Monday, January 30, 2012

REVIEW: NGERI (FIXI)



Sebuah lagi buku keluaran Fixi yang berjaya gua nodai. Buku ini berjaya gua habiskan dalam masa 3 jam. Mungkin kerana muka suratnya yang tidak terlalu banyak atau gua yang sedang 'rindu'. Gua rasa mungkin kedua-duanya. Jujur ya. Kalau dari awal gua tahu buku ini tentang kisah pembunuhan, gua rasa tak mungkin gua gunakan voucher gua untuk buku ini. Tapi mungkin juga tidak, kerana semua keluaran Fixi gua borong sekaligus. Kah kah kah. Gua rasa ini kali pertama buku dalam genre ini yang gua berjaya habiskan dalam masa sesingkat ini.

Ceritanya yang berkisarkan Sam, Jo dan Rehan, penuntut universiti jurusan perfileman yang sedang menyiapkan tugasan kuliahnya. Semua skrip yang dihantar mereka sebagai tugasan kumpulan di'reject' oleh pensyarah mereka. Satu persatu skrip yang di'reject' ini menjadi kenyataan. Pembunuhan kejam yang mana jalan cerita bulat-bulat dari skrip yang dihasilkan. Penyudah yang gua rasa ramai pembaca dapat teka siapa dalang sebenar. Penulis cuba bermain dengan jalan cerita apabila menunjukkan seolah-olah Sam adalah dalang semua pembunuhan memandangkan beliau yang bertanggungjawab menghasilkannya. Penulis juga cuba memberi teka-teki kepada pembaca dengan sikap pensyarahnya yang me'reject' setiap skrip yang dihantar kumpulan Sam. Pembunuhan Harta Karun Mayat agak tergantung akan hubungan mangsa dengan Sam memandang mangsa-mangsa sebelumnya ada hubungan secara tidak langsung dengan Sam. Penulis memberi sedikit kejutan apabila dihujung muka surat dia bercerita akan keterlibatan Rehan. Tidak terlalu ngeri sepertimana tajuknya memandangkan cara pembunuhan tidak ditelitikan. Bagi gua, buku ini akan lebih ngeri kalau cara pembunuhan diceritakan dengan lebih 'deep'. Baru ngilu buah zakar yang membacanya. Kah kah kah. Apa-apa pun masih bagus-untuk-dibaca. Ok lah gua nak makan nasik sekejap. Next!

No comments:

Post a Comment