peringatan : cerita ini diselitkan unsur-unsur komedi bagi menyembunyikan air mata gua yang gugur ketika menekan papan kekunci.
sesungguhnya pertemuan gua dengan dia adalah sesuatu yang tidak dirancang. mungkin suatu ketetapan oleh Yang Maha Esa. yang inginkan gua merasai sebuah perasaan yang tidak dapat dinilai dengan kata-kata. bahagia.
musim cuti yang lalu dia datang untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga abang nya. sebetulnya abang tiri. pertemuan kami pula secara tidak sengaja di hospital pada suatu pagi yang cerah lagi mendamaikan hati yang ingin disayangi. dia duduk sebelah gua waktu itu. perkenalan kami sangat singkat. hanya sempat melafazkan beberapa baris dialog. dalam pada itu sempat juga kami bertukar nombor telefon. dia terlalu inesen untuk menanggung penyakit yang tidak tertanggung itu. sakit jantung. untuk seketika gua sedar gua berdosa kerana menyalahkan Ilahi.
mulanya kami hanya berkawan. seperti mana dia seperti rakan-rakan gua yang lain begitu jugak dengan dia. lama kelamaan satu perasaan aneh yang bernama cinta perlahan-lahan terbit dari ufuk kejauhan hati kami. untuk seketika kami begitu bahagia. tapi langit tak selalunya cerah. bak kata member gua, hidup macam tayar bespa, kadang pijak lumpur, kadang pijak taik. abang dan doktor yang merawatnya cuba menghalang hubungan kami. kerana takut hatinya terluka lalu memberi kesan pada penyakitnya.
dia menangis. gua terguris. tapi cinta kami bukan sesuatu yang boleh dipadam begitu saja. bagi gua dia lah segala-galanya nya. walau apa pun yang berlaku gua akan tetap disamping dia. mulanya dia ingin menjaga hati abang nya. tetapi gua tetap tak melepaskannya. lama kelamaan semua orang mula menerima perhubungan kami. pada waktu itu gua berjanji pada diri gua yang gua takkan pernah melukakan hati dia.
hari tu dia akan berangkat ke UK untuk pembedahannya. pembedahan yang memperjudikan nyawanya. 50-50. gua ikut ke airport hantarnya menaiki kapal yang bisa terbang. dia pandang gua. gua cuba senyum. air mata nya mula bergenang dikelopak. mata gua terasa berkaca. tiba-tiba dia memeluk gua seerat-eratnya sambil menangis teresak-esak. tak ingin tinggalkan gua. gua cuba tenangkannya. gua kucup dahi nya. air mata gua mula
gugur membasahi pipi. mengalir perlahan lalu gugur diatas dahinya...
cilake!!! asal gua tulis sebijik cam cite first kiss plak ni!!! demmit!!!
sweetnye!!
ReplyDeleteso cemane dgn operation?
serius ke?how the result?
ReplyDeleteko men men eh adrie.
ReplyDeletehaha..aku rase ne mesti sinopsis cte first kiss..tol ak??
ReplyDeleteweh crite arh sampai abis... buat orang tertunggu2 lak yer...
ReplyDeletenih criter betul ke men2 weh...
kalo ko men2 memang sengal and sood betul la weh..spoil feeling aku jer
ermmm...nie citer betol2 kew???
ReplyDeleteermmm...nie citer betol2 ke wehh???
ReplyDeletekau alami ker?
ReplyDeletelu cakap belit la!kasi habis cerita la weh
ReplyDeletemiSs siv : gua mmg sweet..sweet 17 ekekek
ReplyDeletevioletless : result exm gua ke?? xkuar lg..
Seri : jgn mara cik seri...
chokio_nia : hanya kamu yg mendapat msg karangan gua ekekeke
i'm_siCK_n_tiReD : xyah la komen smpai 2kali ekeke
sayu=pilu : ntah..lyn r cite tu..syok gak ekeke
{lumut} : bkn alami tapi tgk..mmber gua donlod ekeke
qishie : nk tau ending tgk r cite die..12 episod ooo..pnt gua nk cite...
ceh, sinopsis cte ker,mati2 igt kaw yg cerita.duhh.
ReplyDelete