Tuesday, December 22, 2009

PENGALAMAN SAYA MENJADI OTROMEN

pagi itu gua bangun awal. gosok gigi guna ubat gigi kodomo lion. mandi pakai sabun lux. hati gua berbunga-bunga nak gi piknik. nak gi main ombak di batu feringhi. gua mandi kejap takut nanti dah sampai feringhi tak syok nak main air. cilake! gua dah siap mandi tapi yang lain masih berlingkar dalam selimut. gua gegar sekor-sekor suruh gi siap. sempat gua pijak belakang boy sebab pura-pura tidur. gua selongkar bakul gua cari seluar bunga-bunga. gile tak hawaii gi pantai pakai seluar tak de bunga.

berejam tunggu sekor-sekor siap. sampai nak melimpah asbak gelas gambar bunga raya rumah gua. gua batalkan niat nak buat sandwich selepas teringat yang harga sardin melambung ketika itu. disebabkan kenderaan empat roda ada satu manakala penumpang ada lapan maka kami memutuskan untuk menggunakan pacuan dua roda meskipun pais ngan sam pandai teknik mengecilkan badan. masing-masing tak sanggup mengambil risiko terhidu gas beracun amir yang mungkin meletus bila-bila masa. naik moto baru azroy.

selepas abis sebatang rokok berbincang tentang laluan yang akan kami tempuhi, maka tepat pukul12 tengahari yang membakar ubun-ubun kami bertolak dari permatang pauh. kami menggunakan sistem transit feri untuk ke seberang. amir sempat bergambar ala-ala titanic kat depan feri. mak cik jual kacang rebus tunjuk muka tak puas hati sambil tunjuk gaya nak baling selipar.

sampai seberang kami meneruskan perjalanan kerumah mamu untuk sesi makan tengahari. kasi tambah power sebelum kuak lentang. kami dihidangkan nasi tomato ngan laksa penang hasil air tangan mak mamu. sambil makan tengok diari akedemi fantasia. bai makan sampai jilat pinggan ari. lepas sesi tambah power kami ke aktiviti outdoor kat buai rumah mamu. fogging pung pang pung pang. pukul4.30 kami meneruskan perjalanan. pau air sirap mamu dua botol buat isi tank di feringhi.

sampai feringhi kami bergerak mencari port. dah macam ada satu ikatan yang kukuh antara kami. tanpa disuruh semua bergerak ke bawah pokok dekat amoi pakai bikini. bai sempat kena sedas kat dahi ngan gua sebab cuba kencing kat batu konon-konon nak tanda kawasan. amoi-amoi berbikini mula bergerak tukar port selepas tindakan kurang bijak dari bai. cilake lu bai.

tanpa membuang masa gua terus bukak baju dan menuju kepantai. gua perasan awek-awek keliling gua dok usha muscle gua. gua buat rilek macam rosyam nor. gua jogging tepi pantai sambil rambut gua berterbangan ditiup bayu. terasa hensem. tanpa gua sedar ada sekor anjing ikut berlari tepi gua. cilake punya anjing. melompat-lompat manja macam cite baywatch. gua dah la malas nak samak-samak.

"nyah kau anjing liar!!",bentak gua keras.

gua dapatkan step yang sesuai. berlari menuju pantai lalu lompat pusing-pusing dan jatuh ke air dengan percikan minima. kuak lentang, gaya kupu-kupu sekali dengan renang berirama semua keluar. gua keluarkan skill mandi sungai gua. panjat bahu dan melipat kebelakang tiga kali. tengah syok kuak lentang datang mat salleh dekat gua suruh panjat bahu dia dan melipat ke belakang tiga kali.

"foot on shoulder",dia berbahasa inggeris ngan gua.

gua speaking jap ngan dia borak pasal perkembangan dunia bisnes. orang macam gua memang kena ramai contact. lagi-lagi dari luar negara. lepas borak gua tunjuk skill lipatan dari timur gua dibantu skill angkatan bahu dari barat nya. hasil dari kekuatan bahunya dan kehebatan gua melonjak, gua meluncur bagaikan roket keudara.

"macam roket sial!",gua dengar ari jerit time gua kat udara.

awek-awek histeria jerit sambil tepuk tangan. member-member gua gigit bibir sambil komplot nak tanam gua dalam pasir.


beberapa minit sebelum tindakan kurang bijak dari bai.


bergambar dengan pahlawan pantai.


gambar bajet.

12 comments:

  1. hehee
    cite pnjg bjelaa
    besh oo
    da lame ta g feringgi :)

    ReplyDelete
  2. iZz♥h : kt fringhi cik izzah hehe

    eiza in the house : gua ade sbb tu sweet ekeke

    fathiahRAIHANA : aaa jom la pigi!!!

    imHepPie : sexy lg mengiurkan..

    ReplyDelete
  3. cilakak! member lu kencing kat tempat gua!


    tu kat bayu senja kan? blakang park royal..
    gu jumpa tompokan air mazi lu...

    ReplyDelete
  4. ni cite sejarah ni.hahaha
    aiseyh yeye aku ingt ko nak jd otromen real.

    ReplyDelete
  5. greenhall : haaa kat blakang park royal..limau ais dpn park royal terbaekkkkk!!!!

    フリヤブラズ : jd otromen r tu..terbang ke langit ekeke

    ReplyDelete
  6. hahaha cerita sengal kaw ni,buat aku selalu tergelak manja

    ReplyDelete
  7. i'm_siCK_n_tiReD : ni otromen..

    Cactus : oh i like gadis manje..grrrrr..

    ReplyDelete
  8. ko nak menambah hiperbola mmg bagus..

    bila lak aku cakap "macam roket sial!!! aahahhaha"

    ReplyDelete