Saturday, August 22, 2009

MERIAM PT.2

pak cik umum puasa ngan raya cakap esok start puasa. bermakna malam nanti upacara pecah dara meriam mega kitorang. petang tu gua, pais ngan kerel gi usha port. lazim takde sebab balik kampung untuk menunaikan satu ramadhan bersama yang tersayang. kitorang pilih port yang sedikit berbukit dan bersemak tepi perumahan baru siap belakang uitm. senang sikit nak nyorok kalau kena rush. kitorang sengaja hala meriam mega kearah uitm kasi gegar sikit pak guard yang selalu saman gua. cilakak!!!!

malam tu gua dapat undangan bbq dari member gua. bakar ayam bukan babi. bermakna gua takde dalam upacara pecah dara tu nanti. syial. ni citer member gua.

*********************************************************

malam tu pais, kerel ngan beberapa lagi rakan gi port bawak meriam mega ngan bahan-bahan pengeboman. setting-setting tempat. tanam dalam tanah sikit taknak kasi meletup, pecah, terpelanting kena muka lalu mati ditempat kejadian. letupan pertama tak memecahkan dara. bunyi cam kentut. karbaid sikit air banyak. punya la syok diorang setting melarat main sampai tengah malam. bunyi takyah cakap r. bergegar satu permatang pauh. bangga kejap gua ngan meriam mega yang gua hasilkan. tengah syok-syok main diorang pulak kena gegar ngan penduduk. mencicit lari. bodoh!!! sape suruh main sampai tengah malam. baru satu malam main dah kena gegar. syial. dalam kejadian tu kerugian dianggarkan melebihi harga stok rokok untuk sebulan. meriam mega kitorang terkorban. hancur berkecai kena pelangkung ngan penduduk. pelita ayam oldskool dua bijik terkorban, selipar gua yang kerel pakai pun terkorban jugak. tenaga kitorang terbuang sia-sia. nasib baik karbaid sempat bawak lari. malam tu jugak alip balik rumah naik kereta polis sebab time lari terserempak polis. ic pulak tak bawak. alasan alip macam celaka. keluar jalan-jalan sebab tension study.
cilakak!!!! gua tak de waktu kejadian!!!

tu bi kontiniu....

nota kaki : projek kedua menyusul selepas ini. mana boleh tahan gua ngan lazim tak main lagi. meriam the return!!!!!!!!

3 comments:

  1. nak lancar kat shah alam pulak ke lepas nih...
    haih...meh tolong pasang satu kat Langat nih..
    =p

    ReplyDelete
  2. sape ajok g bbq??awek ko??huahuahua

    ReplyDelete
  3. selamat seliper jer terkorban...
    klu org yg pki seliper..??
    cis2!

    ReplyDelete