Tuesday, March 31, 2009

MANSUHKAN ISA!!!

Sehingga hari ini lebih 4000 orang telah mnjadi tahanan tanpa bicara oleh akta si pemerintah demokrasi kuku besi yang diberi nama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta zalim yang melanggar hak asasi manusia ini telah ditubuhkan pada 1960 yang mana tujuan asalnya untuk mengekang pengaruk komunis selepas berakhirnya Ordinan Darurat 1948.

            Akta ini mungkin dianggap penting pada waktu itu tetapi untuk meneruskannya sehingga kini adalah sama sekali tidak masuk akal dan tiada sebab munasabah untuk meneruskannya kerana zaman komunis sudah lama berakhir. Meskipun dari masa kesemasa ia ditentang keras oleh pelbagai pihak supaya memansuhkan akta ini, namun pemerintah kuku besi ini hanya membutakan mata dan memekakkan telinga seolah-olah isu ini hanya isu kecil sekecil burung punai mereka sahaja. Pelbagai program telah dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang dianggotai oleh lebih 80 badan bukan kerajaan untuk menbantah akta ini berjaya menarik sebahagian besar rakyat Malaysia yang prihatin, namun gagal menyucikan hati zalim pemerintah yang tetap mempertahankan akta ini.

            Antara mereka yang pernah merasai kehidupan didalam neraka dunia ciptaan manusia ini adalah Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Hishamuddin Rais, Nik Adli Nik Abdul Aziz dan ramai lagi. Tidak diperlukan waran tangkap untuk menyumbat mereka ini kedalam lubang neraka ini, yang diperlukan hanyalah arahan daripada syaitan-syaitan pemerintah yang merasa tergugat dengan kehadiran mereka didalam kancah politik tanah air. Tidak diperlukan bukti untuk mensabitkan kesalahan mereka kerana segala pertuduhan adalah merupakan bukti kukuh untuk menyeksa mereka yang tidak bersalah. Tahanan dilayan persis seekor anjing. Sepak, terajang, caci dan maki adalah makanan wajib yang harus ditelan tahanan dan emosi mereka terus menerus dihukum sepanjang berada dineraka ini. Yang tidak kuat pastinya akan mengakui segala pertuduhan yang dilemparkan.

            Nik Adli yang merupakan anak MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diseksa disini selama 5tahun bermula pada 2001 atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikatakan mengancam keselamatan negara. Semasa di Pakistan, beliau bersama rakan-rakan yang lain telah terlibat dengan jihad Afghanistan. Jihad ini adalah untuk membebaskan bumi Afghanistan dari cengkaman zalim Rusia. Namun atas telunjuk Amerika beliau telah ditangkap oleh kerajaannya sendiri yang telah menjadi penjilat bontot Amerika dan telah disumbat kedalam ISA. Jihadnya mengikut jalan Allah telah disekat dan dituduh sebagai pengganas pula. Nauzubillah.

            Syed Husin Ali pula ditahan selama 6 tahun bermula 1974 selepas menyertai demonstrasi pelajar yang memperjuangkan petani miskin yang tertindas pada waktu itu. Kelantangan beliau untuk mendapatkan keadilan ini telah dipatahkan dan dihukam dengan ISA. Penahanan setiap ‘pesalah’ ini adalah sama sahaja dimana tahanan tanpa bicara ini hanya memerlukan pertuduhan sahaja sebagai bukti kukuh untuk menahan dan menyiksa mereka di ISA. Tidak perlu perbicaraan, bukti dan saksi untuk disabitkan kesalahan. Jangka masa tahanan juga dengan sewenang-sewenangnya sahaja ditentukan orang atas.

            Akta ini jelas harus dimansuhkan dari dulu lagi. Presiden baru AS, Barrack Obama telah berikrar untuk menutup Kem Tahanan Guantanamo atas dasar keadilan dan kemanusiaan tetapi kerajaan kita yang maha ini masih lagi ingin mempertahankan Kem Kemunting ini. Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya menganut agama islam, pemerintah yang mengaku beragama islam iaitu agama yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman seharusnya malu dengan tindakan yang telah diambil Obama ini. Oleh itu seharusnya kerajaan mengambil langkah segera bagi memansuhkan akta ini dan kem tahanan nya ditutup sama sekali. Setiap tahanan harus dibicarakan bukannya diseksa sehingga mereka mengakui kesalahan mereka. Harus diingat semua manusia baik, jahat, ahli politik ataupun pengutip sampah mereka tetap punya hati, perassaan dan maruah diri. Kita sebagai makhluk ciptaanNya adalah tetap sama disisi Yang Maha Esa.

Bersihkan Kemunting,

Mansuhkan ISA!!!

1 comment:

  1. kalo mansuh kan ISA,negara malaysia jd mcm thailand la...rusuhan merata-rata,ekonomi lumpuh...bla.bla..bla

    ReplyDelete