Thursday, May 28, 2009

DUDE DAN BABE : INI TENTANG KOPI




kopi boleh diklasifikasikan sebagai sejenis minuman yang berkafien tinggi. tapi lu jangan pandang remeh bai. nak minum kopi pun ada rule-rule dia. lu kena patuh kalau tak siap la kamu dengan isteri saya.

1. kopi o adalah penghulu segala kopi. kalau lu nampak orang minum kopi o lu kena respek. otai didepan kamu.

2. kepekatan kopi menjadi ukuran kekuasaan seseorang. lagi pekat kopi lu minum lu dikira lagi jantan. untuk gadis dikira lagi betina. eh tak lagi wanita.

3. sukan paling related dengan kopi adalah dam aji. yang ni kena tanya nenek moyang lu.

4. minum dalam piring. untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kopi teknik ini adalah lebih praktikal.

5. pegang telinga cawan sambil jari kelingking ditegak kan adalah melambangkan status. orang kaya selalu pegang camni.

6. status kopi panas lagi tinggi dari kopi sejuk.

7. kopiholik-kopiholik adalah bersaudara. kalau nampak orang minum kopi sila tegur atau angkat tangan atau tunduk kepala atau senyum.

nah siapa cakap minum kopi tak ada kelas. minum kopi pun ada rule bai. ni baru sikit. berlambak lagi rule dia. lu kena tau. apa pendapat kamu. mau tambah lagi? nah amik kau kopi 2 jag sorang!!!

5 comments:

  1. satu hari,reen minum 3 mug kopi O...dah terbiasa.ramai yg kata x bgs..tp kopi tetap yg pertama dicarik pg2..ngee~

    ReplyDelete
  2. tak minum kopi.migraine....
    (#^_^#)

    ReplyDelete
  3. hoh?
    mcm adab dengan perokok2.
    kopi2 juga ada adab.
    ngeee.

    ReplyDelete
  4. hem x bleh idOp tanpa kOpi satu ari...duh!! windu membuak² utk ke hepem...tp mase mencemburui hem...siGh!!

    ReplyDelete
  5. peminum kopi o otai? hahaha. 1st time dgr. kopi xsdap ler. cm org tue.lalala

    ReplyDelete