Saturday, April 4, 2009

IPOD NANO KU DIAMBIL ORANG


Sedang asyik aku melayan lagu-lagu dari kumpulan rock kapak May yang memekik dari ipod nano aku tiba-tiba aku teringatkan nenek. Petang itu tak tahu kenapa aku teringin sangat nak makan buah rambutan dari pokok yang rendang di depan rumah nenek aku. Kemanisan buahnya membuatkan air liur tiba-tiba bergenang dikelopak bibir aku. Lantas aku menyeka air liur yang mula membanjiri tebing mulutku.
“ ni tak boleh jadi” getus hati suciku.
Lantas aku gapai t-shirt hitam yang tersangkut dikepala katil itu. Masam. Tak pe. Lagipun kejap lagi aku nak panjat pokok. Tak ensem pun tak pe. Ipod putih ber’headphone’ hitam itu masih lagi setia memeluk telinga aku dan menghiburkan hati aku. Yang ni mana boleh tinggal. Ni la satu-satunya girlfriend aku yang setia dan paling istimewa. Aku tak kan mampu hidup tanpanya. Dia special sangat-sangat. Aku sayang kamu baby. Nama ipod aku baby.
Dari kejauhan aku dah nampak kelibat nenek yang sedang membakar sampah. Rokok daun terselit dicelah bibir merahnya. Dah memang rutin nenek petang-petang begini kalau tak kekebun kecilnya dia akan pastikan tak ada sehelai daun kering pun dihalaman rumahnya. Aku terus kepokok rendang itu sambil mengukir sebuah senyuman untuk wanita yang cekal itu. Aku memanjat kedahan yang paling berkilau kemerahan. Jari jemari aku laju memetik beberapa tangkai buah yang mengiurkan.
“dah cukup ni, kang terberak plak aku makan banyak-banyak” hati aku berbisik.
Aku melompat turun dari dahan itu.(ed-don’t try this at home) Aku terus ketangga kuning didepan rumah nenek. Aku makan buah rambutan itu dengan nenek sambil berbicara tentang keluarga dan isu semasa kampung aku. Ala borak anak beranak. Petang tu best sangat. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai rambut hitam aku. Terasa hensem. Macam dalam cerita Baywatch. Sedar-sedar petang mula mengundur diri dan senja mula menunjukkan rupa. Aku meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang macam biasa la cucu mithali kena salam cium tangan nenek.
Lepas mandi dan solat maghrib berjemaah aku join bapak aku tengok berita terkini TV3. Ada cerita pasal Najib angkat sumpah. Tapi aku tak berminat. Aku nak tengok pengacara dia je. Azwaliza Azman. Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang teramat penting. Penting gile dalam hidup aku. Macam mana boleh lupa. FUCK. Kata-kata kesat itu tiba-tiba terpacul dari bibir aku. Mata bapa aku melirik tajam. Aku tersengih kambing. Hati aku bergelora. Ipod aku!!! Tertinggal kat rumah nenek.
Aku berlari laju kerumah nenek. Sangat laju walaupun bukan kerana dikejar atau mengejar. Dikejauhan aku nampak orang ramai berkumpul didepan tangga kuning itu. Ramai. Bising. Hati aku mula gelisah. Air jernih mula bergenang dikelopak mata aku. Motosikal sepupuku yang tinggal bersama nenek dicuri maghrib tadi. Ipod aku!!! Aku letak atas motor tu semasa berborak dengan nenek tadi. Jiwa kacau. Aku menjerit. Kuat. Tapi entah mengapa suara aku seperti terlekat dikerongkong. Tiba-tiba semuanya gelap.
Gelap pekat. Aku menoleh ketepi. Aku lihat rakan aku sedang enak dibuai mimpi. Ahhh shit mimpi rupanya. Aku lega. Ipod aku tak hilang. Tanpa aku sedar sebuah senyuman terukir dibibir aku. Nasib baik mimpi je. Aku meraba-raba dalam kepekatan malam mencari ipod nano kesayangan aku. Tak ada.
“ish mangkuk mana pulak pimjam tak bagitau ni” aku mengomel dalam gelap.
Zass. Aku teringat sesuatu. Sangat penting. Jeng jeng jeng. Aku mana ade ipod. DVD player ade la. Tu pun bapak aku punye. Cis mimpi ini permainkan hati suci aku. Tapi ada sesuatu yang penting. Aku akan memiliki ipod suatu hari nanti. Dialam realiti.
Mimpi…

3 comments:

  1. cis!cite mcm karangan bdk2 skolah.ak bru ingt nk ucap takziah pasal ipod ko. Mimpi upenye.saspen je.

    ReplyDelete
  2. haha aku nak makan pon saket nk bli ipod haha

    ReplyDelete
  3. bikin owg suspen gler

    ReplyDelete