Monday, October 19, 2009

AKHIRNYA

akhirnya gua bergelar graduan..

nota kaki : semakin malas menaip

Friday, October 16, 2009

TIADA LAGI KIDUNGMU

kasih sayang dia kat gua sekarang dah makin berkurang. perlahan-lahan dia tinggalkan gua. gua dapat rasakannya. sangatttttttt. walaupun gua cuba berlagak sekul mungkin tapi gua tahu gua takkan dapat hidup tanpa dia. gua tak dapat bayangkan macam mana hidup gua tanpa dia.

gua dah janji ngan member gua. malam ni menjolok lagi. snuker. beria-ria member gua ajak menebuskan maruahnya yang gua pijak-pijak haritu. gua pasti dia tak mungkin benarkan gua pergi malam ni. sangat pasti. tapi semestinya macam biasa gua akan tipu dia. memang sukar bagi gua menjaga hati kedua-dua belah pihak. menjaga hati akhirnya gua yang terluka.

dulu dia sangat menyayangi gua. hidup gua sangat bahagia. semua keinginan gua dia penuhi. gua nak makan dia kasi. gua nak tshirt jenama mahal dia kasi. gua nak enset model terbaru dia kasi. pendek kata time tu hidup gua macam anak ikan. serba mewah. tapi tu dulu. sekarang kasih sayang dia terhadap gua semakin berkurang. mungkin silap gua yang tidak menyayangi dia seperti mana dia menyayangi gua. sehingga dia meninggalkan gua. sudah terlambat untuk gua menyayangi dia sekarang.

tadi gua bukak dompet. tinggal 2 keping not merah dan beberapa keping not biru. gua mesti jumpa dia. mesti. gua perah skuter besi gua. gua jumpa dia. gua senyum. dia buat dono. gua usap dia. dia diam seribu bahasa. gua memicit ghairah dadanya. dia merengek manja.

Account Balance
RM31.85


fakkkkkkkkk!!!!


gambar hiasan kasi korang stim

Sunday, October 11, 2009

BILA KU JATUH CHENTA

semalam lepas makan tengahari gua bakar-bakar member gua pekena snooker seperem dua. member gua yang mudah terbakar bagai jerami usang diterik panas terus menyetat pacuan 2 roda nya. sampai sana kitorang pekena 3 perem. gua yang menunjukkan aksi cemerlang seperti o'sullivan memenangi 2 dari 3 perem tanpa lenguh kaki. member gua tarik muka tak puas hati. lepas jolok menjolok kitorang lepak mamak hakim pulak pekena teh o ais kasi ganti balik tenaga yang hilang tadi.

member gua ajak gi carik penyejuk ngan tetikus kat bukit raja. memandangkan time tu gua tak de meeting ngan klien maka gua terus memberi persetujuan. bosan-bosan nanti boleh usha gadis. sampai sana kitorang terus mencari barang-barang yang dikehendaki.disebabkan harga yang ditawarkan melebihi harga pasaran semasa maka member gua yang bertindak sebagai pengguna yang bijak mematikan niat untuk membeli. time nak balik hati gua berdebar-debar bagai menolak-nolak gua supaya masuk mengusha-usha dalam pakdini sedangkan sebelumnya gua begitu malas nak berjalan apatah lagi ke supemaket.

gua tarik member gua masuk pakdini. hati gua makin berdegup kencang. sampai jatuh bertenggek diatas usus besar gua. tiba-tiba gua terpaku. lidah gua kelu. gua rasakan masa seakan terhenti. semua manusia dan objek berhenti bergerak dan keadaan sekeliling gelap. hanya gua dan gadis itu memandang sesama sendiri dengan bertemankan lampu sepotlait yang menyuluh kami berdua. gua yakin gadis itu Dia ciptakan untuk gua. 99% perfect gurl gua. rambut paras bahu sikat tepi tutup dahi, hidung mancung macam anak mat salleh, bibir pink bak jambu air, mata sepet sikit berhias celak nipis dan berkulit putih gebu macam gua. jantung gua berdegup kencang. kepala otak gua berputar ligat pikir ayat memulakan langkah. gua gagahkan diri. tekadkan hati. senyum semanis kurma.

"err..seluar yang ni ada kaler itam tak?", tanya gua sambil tersenyum manja.

*****

malam tu gua tak dapat tidur. senyum sentiasa terukir dibibir mungil gua. bayangan gadis yang berambut paras bahu sikat tepi tutup dahi, hidung mancung macam anak mat salleh, bibir pink bak jambu air, mata sepet sikit berhias celak nipis dan berkulit putih gebu macam gua terbayang-bayang dimata gua. dialog perbualan kitorang bermain berulang-ulang kali didalam radio otak gua. tiba-tiba gua dapat ilham untuk cipta lagu untuk si dia. gua amik gitar. duduk tepi tingkap. sambil mengira bintang yang memagari bulan gua petik gitar.

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

tak ada la..kaler yang tu je ade..

Thursday, October 8, 2009

KELAJUAN MEMBUNUH

tadi gua kuar gi makan tengah hari kat seksyen 2. bukan ade hape pun kat situ tapi sebab member gua dok situ maka gua gagah kan jugak otot-otot kaki gua kesana. dari seksyen 7 ke seksyen 2 gua lalu ikut dalam uitm. saje nak megelak panas sambil mengusha gadis-gadis seksi tunggu bas. uihhhh!!!

perjalanan gua dihiasi lambaian gadis-gadis comel yang berkeliaran dan melekit-lekit di bawah sinaran mentari yang seakan menunggu kedatangan gua. ikut ati nak je gua berenti tepi angkut sorang. elmet lebih pun da ade. tapi gua wat rilek bakar-bakar bagi dorang makan asap. lepas makan ngan member gua, isap okok pun pang pung pang pastu gua terus balik. gua lalu dalam uitm lagi. takut terbakar kulit gebu gua.

gua cilok-cilok sket. nampak mat rempit gua bakar-bakar sket. nampak gadis gua wat rilek. parjalanan pulang tak semenarik tadi. gadis da kurang. gua syak semua ngah bersidai kat katil. gua usha gak tingkap-tingkap hostel mana tau ade rezeki nampak gadis yang kepanasan bersidai kat tingkap. walaupun begitu gua tetap memberi tumpuan penuh terhadap corak permaduan gua. biasa la penunggang berhemah macam gua memang camtu. walaupun usha gadis tapi fokus tak hilang.

time kat area perindu jalan agak sibuk walaupun sempit. semua mengejar waktu memandangkan masa sudah menunjukkan jam 2. gua press moto gua sesedap rasa. asap itam keluar dari bontot moto gua sepoi-sepoi bahasa. time silisih ngah bas ade hanjeng mana plak main cilok-cilok. gua tersepit!! antara bas dan divider. cilakak!! keadaan bertambah genting. gua kawal cuak gua. kuar kan skill-skill rempit gua. da la jalan berlubang-lubang. melompat-lompat kura-kura gua. selamat. nasib baik gua dah tak gengster cam dulu. kalau tak mau gua parang kepala mamat tadi. hanjeng tol!!!


kalu kena tadi kompem kura-kura gua lagi teruk dari kura-kura brader ni. hanjeng!!!

Monday, October 5, 2009

DIA DAH MAI DAH

salam satu malaysia...
pilihan raya kecil datang lagi!!!! kali ni dun bagan pinang negeri sembilan pada 11 oktober 2009. cam biasa time ni stesen tibi-tibi seronok dok jilat bontot. rasa nak baling je tibi kat muka owner satria neo aritu. tengok berita tibi satu tadi gua rasa cam nak berpuisi. dok amik pen ngan kertas. dok tepi tingkap. tengok bintang. gua tulis. ni puisi yang gua karang.

fakkk tibi satu,
fakkk tibi dua,
fakkk rtm,
fakkk offfff!!!

salam satu malaysia...


Saturday, October 3, 2009

KAKI PUKUL PESBUK (20SG)

masalah kaki pukul kian berleluasa dalam masyarakat hari ini(baca macam mazidul 999). tadi gua bukak fb. komen member tu. maki mangkuk ni. ayat awek tu. kutuk mamat ni. tengah syok gua susun ayat tiba-tiba ade kaki pukul mesej gua kat fb chat. dia ingat gua takut. haktuihhhh!!! ni adrie la. ajk persatuan bulan sabit merah. mana takut ngan sape-sape. silap orang la mat lu nak ajak gadoh. ikuti perbualan gua dengan beliau. jangan baca kalo muka tak bengis cam gua..

Teng
mat..lu gua pukul lu mat
2:22am

Adrie
awat
lu igt lu da kuat
2:23am

Teng
gua lipat lu bpusing nt
2:24am

Adrie
kita tgk sapa lipat sape
tgk sape lg cpt
2:24am

Teng
wokay..tarak hal..petang sok..kat padang blakang hotel concorde..aq tunggu
2:25am

Adrie
ok no hal
1 by 1
2:25am

Teng
datng lu baru cte
2:25am

Adrie
lu bwk je ape yg lu ade
2:25am

Teng
kue raya pon aq bawak nanti
datang je dlu
2:26am

Adrie
ok set
gua bwk air sirap
2:26am

Teng
set
lu x datang gua g carik
2:27am

Adrie
tade hal
jgn pulak yg cari lu nnt
2:28am

Teng
banyak cte xd gna..sok tnggu je makan muscle gua
2:29am

Adrie
gua lutut dada lu sminggu xisap okok
2:31am

Teng
winston 18 merah ttap dhati
xya isap pn xpe
2:31am

Adrie
mlm sok jgn arap lu dpt isap okok lg
da la gua nk tdo
sok nk jogin agkt besi sume
2:32am

Teng
gua pn
jangan x datang lak
2:32am

Adrie
ok
2:32am

Teng
ok
2:32am

Adrie
tatatititututetek
2:33am

Teng
tetekpungkuk ang!

nota kaki : badan gua berketul-ketul, ada sixpack...

Friday, October 2, 2009

SEBUAH KISAH CINTA SEMPENA HARI RAYA

dah sebulan adi tak jumpa lisa. sepanjang cuti semester. rindu adi membuak-buak. rindu membara jiwa merana. sepanjang itu hanya enset yang memjadi penghubung antara mereka. pengubat hati dikala lara. adi sms lisa. lisa sms adi. adi call lisa. lisa call adi. adi rindu lisa. lisa rindu adi. adi cinta lisa. lisa cinta adi.

bukak semester baru masing-masing sibuk. sibuk dengan pelajaran. sibuk dengan hidup masing-masing. tapi walaupun jauh dari pandangan mata namun hati mereka tetap satu. rindu tetap rindu. cinta tetap cinta. sms tetap sms. adi tetap adi yang dulu. lisa tetap lisa yang dulu. masih setia. namun kesibukan dalam pelajaran sedikit menjarakkan mereka.

setelah sebulan bukak semester baru akhirnya mereka punya ruang. punya ruang waktu untuk berjumpa. malam tu adi tolak ajakan teman-teman untuk makan malam. adi nak makan dengan lisa. berdua. pukul 10 nanti. tak pe lambat sikit. biar adi ikat perut. janji dapat makan sama-sama dengan lisa.

pukul 10 adi jumpa lisa. adi bawak bunga. lisa tunggu depan rumah. adi sampai. adi cakap hai. lisa cakap hai. adi senyum. lisa tersipu. rindu terubat. cinta bertaut. adi bawak lisa pergi makan. makan mee goreng dengan teh o ais kedai lampu banyak kat hujung jalan. mereka borak. mereka gelak. mereka senyum. mereka bahagia. pukul 12 adi hantar lisa balik. rindu kembali mencengkam. mereka sedih. mereka sayu. mereka janji jumpa lagi.

"i sayang u,"

"i pun sayang u,"

"kenapa i tak jumpa u dulu, i cemburu...dengan bf u,"

"jangan cemburu. memang dia miliki i, tapi hanya miliki title sebagai bf i, tapi u miliki hati i,"

"tapi kenapa...i hanya skandal," (lagu gua skandal dari band ujang tiba-tiba terngiang-ngiang kat telinga adi)

sebelum pulang adi bagi lisa bunga. bunga yang adi petik dari taman hatinya. yang tiap-tiap hari adi siram dengan air mata.