Thursday, August 25, 2011

AKU, MARYAM MAH

Aku Maryam Mah. Siti Maryam Binti Mahfuz. 24 tahun. Wanita. Ya wanita tulen.

Aku mungkin jalang, tapi masih punya selaput dara.

Memegang ijazah sarjana muda perakaunan dari sebuah universiti awam di ibu kota.

Pasti kau tertanya-tanya siapa aku bukan?
Aku adalah pemangku merangkap pemilik baru blog ini.

Kenapa?
Lelaki gagal itu, ya dia yang pemilik asal sudah mandul kata-kata.

Maka biar aku yang teruskan saja atas dasar rampasan kuasa.
Atau sebenarnya dia yang menitipkannya(?); ah biarkan saja.

Selama ini aku hanya pembaca tulisan kau, kau dan kau.

Sekarang biar aku yang menyusun kata.

Kau tunggu saja. Biar aku yang bercerita.

Salam 1 Malaysia.
Maryam Mah

3 comments:

  1. dah ada rampasan kuasa hakmilik, tukar nama la.nanti takdela kompius ngan former owner.

    ReplyDelete
  2. maryamah tijo - pembaca berita otai kot kat radio rtm

    ReplyDelete