Thursday, April 30, 2009

AKU SEORANG LOSER

Aku pelik walaupun sitemeter aku menunjukkan lebih 50 orang sehari usha blog aku tapi komen ciput je. Hari ni aku rasakan keloseran yang teramat. Namun begitu aku tetap rasa gembira dengan feedback yang aku dapat. Seorang pengkritik yang tak dikenali telah mengkritik salah satu karangan aku. Jangan salah paham. Bukan semua. Satu je ok. Beliau mengatakan salah satu karangan aku punya sedikit kesamaan dengan karangan blog anak mat nor. Ye aku mengaku ada sikit persamaan dalam karangan tu. Terima kasih. Aku betul-betul perlukan dan hargai komen membina seperti ini. Terima kasih daun keladi.

Terus terang aku katakan yang aku banyak dipengaruhi blog-blog best seperti blog anak mat nor, sepi itu indah dan hilang punca. Aku pembaca tetap blog ini. Mungkin kadang-kadang aku ingin hebat seperti mereka dan terciplak idea mereka. Sorry(cakap macam amir raja lawak). Aku masih baru lagi dalam bidang penulisan ni. Aku masih belajar dan tercari-cari identity aku. Ceh. Jiwa rasa gelora ni pun tak sampai 2 bulan pun lagi. Kalau anak ayam masih dalam telor lagi. Aku yang loser berikrar akan lebih berhati-hati dalam menulis karangan selepas ini. Aku tak nak dikenali pembelog kontroversi. Aku tak nak masuk melodi. Aku tak hingin. Aku mintak maap kepada semua. Terima kasih lagi sekali kepada pengkritik yang tak dikenali. Akhir sekali terimalah serangkap pantun dari aku yang loser sebagai penutup kata…

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolok kan,
Gua si loser baru nak belajar,
Kalau salah tolong komen kan.

2 comments:

  1. hehe...jangan mudah mengaku looser..setiap perkatan adalah doa tauuu...no comment doesn't mean tak bagus..mungkin yang membaca tu jenis makhluk pendiam yg tak suka meninggalkan jejak..kikiki...macam saya,saya suka meninggalkan jejak supaya boleh pose vogue kat orang.(^_^) moral of the story..blog saya bukannya tade org nak komen,'ter'tengok pon tade..lagi seddeyh..(simpati la...rajin2 singgah bawak donut ye!)

    ReplyDelete
  2. hurmm.. betoi betoi..

    lek lek..saye pon baru setahon keledek... memblogging pon takut2 kalo dikritik hebat.. tp takpe..ni blog kite..so suke hati la nk tulis pe.

    neway..i like your writing.. gelak2 sorg2 aku bace!! sialan tul.. **tu pujian ok!**

    k enough komen cliche.

    tata orang kopi.

    ReplyDelete