seorang yang berdisiplin maka pagi tu seperti pagi-pagi sebelumnya gua terus gosok gigi dan mandi. macam biasa lepas mandi mesti gua kelepet poket seluar cari kotak merah cap helang. nak harem! gua mencarut kecil dalam hati. gua pekena seluar pendek mancing ngan baju berkaler cerah yang sesuai dengan penampilan gua yang tampak ceria. capai kunci moto, gua terus kekedai india blok sebelah beli kotak merah cap helang berisi penuh. gua menggunakan corak penunggangan yang agak merbahaya untuk ke sana. berapi-rapi gua layan lap. tapi tetap tampak jitu seperti tunggangan maria farida.

sampai kedai gua parking kuda hitam gua kat kotak parking kereta. tengah-tengah. ada kereta kancil berebut ngan gua nak parking kat situ. tapi dengan kecekapan penunggangan gua, gua sempat masuk dulu sambil lap seret tayar. brader kancil tu bukak tingkap, nampak macam nak maki gua. gua bukak je helmet terus dia pecut gi parking kat blok sebelah.

baru je gua pusing gedegang! kuda hitam gua menyembah bumi. farkk!! gua separa menjerit. cepat-cepat gua angkat kuda hitam gua. india tokey kedai tu terus datang bajet nak tolong gua. sempat gua jeling muka dia. gua nampak dia senyuman manja terukir. sah! ni komplot tokey kedai nak menjatuhkan reputasi gua. cilakak!! gua tarik nafas panjang-panjang. gua syak gua akan mulakan hari tu dengan pertumpahan darah. gua masuk kedai. gua tenung mata dia dalam-dalam. dia start gelisah. tunduk-tunduk kepala buat-buat tekan kalkulator. gua parasan seluar dia macam basah. tak mungkin onani. mesti terkencing sebab takut ngan gua. darah muda gua dah mendidih.

"winston pat belas merah!!"

Sunday, March 14, 2010

POST ROCK

semalam gua baru nak start mimpi keluar dating dengan tiz zaqyah tiba-tiba henpon nokia model terbaru gua menjerit. menjerit standard message tone untuk model tersebut. cilake!

dia : dgr tortoise, for a minor reflection.... baru la otai post rock..

gua : lu memang tak tahu ke saje nk mkn boot gua pagi2 bute ni?!! gua bkn post rocker gua yaa aaa aawww!!! cilake!!!

dia : kontol!!!

gua : ngeh3~~

Tuesday, February 23, 2010

TIPS MENJADI JANTAN TERHANGAT DI PASARAN

gua skang tengah tulis buku. nanti da release boleh cari kat mph ngan popular. gua tak jual kedai-kedai tepi jalan. siap ade free dvd koleksi nyanyian karaoke gua. tajuk gua tak pasti lagi. tapi isi pasal cara untuk dapat awek tanpa perlu berkata-kata. senang cite awek datang sendiri. ni ada tip basic dalam buku tu untuk korang praktik kan. dah khatam kang halo gua untuk bab 2.

1. nak order cakap "waiter!". bukan swit-swit macam anak tikus. ini melambangkan kemewahan.

2. minum air tanpa ais. bahasa mudah air panas. baru abang-abang.

3. jika kamu perokok, buang puntung rokok apabila jarak bara dengan filter menghampiri 1 cm. ini melambangkan ketebalan poket kamu.

4. jika ingin kelihatan dato-dato, biasakan menghisap paip.

5. pakai tshirt berkolar. kolar kasi pacak. ini melambangkan kamu seorang yang biasa ke club.

6. untuk style rambut, digalak kan menggunakan style pacak. minyak rambut mesti cap mahal-mahal. minyak masak dan tancho diharamkan sama sekali.

7. gaya jalan kasi lantun macam spring sikit. macam jamal abdillah dalam cerita azura. ini melambangkan kekuasaan.

8. pandai main snuker. ini dapat tambah point dalam bahagian cool.

ok cukup dulu. banyak-banyak kang takut korang tak terikut plak.

Wednesday, February 17, 2010

QUOTES DARI SEORANG RAKYAT BIASA

"lebih baik baca kartun dari baca surat khabar. baca kartun tak payah pikir sebab da tau tipu. baca surat khabar kena pikir yang mana betul yang mana tipu. letih..." - pok ya

Tuesday, February 9, 2010

SEBAB KELAS KENSEL INI HARI GUA UPDATE

semenjak dua tiga menjak ni member gua yang baca blog gua selalu tanya asal gua malas gampang nak update blog. gampang!! ingat gua kerani pejabat ke tiap-tiap ari nak kena susun ayat. gua pun ada komitmen lain. orang penting cam gua standard ar busy-busy. gua ingat lepas ni gua nak bela misai macam dato K plak. baru ada gaya orang kaya. ok ni alasan gua asal malas nak update blog.

a) komitmen gua bertambah sejak bela 2 awek
b) undangan lepak yang melampau
c) sibuk tengok astro
d) busy dengan pelajaran
e) busy mencari cinta
f) tangan selalu kotor kena minyak hitam awek
e) low profile
f) ok gua memang malas


pose maut gaya azroy gua.

Friday, February 5, 2010

Saturday, January 23, 2010

AZAM BULAN FEBRUARI GUA

ini bulan gua penat. penat kepala. penat badan. lepak bertambah. tidur berkurang. minah kilang dah tunggu bas. gua baru sampai rumah. letih. tiap-tiap hari. gua dah pasang azam untuk bulan depan. lepak kurang. tidur 8 jam. balik sebelum pukul 12 tengah malam. satu lagi gua nak jadi kan belajar sebagai hobi gua. seyes shit!!!

ok sampai sini dulu entri kali ni. enset berkamera model terbaru gua baru je bunyik. ada jemputan lepak.


gua, brader kojek ngan mus tengah bincang cara mengurangkan lepak.



mencari cinta di pantai kelanang.

Wednesday, January 13, 2010

MONO LIVE IN MALAYSIA



ari lu jangan buat tak jadi plak. gua dah beli baju baru nak lepak pekena teh tarik ngan diorang 30 haribulan ni.

Wednesday, January 6, 2010

PENGALAMAN TELUR SAYA DI HUJUNG TANDUK

alkisah suatu ketika gua menginap di pulau pinang dahulu gua punya satu hobi. hobi untuk orang penyabar macam gua. memancing. kalau bukan sebab pais gua rasa gua tak kan mancing lagi. tiba-tiba je datang gila nak mancing. gua syak pais kena santau ikan ngan bibik sebelah rumah gua. memang masa zaman kanak-kanak dulu orang kampung gua tak boleh nafikan yang gua memang champion dalam bidang perikanan. tiap kali gua keluar pikul joran mesti mak gua tak payah beli ikan untuk seminggu. mancing keli dapat ular, mancing udang dapat buaya, masuk pasir jerlus time cari lubuk, jatuh lubuk kena tarik ikan besar budak darjah 3, semua gua da lalui.

mula-mula kitorang try kat belakang safira sport planet. macam gampang. sungai macam tempat pelupusan sampah. lepas tu try kat kat pantai bersih, try kat port penang. tepi rail kereta api kontena. langsung tak mencabar kekuatan gua. jatuh reputasi gua angkat gelama besar 3 jari. kami tukar port lagi. kali ni ke bagan. muara. mancing atas jambatan rail kereta api. gampang cari maut. port paling horror pernah gua sampai. dah la malam. rail tinggi rumah 2 tingkat. paling gampang kat tengah-tengah ada jambatan. kecut telur time lalu kat situ sebab boleh tengok terus ke bawah. kalau kereta api lalu, hulur tangan kompem putus. sebab jarak gua mancing ngan rail hanya beberapa inci je.

setelah dirasakan ilmu telah menebal didada kitorang wat keputusan nak try bawah jambatan pulau pinang. mamu selaku warga pulau pinang yang mengesyorkan. setelah persiapan rapi dibuat petang tu kitorang bertolak keseberang ngan kereta ari dan zack. sebelum tu kitorang dah deal siap-siap dengan abang mat tokey bot. disebabkan kitorang nak mancing sampai kemalam maka kiotrang terpaksa bayar rm15 untuk satu kepala. masing-masing mula sorok kepala-kepala yang tak berkenaan.

kitorang mintak abang mat hantar ketiang tengah. tapak tiang tu gua agak ada lebih kurang 3m x 10m. kat tengah-tengah ada 3 atau 4 batang tiang besar 2 pemeluk. nak main futsal pun boleh. siap ade notis larangan mancing. gua bakar okok sebatang bagi nampak abang-abang ketika pasang joran. pasang umpan, baling dengan bergaya ketengah lautan. gua lepak sandar kat tiang pung pang pung pang. kat atas, semua jenis kenderaan dok lalu lalang. kalu jambatan runtuh kompem hempap kepala gua. tak sampai malam lagi bekas polisterin dah sampai separuh. gua syak tengah malam nanti hasil tangkapan mesti melimpah ruah.

lebih kurang pukul9 angin start bertiup kencang. gua rasa tak sedap ati sebab jari gua tercucuk mata kail ketika pasang umpan. tak banyak cakap hujan turun lebat gila. yang tak syok nya angin turut bertiup garang. kejap je dah jadi ribut. gua tengok muka masing-masing pucat macam mintak pelempang. semua duduk rapat-rapat berlindung sebalik tiang. basah kuyup kena tempias. amir buat-buat tenang bakar okok cover takut. tengah ribut menggila kitorang kat bawah jambatan. angin kuat gila. air makin naik. cilaka. mau tak kecut. dalam kepala gua mula terbayang peristiwa tsunami. mula teringat Tuhan. teringat dosa. teringat mak bapak. gua berdoa dalam ati. mintak jauh malapetaka. dalam kepala, gua syak gua mati aritu!!

lebih kurang pukul11 hujan berenti. ribut pun dah tak de. lama jugak kitorang menggigil kat tengah-tengah lautan tu. abes jari ngan konek mengecut. cilaka! sebatang okok kemudian abang mat sampai dengan bot nya membawa sinar harapan.


petang sebelum telur saya dihujung tanduk