Sunday, February 6, 2011

SEORANG LELAKI DAN SEBUAH IMPIAN

"celaka!"

bentak mat jan keras sambil menghempas akhbar utusan melayau ke lantai. apa kurangnya dia. apa lebihnya wanita itu. mat jan sudah penat dengan cemuhan orang ramai terhadapnya. telinganya sudah bernanah dengan kritikan masyarakat sekitarnya. mat jan bukan loser. cuma dia disalah ertikan apabila mengatakan dia sekarang sedang menyediakan tapak untuk dia berjaya. berjaya dan bahagia seperti wanita itu.

mat jan tahu dia tidak sekaya wanita itu. tapi setidak-tidaknya kemancungan hidungnya adalah asli kacukan melayu-arab. bukannya hasil suntikan hormon yang entah apa-apa. wanita itu dulu pun sama seperti dia sekarang. datang dari keluarga orang kebanyakan. tup tup sekarang hidupnya senang lenang. perbelanjaannya tidak lagi perlu merisaukan baki diakaun simpanan. belanjanya sesuka hati. malah ramai yang mengagumi wanita itu. cuma mat jan seorang yang sakit hati dengannya. mat jan cemburu. mat jan juga ingin disanjungi.

setiap hari mat jan mengunjungi cyber cafe dihujung pekan. mat jan bukak fesbuk dan blog wanita itu. semua perkembangannya mat jan ikut. semua status fesbuknya mat jan like. sekali sekala ada juga mat jan bagi komen membina untuk status yang menarik hatinya. semua gambar wanita itu dia salin lalu disimpannya didalam pemacu keras. jika mat jan sakit hati dengan wanita itu, ibunya pula sakit hati dengannya. ini kerana sejam di cyber cafe bermakna Rm2.50 lah orang tua itu akan dipau. tetapi selalunya campur duit sebatang surya dan segelas teh o abang din maka RM5 lah melayang duit dapurnya pada hari itu.

mat jan sudah nekad. dia ingin menulis surat kepada wanita itu. walaupun sekarang zaman siber, tapi mat jan pilih cara lama kerana baginya surat mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri malah sesuai dengannya yang berjiwa romantis. persetan dengan cakap-cakap orang. baginya orang-orang bermulut longkang itulah yang akan melutut mengemis subsidi darinya satu hari nanti. biarlah orang mengatakan dia terkena penyakit gila nombor 18. baginya orang yang dianggap gila itulah yang selalunya menjadi penggoncang dunia, sepertimana idolanya aristotle.

***

mat jan berdoa sambil memejamkan matanya tatkala memasukkan surat itu kedalam peti surat. dia berharap agar suratnya selamat sampai kepada wanita itu. malah mat jan menggunakan khidmad pos laju kerana terpengaruh dengan dakyahnya di tv2; dijamin sampai esok. sampulnya berwarna biru dihiasi motif bunga raya. setemnya lambang satu malaysia. isi penting surat itu mat jan tulis dengan huruf besar. digarisnya dengan pen warna merah jambu.

'SAYA INGIN MENJADI LELAKI PERTAMA MALAYSIA'

2 comments:

  1. teliti jugak lu ni. gua pun tak perasan keh keh keh

    ReplyDelete