Nah kotor betul otak kamu kalau mahu baca karangan ini semata-mata kerana tajuknya. Tajuknya gua rasa sesuai jika gua gua kasi 'Tahun Ong Saya'.
Gua rasa dalam banyak-banyak tahun, tahun ini paling ong bagi gua. Ong dalam aspek keperluan hidup. Perbelanjaan gua pun sudah tak perlu nak risau sangat. Tapi ini bukan bererti mengubah gua kepada seorang yang boros dan kaki perempuan.
Aspek utama yang perlu dilihat jika ingin tahu sekiranya gua sedang dalam keadaan ong: Nikotina. Tahun ini menyaksikan penambahan stok baru tatkala kotak lama menyusut, bukan selepas kotak kosong. Itu pencapaian luar biasa tuan-tuan.
Perbelanjaan lain pula menyaksikan pertambahan lipatan di rak pakaian gua. Itu belum ditambah lagi dengan kelengkapan-kelengkapan hidup yang lain. Dan gua tidak rasa penambahan ini satu pembaziran kerana ia adalah keperluan. Keperluan yang gua impikan sewaktu zaman kemelesetan ekonomi. Oh ya, gua juga sudah tukar gitar gua ke jenama yang bagus.
Rak buku juga sudah melimpah. Mahu rak baru gua kira. Beli kalau suka, baca belakang kira. Tunggu waktu gua betul-betul sedang senang baru baca. Oleh sebab itu Negeri 5 Menara baru gua baca selepas 3 bulan lesu di rak. Dan kerana itu juga masih ada 6 buah yang belum mendapat belaian kasih sayang dari gua. Terbiar tanpa orgasm.
cukup dengan tajuk dah boleh buat gua gersang. keh keh
ReplyDeletekapan mau upgrade ke dunhill
ReplyDeleteNveil : No comment.
ReplyDeletegreen : Ini bukan berkenaan upgrade atau beza RM1.50. Ini berkenaan kesetian dan kejujuran dalam percintaan. Tak mungkin gua lupakan yang membahagiakan gua selama ini.