Wednesday, January 11, 2012

MENUNGGU SIANG

Malam sering sahaja menyeksa hati dia. Kadang resah. Kadang sedih. Yang pasti, rindu. Kadang menyerah. Kadang melawan. Yang pasti, tak pernah goyah. Malam itu sekali lagi dia merasakan bulan menggigit hatinya. Bintang menghempas mukanya. Malam yang gelap pekat buat dia sepi. Sesekali salakan Johnny memecah sunyi. Mahu rasanya dia merisik Johnny sebagai anjing angkat. Dapat juga dijadikan teman merokok dan berbicara soal hati.

Malam masih malam. Belum ada tanda datangnya siang. Seperti mayat hidup. Menunggu di celah lahad yang gelap dan sempit. Akan datangnya Sang Peniup Sangkakala. Tilam nipis itu terus renyuk dikerjakan bosan. Kesejukan lantai konkrit padu terasa ke sangkar dada. Bantal empuk cuma dijadikannya penghangat buah pelir. Dari sebalik selimut tipis dia bermonolog perlahan,

Kalau malam untuk terseksa merindu; aku mahu selamanya siang!

No comments:

Post a Comment