Saturday, April 11, 2009

GEMPAR!!!!PENGAKUAN BERANI MATI GUA!!!


Gambar Cuci Mata

Entah mengapa sejak kebelakangan ni nafsu aku seolah-olah dah takde. Dulu aku selalu main ngan mereka. Ramai. Selalu tukar-tukar. Dulu boleh dikatakan tiap-tiap petang aku main. Stim je main. Stim je main. Di tepi balai raya itulah yang menjadi saksi kesucian cinta kami. Tempat tu port baekkk punyee. Tak de orang kacau. Aku pun pelik jugak sebab keliling port tu semua rumah orang. Erm dah line clear ape lagi jadi port aku r. Memang kadang-kadang ada mata yang memerhati, tapi dah diorang tak kacau kami buat projek, kami pun nak takut ape. Ala diorang pun nak cuci mata gak ape. Aku pun mana ade kacau diorang, sebab tu lah diorang tak kacau kami kot. Lagipun aku bukan main ngan anak diorang. Diorang pun mana kenal kami. Suka hati aku r. Tapi kalau petang-petang kami main ringan-ringan je. Tak de lah nak rakus-rakus sangat. Dekat nak maghrib kami blah r. Jahat-jahat aku pun ade baik nya jugak kawan. Lagipun tak boleh lama-lama sangat kang kena serbu ngan orang masjid mampus aku.

Malam pulak lagi best. Walaupun tak selalu sangat tapi paling kurang seminggu sekali kami akan jumpa dan melepaskan rindu nafsu kami. Sangap time petang tu semua kami lepas time ni. Syok ooo. Selalu nya kami main dalam sejam je. Tapi kalau ade duit lebih boleh r tambah lagi sejam. Mana boleh main lama-lama kawan. Nak makan pun sakit. Kalau aku anak dato’ tak pe la. Tak kan la nak main kat port yang petang-petang tu. Tak best r. Bosan plak kang. Malam-malam mesti r nak cari port best nye. Pastu kalau port best mesti r kena bayar kawan. Sejam pun sejam la janji kami dapat melepaskan nafsu. Lepas main ada orang tolong picit-picit manja. Abes hilang sakit pinggang aku. Stim ooo. Memang aku sedar aku dah hanyut. Aku sedar aku tak harus habis kan duit mak bapak aku untuk jalan ni. Tapi aku nak buat macam mana. Nafsu dah kuasai diri aku. Mintak maaf abah, mama…

Tapi tu dulu. Sekarang ni aku dah berubah. Lain sangat. Petang aku dah tak macam dulu. Sekarang ni waktu petang kalau tak hirup kopi dekat kedai abang din aku mesti dok layan game depan pc. Tak pun aku ke ranjang. Errr maksud aku tidur. Aku pun tak tau macam mana aku boleh berubah. Aku rasa sebab duit kot. Aku mula menghargai wang. Aku mula merasai betapa susahnya bapak aku berkerja hanya untuk dapatkan sekeping not rm50. Perlahan-lahan aku tinggal kan rutin aku. Awalnya memang susah. Setiap kali mereka ajak aku dengan berat hati terpaksa mengatakan “tak nak”. Padahal hati aku meronta-ronta nak main. Aku terpaksa tahan je nafsu aku. Lama-lama mereka pun bosan kerana aku selalu menolak ajakan mereka main. Cuma sekali-sekala mereka ada ajak aku tapi jawapan aku tetap tak nak. Please jangan kacau aku lagi . Aku dah tak bernafsu untuk ini semua. Kini dah tak ada lagi ajakan berahi mereka. Mereka pun dah ada orang lain yang boleh melayan nafsu buas mereka. Aku tahu mereka kini semakin hanyut. Tapi sape aku nak nasihat mereka. Silap-silap aku makan pelempang free. Hampir tiap malam nak main. Nafsu mereka ni dah mengalahkan nafsu kuda. Gila. Kadang-kadang aku memang punya rasa cemburu tapi kini aku dah dapat terima semua perubahan ni.

Malam tadi tanpa disangka mereka ajak aku main lagi. Kaget. Aku pura-pura main solitaire kat depan pc. Aku serba salah. Hati aku berdebar-debar. Jari aku menggeletar. Lubang dubur aku kembang kempis. Siallllll. Otak aku ligat berpusing mencari alasan agar tak melukakan hati mereka. Walaupun mereka memilih jalan ni tapi mereka tetap teman-teman aku. Hati mereka harus aku jaga dan tak harus aku lukai.

“bro, futsal jom malam ni pukul 12.nak main tak?”

Ye aku dah dapat alasan. Yang aku rasa tak kan lukakan hati mereka walupun aku tahu mereka dah muak dengar alasan aku.
“errr tak de duit la kawan.lain kali r”

Futsal. Nafsu aku dah tak ada lagi untuk mu. Tanggu lah nafsu aku bangkit kembali. Dan kita akan kembali bersama. Tunggu aku…

6 comments:

  1. bagus la
    kau berbah je
    www.syokblog.com

    ReplyDelete
  2. tipikal la crite ko.
    ak dah agak dah.
    bagusla ko dah berubah.
    tapi first2 ak ingat ko crite pasal kucing.

    ReplyDelete
  3. buduh mu..terkene aku. sejak bile jadik pennulis tegar plak ni..

    ReplyDelete
  4. lorh...

    ak ingtkan ape...

    nice one

    ReplyDelete
  5. memang pandai menyusun ayat yg suspen..
    bleh wat entry seram ni...
    msti best...

    ReplyDelete
  6. kesiutan... terjejas imej pikiran aku jap td.. hahah

    ReplyDelete