gua try-try tak dapat. gua try-try tak dapat. meyirap pun ada. dulu gua pakai laptop cap hp. tapi disebabkan sikap panas baran gua, laptop tu sekarang gua syak dah jadi tukun dekat tasik shah alam. sebab tu sekarang gua layan apple pula. gua memang tak berkira kalau pasal harga. yang penting gua puas hati. gua syak apple gua pun nak jadi tukun juga. tapi nasib baik sekarang gua dah pandai sedikit kawal panas baran gua. kalau tak, kalau bukan barang-barang, mesti orang sekeliling gua yang menjadi mangsa.
esok nya gua kerja. pagi. macam biasa gua kerja dengan disiplin yang A tanpa aktiviti-aktiviti mengular layan cap helang. gua berdisiplin bukan apa, gua cuma tak nak menghampakan harapan kerjaan satu malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
balik kerja gua layan teh tarik the serai dulu. kasi pung pang pung dulu. badan yang rajin bekerja harus diberi ganjaran. balik rumah gua kasi on gua punya apple. macam biasa kasi facebook dulu satu kali. gua set kepada mode offline. malas nak melayan stalker-stalker dan secret admire gua. gua bukak lagi satu tab. jari jemari mulus gua tangkas menekan keypad bagaikan kerani uitm yang suka makan gaji buta. peh!
gua hantar khidmad pesanan ringkas kat abah gua di kampung halaman. padat dan ringkas. lulus semua. macam biasa. dekan. send. sebatang cap helang kemudian blackberry gua memekak. gua ingat nak baling saja keluar tingkap. tapi gua batalkan hasrat gua memandangkan gua tengah tunggu abah gua reply. like abah like gua. abah gua kasi khidmad pesanan ringkas yang ringkas dan padat juga. tahniah. peh! terharu la gua sial. tangkap dalam brader. bukan selalu gua nak dapat tahniah dari abah gua. dalam hati, gua menangis keriangan.
gambar hiasan. sakit mata juga layan huruf.