Thursday, September 30, 2010

LUPA

"fuh bosan juga hari ni".

kata gua dalam hati sambil memuncungkan mulut membakar sebatang sebatang rokok di dapur gas. bentuk-bentuk abstrak seperti bintang, kapal, epal dan susuk wanita keluar tatkala gua menghembus asap rokok. gua on laptop apple gua. sambil menunggu loading, gua berjalan menuju tingkap dengan langkah yang mampan. gua buat bentuk abstrak lagi sambil menikmati pemandangan senja di tepi highway.

baru gua nak login laman sosial fesbuk tiba-tiba usus gua menarik-narik meminta dikosongkan. tanpa membuang masa, gua bergegas ke bilik berak belakang berdekatan dapur. sebelum masuk, gua bukak baju dan kain sarung yang gua pakai semasa solat maghrib lalu sidai di ampaian sebelah bilik berak.

zasss!

gua tarik boxer gua ke paras peha. 2 saat kemudian gua tarik balik boxer gua keatas lalu masuk ke bilik berak sambil mata gua melilau-lilau mengusha line.

cilaka! lupa pula yang gua masih kat luar bilik berak.

Wednesday, September 29, 2010

SURAT CINTA KALER PINK

masuk kali ini dah 4 kali gua dapat nota kecil yang boleh juga di klasifikasikan sebagai surat cinta dari dia. modus operandi nya sama. apabila gua nak keluar pekena teh pagi, akan ada terselit sehelai kertas berwarna merah jambu yang berbau harum bedak follow me pada superbike gua. tetapi anehnya tidak pernah pula terserempak dengan gua.

setiap malam sebelum gua melelapkan mata dan menuju kedunia fantasi gua akan mengukir susuk dia dalam benak fikiran gua. muka bujur sireh, mata galak yang mungkin setiap hari memerhatikan gua dari jauh, bibir mungil kaler pink yang tercoret gincu cap silky girl, pipi berlekuk lesung pipit seperti meminta-minta di kucup, rambut hitam pekat panjang paras bahu, ukuran badan mirip rozita che wan dan tangan yang mulus lagi lembut bak taufu yang mengarang butir-butir perkataan kepada gua. ah! dia memang sudah menggangu ketenteraman hati gua.

***

pagi tadi gua bangun awal dari biasa. siapkan kerja-kerja gua selaku orang penting. gua turun ke tempat parking superbike gua.

"kacak juga moto gua",kata gua dalam hati.

ada satu susuk mundar-mandir dalam keadaan mencurigakan dekat superbike gua. seraya jantung gua terus berdegup 3 kali lebih kencang dari biasa. tangan itu. menyelit sekeping kertas merah jambu yang berbau bedak follow me yang dapat gua hidu dari jauh. gua terpaku dengan mulut gua terkunci rapat. dia pergi sambil melontarkan sebuah senyuman, meninggalkan gua yang masih terpinga-pinga.

"cilakak! selagi mbsa tak hentikan aktiviti saman parking, selagi tu gua tak kan mengundi! faking!".

Thursday, September 23, 2010

GAMBAR LAMA

balik raya itu hari gua selongkar gua punya almari, gua punya bawah katil. mana tau kalau-kalau terjumpa peta harta karun. tup tup gua jumpa satu album gambar lama. gambar gua muda-muda dulu.


time ni gua ada kat belakang tunku.


ni pulak time gua kena khidmad negara kat german.


time ni jeffry din baru kenal pop yeh yeh.

Saturday, September 18, 2010

RAYA DI ERA SIBER

seawal 6.30 pagi lagi gua dah cerah bijik mata. bangun pagi itu tidak sesukar bangun ashur. tidak perlu abah gua kejutkan. tidak perlu mak gua umpan dengan air ho ho horlick. gua capai tuala yang tersidai kemas dipenjuru katil. abah gua kelihatan sedang memotong nasi himpit menjadi kubus-kubus kecil mengikut piawaian saiz yang ditetapkan majlis hari raya. mak gua pula sibuk mengacau kuah kacang yang sedang menggelegak kecil dari atas dapur.

selesai mandi dengan tangkasnya gua mengenakan baju malayu cekak musang kaler hijau daun pisang yang digosok rapi oleh mak gua subuh tadi. gua pekena juga sampin dan songkok tinggi bagi tampak bergaya seperti awie yang tengah naik ketika itu. gua tersenyum puas sambil berbisik kepada diri sendiri "kita ada misi,". gua pekena dulu nasi himpit dengan teh o hasil air tangan mak gua. fuh ternyata masih kick. sebelum semayang raya gua bermaafan dengan abah dan mak gua dulu. cium tangan lama-lama sikit dapat duit raya pertama.

selesai semayang raya gua terus kerumah nenek gua. kutip angpau gambar masjid, ketupat dan kartun yang tengah jadi trend ketika itu dari pakcik makcik gua. duit gua masuk wallet, angpau gua sedekah dekat adik gua. gua mula bergerak dengan tangkas kerumah pak hamid sebelum kanak-kanak lain mendahului gua. basikal handle tinggi gua bergerak lincah dijalan merah. gua tetamu pertama. dapat angpau merah dalam ada singgit gua chow. tanpa melengahkan masa gua kerumah tok penggawa. sebelum dapat angpau gua pekena sate dulu. bukan selalu pekena sate time tu. gua sambung misi gua kerumah kak nik, pak su car, jali rumah kuning, cikgu semail, mek yah, pok nik dan sekitarnya. menjelang zuhur gua balik rest dulu. sambung balik pukul 2.

***

tapi itu cerita 15 tahun lepas. raya tahun ni gua bangun pukul 11.30. terlepas semayang raya lagi macam tahun lepas. lepas mandi gua pekena nasi himpit dengan air berkabonat. sarung baju melayu kaler biru, gua pekena muzika aidilfitri dekat tv.

Thursday, September 2, 2010

APA BENDA YANG MERDEKA?

dua hari lepas. selasa. 31 ogos 2010. merdeka.

...

hari ini. khamis. 2 september 2010. kembali tidak merdeka.