hampir saja gua tak kenal dia malam tadi. dia betul-betul dah berubah. berubah menjadi orang yang lain pada pandangan pertama gua. namun begitu ini harus gua akui, dia lebih mengancam dan mantap dengan penampilan baru ini. kecur juga air liur gua menatap lekuk-lekuk badan dia. orgasm sekejap dibuatnya.
tetapi gua tahu, bagaimana sekalipun penampilannya dia tetap dia. gua sudah lama kenal dia. dia tak akan pernah berubah. ya maksud gua dalaman dia. biar telanjang sekalipun dia, dia adalah dia, bukan kau ataupun kau. bahagian itu gua respek dengannya. dan kerana itu juga gua senang berkawan dengan dia sampai sekarang.
berbalik kepada penampilan barunya yang mengancam itu, hampir saja berlaku pertumpahan darah malam tadi. kerana dia. dia bergaun singkat malam tadi. masih setia dengan merah iaitu warna kegemarannya. cuma kali ini merahnya lebih garang. hot. gua pelawa dia kerumah.
baju kamu cantik. puji gua sambil membelai-belai lembut baju barunya. perlahan-lahan jemari mulus gua melucutkan pakaiannya dari atas. sesekali matanya tertutup menahan nafsu serakah. bibir gua dan bibirnya bertaut. ahhhh.
ternyata rasanya masih tetap unggul walaupun berkotak baru. terima kasih winston. kerana dirimu begitu berharga.
No comments:
Post a Comment