Tuesday, June 30, 2009

KISAH CINTA DI MESIN ATM




"lonely syial", rungut hati kecil gua di satu sore itu.

gua tak kaya. tapi setakat hari ni gua tak penah kebulur sampai tak larat nak makan. member-member ramai. boleh gua ajak pekena kopi petang dan malam. tapi hati gua je problem. gua tak de teman yang bergelar wanita yang boleh gua berkongsi hati dan perasaan gua.

gua cuma nak sorang gadis yang tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit. tu je yang gua nak. biasa la memilih sikit nanti muka dia jugak gua nak ngadap sampai monopos nanti.

petang semalam gua pegi cucuk duit kat atm. nasib baik orang tak ramai sangat. gua pun beratur. depan gua ada 3 orang tengah tunggu turn. gua pun buat rilek je sambil main game kat enset kaler pink gua. tut tat tut tat gua tekan tiba-tiba bulu ketiak gua meremang. mesti gadis idaman gua sedang menghampiri lokasi kejadian. bisik hati gua. dammit!!! gadis tu tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit. siap ada bonus lagi. buah dada besar. eh tak subang besar. jiwa gua mula berdebar-debar. tanda jatuh cinta. gua tarik nafas ikut hidung hembus ikut bontot. gua susun ayat.

"u cucuk la dulu", kata gua tersenyum sambil bagi laluan persis lelaki maskulin yang gentleman lagi mengiurkan.

"owh yeke? thanks", dia tersipu-sipu sambil membelai rambutnya yang panjang paras bahu macam ratu rock ella.

*************************************************

ciri-ciri gadis idaman yang tinggi, rambut panjang paras bahu, hidung mancung, mata sepet-sepet sikit, bibir kaler pink ngan ada lesung pipit sebenarnya masih belum cukup. gua tertinggal lagi satu ciri yang cukup penting perlu ada. tak berbulu ketiak!!!

nota kaki : bulu ketiak bukan aset bagi seorang gadis.

Sunday, June 28, 2009

RAGUT


iklan semata-mata untuk cari sape nak sponsor gua.


petang semalam gua lepak-lepak minum ngan member-member gua. pekena kopi ais ngan roti kosong 2 batang. sambil sedut kopi mata gua melilau-lilau usha gadis-gadis yang cantik menarik kau memang da bomb yang dok lalu lalang. nasib baik petang tu jantung gua tak berdebar-debar. kalau tak entri ni mesti dah jadi entri jatuh cinta lagi. tengah lepak-lepak member gua yang sorang lagi sampai. muka pucat. berpeluh-peluh.

"gua kena ragut doe", dia cakap dengan bersungguh-sungguh.

"lu bia betik john", tanya gua yang terkejut plus tak berapa nak percaya.

"sumpah! aku tak tipu! kat depan burger tu hah!", jelas nya lagi sambil menjuih bibir kearah gerai burger yang tak jauh dari tempat kitorang lepak.

"aisey pe yang dia sempat sauk? wallet? enset? jom r kita gi buat report", bibit-bibit simpati mula terukir. jauh dilubuk hati gua carut marut sumpah seranah berbunga-bunga memaki peragut tersebut. member-member gua yang lain mula berkira-kira nak gi kejar.

"tak payah la buat report. bukan wallet atau enset tapi hati gua yang dia ragut", jawabnya sambil tersenyum manja. kiwak!!! siak!!!

Saturday, June 20, 2009

TAIP DAN PELUH

jari jemari mulus gua semakin laju menari-nari diatas papan kekunci itu. pantas. kekadang perkataan yang gua taip terlebih huruf dan kekadang terkurang huruf. so gua kena beksepes dan tambah mana yang kurang buang mana yang lebih. gua akui kursus networking yang gua join hari tu banyak mengimprove kadar kelajuan taipan gua.

gua semakin laju menaip. peluh jantan betina mula berjejeran didahi licin dan lurah sixpack gua lalu gugur keatas papan kekunci seperti gugurnya bunga cinta. sesekali mata gua melirik ke arah jam yang terletak disebelah bawah penjuru kanan skrin. peluh dan kadar menaip gua mula bergerak pada kelajuan yang sama. laju. basah. lekit.

gua bukan mengejar masa. bahkan gua punya cukup masa. gua bukan dikejar atau diburu. gua juga bukan sedang mengejar atau memburu. jauh sekali ingin melepaskan hajat. gua cuma...gua cuma panasssssss!!! syial punya cc kipas tak rasa apa pon!!! berpeluh-peluh ketiak gua!!! jangan harap gua nak datang sini lagi!!! babi!!! haktuihhh!!!!

RAMLI DAN BELOGNYA

ramli suka baca belog. tapi ramli tak ada belog. tiap kali on9 ramli mesti belog kesukaannya dulu. lepas tu baru usha mesepes, prenster disusuli waiem. demikian tingginya martabat belog dalam hidup ramli.

kini ramli dah ada belog. nama belog ramli hatikudibawalarimu.blogspot.com. ramli dah taknak jadi pembaca. ramli nak jadi penulis dan pembaca. ramli nak berkongsi kisah suka duka nya dengan orang lain. tapi yang masalah nya ramli liat untuk mengupdate belognya.

"rumah gua mana ada internet. kalu ada internet 5 kali sehari gua update", jelas ramli memberi alasan.

nota kaki : kamu ada yang species ramli?? gua bukan. kan? kan?

Thursday, June 18, 2009

RAMLI DAN LIN

ramli. 25 tahun. berkerjaya. sudah berpunya. ramli tak senang duduk. baring kejap dia terpacak. tengok tv. tak sampai 10minit tv yang tengok dia. teronggeng-tonggeng macam orang gila. kejap-kejap dia mengeluh. melilau-lialu dalam rumah sendiri macam anjing lapar. lidah terjelir-jelir air liur menitis dari celah gigi runcing.

selalunya hari minggu ramli terisi. hari sabtu dengan teman-teman. hari ahad dengan yang tersayang. tapi sabtu ini tak seperti sabtu yang sebelum-sebelumnya. member-membernya semua ada hal. ada yang keluar ngan awek, ade yang balik kampung. macam-macam. letih.

lin. 24 tahun. baru abis belajar. buah hati ramli. lin tak bosan macam ramli. tak keluar satu hari pun tak pe. lin ade blog. tiap-tiap hari post entri. adae banyak gambar dia ngan ramli. dia tulis pasal hidup dia macam cerita impian ilyana.

ramli dah pikir masak-masak. jadual harus dirombak. hari ni dengan awek. esok dengan teman-teman. ramli tak nak jadi orang pertama yang mati kebosanan. ramli tak nak masuk melodi. tak nak keluarga nya kena terjah ngan abang nas.

armli call lin. ramli cari nama sayang kat phone book kemudian tekan butang hijau kat enset berkamera model terbarunya.

"hye sayang. bosan la. u watpe?", tanya ramli lesu macam orang kebulur 3 hari tak makan.

"hye baby. tak watpe pon. ngah taip entri baru ni", jawab lin tergedik-gedik manja.

"u free tak petang ni? keluar jom. lepak-lepak. rindu la", suara ramli lesu tapi penuh pengharapan.

"apa free-free? nak jumpa bayar la. tak kan free kot hehehe", lin tergedik-gedik lagi sambil bergurau manja.

"sejak bila nak jumpa kena bayar ni??!! u jadi pelacur eh??!!!!", sound ramli keras macam cik gu disiplin sound anak murid isap okok dalam toilet.

tut......tut......tut......

Saturday, June 13, 2009

FALSAFAH SEORANG SAMPAH

"wei result pe cer",tanya satu suara dihujung talian.
"gua dismiss doe",jawab gua lesu.
"butuh r.gua serious lu main-main plak",marah membeer gua.
"serious r ni.gua dismiss.gua takkan kembali lagi ke universitas itu",jawab gua sebak.
"fakkkk!!!!ingat aku nak percaya.patut r lu extend sampai 2 sem, dismiss ngan grad pun tak reti nak beza.bangang!!!!",bertalu-talu member gua menghambur maki hamun.

syial. gua terkena balik. adrie yang bernafas pada saat ini bukan lagi seperti adrie yang sebelum ini. adrie yang ini...adrie yang bergelar seorang graduan. yang mempunyai falsafah hidup : extend bukan loser!!!
wakakaakaaaakaka (gelak puas)

Thursday, June 11, 2009

SAMAN ( INI BUKAN KARYA AYU UTAMI )

itu hari gua lepak ngan mak bapak gua. minum kopi sambil borak-borak. bincang pasal pelajaran, politik, sosial dan ekonomi. borak punya borak tiba-tiba terkeluar cerita saman. gua pun ngadu la kat mak bapak gua yang time kat u gua banyak kena saman. saman tak pakai formal hari senin, pakai selipar dan paling banyak saman rambut. banyak. letih.

"saman isap rokok tak de ke?", perli mak gua di iringi gelak jahat bapak gua.

tersentap hati gua. pedih kena kat paru-paru bersih gua. yela lepas ni gua berenti. ayuh semua!!katakan tak nak!!!

mwahahaahahaahahahaahahhahahhahaahahahaaha

Saturday, June 6, 2009

C . I . N . T . A

hari tu gua ngah lepak-lepak tengok tv ngan member gua. borak-borak sambil pekena kopi bungkus. kat tv cerita macam haram. bosan. letih. tiba-tiba member gua cakap separa berbisik kat gua.

member gua : bro member kita yang sorang ni dah parah doe.layan bapuk skang..

gua : dah cinta nak buat camne..

membergua : cinta hotak lu!!!

gua : cinta tak mengenal sape dude. tak mengenal pangkat, darjat, umur mahupun jantina. bagi gua cinta adalah penyatuan antara dua hati. bukan penyatuan antara wanita dan lelaki.

member gua : ayat ko macam babi!!!

mwahahahaahahhahahahahahahahhahahahaha

Thursday, June 4, 2009

PERANAN GUA SEBAGAI WARGA PRIHATIN

gua adalah pengguna jentara 2 roda yang setia. oleh itu untuk perjalanan jarak jauh gua akan pilih pengangkutan awam seperti bas ekspres.

gua sampai stesen butterworth 5p.m. selipar jepun, seluar pendek ngan beg besar dah macam backpacker pulak gua rasa. macam backpacking around europe. bak kata seorang artis terkenal di malayan union. pinggang gua rasa macam nak patah. peluh menitik samapi ke kaki. tapi gua buat rilek je. tak cool la kalau gadis nampak gua tercungap-cungap macam anjing lapar.

gua boleh je mintak tolong member gua jemput kat stesen. tapi gua tak nak. gua jenis manusia yang tak suka nyusahkan orang. gua pilih naik bas rapid untuk pulang kerumah. tulang lima kerat gua masih kuat. lagipun dalam bas boleh usha gadis. lagipun gua tak sanggup pikul beg besar atas motor. lagipun tambang sehinggit je. pa ada hal.

bas sampai. nasib baik orang tak ramai. so gua tak payah nak berebut-rebut. tapi driver ni nak tunggu sardin gak baru nak jalan. syial. gua tertunduk lesu memandang lantai. letih. mengantuk.

tak lama kemudian seorang wanita mengandung naik dan berdiri depan gua sebab takde tempat duduk. aiseymen ni gua malas naik bas ni. dah la gua tengah penat ni. gua tak buat-buat tido. tak berani gua nak pandang akak tu takut nanti timbul bibit-bibit kesian dalam hati suci gua. tak sampai 2 minit gua rasa bersalah. gua sebagai warganegara malayan union tak patut buat macam ni. gua tak boleh jula ikan(selfish). gua kena ada belas kasihan.

"err kak, akak duduk la tempat saya. akak pregnant mesti tak larat berdiri lama-lama".

gua dongak pandang akak tu. fakkkkkkkkkk!!!!!!! nasib baik gua cakap dalam hati je tadi. patut la pakai seluar koyak kat lutut ngan kuku kaki tak potong. haram j!!!!!

PLEASE JANGAN KACAU I LAGI

kejap-kejap gua tersengih. kejap-kejap gua tersengih lagi. susunan huruf yang membentuk perkataan dan susunan perkataan yang membentuk ayat dari buku berjodol 'kacip' itu gua teliti satu persatu. santai tapi meresap kata seorang teman. gua setuju.

tit....tit....tit....

syial. tak boleh tengok gua senang ade je yang nak mengacau.mood membaca gua terus hilang. gua turun bawah lepak tengok tv. bosan. tak ade cerita best. macam aram. gua masuk bilik. sambung baca kacip.

tit....tit....tit....

dia kacau gua lagi. syial. tapi gua tahan nafsu amarah gua. gua baca lagi. tapi dah tak meresap dalam kepala gua.

tit....tit....tit....

dia kacau lagi. darah gua mendidih. kacip gua hempas kelantai.

"anak haram punya kelkatu!!tau la muka aku ada cahaya(nur) tak payah la ko nak main-main kat muka aku!! kiwak!! lancau!!!".

nota kaki : malam tu rumah gua kena serang ngan kelkatu.

Tuesday, June 2, 2009

PILIHAN SUKAR LAGI MENYUKARKAN

hati gua berdebar-debar. kulit gebu seperti kapas dan licin seperti porselin gua mula merembes air masin. sesekali gua menyeka air masin yang bergenang didahi gua dengan lengan baju gua. basah lenjun. masin.

sekarang ni gua umpama berdiri didepan sebatang jalan yang bercabang. gua kena pilih salah satunya. antara ya atau tidak. memang sukar. ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. tapi gua harus pilih. mesti. pilihan ni menentukan masa depan gua. silap pilih masa depan gua bakal gelap tak berlampu.

lelaki itu dari tadi memaksa gua memberi jawapan secepatnya, segak tapi tak sabar. seolah-olah tiada esok baginya. babi. matanya memandang tajam kearah gua. jari mulus gua menggeletar. telur gua mengecut lalu melanggar sesama sendiri. syial. nasib baik ini temapt dia. kalau tak mesti gua dah belasah.

gua akur. gua pasrah. pilihan harus dibuat. kalau tak lelaki durjana ini tak akan blah dari depan mata gua. gua dah malas nak pikir. letih. pergi jahanam sama masa depan. apa nak jadi pon jadilah.

"err saya yakin dengan jawapan saya dan saya kunci lirik ini", jawab gua separa yakin kepada aznil nawawi.

TUNGGU

aku tunggu kalimatmu,
dari bibir munggil,
dibelit lidah jahil,
sebaris keramat,
untuk jiwa melarat,
wahai malaikat,
syaitan lakhnat...