Tuesday, March 31, 2009

MANSUHKAN AUKU!!

 

“Anak muda yang tidak melakukan kesalahan atau kesilapan adalah anak muda yang telah dituakan. AUKU bertanggungjawab menuakan jiwa berani anak muda segala bangsa dalam negara kita ini.” – Hishamuddin Rais ( Keganasan, Penipuan & Internet)

 

            Selama 37 tahun minda anak muda khususnya pelajar institut pengajian tinggi di kawal dan di kurung oleh pemikiran si tua bangka yang bernama pemerintah. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) diwujudkan oleh mereka yang berfikiran cetekyang kononnya dengan akta ini para pelajar dapat memberi sepenuh perhatian terhadap bidang akademik. Oleh itu pemikiran pelajar tidak akan di ganggu gugat dan dibebani oleh aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan akedemik. Tetapi ternyata ini hanyalah omongan kosong dan alasan bodoh dari sidungu yang gilakan kuasa.

            Anak muda merupakan bakal pengganti kepada si tua bangka yang memerintah hari ini. Oleh itu, pemikiran anak muda tidak seharusnya di sekat kerana waktu ini lah waktu untuk meneroka segala macam benda di atas dunia yang indah ciptan Ilahi ini. Ilmu bukan setakat mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa inggeris sahaja malah turut merangkumi ilmu sosisal, politik, ekonomi dan sebagainya. Anak muda yang bakal menjadi pemerintah ini seharusnya menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu ini supaya tidak menjadi pemerintah yang cetek pemikirannya yang akhirnya terpaksa menyerah kan kuasa setelah hanya beberapa purnama memerintah. Waktu muda lah waktu untuk menjadi berani bukan nya setelah di jempu kubur ke liang lahad nya.

            Kewujudan AUKU sebenar nya tidak pernah ada kepentingan untuk anak muda melainkan hanya untuk kepentingan politik si pengamal demokrasi kuku besi. Mereka sedar bahawa anak muda berupaya memahami dan menilai siapa yang harus memerintah dan siapa yang harus diperintah. Oleh itu dari awal lagi ank muda dipagar dengan AUKU supaya tidak terpesong dari jalan yang dilukis mereka. Dengan ada nya AUKU tak akan ada lagi anak muda yang bangun untuk mempertahankan hak-hak merreka yang ditindas dan mengkritik dasar yang membebani rakyat sepertimana Demonstrasi Pelajar 1974 yang membela nasib petani di Baling. Bukan kerana tidak mengambil tahu tetapi mungkin kerana takut dengan dasar-dasar AUKU yang memungkinkan di berhentikan pengajian atau…ISA. Siapa tahu?

            Sewaktu demam pilihan raya kecil Permatang Pauh antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Arif Shah, tiba-tiba MB Selangor, Dato’ Khalid Ibrahim menyuarakan cadangan untuk memberi kemasukan kepada kaum cina dan India ke dalam UiTM. Bukan hendak menghina bangsa sendiri, tapi jika di piker secara matang cadangan ini ada bernas nya kerana jika di kira berapa peratus sahaja pelajar bumiputera yang berjaya menamatkan pelajaran di UiTM dan lebih baik peluang ini di berikan kepada yang betul-betul berkelayakan. Tetapi semuanya tiba-tiba menjadi sensitif apabila bercakap tentang bangsa. Pelajar-pelajar tiba-tiba berani bangun bersuara dan berdemonstrasi membantah cadangan ini. Mana AUKU yang sepatutnya menghalang pelajar berdemonstrasi? Tidak ada. Kerana demonstrasi ini memberi kebaikan kepada pemerintah. Bahkan merekalah yang membesarkan perkara ini dan sekaligus menimbulkan sensiviti kepada orang melayu. Tetapi yang peliknya pelajar-pelajar berani ini tidak tidak turun berdemonstrasi ketika kerajaan menyarankan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik? Bukankah ini menodai kehormatan bahasa ibunda kita? Bukankan melayu pantang dicabar? Herm melayu mudah lupa.

            Bebarapa hari sebelum pilihan raya kecil ini pelajar-pelajar UiTM Pulau Pinang tiba-tiba diwajibkan modul yang kononnya modul kenegaraaan. Disini, bermodalkan hak keistimewaan bumiputera, pelajar-pelajar ditakut-takutkan tentang betapa buruknya jika Pakatan Rakyat menjadi pemerintah. Dengan aura perkauman yang membara Anwar Ibrahim harus dihalang dari memenangi pilihan raya ini. Harus diingat bahawa parti pemerintah sekarang bukan milik bumiputera sahaja. Mereka juga bersekongkol dengan Cina dan India. Jadi mengapa soal perkauman ini harus diperbesar-besarkan? Ada yang bangun cuba membantah, ada menentang dalam takut tetapi yang memalukan adalah terlalu ramai yang termakan dengan tipu helah ini. Bodoh. Mana AUKU yang sepatutnya menghalang segala bentuk kempen politik didalam universiti? Tidak ada. Kerana AUKU adalah senjata dan perisai politik pemerintah. Mereka berkuasa untuk menggunakan dan menyimpannya sesuka hati mereka.

            Sedarlah wahai anak muda bahawa AUKU bukanlah diwujudkan untuk menjaga kepentingan kita, ia semata-mata untuk kepentiingan poitik pemerintah yang memikirkan bahawa dengan kuasa membolehkan liang lahadnya disadur dengan emas. Sedarlah, hari ini kita telah dicairkan dan dituang kedalam acuan tua mereka. Minda kita dicantas dan jiwa kita telah ditambat dengan senjata mereka yng benama AUKU ini.

Mansuhkan AUKU!!!

 

No comments:

Post a Comment