dummmm!
roslan menendang kencang pintu bilik air. dua engsel pintu tercabut dan sarang anai-anai tampak berguguran dari celah dinding bilik air seperti salji pada malam krismas. mak piah yang sedang menggoreng ikan melatah perkataan baik-baik yang ternyata terkejut dengan tindakan roslan.
"mak! lan nak makan nasik!".
roslan menjerit dengan tegas dari dalam bilik air.
roslan. 23 tahun. anak tunggal kepada seorang ibu tunggal yang bernama mak piah. roslan tinggal berdua dengan mak piah selepas ayah nya dilarikan gadis lombok sejak usianya 3 tahun. roslan seorang kutu sepenuh masa. tapi mak piah tak pernah memarahi roslan. roslan anak emas mak piah. roslan mintak gula-gula, mak piah belikan cokelat cadbury yang tengah naik ketika itu. bila dah besar, roslan mintak ex5, mak piah belikan rxjek.
tapi mak piah silap. roslan yang ditatangnya sejak kecil semakin hari semakin hilang kawalan. kecik-kecik dulu roslan pakai seluar kiko, kaki lipat 2 kali. sekarang roslan dah mengenali seluar levis kaki kecik. jika dulu roslan hanya merajuk jika tidak mendapat apa yang diminta, sekarang roslan dah pandai menengking dan menendang pintu sekali sekala. sejak memiliki rxjek, roslan mula berjinak-jinak dengan profesion rempit. berkat ketekunan dan kepailangan roslan, roslan sekarang menjadi ketua kepada sebuah kumpulan yang tidak berdaftar di bawah akta pertubuhan malaysia.
geng tangan hitam.
bersambung...
No comments:
Post a Comment