Saturday, May 16, 2009

CINTA ADAM DAN HAWA

masuk hari ni dah seminggu faizal tak jumpa aisyah. buah hati kesayangan faizal. masuk hari ni jugak dah seminggu faizal tak lalu makan nasi ayam kesukaan nya. faizal kerap berkurung didalam bilik sambil hanya menanti sabar henpon nokia 3310 nya berbunyi. faizal begitu rindukan aisyah. faizal dan aisyah merupakan sepasang kekasih yang kini sedang menuntut disebuah institut pengajian tinggi awam di kolumpo. sempena cuti pertengahan semester, aisyah pulang ke kampung menemui keluarga tersayang dan meninggalkan faizal keseorangan di kolumpo. faizal benar-benar rindukan aisyah.

selama seminggu ini mereka langsung tak berutusan mesej. bergayut pulak baru sekali. faizal sengkek. faizal tak boleh selalu topup. faizal tak boleh selalu call aisyah. aisyah pulak langsung tak topup sepanjang seminggu dikampung halaman. aisyah pun tengah sengkek macam faizal lagipun dia sibuk menolong ibunya dikedai runcit keluarga mereka dikampung. walaupun berjauhan faizal tak pernah menduakan aisyah. faizal cintakan aisyah. cinta faizal cinta sejati. masa call aisyah 3 hari lepas faizal menangis macam anak kecil yang sesat kat supermarket. dia teramat rindukan aisyah. faizal suruh aisyah cepat-cepat balik. aisyah pujuk-pujuk faizal. aisyah suruh faizal sabar. mereka tak sempat cakap lama-lama. kredit faizal habis. faizal topup rm3 je.

pagi tu faizal bangun awal. faizal pergi topup rm3. faizal nak call aisyah. faizal tahu hari ni aisyah balik. faizal betul-betul teruja nak jumpa aisyah. faizal rindu aisyah. balik rumah faizal terus call aisyah. mereka borak kejap je sebab faizal hanya topup rm3. aisyah suruh faizal jemput kat stesen bas. aisyah balik petang ni. malam nanti aisyah sampai. sebelum letak henpon faizal cakap ai lap yu kat aisyah. hati faizal berbunga-bunga. faizal tak sabar-sabar nak jumpa aisyah malam ni.

malam tu malam yang gelap bertambah pekat dilitupi awan hitam. hari nak hujan. angin bertiup kencang. aisyah cakap dia sampai lebih kurang pukul10 malam. tapi faizal keluar awal sebab hujan dan nak turun. lagipun faizal tak nak aisyah tunggu dia lama-lama. faizal tak nak ada orang kacau awek kesayangan dia. faizal nak jumpa aisyah cepat-cepat. faizal rindu aisyah.

faizal keluar rumah hujan mula turun. lebat. guruh berdentum menyergah umat manusia yang alpa. kilat sabung menyabung menerangi malam yang gelap pekat. faizal semakin memecut motosikal nya. faizal basah lenjun. faizal tak kisah. biar dia basah asal kan dia dapat jumpa aisyah. demi cintanya pada aisyah sungai klang sanggup dia renangi. ini kan pula hujan. faizal memecut laju sambil badan nya menahan butir-butir mutiara yang jatuh dari langit hitam.

sampai stesen bas faizal dah basah lenjun. faizal tunggu aisyah disuatu sudut sambil mengelap mukanya yang basah dengan baju basahnya. seketika kemudian faizal ternampak satu susuk yang cukup dikenalinya. aisyah. hatinya cukup gembira. dia tersenyum sambil melambai-lambai kearah aisyah yang baru turun dari bas. aisyah tak nampak. faizal menjerit memanggil aisyah. tiba-tiba guruh berdentum garang.

aisyah berpelukan mesra dengan seorang lelaki sambil berlari-lari anak macam dalam cerita baywatch mencari tempat berteduh. faizal terpaku. bas yang aisyah naik bukan dari utara sepertimana negeri kampung halaman nya. tapi dari genting highland. hati faizal hancur menjadi keping-keping. hati nya terasa pedih dan ngilu seperti disambar kilat yang sabung menyabung dilangit hitam. mata faizal berkaca. sementara disuatu sudut aisyah sedang berkucupan mesra dengan seorang lelaki berlatar belakang hujan lebat yang turun dari mata faizal.

3 comments:

  1. "tiba-tiba guruh berdentum garang."

    terdengar2 sound effect dia. pergh!

    ReplyDelete
  2. ciss..yang ni pun sedih! bagi aku kopi kaw-kaw satu!

    ReplyDelete