Thursday, May 28, 2009

SELAMAT TINGGAL

kurang sejam lagi gua akan pulang ke kampung halaman. pulang berhibernasi. dengan itu gua tutup kedai kopi beberapa hari. gua nak rehat kan kepala otak gua beberapa hari. gua pulang mencari ketenangan. mencari idea untuk terus berkarya. kamu kopiholik terus singggah walaupun gua tak dek. pandai-pandai lah bancuh sendiri. gua gerak dulu. nah kopi 2 jag sorang. tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!

DUDE DAN BABE : INI TENTANG KOPI




kopi boleh diklasifikasikan sebagai sejenis minuman yang berkafien tinggi. tapi lu jangan pandang remeh bai. nak minum kopi pun ada rule-rule dia. lu kena patuh kalau tak siap la kamu dengan isteri saya.

1. kopi o adalah penghulu segala kopi. kalau lu nampak orang minum kopi o lu kena respek. otai didepan kamu.

2. kepekatan kopi menjadi ukuran kekuasaan seseorang. lagi pekat kopi lu minum lu dikira lagi jantan. untuk gadis dikira lagi betina. eh tak lagi wanita.

3. sukan paling related dengan kopi adalah dam aji. yang ni kena tanya nenek moyang lu.

4. minum dalam piring. untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kopi teknik ini adalah lebih praktikal.

5. pegang telinga cawan sambil jari kelingking ditegak kan adalah melambangkan status. orang kaya selalu pegang camni.

6. status kopi panas lagi tinggi dari kopi sejuk.

7. kopiholik-kopiholik adalah bersaudara. kalau nampak orang minum kopi sila tegur atau angkat tangan atau tunduk kepala atau senyum.

nah siapa cakap minum kopi tak ada kelas. minum kopi pun ada rule bai. ni baru sikit. berlambak lagi rule dia. lu kena tau. apa pendapat kamu. mau tambah lagi? nah amik kau kopi 2 jag sorang!!!

KOPI KU MENITIK KE LANTAI

gua tak nak taruk followers widget sebenarnya. tapi gua tak sangka ada orang yang suruh gua taruk followers widget ni ha. bangga. terharu. jawa rasa bergelora. kopi pahit rasa manis. air kopi menitik ke lantai. terima kasih kepada cik seri kerana membuat gua rasa dihargai ekekeke jom ramai-ramai usha blog dia (gua dah promote lu. nanti belanje gua kopi setabak) dengan ini dengan rasminya gua melancarkan followers widget gua. yipeeee!!!!

HAHAHHAHAHAHAA




puas ati gua. walaupun ramalan gua sedikit tersasar tapi sikit je ar. barca dah menang 2-0 macam yang gua tilik. messi gol sketul macam gua tilik jugak. sketul lagi eto. walaupun yang ni gua silap tilik tapi ape yang penting? kejesama hahahaha fan man u boleh buang jersey. walaupun agak mengantuk gua dengan ensem nya melaporkan dari rome. majulah sukan untuk negara.

Wednesday, May 27, 2009

BAJU MERAH SILA TIDO



abang ron : siap la kamu malam ni!!!

messi : wutever(cakap dengan gaya wanita gedik)

barcelona vs man united lagi 4jam. gua bagi barcelona menang 2-0. messi seketul henry seketul. lu pilih mana dude?

KEDAI BARU AR



akhirnya kedai kopi gua dah ada papan tanda baru ngan cat baru hahaha jemput datang minum kopi..

Sunday, May 24, 2009

KARANGAN SEPARA LUCAH (UNTUK ORANG DEWASA SAHAJA)


gambar hiasan (beliau tak ada kena mengena dengan karangan ni)


semenjak dua tiga menjak ni gua dah macam orang mati bini dah. mata merah, hingus meleleh, jidah terjelir-jelir, rambut tak sikat, baju tak gosok, seluar koyak rabak. duduk kejap gua bangun. jalan kehulu kehilir macam kucing hilang anak. baring kejap gua berdiri. ambik tuala gi bilik air tak sempat pusing kepala paip gua keluar. masuk bilik gua duduk atas kerusi pandang keluar tingkap. gua pikir cara nak bunuh diri. gua tak gila tapi gua tak tahu kenapa semua yang gua buat serba tak kena.

"bosan nak mati sial", gua bermonolog dengan jejaka yang menghuni jasad gebu gua.

23 minit kemudian teman gua balik. muka berseri-seri, mata bersinar, bibir mulut senyum meleret macam wira internet, termengah-mengah macam kena kejar anjing. beliau senyum jahat kat gua. senyum penuh makna. senyum penuh kejahatan dan kezaliman. dari lirikan mata beliau gua dah tahu beliau nak ajak gua buat dosa. sial. kenapa mesti gua. ajak la orang lain. jahat sangat ke gua ni sampai nak kena ajak gua.

"dude, gua dah jumpa dah orang yang boleh mengubat kebosanan lu. tadi nak balik gua jumpa dia. gua dah ayat baek nye", beliau dengan keterujaan cuba menggoyang iman gua.

"err sape?", gua yang tak kuat iman bertanya dengan serba salah.

"ada la. lu tak kenal. ni barang baik nye. yang penting lu tak payah bayar. free dude. petang kang kita gi angkut", beliau mematikan diskusi.


**********************************************************************


gua berdiri depan dia. jiwa gua bergelora. liang-liang kecil di kulit gebu gua mula merembeskan air. gua serba-salah. dah lama gua tak buat kerja macam ni. dia berdiri depan gua seperti gadis yang innocent. tangan gua menggeletar. perlahan-lahan gua mengusap manja benda yang terbonjol itu. jiwa gua tersentap mata gua terpejam. gua hanyut dibuai nafsu serakah. asyik dan enak. dia terdiam menikmati seperti gua. asyik dan enak.

"woi!!!passing ar. lu bukan nya keeper", teman gua menjerit dari tengah padang.

p/s : lu kena baca entri lama gua lepas baca ni (gempar!!!pengakuan berani mati gua!!!)

Friday, May 22, 2009

KARANGAN SEPARA KOTOR (JANGAN BACA KETIKA PERUT MUAL)

pada satu petang yang indah dan redup lagi membangkitkan syahwat, gua dan teman-teman gua di suatu sudut kedai kopi menikmati kopi barang segelas dua. angin petang bertiup sepoi-sepoi dalam bahasa langit yang tak gua fahami. membelai rambut gua ke atas dan ke tepi lantas menampakkan rupa maskulin gua. dah jadi rutin, tiap-tiap petang gua lepak pekena kopi. misi utama usha gadis yang lalu lalang macam lalang tepi padang. ini aktiviti riadah gua diwaktu petang. boleh berpeluh jugak. siap berdarah lubang hidung.

tengah asyik menghirup kopi pahit tiba-tiba bulu ketiak gua meremang. sorang gadis lalu depan kitorang. berbaju kurung bunga-bunga kecil, rambut panjang hitam berkilat, kulit kuning langsat, mata bulat, bibir merah jambu dan berlesung pipit. semua kat sekeliling gua berhenti bergerak. teh tarik membeku diawangan. asap rokok mengeras dibatang. hanya gua ngan gadis tu je boleh bergerak. sorotan cahaya lampu menyuluh kami. sedangkan sekeliling gelap dan kaku. 99% perfect girl sial. gadis melayu terakhir. hidung gua berdarah kencang.

"ayu gile sial", terpacul kata-kata keramat tu dari bibir munggil gua. semua dapat bergerak kembali seperti asal.

"biasa je", teman gua menjawab seraya menghembus segumpal karbon monoksida yang berbentuk o ke udara yang suci.

"cun ar dude. ayu berciri-ciri wanita melayu. gua nak calon bini gua camni ar", gua berhujah lagi. tak puas hati.

"ala cun macam mana pun kalau time berak mesti tak cun jugak. cuba ko bayang muka dia meneran", teman gua keluar kan satu teori yang gua cukup tak setuju sambil disambut hilaian tawa teman-teman yang lain.

tak de. gua tak setuju. fak yu ar. kalau dah gadis tu cun buat ape pun tak akan terjejas kecunan dia. hatta tengah berak sekalipun. mesti tetap chumel walau dengan muka terkemut-kemut meneran najis yang berketul-ketul persis najis kambing.

Thursday, May 21, 2009

HARAM TOL PANGGIL GUA BARUA

semalam di bus stand. gua tengah kebosanan menunggu member gua datang ambik gua. nak balik. tengah lepak-lepak datang sorang awek lepak sebelah gua tunggu bas sekali. kepala gua melurus ke depan tapi bola mata gua melirik ke tepi. boleh tahan. baju baby tee hitam, jeans ketat, rambut hitam, mata sepet sikit, kulit putih gebu cam gua. gua gebu je la tapi tak putih. iman gua bergoyang. jantung gua mengepam laju asap kereta yang gua sedut. gua mesti bertindak. awek ni mesti jadi milik gua. awek cun dijadikan untuk lelaki ensem macam gua. kepala gua ligat pikir ayat yang paling power. ketiak gua berpeluh. lubang dubur gua terkumat-kamit. jiwa gua rasa gelora. awek pakai baju baby tee hitam, jeans ketat, rambut hitam, mata sepet sikit, kulit putih gebu cam gua tunduk main enset.

"cantik enset", gua memecah kesunyian seensem mungkin dengan harapan awek baju baby tee hitam, jeans ketat, rambut hitam, mata sepet sikit, kulit putih gebu cam gua bagi nombor tepon dia kat gua.

"mesti la cantik. enset barua...", awek baju baby tee hitam, jeans ketat, rambut hitam, mata sepet sikit, kulit putih gebu cam gua jawab. gua terkedu. pipi gua kemerahan. dia cakap BARUA ke BARU AR. gua terdiam. tak berani nak tanya.

Saturday, May 16, 2009

YOUR HAND IN MINE

perkenalan selama setahun dengan ariana betul-betul mengubah kehidupan safuan. jika dahulu safuan seorang yang selalu ditindas dan mudah mengalah, kini safuan menjadi lelaki yang lebih tabah. safuan kini lebih kuat. arianna selalu menenangkan safuan disaat safuan tertekan dan berduka. safuan pula sentiasa disisi arianna dalam setiap apa jua situasi. gelak tawa dan tangisan mereka dikongsi bersama. tidak ada rahsia antara mereka. safuan percayakan arianna. arianna percayakan safuan.

awal nya perkenalan mereka adalah secara tidak sengaja didalam laman sesawang myspace. sebulan selepas itu ikatan persahabatan mereka menjadi lebih erat setelah berhubung melalui telefon. hampir setiap hari mereka akan berbual melalui telefon. hampir setiap saat mereka berutus sms. sms berganti sms. hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. lama kelamaan hubungan persahabatan mereka mula bertukar kepada hubungan yang lebih serius. bunga-bunga kecil berwarna pelangi mula tumbuh mewangi didalam taman hati mereka. bibit-bibit cinta mula menguntum bersama bunga-bunga kecil berwarna pelangi. safuan sayangkan arianna. arianna sayangkan safuan. mereka amat menyintai satu sama lain. cinta mereka cinta sejati. tetapi mereka tak pernah bertentang mata. hubungan mereka hanya melalui internet dan telefon.

setelah setahun berlalu safuan dan arianna memutuskan untuk berjumpa buat pertama kali. petang itu arianna menunggu safuan disebuah restoren makanan segera kfc tepat pukul 5 petang seperti yang dijanjikannya dengan safuan. arianna mengenakan sepasang baju kurung putih berbunga-bunga kecil. rambutnya yang hitam berkilat diikat kemas dengan pengikat rambut berwarna merah jambu. arianna cukup ayu. ditangan kanannya yang putih gebu terpegang sekeping kad yang dicoretnya khas buat safuan. coretan isi hatinya. arianna menunggu safuan disatu sudut restoren dengan hati yang berdebar. beberapa minat lagi dia akan bertemu dengan orang yang menemani hatinya selama setahun ini.

jam yang memeluk tangan kirinya menunjukkan pukul 5.45 petang. arianna gelisah. safuan masih belum muncul. tetapi arianna tetap sabar menunggu. arianna terlalu ingin menemui safuan. arianna cintakan safuan. saat berganti minit. minit berganti jam. pukul 7.32 malam safuan masih belum muncul. mata arianna mula ditakungi manik-manik putih. jiwanya sebak. hatinya terasa ngilu seperti ditusuk kaca. arianna tekad untuk pulang. arianna betul-betul kecewa. hati arianna hancur berkecai dipecahkan orang yang sangat dicintainya. kad untuk safuan ditinggalkan diatas meja. arianna bangun meninggalkan kerusi dengan hati yang remuk. airmatanya jatuh keatas kad yang ditinggalkan.

"arianna...", satu suara memanggilnya dari belakang.

arianna menoleh. seorang lelaki melirik sebuah senyuman untuknya dengan mata yang berkaca. arianna tersentak. lidahnya kelu. hati nya sebak. airmatanya mula membasahi pipinya yang berlesung pipit. mengalir laju. safuan sampai lebih awal dari arianna. tapi safuan takut. takut arianna tidak dapat menerimanya. dia serba kekurangan untuk seorang gadis seperti arianna. safuan tak seperti insan biasa yang lain. dia berkerusi roda. dia dilahirkan tanpa sepasang kaki...

CINTA ADAM DAN HAWA

masuk hari ni dah seminggu faizal tak jumpa aisyah. buah hati kesayangan faizal. masuk hari ni jugak dah seminggu faizal tak lalu makan nasi ayam kesukaan nya. faizal kerap berkurung didalam bilik sambil hanya menanti sabar henpon nokia 3310 nya berbunyi. faizal begitu rindukan aisyah. faizal dan aisyah merupakan sepasang kekasih yang kini sedang menuntut disebuah institut pengajian tinggi awam di kolumpo. sempena cuti pertengahan semester, aisyah pulang ke kampung menemui keluarga tersayang dan meninggalkan faizal keseorangan di kolumpo. faizal benar-benar rindukan aisyah.

selama seminggu ini mereka langsung tak berutusan mesej. bergayut pulak baru sekali. faizal sengkek. faizal tak boleh selalu topup. faizal tak boleh selalu call aisyah. aisyah pulak langsung tak topup sepanjang seminggu dikampung halaman. aisyah pun tengah sengkek macam faizal lagipun dia sibuk menolong ibunya dikedai runcit keluarga mereka dikampung. walaupun berjauhan faizal tak pernah menduakan aisyah. faizal cintakan aisyah. cinta faizal cinta sejati. masa call aisyah 3 hari lepas faizal menangis macam anak kecil yang sesat kat supermarket. dia teramat rindukan aisyah. faizal suruh aisyah cepat-cepat balik. aisyah pujuk-pujuk faizal. aisyah suruh faizal sabar. mereka tak sempat cakap lama-lama. kredit faizal habis. faizal topup rm3 je.

pagi tu faizal bangun awal. faizal pergi topup rm3. faizal nak call aisyah. faizal tahu hari ni aisyah balik. faizal betul-betul teruja nak jumpa aisyah. faizal rindu aisyah. balik rumah faizal terus call aisyah. mereka borak kejap je sebab faizal hanya topup rm3. aisyah suruh faizal jemput kat stesen bas. aisyah balik petang ni. malam nanti aisyah sampai. sebelum letak henpon faizal cakap ai lap yu kat aisyah. hati faizal berbunga-bunga. faizal tak sabar-sabar nak jumpa aisyah malam ni.

malam tu malam yang gelap bertambah pekat dilitupi awan hitam. hari nak hujan. angin bertiup kencang. aisyah cakap dia sampai lebih kurang pukul10 malam. tapi faizal keluar awal sebab hujan dan nak turun. lagipun faizal tak nak aisyah tunggu dia lama-lama. faizal tak nak ada orang kacau awek kesayangan dia. faizal nak jumpa aisyah cepat-cepat. faizal rindu aisyah.

faizal keluar rumah hujan mula turun. lebat. guruh berdentum menyergah umat manusia yang alpa. kilat sabung menyabung menerangi malam yang gelap pekat. faizal semakin memecut motosikal nya. faizal basah lenjun. faizal tak kisah. biar dia basah asal kan dia dapat jumpa aisyah. demi cintanya pada aisyah sungai klang sanggup dia renangi. ini kan pula hujan. faizal memecut laju sambil badan nya menahan butir-butir mutiara yang jatuh dari langit hitam.

sampai stesen bas faizal dah basah lenjun. faizal tunggu aisyah disuatu sudut sambil mengelap mukanya yang basah dengan baju basahnya. seketika kemudian faizal ternampak satu susuk yang cukup dikenalinya. aisyah. hatinya cukup gembira. dia tersenyum sambil melambai-lambai kearah aisyah yang baru turun dari bas. aisyah tak nampak. faizal menjerit memanggil aisyah. tiba-tiba guruh berdentum garang.

aisyah berpelukan mesra dengan seorang lelaki sambil berlari-lari anak macam dalam cerita baywatch mencari tempat berteduh. faizal terpaku. bas yang aisyah naik bukan dari utara sepertimana negeri kampung halaman nya. tapi dari genting highland. hati faizal hancur menjadi keping-keping. hati nya terasa pedih dan ngilu seperti disambar kilat yang sabung menyabung dilangit hitam. mata faizal berkaca. sementara disuatu sudut aisyah sedang berkucupan mesra dengan seorang lelaki berlatar belakang hujan lebat yang turun dari mata faizal.

7ELEVEN

hari pertama gua ikut kursus gua dah tau gua akan bosan nak mati. sebenarnya gua tak ingin pegi tapi gua akur dengan keperluan hidup di zaman teknologi maklumat ni. gua sedar gua dah kena pikir masa depan. gua dah kena pikir zaman orang dewasa. gua nak kena kumpul pengalaman dan sijil kalau gua nak keje kat syarikat-syarikat kapitalis yang besar. nak sara hidup anak orang gua kena keje best-best.

tengahari gua daftar. petang nya gua keluar gi kedai serbaneka 7eleven dengan satu misi. gua nak beli daun terup. nanti bosan-bosan gua boleh ajak member gua judi. main royal. tak de la gua nganga je nanti. lagipun gua kat sini tak de transport. nak keluar ngan bas boleh membuatkan gua pikir dua kali. so petang semalam gua keluar r sementara gua tengah rajin.

sampai 7e gua disambut seorang gadis yang molek rupanya.
"selamat datang", dia cakap kat gua sampai melirik sekuntum senyuman.

gua buat rilek je sambil pass balik seketul senyuman. nasib baik gua bukan dalam mood ngorat kalau tak gua dah try dah. gua masuk pastu pusing-pusing cari kad tu. tak de. gua terus ke kaunter.

"ye bang cari ape?" dia bertanya dengan sopan santun gaya wanita melayu terakhir.

"err kad ada tak?" gua tanya dia balik.

"celcom ke digi?" dia bertanya dengan kebingungan. gua tersengih-sengih.

"kad...kad.." gua try explain sambil tunjuk gaya tengah ‘cong’ kad. dia pulak sengih kat gua.

Wednesday, May 13, 2009

JATUH CINTA LAGI

tengahari tadi gua dengan berat hati melangkah kaki meninggalkan pulau pinang. hati gua menangis meronta-ronta. mata gua berkaca. kaki gua terasa berat. lubang dubur gua kembang kempis. gua tak sanggup menghadapi perpisahan ini. bibir gua terukir senyuman pahit buat teman gua yang belum balik.

kat tiket tulis bas gua gerak pukul1. tapi gua sampai stesen bas awal 20minit. gua tak sanggup kena tinggal ngan bas lagi. cukup lah sekali. matahari terpacak kat atas kepala. peluh jantan betina mula membasahi kulit gebu gua. seksi. cukup memberahikan.

tengah gua lepak tunggu bas tiba-tiba gua terpandang satu susuk yang membuat jantung gua berdegup kencang. cukup kencang sehingga jantung gua beralih 5cm dari tempat asal. tinggi, kulit gebu, mata sepet sikit, bibir munggil, hidung mancung, ada lesung pipit, rambut paras bahu merah-merah sikit. 99% perfect girl. gua mula bermonolog. "hai kamu nampak menarik. boleh kita bertukar nombor telefon?". kesedihan gua dah hilang. gua ukir sekuntum senyuman paling manis buat sang gadis. dia tertunduk malu. hidung gua berdarah.

gua usha dia lama. tiba-tiba dia melambai kearah gua. bulu ketiak gua meremang. dia datang kearah gua. gua menggelabah. rasa nak terkucil. dada gua sesak. dia semakin dekat. tapi matanya bukan kearah gua. tapi kepada gadis sebelah gua. kecewa. tak pe ada can lagi. gua mesti tegur dia. mesti. gua pasti dia dijadikan Tuhan untuk gua. dia terpacak depan member dia tepi gua. gua menggeletar.

"ngoreb konrem wermen pargem sempren"
oh tidak!!! bahasa apa ni??? apa yang mereka bicarakan??? hati gua patah lagi...

Monday, May 11, 2009

SAJAK SANG PARI-PARI KECIL BERSAYAP PELANGI



Memang perit bagi aku megucapkan kata perpisahan ini. Banyak kisah pahit manis suka duka sepanjang 3 tahun lebih aku mengabadikan hidup aku disini. Seperti pari-pari malam bersayap pelangi aku menari-nari dipentas yang dihiasi mawar merah putih ini. Terlalu banyak kisah yang telah aku lakonkan dipentas yang kecil berbunga wangi. Persahabatan yang penuh ketulusan. Percintaan yang mengisi hati merah bertaman salju dan berbunga kecil aku. Disini aku pernah ketawa riang penuh kebahagiaan seperti berlari digigi pantai berpasir putih dipagari kelapa rendang. Disini juga manik-manik putih pernah gugur dari mata aku yang berkaca setiap kali hati merah aku diratah oleh susuk-susuk yang bertanduk runcing dan bergigi tajam. Tapi aku bersyukur kerana tiap kali terluka Dia akan menghantar kepada aku malaikat-malaikat bersayap putih berwajah tenang untuk menampal kaca-kaca yang retak dimata aku dan meniup hati aku yang menderita dengan bibirnya yang munggil itu. Setiap sudut pentas ini penuh bermakna dan mengajar aku menjadi lebih dewasa. Hati aku berdetak deras setiap kali mengenang hanya beberapa hela nafas sahaja lagi aku berada dipentas ini. Lakonan aku dipentas kecil sudah semakin hampir ke episod yang penghabisan. Satu perkara yang pasti, suatu hari nanti aku akan kembali lagi. Sebagai ingatan kepada pentas ini, aku selaku pari-pari kecil bersayap pelangi ingin menghadiahkan secebis sajak tanda cinta aku padamu…

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Pulau Pinang tunggu aku,

Saturday, May 2, 2009

KORANG R LOSER!!!!!!!!

Tengahari tadi aku keluar rumah dengan satu misi. Makan. Bangun tidur je perut aku dah menjerit-jerit minta diisi. Lepas mandi aku kenakan sehelai jeans lusuh untuk menutupi kemaluan aku. Sapu deodorant sikit kat ketiak bagi wangi pastu aku sarung sehelai tshirt kaler putih. Aku suka pakai baju tu sebab best. Baju tu fit sikit. Menonjolkan badan aku yang katang dan muscle yang berketul-ketul. Nampak elegen gaya lelaki maskulin.

Aku turun bawah dengan hati yang girang. Masa kat tangga aku bersilisih dengan seorang mak cik. Aku lontarkan sekuntum senyuman sambil aku ketepi sikit bagi dia jalan dulu. Dia mencebik bibir sambil buat muka bengis.
“tepi la sikit aku nak lalu ni. Kuang ajar punye budak” tak pasal aku kena sound.
Aku ternganga kejap. Aku dah buat baik pun kena sound jugak. Apa salah aku. Tak nak mengeruhkan keadaan aku terus blah.

Sampai kedai semua orang pandang aku dengan muka tak puas hati. Siap tunjuk-tunjuk penumbuk. Aku try usha zip seluar mana tahu burung punai aku nak keluar terbang. Dah zip. Apehal ni. Apa salah aku. Lantak r aku buat bodoh. Time nak ambik nasik tokey kedai jerit kat aku.

“nasik abis.ko gi makan kedai lain!!!” padahal nasik banyak lagi.

Aku tak puas hati. Kenapa aku diperlaku begini. Ape salah aku. Setahu aku, aku tak pernah buat kacau kat sini. Kalau aku buat salah cakap r jangan layan aku macam ni. Aku dah tak tahan. Aku sound pak cik tu.

“apa salah saya?salah ke kalau saya pakai kasut Gombak?”

Pastu ramai-ramai gelakkan aku. Kutuk-kutuk aku sambil tunjuk-tunjuk jari tengah.

“LOOSSSSSSEEEEEEEEERRRRRR!!!!!!!!!!!!” diorang jerit kat aku beramai-ramai sambil gelak-gelak jahat.

Salah ke time One in a Million semalam aku sokong Esther dan bukannya Tomok seperti diorang. Aku tak kira. Bagi aku Esther tetap juara. Korang r loser!!!!!