Thursday, April 30, 2009

MAKKKKKKKK REMY NAK KAWEN!!!!!!!!!

Hujung bulan ni umur remy genap 30 tahun. Remy seorang yang hensem dan berbudi pekerti. Ramai awek suka remy tapi remy buat-buat tak nampak. Remy bukan kaki perempuan. Remy bukan kaki joli. Remy menetap di sebuah rumah sewa di tengah bandaraya KL. Dia seorang engineer disebuah syarikat swasta. Gaji nya tiap-tiap bulan cecah 5K. Hidup nya mewah. Perabot mahal-mahal. Sofa kulit gajah. Permaidani bulu beruang. Makan pulak tak payah ikut bajet. Makan kat hotel. Minum kat coffee house. Remy anak yang baik. Tiap-tiap bulan remy mesti hantar duit kat mak bapak nya dikampung.
Disebalik kemewahan ni remy sebenarnya sangat sunyi. Dia tak ada teman hidup. Pagi tak ada orang tolong gosok baju. Petang tak ada anak dia nak bawak jalan-jalan. Malam tak ada orang teman tengok drama kat tv. Dia sunyi. Ibu nya tiap-tiap kali tepon mesti suruh bawak balik bakal menantu. Remy dah fedup. Bukan dia tak nak kawen tapi dia tak jumpa lagi 99% perfect girl dia(macam citer salon). Dia sangat memilih. Kalau boleh dia nak bakal isteri dia berambut hitam panjang paras bahu, ada lesung pipit, tinggi paras telinga dia, kulit kuning langsat, mata sepet sedikit, bibir kaler pink dan paling penting bersopan santun dan pandai ambik hati dia. Ada seorang yang menarik hati dia selama ini. Suzy namanya. Satu tempat keje dengan dia. Mereka berkawan. Tapi remy penakut. Dia takut meluahkan isi hatinya.
Mak remy telefon lagi. Mak remy dah jumpa calon bini untuk anak bujang terlajaknya. Mak remy cakap budak tu lawa. Anak kawan dia. Keje kat KL. Tapi remy tak nak. Dia dah ada pilihannya sendiri. Dia nak suzy. 99% perfect girl dia. Remy tolak mentah-mentah. Mak remy marah-marah.
Hujung minggu remy balik kampung. Jumpa mak bapak dia. Mak remy marah sebab tolak calon bini yang dia cari. Remy buat keras. Cinta remy tulus. Dalam hati dia ada suzy sorang je. Dia nak suzy. Tak nak orang lain. Mak remy bagi remy gambar budak perempuan tu. Remy terkedu. Dadanya terasa sebak. Air matanya mengalir laju. Suzy. Rupa-rupanya mak remy mahu jodohkan dia dengan suzy. Tapi remy dah terlambat. Suzy dah kawen dengan orang lain lepas remy cakap tak nak aritu. Remy menyesal. Hati remy berdarah. Bujangnya terlajak-lajak lagi. Dia lupakan 99% perfect girl. Dia serahkan hal jodohnya kepada bondanya yang tersayang.
Makkkkkkk remy nak kawen!!!!!!

No comments:

Post a Comment