Monday, September 12, 2011

REVIEW: SHAMSIAH FAKEH (PEJUANG, PEMIMPIN DAN PEREMPUAN)

Novel hasil karya Azzah AR ini menceritakan tentang sejarah hidup perempuan besi yang bergelar Shamsiah Fakeh dari awal kelahiran beliau sehingga menghembuskan nafas terakhir. Penceritaan kisah hidup beliau ditulis dalam bentuk novel membuatkannya ia sedikit berbeza dari memoir beliau. Buku ini juga hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang penting sahaja sesuai dengan ketebalannya.

Ketokohan Shamsiah Fakeh dalam memperjuangkan kemerdekaan serta menaikkan semangat Nasionalisma mulai terserlah ketika dia mula melibatkan diri bersama-sama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menjalankan kempen untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah. Menjadi pemimpin bagi sayap parti tersebut dengan mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) sehinggalah menganggotai PKM. Seterusnya, beliau menjadi pejuang kemerdekaan melalui PKM, yang mana kita semua telah maklum mengenainya. Ini salah satu naskhah yang saya kira patut dibaca, terutamanya bagi golongan yang mahu mengetahui sejarah yang dinafikan.



"Aku akan tulis kisah ini nanti, ku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku" - Shamsiah Fakeh

No comments:

Post a Comment