Thursday, December 31, 2009

ADA APA DENGAN NEW YEAR?

happy new year!!!

malam ni telefon bimbit model terbaru gua bertalu-talu menerima sms yang mempunyai ayat seperti diatas. ada apa dengan new year? gua terpikir gak apa tujuan member-member ajak gua gi sambut taun baru. ade nasi impit kuah kacang ke? ke ketupat rendang ayam? atau ade orang kasi duit kaler merah dalam sampul gambar masjid? tengok bunga api? fakkk!! gua kenal lu mat. lu nak gi tengok kereta goyang yang berderet tepi jalan kan? fakkk u faking pervert!!

lagi 40 minit ke taun baru. gua ngan housemate gua kat ruang tamu dok tekan papan kekunci tup tap tup tap. kat luar belum pape lagi dah dam dim dum bunyi mercun, mintak mak kuih sepotong. nak kate diorang nampak anak bulan, sepatutnya gerhana. gosh!!!

gua bukak blog bukak friendster semua pakat buat azam taun baru. gile tak indie kalu gua tak buat azam taun baru. gua sandar kat sofa lengan taruk atas dahi kaki silang goyang-goyang pikir azam taun baru. dia dah mai dah!!! gua dah dapat azam taun baru. start pukul12 kang gua nak mencari cinta!! yes sempena lagu where's my love yang caroline dok jerit kat telinga gua ni. ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak bilang aku...

ada apa dengan new year? *sigh*

seksyen 7
31.12.2009
11.55 p.m

Tuesday, December 22, 2009

PENGALAMAN SAYA MENJADI OTROMEN

pagi itu gua bangun awal. gosok gigi guna ubat gigi kodomo lion. mandi pakai sabun lux. hati gua berbunga-bunga nak gi piknik. nak gi main ombak di batu feringhi. gua mandi kejap takut nanti dah sampai feringhi tak syok nak main air. cilake! gua dah siap mandi tapi yang lain masih berlingkar dalam selimut. gua gegar sekor-sekor suruh gi siap. sempat gua pijak belakang boy sebab pura-pura tidur. gua selongkar bakul gua cari seluar bunga-bunga. gile tak hawaii gi pantai pakai seluar tak de bunga.

berejam tunggu sekor-sekor siap. sampai nak melimpah asbak gelas gambar bunga raya rumah gua. gua batalkan niat nak buat sandwich selepas teringat yang harga sardin melambung ketika itu. disebabkan kenderaan empat roda ada satu manakala penumpang ada lapan maka kami memutuskan untuk menggunakan pacuan dua roda meskipun pais ngan sam pandai teknik mengecilkan badan. masing-masing tak sanggup mengambil risiko terhidu gas beracun amir yang mungkin meletus bila-bila masa. naik moto baru azroy.

selepas abis sebatang rokok berbincang tentang laluan yang akan kami tempuhi, maka tepat pukul12 tengahari yang membakar ubun-ubun kami bertolak dari permatang pauh. kami menggunakan sistem transit feri untuk ke seberang. amir sempat bergambar ala-ala titanic kat depan feri. mak cik jual kacang rebus tunjuk muka tak puas hati sambil tunjuk gaya nak baling selipar.

sampai seberang kami meneruskan perjalanan kerumah mamu untuk sesi makan tengahari. kasi tambah power sebelum kuak lentang. kami dihidangkan nasi tomato ngan laksa penang hasil air tangan mak mamu. sambil makan tengok diari akedemi fantasia. bai makan sampai jilat pinggan ari. lepas sesi tambah power kami ke aktiviti outdoor kat buai rumah mamu. fogging pung pang pung pang. pukul4.30 kami meneruskan perjalanan. pau air sirap mamu dua botol buat isi tank di feringhi.

sampai feringhi kami bergerak mencari port. dah macam ada satu ikatan yang kukuh antara kami. tanpa disuruh semua bergerak ke bawah pokok dekat amoi pakai bikini. bai sempat kena sedas kat dahi ngan gua sebab cuba kencing kat batu konon-konon nak tanda kawasan. amoi-amoi berbikini mula bergerak tukar port selepas tindakan kurang bijak dari bai. cilake lu bai.

tanpa membuang masa gua terus bukak baju dan menuju kepantai. gua perasan awek-awek keliling gua dok usha muscle gua. gua buat rilek macam rosyam nor. gua jogging tepi pantai sambil rambut gua berterbangan ditiup bayu. terasa hensem. tanpa gua sedar ada sekor anjing ikut berlari tepi gua. cilake punya anjing. melompat-lompat manja macam cite baywatch. gua dah la malas nak samak-samak.

"nyah kau anjing liar!!",bentak gua keras.

gua dapatkan step yang sesuai. berlari menuju pantai lalu lompat pusing-pusing dan jatuh ke air dengan percikan minima. kuak lentang, gaya kupu-kupu sekali dengan renang berirama semua keluar. gua keluarkan skill mandi sungai gua. panjat bahu dan melipat kebelakang tiga kali. tengah syok kuak lentang datang mat salleh dekat gua suruh panjat bahu dia dan melipat ke belakang tiga kali.

"foot on shoulder",dia berbahasa inggeris ngan gua.

gua speaking jap ngan dia borak pasal perkembangan dunia bisnes. orang macam gua memang kena ramai contact. lagi-lagi dari luar negara. lepas borak gua tunjuk skill lipatan dari timur gua dibantu skill angkatan bahu dari barat nya. hasil dari kekuatan bahunya dan kehebatan gua melonjak, gua meluncur bagaikan roket keudara.

"macam roket sial!",gua dengar ari jerit time gua kat udara.

awek-awek histeria jerit sambil tepuk tangan. member-member gua gigit bibir sambil komplot nak tanam gua dalam pasir.


beberapa minit sebelum tindakan kurang bijak dari bai.


bergambar dengan pahlawan pantai.


gambar bajet.

Monday, December 14, 2009

SURAT CINTA

kehadapan kekasihku yang disayangi,

apa khabar kekasihku disana? tidak mengapakan daku bertanya walaupun setiap saatku mendoakanmu sihat walafiat disampai ayahanda dan bonda disana. daku disini sihat walafiat dan cintaku terhadapmu tak pernah luntur walau dibasuh air 7 lautan dan dibakar api dari gunung yang marak menyala.

bidadariku,

sudahku renungi tentang keanehan cinta yang terbit dari pangkal hati ini sejak pertama kali menatap keindahan ciptaan Ilahi ini. cinta yang terbit dari hatiku ini bukan lah perlahan-lahan datang seperti cendawan selepas hujan yang perlahan ia keluar dan laju ia pergi tetapi cinta yang membara dalam jiwa ini adalah abadi dan tulus suci.

tiz zaqyah ku,

pertama kali melihatmu di dalam impian ilyana hatiku berdegup kencang. hatiku yang pada waktu itu sedang terluka dan hancur menjadi keping-keping terus terubat tatkala melihatmu. sejak saat itu entah mengapa hatiku sentiasa bergetar, bahkan sentiasa untuk mengingat namamu, apalagi mengucapkannya. sesungguhnya hati adalah seumpama ladang, maka benih-benih cinta mulai muncul dari ladang hatiku. tiba-tiba terbitlah khayalan indah, tentang kamu menjadi teman hidupku, mendendangkan lagu-lagu klasik rakyat untuk bidadari-bidadari kecil yang terhasil dari perkahwinan kita.

sayangku,

tatkala kamu muncul dalam nur kasih, jumaatku tidak pernahku persia-siakan. bahkanku pada jumaat ini daku sudah menunggu untuk jumaat yang mendatang. harusku berterus-terang denganmu bahawaku sangat mencemburui adam. cintamu kepadanya sangat suci dan teguh walau pelbagai ranjau yang ditempuhmu. kamu memang isteri yang solehah dan taat. tapi daku tahu itu semua sekadar lakonan bukan. kerana cinta yang berada dalam kotak hatimu hanyalah untukku.

my darling, (tak mengapakan sayangku berbahasa inggeris?)

rasanya ku dah sampai kepenghujung suratnya. bukannya sudah tidak ada puji-pujian untukmu bahkan beribu-ribu test pad juga tak akan cukup untuk memuji kecantikan dan kesucian hatimu. tetapiku harus mengundurkan diri kerana..aduhh malunya untukku mengaku. sebenarnya sudah pukul11 ni tapi daku masih belum mandi lagi. sayang, persiapkanlah dirimu. januari nanti rombonganku akan sampai ketangga rumahmu untuk menyunting bunga yang mekar dari taman orang tuamu(suka la tu). akhir kata jagalah dirimu dan kalau berlakon tu janganlah sampai menjeleskanku ye.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas..

yang kacak tapi pemalu,
ADI

Saturday, December 12, 2009

QUOTE DARI UMAR HASSAN

"cinta itu ibarat rama2...
jikalau kite kalut..
die akan pergi..
kalau kite diam2 je..
die akn dtg.."

nota kaki : macam gampang!!

Monday, December 7, 2009

Sunday, December 6, 2009

PUISI JEJAKA SEPI

kau datang belai rambutku,
dengan jemari mu yang mulus,
tapi sayang,
jemari mulus itu,
bukan milik seorang gadis,
tapi milik angin..

wakk de fakkk!!!! mende gua mengarut ni!!!

Wednesday, December 2, 2009

GUA NAK KAWEN!!!

dari tadi adi tenung siling bilik yang bersawang dan bertampal-tampal itu. ada manik-manik putih yang jatuh dari celah-celah tampalan terus kedalam besen hijau kepala itik yang disediakannya.adi mengeluh. bukan kerana tiap kali hujan biliknya akan turut hujan. tetapi ada hal lain yang adi pikirkan. adi nak kawen!

dah lama adi memendam rasa terhadap sally. nama glamer untuk seorang gadis bernama salimah. cinta adi suci. cinta adi cinta sejati. sejati macam lagu wings. adi takut sally jatuh kat tangan orang lain. jatuh kat tangan umar hassan. jatuh kat tangan rahmat ekamatra. jatuh kat tangan mana-mana lelaki. sebab tu adi nak terus kawen ngan sally. adi nak ada ikatan yang sah. lagi satu adi nak jadi orang pertama yang kawen dalam kalangan kawan-kawannya. baru boleh eksen. baru orang panggil taiko.

tapi adi ada masalah kewangan. adi tak ada duit sebab adi tak ada keje. nak kawen duit kena riban-riban. nak buat kenduri hantaran semua pakai duit. adi mintak duit kat akak kesayangannya. akak adi tak de duit. sebab laki dia yang sara keluarga. dia dah ada anak sorang. taun depan masuk darjah satu. bulan depan anak dia bertambah lagi 2 orang. sekarang dia tengah mengandung. anak kembar. nanti banyak nak pakai duit.

adi bagaitau bapak keinginannya. adi nak kawen. tapi adi tak de duit. adi nak pinjam duit bapak. adi suruh bapak jual tanah kebun pisang belakang rumah. bapak cakap ok. esok pagi kita gi bank. hati adi melonjak riang. adi gembira sebab dapat restu dan support dari orang tua nya. adi cium tangan bapak. adi cium tangan mak.

pagi esoknya adi ikut bapak gi bank. naik proton saga kaler merah bapak. tak lama lagi kita akan disatukan sally. adi cakap kat hatinya. adi senyum sorang-sorang. adi pelik. asal bapak adi singgah klinik ramli? adi tak sakit. bapak adi pun sihat walafiat.

bapak adi cakap cuti sekolah dah nak abis. taun depan adi dah nak masuk darjah 6. adi kena khatan cuti sekolah taun ni. tak khatan tak boleh kawen. adi pasrah. adi sedar yang dia baru darjah 5. adi belum berkhatan. tak pe sally abis upsr nanti kita kawen. jerit adi dalam hati. pagi tu adi balik mengangkang.

nota kaki : tahniah kepada boy ngan milly yang selamat bertunang aritu(cilakak!!) nanti nak kawen jangan lupa ajak gua. nanti gua kasi hadiah kentaki. dapat anak laki gua cadang taruk nama adrie. insyaallah nanti besar jadi kacak macam gua.


milly paksa gua taruk gambar gedik ni. cilakak!!!