Friday, April 24, 2009

LAGENDA MAEL PISANG (BACA DENGAN SEPARA BERBISIK)

Pagi tadi penduduk Kampung Telor Sebutir gempar lagi. Kecoh satu kampung kambing Che Mat mati 2 ekor. Tak ade angin tak ade ribut, Che Mat bangun pagi nak bagi makan tengok-tengok dah terlentang mulut berbuih. Pagi tu jugak Che Mat mengamuk macam orang gila. Mata merah, rambut belah tepinya berserabai, kain pelikat jawa digulung sampai ke lutut. Parang panjangnya dilibas-libas membabi buta sambil mulutnya tak henti-henti menghambur kata-kata kesat. Mak Cik Munah hanya mampu memandang dengan sayu dari tingkap rumah melihat Che Mat menebas pokok-pokok bunganya. Nak ditegur, orang tengah naik angin. Kang tak pasal-pasal parang panjang berkilat itu terbang atas kepalanya.
Berita tentang kambing Che Mat tersebar dengan pantas. Gayah Tahu Semua pagi-pagi lagi dah bergerak dari rumah kerumah menyebarkan berita paling sensasi pagi tu. Kat kampung tu Gayah memang terkenal sebagai penyebar berita dan penjaga tepi kain orang. Tapi orang kampung buat tak port je sebab Gayah janda cun. Mak Cik Munah sorang je yang anti sangat kat Gayah sebab lakinya suka kat Gayah. Sepantas berita tersebar sepantas tu jugak orang kampung datang berkerumun dihalaman rumah Che Mat. Kecoh depan rumah Che Mat. Ada yang siap bawak anak lagi. Macam nak gi tengok konsert AF pulak. Beberapa orang cuba menenangkan Che Mat. Tapi dari jauh je sebab takut kena libas ngan parang panjang Che Mat. Che Mat dah masuk hantu. Tak ada sebaris ayat pun masuk kepala nya. Mahu dia tak marah. Sebulan Che Mat bagi makan kambing tu sedap-sedap sebab lagi seminggu orang nak datang beli buat kenduri. Orang kampung dah tak tahu nak buat apa dah. Masing-masing dah start menyampah pujuk Che Mat.
Tok Ketua sampai dengan vespa birunya. Misainya tersikat rapi, songkok tinggi senget kekiri sikit, buku 555 dan pen biru sentiasa terselit dipoket baju untuk mencatit sebarang aduan penduduk. Melambangkan dia seorang ketua kampung yang komited dan berdedikasi. Disebalik perwatakannya yang tenang itu sebenarnya jauh disudut hati dia sangat gelisah. Tiap-tiap hari ada je kekacauan yang berlaku dikampung itu. Aritu kebun pisang Pok Dek abis lunyai. Semua pokok pisangnya tunduk menyembah bumi. Minggu lepas Abang Kamal masuk hospital lepas kena tumbuk tang anunya. Terus mandul. Pagi ni satu lagi kekacauan. Tok Ketua dah fedup. Panggg!!!!!!! Satu penampar hinggap dipipi Che Mat memecah keheningan pagi itu. Che Mat terpinga-pinga. “Bawak mengucap” Tok Ketua marah-marah. Penduduk kampung semua dah sedia tahu semua kekacauan yang salama ni berlaku dikampung ni angkara siapa. The one and only. Mael Pisang…
Sejak balik dari Indon hujung tahun lepas Mael dah berubah habis. Ada orang cakap dia pergi belajar ilmu batin kat sana. Ada jugak yang cakap dia belajar ilmu hitam. Dia jadi pendiam. Perangai dia makin hari jadi semakin pelik. Dulu dia pernah kerjakan kebun pisang Pok Dek. Anak pokok, pokok yang tengah berbuah, abeh semua. Katanya pokok pisang tu comel macam punch bag. Dia pun apa lagi. Sebabkan peristiwa tu lah sampai ssekarang lekat nama Mael Pisang. Tu baru sikit. Penah sekali Mael ajak anak Cik Mia sparring. Budak tu dah la baru masuk darjah dua, kena ngan Mael sampai sekarang tengkuk jadi lembik macam agar-agar. Cakap pun dah tak betul dah. Rumah dia pulak sekarang ni dah macam rumah hantu. Depan belakang kiri kanan semak dah sampai paras pinggang dah. Rumah pulak sentiasa gelap. Tak kira siang malam. Suram. Mengerikan. Macam rumah Bok Miah dalam Puaka Niyang Rapik. Takut syiall. Orang kampung tak berani nak lalu depan rumah Mael sebab dia selalunya nyorok kat dalam semak menunggu mangsa. Sape lalu je mesti kena tahan dengan dia. Kena sparring dulu baru boleh lalu. Sehingga cerita ni ditulis tak ada sorang pun lagi yang berjaya mengalahkan Mael. Mael kebal. Tikam tak lut. Tembak tak tembus.
Disebalik sifat Mael yang kejam dan bengis itu Mael juga punya hobi sepertimana orang lain. Gusti. Setiap hari Khamis pukul11 malam Mael mesti lepak kedai Pak Munawer tengok gusti. Dia tak order teh tarik atau apa-apa air. Dia datang tengok gusti je sebab kat rumah dia tak ada TV. Pak Munawer tak berani nak sound sebab takut nanti makan penerajang free.
Orang kampung dah tak tau macam mana lagi cara nak halau Mael. Penah Tok Ketua sound. Tapi buang karen. Siap makan pelempang adalah. Diorang penah hantar Pak Hitam Anak Rimau. Tok guru silat kampung sebelah lawan Mael. Tapi kalah jugak. Mael tepuk kepala sekali je terus KO. Sampai sekarang tak leh ajar silat dah. Pada satu malam diorang bermesyuarat. Cari penyelesaian untuk usir Mael dengan efektif tanpa mencederakan sesiapa. Setelah berkotak-kotak rokok, berjag-jag teh o akhir nya mereka dapat satu jalan penyelesaian. Pulau kan Mael, jangan bagi dia tengok gusti. Tok Ketua tersenyum dengan penuh pengharapan.
Start minggu tu jugak kedai kopi Pak Munawer serta merta tutup pukul10 malam tiap-tiap hari khamis. Pak Munawer mula-mula membantah jugak sebab kacau bisnes dia. Tapi terus diam lepas kena sound ngan Che Mat. “ko nak suruh kambing aku mampus lagi!!!” bentak Che Mat. Pak Munawer terpaksa. Orang kampung tahu Mael dah mula gelisah. Dia dah tak leh tengok gusti lagi. Dah tak leh tengok Triple H kesayangan dia lagi. Padan muka Mael. Masuk minggu keempat orang kampung dah tak nampak Mael lagi. Dah tak ada kekacauan lagi. Tangga rumah Mael pun dah roboh. Kena makan anai-anai. Sah Mael dah pindah. Dah lari. Orang kampung gembira. Tok Ketua puas. Sekor lembu tumbang sempena kemerdekaan dari cengkaman Mael. Kampung Telor Sebutir kembali aman.
Sekarang ni orang kampung dah mula lupakan peristiwa Mael. Mereka pun takut nak sebut nama Mael Pisang. Takut dia datang lagi. Rumah Mael sekarang dah jadi port mat pet lepas gian. Port hantu niyang rapik lepak. Sekali sekala ketika bulan mengambang ada orang kampung penah nampak ada orang dok jalan-jalan dekat rumah Mael. Orang cakap tu Mael. Mungkin menunggu masa menuntu bela. Eeeee takut...


No comments:

Post a Comment