Saturday, May 16, 2009

YOUR HAND IN MINE

perkenalan selama setahun dengan ariana betul-betul mengubah kehidupan safuan. jika dahulu safuan seorang yang selalu ditindas dan mudah mengalah, kini safuan menjadi lelaki yang lebih tabah. safuan kini lebih kuat. arianna selalu menenangkan safuan disaat safuan tertekan dan berduka. safuan pula sentiasa disisi arianna dalam setiap apa jua situasi. gelak tawa dan tangisan mereka dikongsi bersama. tidak ada rahsia antara mereka. safuan percayakan arianna. arianna percayakan safuan.

awal nya perkenalan mereka adalah secara tidak sengaja didalam laman sesawang myspace. sebulan selepas itu ikatan persahabatan mereka menjadi lebih erat setelah berhubung melalui telefon. hampir setiap hari mereka akan berbual melalui telefon. hampir setiap saat mereka berutus sms. sms berganti sms. hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. lama kelamaan hubungan persahabatan mereka mula bertukar kepada hubungan yang lebih serius. bunga-bunga kecil berwarna pelangi mula tumbuh mewangi didalam taman hati mereka. bibit-bibit cinta mula menguntum bersama bunga-bunga kecil berwarna pelangi. safuan sayangkan arianna. arianna sayangkan safuan. mereka amat menyintai satu sama lain. cinta mereka cinta sejati. tetapi mereka tak pernah bertentang mata. hubungan mereka hanya melalui internet dan telefon.

setelah setahun berlalu safuan dan arianna memutuskan untuk berjumpa buat pertama kali. petang itu arianna menunggu safuan disebuah restoren makanan segera kfc tepat pukul 5 petang seperti yang dijanjikannya dengan safuan. arianna mengenakan sepasang baju kurung putih berbunga-bunga kecil. rambutnya yang hitam berkilat diikat kemas dengan pengikat rambut berwarna merah jambu. arianna cukup ayu. ditangan kanannya yang putih gebu terpegang sekeping kad yang dicoretnya khas buat safuan. coretan isi hatinya. arianna menunggu safuan disatu sudut restoren dengan hati yang berdebar. beberapa minat lagi dia akan bertemu dengan orang yang menemani hatinya selama setahun ini.

jam yang memeluk tangan kirinya menunjukkan pukul 5.45 petang. arianna gelisah. safuan masih belum muncul. tetapi arianna tetap sabar menunggu. arianna terlalu ingin menemui safuan. arianna cintakan safuan. saat berganti minit. minit berganti jam. pukul 7.32 malam safuan masih belum muncul. mata arianna mula ditakungi manik-manik putih. jiwanya sebak. hatinya terasa ngilu seperti ditusuk kaca. arianna tekad untuk pulang. arianna betul-betul kecewa. hati arianna hancur berkecai dipecahkan orang yang sangat dicintainya. kad untuk safuan ditinggalkan diatas meja. arianna bangun meninggalkan kerusi dengan hati yang remuk. airmatanya jatuh keatas kad yang ditinggalkan.

"arianna...", satu suara memanggilnya dari belakang.

arianna menoleh. seorang lelaki melirik sebuah senyuman untuknya dengan mata yang berkaca. arianna tersentak. lidahnya kelu. hati nya sebak. airmatanya mula membasahi pipinya yang berlesung pipit. mengalir laju. safuan sampai lebih awal dari arianna. tapi safuan takut. takut arianna tidak dapat menerimanya. dia serba kekurangan untuk seorang gadis seperti arianna. safuan tak seperti insan biasa yang lain. dia berkerusi roda. dia dilahirkan tanpa sepasang kaki...

2 comments:

  1. sob.. sob.. sob..

    err.. tapi bila "your hand in mine" tu?

    tade pon incik? aduiyai..

    *sila jangan marah*

    ReplyDelete
  2. aku suke entri nih..perghh pecah rekod gua hampir-hampir cry bace entry! hahahah demyu!

    ReplyDelete