Sunday, April 15, 2012

PTP-Tipu


Aku sebenarnya malas nak menulis tentang isu ini. Tapi aku rasa semak dan pelik bila aku buka laman sosial Facebook, ada segelintir kawan-kawan aku yang bukan kritik, tapi memaki hamun menggunakan otak ditempurung lutut mereka berhubung isu ini. Aku tak pelik sekiranya kerajaan tidak mahu memberikan pendidikan percuma, tapi aku rasa bodoh amat apabila ada rakyat yang menolak pendidikan percuma. Dikarangan ini juga aku cuba menjawab persoalan bodoh dari rakyat yang bodoh amat tersebut.


Aku suka melihat sesuatu isu atau keadaan dari kaca mata seorang rakyat biasa, bukan dari sudut pemikiran tahap tinggi. Maksud aku bila ada isu sebegini, aku memilih untuk berfikir secara logik akal dahulu berbanding terus masuk kedalam pemikiran yang dalam parlimen ada cakap begini, dalam perlembagaan ada tulis begitu.

Pertama sekali kita sebagai rakyat biasa harus cuba fahamkan apa sebenarnya yang dituntut. Dari laman Malaysia Bangkit aku dapatkan beberapa tuntutan yang mereka buat dari kerajaan, tapi disini aku cuma mahu fokuskan pada PTPTN kerana aku juga merupakan salah seorang peminjamnya.

Kenyataan bodoh pertama yang aku dapati adalah sekiranya PTPTN dihapuskan maka akan menambahkan bebanan pada ibu bapa dalam membiayai pengajian anak-anak. Disini harus dilihat sebenarnya apa modus operandi gerakan mansuhkan PTPTN ini. Ya benar mereka mahu PTPTN dihapuskan, namun mereka juga mahukan pendidikan percuma; yang mana segala yuran perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Dan sekiranya tidak mahu dihapuskan, aku rasa PTPTN wajar ditukar kepada Pinjaman Pribadi Pelajar sepertimana pinjaman-pinjaman yang ada sekarang. Maksud aku PTPTN bukan lagi berselindung disebalik pembiayaan yuran pengajian memandangkan yuran sudah ditanggung kerajaan.

Ada juga yang mengatakan bahawa sekiranya PTPTN dimansuhkan maka pendapatan negara akan berkurang. Harus kita lihat disini apakah sebenarnya konsep negara itu sendiri. Apa pula peranan pemerintah terhadap kita. Bukankah konsep negara itu pemerintah membahagiakan rakyat? Justeru apa guna kekayaan berbilion-bilion ringgit jika hanya memperkayakan golongan yang sedia kaya sedangkan rakyat semakin melarat. Bukankah kekayaan negara seharusnya datang dari hasil bumi dan segala macam perniagaan, bukannya datang dari perniagaan 'bunga' terhadap kemelaratan rakyat.

Kenyataan paling bangang abad ini pula aku dapati bila ada yang berkata tak nak berhutang jangan pinjam. Kita harus lihat disini bahawa PTPTN sebenarnya termasuk dalam golongan petrol, beras, gula dan sebagainya. Selantang manapun kita menentang kita akhirnya akur kerana kita bukan anak lord. Kah kah kah. Aku rasa tak ada rakyat hatta pengikut kerajaan sekalipun bilamana harga petrol naik mengata "Alhamdulillah, bertambah lagi pendapatan negara". Melainkan rata-rata mengeluh atas bebanan yang bertambah. Dan keluh kesah ini datang kerana kita adalah rakyat yang tidak berkemampuan.

Kesimpulannya aku malas nak hurai panjang-panjang. Cuba buang sekejap fahaman politik masing-masing dan berfikir sebagai rakyat biasa. Rakyat yang hidup di kampung. Keluarga petani. Keluarga buruh. Adakah ini konsep negara yang kita mahu? Adakah kerana kita menyokong sebelah pihak maka kita membenarkan segala apa yang datang dari mereka? Dan cuba fikir adakah bebanan-bebanan ini membahagiakan kita sebagai rakyat?


Nota: PTP-Tipu Bahagian 2 klik sini.

6 comments:

  1. Saudara/i, diharap dapat pertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum melabelkan komen-komen orang sebagai "bodoh":

    1. Hak pendidikan yang diperuntuk di dalam hak asasi manusia adalah hak pendidikan asas atau "basic right to education". Pendidikan asas ini merangkumi pendidikan di peringkat sekolah rendah & sekolah menengah, di mana dibekalkan secara percuma di negara ini... Bagi pendidikan tertiari iaitu pendidikan di peringkat kolej atau universiti, ia bukan lagi satu hak tetapi suatu keistimewaan atau privilege.

    2. Tiada di mana-mana negara di dunia ini membekalkan pendidikan percuma di peringkat pendidikan tertiari... yang ada adalah biasiswa atau grants yang dianugerahi kepada mereka yang berhak. Bagi negara yang mensubsidikan kos pemdidikan, cukai yang dikenakan terhadap rakyat adalah jauh lebih tinggi dari cukai di negara ini.

    3. PTPTN adalah satu pinjaman pendidikan dan sepertimana pinjaman-pinjaman lain, ia haruslah dibayar balik - sekurang-kurangnya jumlah yang dipinjam... Ini adalah selaras dengan hukum syara'

    4. Pendidikan percuma (melalui biasiswa) haruslah hanya diberikan kepada mereka yang berhak iaitu mereka yang cemerlang dalam kursus masing-masing.

    5. Sekiranya pendidikan diberi secara percuma sepenuhnya, siswazah akan hilang semangat dan dorongan untuk cemerlang kerana walaubagaimana teruk keputusan mereka, pendidikan tertiari adalah terjamin. Dan kesan masa panjangnya, kualiti & mutu pendidikan tertiari di negara ini akan merosot.

    6. PTPTN adalah satu obligasi kontraktual: dan siswazah yang bersetuju kepada terma-terma perjanjian PTPTN haruslah bertanggungjawab mematuhi terma-terma tersebut. Jika perjuangan yang dilaung-laungkan adalah supaya perjanjian PTPTN tidak dipatuhi, apakah pengajaran yang diajar kepada generasi akan datang? If a person is unable to honor a simple contract, what guarantee that they will honor other agreements which they will undertake in the future?


    Saya tidak mempunyai masalah dengan pendapat saudara/i tetapi diharap dapat mempertimbangkan pendapat-pendapat lain juga sebelum melabelkan mereka sebagai "bodoh". There's always two sides of a coin: mungkin pendapat saudara/i betul & mungkin pendapat saya juga betul, maka janganlah kita meremehkan pendapat orang lain...

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Terima kasih atas komen saudara/i. Saya suka apabila berbahas begini berbanding kebanyakan yang hanya bercakap tanpa berfikir. Ini pula pendapat saya:

    Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi. Dan ini terbukti apabila kita dijajah pada suatu masa dahulu semata-mata kerana hasil bumi kita. Antara sumber ekonomi kita adalah minyak. Saya rasa semua sedia maklum bahawa kualiti minyak kita adalah lebih bagus maka minyak kita dijual dan kita membeli minyak dari negara lain untuk keperluan kita. Hal ini juga bermakna harga minyak kita melebihi harga minyak yang kita beli tersebut bukan? Dan sekiranya harga minyak dunia naik semestinya kita diantara negara yang mendapat keuntungan, dalam erti kata lain harga meningkat pendapatan meningkat. Dan untuk pendapatan dari hasil minyak sahaja pada 2010 adalah RM59.813bilion. Itu belum lagi pendapatan dari sumber lain.

    Secara purata, kos PTPTN untuk membiayai pelajar setiap tahun adalah sebanyak lebih kurang RM3bilion. Itu adalah jumlah pinjaman bukan jumlah yuran. Dan jika cuma jumlah yuran sahaja yang diambil kira, angkanya pasti lebih kecil. Dengan jumlah pendapatan pendapatan negara yang lebih kurang RM150bilion setahun agak mustahil sekiranya gagal membelanjakan kurang dari RM3bilion setahun untuk kebahagiaan rakyat, sedangkan mampu membahagiakan pemerintah dengan gaji yang cukup besar dan mengadakan program-program yang tidak perlu yang menuntut belanja besar.

    Bagi saya PTPTN masih juga wajar namun itu terletak 100% atas tanggungjawab pelajar seperti pinjam peribadi yang sedia ada. Cuma yang ditanggung kerajaan hanyalah yuran sahaja. Maksud saya ia bukan lagi berselindung disebalik membantu pelajar, melainkan sebagai satu pinjaman biasa yang layak dipohon pelajar. Memang benar sekarang pun ia terpulang pada pelajar samaada untuk membuat pinjaman atau tidak, tapi ia menjadi keperluan seperti gula, beras dan petrol kerana mahu atau tidak terpaksa meminjam untuk membayar yuran yang mahal. Dan untuk pinjaman-pinjaman lepas pula bagi saya masih perlu dibayar peminjam cuma jumlah pinjaman harus ditolak dengan jumlah yuran dan bunganya. Manakala biasiswa masih boleh diteruskan seperti biasa sebagai satu imbuhan atau hadiah sara hidup kepada pelajar cemerlang.

    Dan untuk masalah siswazah akan hilang semangat dan dorongan untuk cemerlang, saya rasa itu bukan masalah yang harus diperbesarkan. Sepertimana sekarang, masa depan pelajar tetap terletak pada bahu mereka. Konsep repeat paper, extend semester dan dismiss masih ada. Pembelajaran masih berjalan seperti biasa. Dan kemasukan ke IPTA/IPTS masih disaring seperti biasa. Ini bermakna dalam erti kata mudah: masuk U bukan senang, kalau kau malas, kau masih berisiko dismiss atau repeat.

    Sumber: Pelbagai.

    ReplyDelete
  3. Yang ambil PTPTN tu hampir semuanya macam aku juga adalah terpaksa dan tersepit. tiada opsyen lain. bukan anak "lord".

    ReplyDelete
  4. nizamuddin ahmad : Benar. Konsep meminjam itu sendiri bermula kerana ketidak-mampuan. Tidak mampu dalam erti kata lain orang susah. Maka seharusnya orang susah ini dibantu kerajaan bukannya dibebankan dengan bunga pinjaman.

    ReplyDelete
  5. Keliru. Samada aku keliru atau kamu gua yang keliru?
    PTPTN perlu? kekalkan? dimansuhkan?
    Tunggu PRU nanti, tukar kepala tukar PTPTN! Berani! Mesti!
    Confirm buat? Pasti buat? haram...
    confirm!
    Sehingga sesudah itu pun kita akan masih berbahas lagi.
    Menyelit, menyelusup dan bersembunyi semuanya salah,
    abis apa yang betul? menyelit menyelusup dan bersembunyi
    Berdalih...

    PTPTN penzaliman?
    Seperti ianya PTPTN seperti itulah PTPTN 50 tahun 100 tahun dulu,
    seperti ianya PTPTN itulah kebanyakan negara universiti.
    Cuma, pertimbangkan. Jasa baik. Minta elok2. Tolonglah kami.
    Aku ni orang susah, nak belajar tinggi nanti dapat gaji.
    Duit takde, malas, nak senang, leceh, , , , ,
    Tolong ye.. seperti termaktub dalam slogan Rakyat dulukan..

    Menyelit, menyelusup, bersembunyi dan berdalih-dalih..
    Keliru konon.
    az

    ReplyDelete
  6. Anonymous : Amboi saudara/i bersyair pula dibulan Ramadhan. Baru lepas dengan lagu Keliru dari Ajai dan Nurul ke?

    ReplyDelete