Friday, October 2, 2009

SEBUAH KISAH CINTA SEMPENA HARI RAYA

dah sebulan adi tak jumpa lisa. sepanjang cuti semester. rindu adi membuak-buak. rindu membara jiwa merana. sepanjang itu hanya enset yang memjadi penghubung antara mereka. pengubat hati dikala lara. adi sms lisa. lisa sms adi. adi call lisa. lisa call adi. adi rindu lisa. lisa rindu adi. adi cinta lisa. lisa cinta adi.

bukak semester baru masing-masing sibuk. sibuk dengan pelajaran. sibuk dengan hidup masing-masing. tapi walaupun jauh dari pandangan mata namun hati mereka tetap satu. rindu tetap rindu. cinta tetap cinta. sms tetap sms. adi tetap adi yang dulu. lisa tetap lisa yang dulu. masih setia. namun kesibukan dalam pelajaran sedikit menjarakkan mereka.

setelah sebulan bukak semester baru akhirnya mereka punya ruang. punya ruang waktu untuk berjumpa. malam tu adi tolak ajakan teman-teman untuk makan malam. adi nak makan dengan lisa. berdua. pukul 10 nanti. tak pe lambat sikit. biar adi ikat perut. janji dapat makan sama-sama dengan lisa.

pukul 10 adi jumpa lisa. adi bawak bunga. lisa tunggu depan rumah. adi sampai. adi cakap hai. lisa cakap hai. adi senyum. lisa tersipu. rindu terubat. cinta bertaut. adi bawak lisa pergi makan. makan mee goreng dengan teh o ais kedai lampu banyak kat hujung jalan. mereka borak. mereka gelak. mereka senyum. mereka bahagia. pukul 12 adi hantar lisa balik. rindu kembali mencengkam. mereka sedih. mereka sayu. mereka janji jumpa lagi.

"i sayang u,"

"i pun sayang u,"

"kenapa i tak jumpa u dulu, i cemburu...dengan bf u,"

"jangan cemburu. memang dia miliki i, tapi hanya miliki title sebagai bf i, tapi u miliki hati i,"

"tapi kenapa...i hanya skandal," (lagu gua skandal dari band ujang tiba-tiba terngiang-ngiang kat telinga adi)

sebelum pulang adi bagi lisa bunga. bunga yang adi petik dari taman hatinya. yang tiap-tiap hari adi siram dengan air mata.

9 comments:

  1. adeh

    hidup enuh dengan skandal mana bahagia

    ReplyDelete
  2. lisa surihani ngan adi fashla ke???

    ReplyDelete
  3. kreatif3x..tulih sndiri ke nih?ke ade copy memane?=p

    ReplyDelete
  4. fatt chin choy : kini adi hidup sendiri..membawa keping2 hati yg telah hancur..

    imheppie : bukan..nm betul lisa adalah siti halisa binti ayub..nm betul adi plak mohd hadi bin saidon..

    sizuka : ini adalah karya asli..no kopi ket!!

    im sick n tired : gua igt nk wat filem bagi kat yusup aslam ekekeke

    ReplyDelete
  5. lumut : biasa cinta tak kesampaian mmg ending dia camtu hehe

    ReplyDelete
  6. hbs skang ko diam gitu je dgn dia?
    dah si lisa tu plop kalo da ati kt ko apsal bg title bf kt org len..
    hmm bese r kn lidah x bertulang..
    hehhe...ade kaitan ke lidah xbrtulg dgn citer ni?
    abaikan...

    ReplyDelete
  7. sihasu87 : ntah la adi pon diam je skang..xde plak cite pape kat gua..nnt gua tnya dia pas2 gua roger eekeke

    ReplyDelete