Tuesday, August 25, 2009

MERIAM PT.3 (FINALE)

pagi esok nya kitorang gi usha port. cilaka!!! abes pecah meriam mega kitorang. tanpa gua sedari air mata gua mengalir kat pipi gebu gua. cepat-cepat gua lap takut pais nampak.

"syial nye orang kampung, lu tunggu la gua buat come back!!!!", jerit gua dalam hati.

tengah malam tu gua ngan lazim merayap lagi. merayap cari bahan untuk meriam baru. kali ni kitorang merayap kat perumahan baru depan taman sutera plak. pusing-pusing sambil mata melilau-lilau macam anjing lapar. hah tu dia!!! lazim tiba-tiba jerit kat telinga gua. cilakak!!! tergolek sebatang paip pvc hitam yang berketebalan 3cm dan sepanjang sedepa gua. takde nak cover line lagi dah kitorang terus pikul pecut bawak balik rumah. paip ni kecik sikit berbanding dengan meriam mega sebelum ni. diameter dia ada dalam kira-kira 15cm. malam tu jugak kitorang bertukang ketung ketang setting sampai sahur.



lepas berbuka malam esoknya kitorang terus siap-siap. tak sabar nak memeriahkan malam ramadhan. bawak meriam baru, kayu cucuh, petrol, karbaid, air, lilin, lighter ngan sekotak rokok. lazim siap bawak air tebu. syial. sampai port pais gali-gali tanah. nak tanam bontot meriam untuk mengurangkan risiko mati ditempat kejadian. taruk karbaid seketul dalam dalam dapur. bancuh air sikit. jolok masuk dalam pastu tutup mulut meriam ngan paper. lazim pula menjalankan tugasnya selaku tukang cucuh. sementara yang lain mencicit cari tempat perlindungan. dammmm!!!!! puas hati gua. malam tu tak tahu berapa puluh tembakan dan berapa kali kitorang tukar port tak nak kasi kantoi. berterusan main sampai cuti raya. sampai naik pekak lubang telinga.


gambar hiasan sebab gua tak dapat menghubungi pais untuk gambar sebenar.

nota kaki : gua pernah main kejar-kejar ngan penduduk dan pernah nyorok dalam longkang sebab lari dari polis time main meriam tu. selamat hari raya penang!!!

2 comments:

  1. waLaweh . . . dasYat Uh!. . mAen xAjak pOm!

    ReplyDelete
  2. haha... nostalgia gle... time kne kejar gan polis sume lari nyorok dlm longkang, sem nyorok dlm semak, bai x lps lompat pagar, faiz tergolek, abis calar bdn diew, ak dan lazim tergelak sakan dlm longkang. ko n bujal membebel kne gigit nyamuk... haha.. ble nk men ag weh?

    nota punggung: pic n video ad kt bai la beb.

    ReplyDelete