Wednesday, July 8, 2009

GAM CAP GAJAH

mata gua melilau-lilau ke segenap ruang. atas meja, bawah meja, dalam almari, belakang almari semua gua dah geledah. demi pencarian objek yang berkelebaran ibu jari dan sepanjang 2 inci. mata gua tiba-tiba terhenti diantara timbunan kasut yang menusuk kalbu. wajah inesen gua terukir seribu harapan. tangan gua pantas bergerak mengikut arahan otak gua. tapi hampa. melainkan tiub yang separa penyek berisi gam keras.

gua terus bergegas kekedai runcit berhampiran. gua tawaf beberapa kali. tak ada gam cap gajah melainkan bawang, perencah nasik goreng adabi, gula prai dan segala bahan masakan lain. wajah inesen gua berambah sugul. gua melangkah longlai ke kedai runcit kedua dan terakhir yang terletak berhampiran rumah gua. seribu pengharapan gua tawaf lagi barang sepam dua. ada. tapi gam kertas. gua ke kaunter. habis. ringkas dan padat jawapan untuk pertanyaan gua.

kelopak mata gua mula ditakungi manik-manik putih. untuk seketika gua merasakan susuk-susuk di sekeliling gua sedang mencemuh dan mentertawakan gua. kerana berjaya membentuk komplot untuk menghalang gua dari mendapatkan gam cap gajah. yang sangat gua perlukan. untuk melekatkan keping-keping hati gua yang hancur berderai....


9 comments:

  1. cute nyer vespa pink ni!!!
    ni ke yg nak dipos ke S.A tu?waaaaa...aku nak tumpang naik laaa!!!!

    ReplyDelete
  2. nk watper gm gajah..???
    wa ader...nak???
    hehe~

    *blogwalking..u're followed!

    ReplyDelete
  3. dah arwah..bukan owner tapi vespa..kena curikkkk!!! dammit!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. gila berbunga kiasan kao..
    aku dpt rse pe ko rase..aku doa
    smoga ko ketemu gajah yg jual gam..
    kay, slamat..~!

    ReplyDelete
  5. natam ape la yg curik vespa tuh?..huhuhu

    ReplyDelete
  6. aku ghairah lihat vespa purple or pink di kampus.

    ReplyDelete
  7. lu dh berobah beb! lu jd mat gian plak skunk neh! gua x sangka!

    cipet! kaki retord!

    ReplyDelete