Tuesday, November 9, 2010

543 HARI TANPA CINTA

zasss!

lengan gua yang sasa menghayun berus dengan mantap diatas baju putih itu. buih-buih halus dari sabun berjenama daia memutih bak salju diatas lantai jamban yang bebas dari lumut dan kotoran. gua ulang berkali-kali keatas hampir 10 helai baju yang berkaler lembut.

isi almari berjenama ikea gua semakin susut. hampir sebulan skill membasuh baju gua tak diasah. sepatutnya gua asah skill 2 minggu sekali. disebabkan 2 minggu lepas gua agak sibuk menguruskan hal-hal berkenaan kehidupan maka dengan bergayanya gua hantar dobi. nasib baik tengahari tadi skill gua masih mantap lagi.

***

selesai berfesbuk barang seprem dua, gua dengan pantas menekan papan kekunci henset yang berjenama agak bagus gua.

makan jom!

sebuah sistem pesanan ringkas yang padat dan tegas dihantar kepada seorang lelaki. (nota : lelaki.bermakna...) selesai makan malam yang tak seberapa yang berupa siakap 3 rasa, tom yam campur, kailan ikan masin dan air tembikai laici gua tewas disebuah kerusi dengan bibir terselit sebatang nikotina. memandangkan malam masih muda dan memenuhi kehendak gua sebagai seorang lelaki muda yang dahagakan hiburan, gua usulkan pendapat untuk bersuka ria dipusat nyanyian.

ternyata suara gua masih evergreen.

***

selepas sesi membasahkan tekak selesai berlibur gua pulang kerumah bagi menunaikan kewajiban gua sebagai seorang pengguna laman sosial yang tetap. celaka! air tembikai laici pula meronta-ronta dari dalam pundi kencing meminta untuk dimerdekakan. gua menuju ke bilik air dengan langkah yang mampan. mata gua melirik ke suatu sudut.

hampir 10 helai baju berkaler lembut dari dalam baldi seolah-olah memandang gua dengan pandangan yang sayu, meminta agar disidaikan.celaka!

1 comment: