Wednesday, November 11, 2009

BUNTU

tadi lampu bilik air umah gua tak idop...
gua tak pasti samada gua berak dalam mangkuk tandas atau dalam sinki...
*sigh*

Monday, November 9, 2009

KISAH CHENTA YANG GUA RAHSIAKAN SEHINGGA KINI

peringatan : cerita ini diselitkan unsur-unsur komedi bagi menyembunyikan air mata gua yang gugur ketika menekan papan kekunci.

sesungguhnya pertemuan gua dengan dia adalah sesuatu yang tidak dirancang. mungkin suatu ketetapan oleh Yang Maha Esa. yang inginkan gua merasai sebuah perasaan yang tidak dapat dinilai dengan kata-kata. bahagia.

musim cuti yang lalu dia datang untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga abang nya. sebetulnya abang tiri. pertemuan kami pula secara tidak sengaja di hospital pada suatu pagi yang cerah lagi mendamaikan hati yang ingin disayangi. dia duduk sebelah gua waktu itu. perkenalan kami sangat singkat. hanya sempat melafazkan beberapa baris dialog. dalam pada itu sempat juga kami bertukar nombor telefon. dia terlalu inesen untuk menanggung penyakit yang tidak tertanggung itu. sakit jantung. untuk seketika gua sedar gua berdosa kerana menyalahkan Ilahi.

mulanya kami hanya berkawan. seperti mana dia seperti rakan-rakan gua yang lain begitu jugak dengan dia. lama kelamaan satu perasaan aneh yang bernama cinta perlahan-lahan terbit dari ufuk kejauhan hati kami. untuk seketika kami begitu bahagia. tapi langit tak selalunya cerah. bak kata member gua, hidup macam tayar bespa, kadang pijak lumpur, kadang pijak taik. abang dan doktor yang merawatnya cuba menghalang hubungan kami. kerana takut hatinya terluka lalu memberi kesan pada penyakitnya.

dia menangis. gua terguris. tapi cinta kami bukan sesuatu yang boleh dipadam begitu saja. bagi gua dia lah segala-galanya nya. walau apa pun yang berlaku gua akan tetap disamping dia. mulanya dia ingin menjaga hati abang nya. tetapi gua tetap tak melepaskannya. lama kelamaan semua orang mula menerima perhubungan kami. pada waktu itu gua berjanji pada diri gua yang gua takkan pernah melukakan hati dia.

hari tu dia akan berangkat ke UK untuk pembedahannya. pembedahan yang memperjudikan nyawanya. 50-50. gua ikut ke airport hantarnya menaiki kapal yang bisa terbang. dia pandang gua. gua cuba senyum. air mata nya mula bergenang dikelopak. mata gua terasa berkaca. tiba-tiba dia memeluk gua seerat-eratnya sambil menangis teresak-esak. tak ingin tinggalkan gua. gua cuba tenangkannya. gua kucup dahi nya. air mata gua mula
gugur membasahi pipi. mengalir perlahan lalu gugur diatas dahinya...

cilake!!! asal gua tulis sebijik cam cite first kiss plak ni!!! demmit!!!

Saturday, November 7, 2009

PENCINTA WANITA THE RETURN

salam satu malaysia...

dah lama rasanya gua tak update ini belog. rindu membuak-buak untuk gua menaip dan bereksperimentasi dengan kata-kata. sejujurnya gua agak busy 4 5 menjak ni plus kadar kemalasan gua untuk menaip meningkat secara mendadak menyebabkan pengupdatan belog ini menjadi teramat perlahan seperti skuter besi umar hassan. banyak benda yang berlaku dalam masa yang singkat ni telah mematangkan lagi gua yang sememangnya matang dan mantap lagi mengiurkan ni. nanti kalau ada sumur diladang boleh la gua cerita kat sini. buat sementara waktu gua tinggalkan kalian dengan lagu ni. gua tujukan lagu ni khas buat wanita-wanita yang berambut tutup dahi panjang paras bahu, mata sepet-sepet sikit, bibir mungil kaler pink, ade lesung pipit dan berkulit gebu macam gua yang berada di luar sana...