Sunday, April 12, 2009

TELINGA AKU ATAU MULUT DIA?




Semalam aku mengalami pengalaman salah paham yang cukup mendebarkan hati dan mengecutkan telur. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku rasa lebih hensem kalau aku mulakan carutan ni dengan sedikit teori tentang salah paham. Lebih specific nya adalah salah info. Sebab salah paham ni banyak pulak cabang-cabang dia. Selama beberapa hari aku memerhati susuk-susuk disekeliling aku untuk mencari punca salah info yang sering berlaku. Tak mudah beb. Sepanjang research ni gua banyak termenung dan tersenyum. Terima kasih kepada mereka yang telah melakukan salah info didepan aku kerana dengan adanya mereka aku dapat menyiapkan thesis aku ni.

Mengikut pemerhatian aku terdapat dua punca salah info yang sering berlaku dikalangan manusia normal. Yang tak normal tak tau r pulak sebab gua normal. Yang pertama ialah salah mulut yang memberi info. Aku tak tau la ni jenis mulut longkang ke apa sebab nanti suka nak cakap belit-belit dan tambah-tambah cerita. Punca kedua pulak salah telinga yang menerima info. Yang ni pun satu hal jugak memang dilahirkan pekak ke saja buat-buat tak dengar aku pun tak tau la. Nanti gua siasat lagi.
Ok jom kita baca pengalaman yang gua alami semalam pulak.

Aku bangun tidur tengahari semalam nampak r member aku dok main enset dengan muka tensen. Untuk pengetahuan kalian wahai para pembaca budiman member aku ni baru lepas putus cinta. Biarlah aku namakan beliau dengan nama Amir(bukan nama sebenar). Amir dulu seorang playboy yang berjaya. Semua awek dia nak sapu. Ditakdirkan bulan lepas dia jumpa seorang awek yang betul-betul membuatkan api cinta dalam jiwa nya membara dan membuatkan hati nya berdegup kencang tatkala merenung kedalam mata gadis ini. Cinta Amir sungguh sejati lagi suci dan awek tu berjaya mengubah Amir. Kuasa cinta. Dua tiga hari lepas aku dapat tahu Amir kena tipu. Gadis itu ternyata seorang playgirl. Nah buku bertemu ruas. Amir merana. Jiwanya bergelora. Cukup info tentang Amir.

“Mir, ko nak tensen-tensen ni nape?rilek r. bunga bukan bukan sekuntum” gua berfalsafah.

“bukan la. Aku tengah bengang ni. Dari semalam aku tak leh konek”

Aku tersentap. Hati aku berdebar. Telur aku menggeletar. Tak mungkin. Tak mungkin secepat ni Amir berubah. Aku ketakutan. Kat rumah tak ada orang. Hanya aku dan dia. Aku tak redha teruna aku hilang kepada seorang lelaki. Tidak. Aku tak sanggup tinggal dengan seorang lelaki yang suka KONEK. Tidakkkkkkkk!!!!!!!!

“woi ko pehal?” Amir mematikan monolog aku.

“errr aku tau r ko tengah frust tapi tak kan r sampai jadi camni” aku menjawab dalam ketakutan.

“ko cakap ape ni sial?” Amir bertanya sambil menggaru telurnya. Aku menggelabah.

“errr tadi ko cakap dari semalam ko tak leh konek. Ko biar betik. Tak kan r ko main ngan jantan pulak skang. Ko jangan…” aku memberanikan diri memberi nasihat.

“babi ko!!! Ni ha henset aku tak tau r dari semalam tak leh konek ngan internet bodoh!!!” Amir marah-marah.

“Tu CONNECT bukan KONEK. Syial. Lain cakap biar terang” hati aku berbunga dengan kata-kata kesat.

Namun jauh disudut hati dan sanubari aku merasakan kelegaan yang teramat sangat. Bukan kerana dia tak beralih arah tapi kerana teruna aku tak hilang kepad aseorang lelaki. Yang paling penting gua masih teruna yang suci lagi murni.
Siapa yang salah? Telinga aku atau mulut dia?

2 comments:

  1. woahahahahahhahahahahah sial ahahahhahahahahahahahahha berguling guling aku ahahahahhahahahahahhahaha

    ReplyDelete
  2. haha

    its funny u noe dat

    tanks makin my day nicer

    ReplyDelete